Monday, December 6, 2010

GIMIK PRA-PILIHANRAYA UMUM KA?

Berita bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo diseret oleh pegawai-pegawai SPRM berhubung pemilikan dua lot tanah di Shah Alam yang dibeli dengan harga di bawah pasaran serta pembinaan rumah banglo ala-Bali, mendapat liputan hangat khususnya dari kalangan Pakatan Rakyat.

Mereka sepakat dan sebulat suara mengatakan, penangkapan tersebut adalah GIMIK pilihanraya semata-mata. Keyakinan penuh bahawa pilihanraya umum bakal diadakan dalam masa terdekat, menjadikan penangkapan Khir Toyo begitu setara dengan pemikiran mereka.

Persoalannya, benarkah seperti yang didakwa?

Apa perlunya kerajaan khususnya Barisan Nasional Selangor memilih jalan tidak popular untuk mendekati dan menakluki hati para pengundi? Apakah Khir Toyo senasib dengan Khairy Jamaluddin yang dianggap sebagai liabiliti sama ada kepada Barisan Nasional, apatah lagi untuk UMNO?

Tangkap salah, tak tangkap pun salah. Itu adalah dilema SPRM yang perlu difikirkan oleh rakyat Malaysia dengan waras. Perlaksanaan tanggungjawab dan amanah yang SPRM tanggung, jarang sekali diberikan perhatian, sebaliknya apa-apa sahaja tindakan SPRM dianggap sebagai 'favour' untuk Barisan Nasional.

Perkara ini akan menjadi lebih riuh-rendah apabila Khir Toyo nanti akan 'dibebaskan' selepas diambil keterangan dan prosedur yang diambilnya sewaktu pemilikan harta-harta berkenaan sah di sisi undang-undang. Dan kalau itulah yang berlaku, Pakatan Rakyat akan terus meyakinkan rakyat Selangor dan Malaysia amnya bahawa SPRM bekerja bagi pihak UMNO-BN, manakala kes-kes yang melibatkan Pakatan Rakyat yang juga dibebaskan oleh SPRM dianggap sebagai KEBENARAN HAKIKI pemimpin-pemimpin terbabit.

Sewaktu SPRM melakukan siasatan terhadap Khalid Ibrahim berhubung lembu-lembu korban yang 'didatangkan' oleh entiti tertentu bagi pihak Khalid, tidak pula teori GIMIK PILIHANRAYA dikeluarkan. Begitu juga dengan kemasukan SPRM dalam menyiasat penyelewengan beberapa buah GLC Kerajaan Negeri Selangor, termasuklah isu pasir, PKNS dan sebagainya, juga tidak dikatakan sebagai GIMIK PILIHANRAYA.

Pakatan Rakyat boleh terus menggunakan reversed-psychology dalam usaha mereka untuk mendoktrinkan sebahagian besar warga Internet. Namun rasional kepada tindakan mereka, dilihat lebih kepada keburukan Pakatan Rakyat Selangor sendiri yang selepas 3 tahun, masih lagi gagal melaksanakan sebarang janji pilihanraya, termasuklah bantuan Tabung Haji sekalipun telah mengutip nama, alamat dan nombor kad pengenalan daripada sebahagian besar rakyat Selangor yang berbangsa Melayu dan beragama Islam.

Jangan pula terkejut selepas ini, TIBA-TIBA SAHAJA ANDA MENJADI ahli kepada mana-mana parti di dalam Pakatan Rakyat sekalipun anda tidak pernah mengisi borang atau membuat permohonan menjadi ahli. Dan jangan juga hairan mengapa jumlah ahli-ahli PKR dikatakan 400,000 orang tetapi yang turun memilih pemimpin tidak sampai pun 9.7% daripada keseluruhan ahli.

Sama ada ianya GIMIK PILIHANRAYA seperti yang dicanangkan oleh serata blog Pakatan Rakyat, atau sebaliknya, rasa-rasanya terlalu ramai rakyat Selangor yang benar-benar gembira melihat kesungguhan SPRM menahan jerung-jerung belukang yang mempergunakan nama rakyat untuk nama mereka tercatat sebagai orang terkaya dan paling berharga di negara ini.

Negara ini bebas... sesiapa sahaja yang bijak, kuat berusaha sama ada kuat berjenaka, berdusta mahupun bekerja secara halal, selagi itulah mereka terus dibenarkan membuat kekayaan dan mengumpulkan harta. Namun pada masa yang sama juga, mereka juga perlu bersedia untuk berhadapan dengan kemungkinan tindakan undang-undang sekiranya pemilikan sebarang harta dibuat secara tidak sah DAN ADANYA LAPORAN INDIVIDU-INDIVIDU TERTENTU meskipun laporan berkenaan bersifat GIMIK dan RETORIK dalam usaha meraih populariti dan pengaruh politik.

4 comments:

Anonymous said...

Parti penuh ngan prasangka..dan bersangka2.

Anonymous said...

khak ptuih. biasalah tabiat biawak. suka saja nak mencerca orang. siapa kata kj liabiliti kpd BN? beruk mana? unggas mana? keling gemuk tu yg menyudu kao ke?
khak ptuih.

Kamal Sanusi on December 6, 2010 4:34 PM said...

Mark my word if you are still alive during the verdict...

"The court found this toyol is not guilty as charged"


Wakakakakakakakak..........

Anonymous said...

khir belajar ler ngan Anwar..leh lanjutkan perbicaraan bertahun2 lamanya..cubalah atasi record Anwar!!

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template