Wednesday, December 8, 2010

HUDUD KE NIH?... BALASAN TUNAI DI DUNIA...

Sudahlah gagal memecah masuk ke dalam rumah dengan tujuan merompak dan mencuri, suspek turut kehilangan tangan sebelah kiri apabila ditetak oleh pemilik rumah. Itu yang dilaporkan oleh Harian Metro dan disiarkan oleh Buletin Utama TV3 malam tadi.

Kejadian tersebut berlaku di Kampung Pengkalan Gaduh, Jertih, Terengganu.

Paling menarik apabila suspek yang kehilangan tangan kirinya itu, menginap di sebuah chalet bersama-sama teman wanitanya yang baru berusia 15 tahun.

Lelaki yang berusia 29 tahun yang berasal dari Kampung Bintang, Permaisuri, Setiu itu pastinya memperolehi pengajaran yang sangat berguna akibat perbuatannya. Dia bukan sahaja akan menerima hukuman penjara jika disabitkan kesalahan, tetapi telah pun kehilangan tangan kirinya.

3 comments:

abd naser bin bedu on December 8, 2010 3:57 PM said...

Dalam akhbar juga diberitakan, teman wanitanya yg berumur 15 tahun itu sedang hamil anak luar nikah... apa la nak jadi... pemuda ini mengambil jalan singkat untuk menyelesaikan masalahnya... tanpa menyedari banyak masalah lain telah dilakukanya... ini satu pengajaran kepada kita semua...

adf55650 on December 8, 2010 4:17 PM said...

Ruginya pembangkang. Kalau polis tembak kan bagus? Dapat salahkan polis. Budak ni kalau merogol pun tak salah.

anti bohmau on December 8, 2010 6:38 PM said...

""ni mesti salah umno ni! umno tak didik budak tu ke jalan yg benar! pakatan pembangkang sentiasa mendesak kerajaan bn utk menggunakan hukum hudud. kalau hudud dilaksanakan, tentu tak ada orng yang berani buat macam ni!""

ayat2 penyedap mata & telinga pakatan haram terutamanya pas yg pernah memerintah t'ganu sepenggal tetapi tidak langsung melaksanakan hukum hudud!!

senangnya melepaskan diri. salahkan umno setiap masa. silap sendiri tak pernah akui!!!

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template