Monday, December 6, 2010

HADI AWANG BALUN HARAMJADAH-HARAMJADAH PAS!!!

Orang tua ni, kalau bercakap sekali dengar macam tutuh puak-puak UMNO-BN tapi bila didengar dua kali, pihak yang ditutuhnya sangat berbeza daripada persepsi umum. Begitulah apabila dia berkata, Najib Abdul Razak gelabah dengan KEKUATAN Pakatan Rakyat. (HARAKAH DAILY)

Berkata Abdul Hadi Awang, Najib Abdul Razak tidak lagi dapat menyembunyikan 'ketakutannya' terhadap perkembangan terkini Pakatan Rakyat. Sekali imbas, kedengarannya seperti Pakatan Rakyat berada dalam kekuatan yang keterlaluan dan tidak mungkin dapat dirobohkan oleh mana-mana pihak sekalipun.

Tidak mungkin Abdul Hadi Awang tidak tahu tentang merudumnya PKR yang terang-terang mengamalkan budaya kuasa di kalangan isteri, suami, anak dan 'kekasih'. Tidak mungkin juga Abdul Hadi Awang, di dalam PAS, golongan Erdogan yang lapar kuasa sedang mencari jalan mencantas, menerajang, menyepak dan membentes selain memberikan gambaran-gambaran buruk terhadap kawan separti mereka sendiri. Malah sangat tidak mustahil, Abdul Hadi Awang tidak tahu tentang kemelut di dalam DAP yang sangat meruncing sehinggakan pihak kepimpinan tertinggi parti berkenaan MELARANG mana-mana ahli dan pemimpin DAP daripada mempertikaikan sebarang kuasa Lim Anak-Beranak di dalam media, sekalipun media itu menyokong mereka.

Abdul Hadi Awang bukanlah TOLOL dan BENGONG seperti yang cuba digambarkan oleh HARAMJADAH ERDOGAN di dalam PAS. Abdul Hadi Awang juga bukan BUTA, TULI dan LUMPUH sebagaimana yang diuar-uarkan oleh HARAMJADAH-HARAMJADAH yang menentangnya di dalam PAS.

Matanya dapat melihat kepincangan dalam PAS dan PAKATAN RAKYAT. Telinganya dapat mendengar masalah yang berbangkit. Kaki dan tangannya bergerak ke tempat-tempat yang menjadi punca kemerosotan sokongan terhadap Pakatan Rakyat dan menjadi punca kebencian terhadap PAS dan perjuangan parti berkenaan.

Dek kerana itulah, Abdul Hadi Awang kerapkali mengeluarkan kenyatan yang SEAKAN-AKAN MEMBALUN BN dan UMNO tetapi sebenarnya LEBIH KENEN kepada HARAMJADAH-HARAMJADAH di dalam PAS yang cuba meruntuhkan parti tersebut dari dalam selain menempelak sikap DUSTA, PEMBOHONG dan PENGELAT pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang lain.

Sudah ramai ahli-ahli PAS yang sedar diri dan tahu taktik sebenar para pemimpin SIALAN khususnya dari PKR dan DAP yang mempergunakan PAS untuk kepentingan mereka, tetapi kemudian menyepak, menerajang dan meludah kahak hijau ke atas PAS seperti mana yang berlaku di Selangor dan Pulau Pinang.

Namun geng-geng HARAMJADAH di dalam PAS terus berusaha menampilkan parti berkenaan sebagai selipar tandas dan keldai tak bertelinga yang boleh disuntut sewenang-wenangnya oleh PKR dan DAP dalam apa yang mereka gelarkan sebagai Pakatan Rakyat.

Hanya barangkali kerana Abdul Hadi Awang adalah Presiden PAS, maka cakapnya penuh kiasan, ibarat, gurindam dan seloka... sama seperti kebanyakan pemimpin-pemimpin berjenama Melayu yang lain. Barangkali kalau dia masih seperti tahun 1970-an dahulu yang merupakan rebellious, pastinya tak cukup suara HARAMJADAH-HARAMJADAH di dalam PAS yang datang selepas PAS lebih kuat, menjawab terjahan-terjahannya.

3 comments:

Anonymous said...

Semua orang ada ketakutan tersendiri. Ada yang takut pada hantu. Ada yang takut pada sesama manusia. Dan ada yang takut pada bayang-bayang sendiri.

Paling menakutkan ialah apabila parti sendiri yang berdiri atas landasan agama akhirnya ditolak dek kerana terlalu tunduk dan ikut apa saja kata-kata parti berkonsep sekular dan sosialis.

he he

Anonymous said...

Ust.HJ. Hadi Awang mempunyai kekuatan minda tersendiri dan jauh lebih baik daripada bentuk pemikiran Nik Aziz.Beliau tidak pernah memanggil orang yang tak disenanginya dgn CELAKO,BINATE dan BERSEMBAHAYANG HAJAT untuk kemusnahan musuh2 politiknya.( bertentangan sangat dgn. Islam )
TETAPI saya berasa sedih ,beliau hanya mendiamkan diri melihat telatah aneh Nik Aziz dlm. hubungannya dengan Lim Kit Siang ( DAP),Anwar Ibrahim dll. yang bukan sahaja akan meranapkan orang Melayu/Bumiputra dan Islam dengan petua2/sokongan Nik Aziz yang terang2 bercangkah dengan nilai-nilai kemurnian Islam.Kalau tidak perbetulkan kenyataan2 yang luar biasa Nik Aziz itu, sekurang-kurangnya renung-renungkanlah kenyataan mursidul PAS itu samada rasionalke, berbalut dek dendam kesumatke/atau kenyataan dan perbuatannya itu 'makan 'anak cucu Melayu satu hari nanti, kalau pakatan Kit Siang-ANwar- Nik Aziz menjadi kenyataan?
Kenapa orang Melayu sanggup dijadikan alat dan batu lesung untuk menghancurkan bangsanya sendiri oleh ORANG LAIN semata-mata kerana perbezaan fahaman politik dan dendam kesumat kepada musuh-musuh politiknya?Sepatutnya permusuhan FATTAH dan HAMMAS di bumi Palastin di tengah-tengah musuh bersama Yahudi ,dijadikan iktibar oleh PAS,pemimpin2 dan ahli2nya..termasuk ahli parti2 Melayu yang lain.

anaklangkawi on December 7, 2010 11:48 AM said...

Takat jadi kuda tunggangan jela PAS ni..

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template