Monday, December 6, 2010

JANGAN MENDURHAKAI IBU BAPA!!!

Antara dosa-dosa besar, dosa mendurhakai ibu bapa berada pada tingkat kedua selepas syirik kepada Allah Taala. Tiada sesiapa pun yang dapat menyelamatkan anak durhaka, hatta ULAMA yang digaulinya mahupun barisan Mufti yang menjadi penasihatnya, melainkan dosanya diampunkan oleh ibu bapanya sendiri, hatta ibu bapanya seorang kafir, jahil, kufur mahupun musyrik selagi mana anak tersebut menyakiti hati ibu bapa mereka kecuali apabila diperintahkan oleh ibu bapanya agar mengkufuri Allah Taala dengan cara melakukan maksiat atau menyalahi norma-norma syara'.

Imam Bukhari rahimahullah meriwayatkan di dalam Kitabul Adab dari jalan Abi Bakrah r.a bahawa Nabi s.a.w telah bersabda yang maksudnya;

"Sukalah aku memberitahumu sebesar-besar dosa, tiga kali (baginda s.a.w ulangi)." Sahabat bertanya, "Apakah itu, wahai Rasulullah?" Sabda Nabi s.a.w, "Menyengutukan Allah dan durhaka kepada kedua orang tua serta camkanlah dan saksi palsu serta perkataan bohong." Maka Nabi s.a.w mengulangi, "Dan persaksian palsu", sehingga kami berkata, "semoga Nabi diam." (Hadis riwayat Bukhari 3/151-152 - Fathul Baari 5/261 No.2654, dan Muslim 87)

Dalam sebuah hadis lain, Nabi s.a.w bersabda bahawa antara dosa-dosa besar ialah menyengutukan Allah, durhaka kepada ibu bapa, membunuh diri dan sumpah palsu (Riwayat Bukhari dalam Faathul Baari 11/555). Kemudian antara dosa-dosa besar yang paling dilaknat adalah SESEORANG MELAKNAT KEDUA-DUA IBU BAPANYA. (Hadis riwayat Bukhari)

Mendurhakai kedua-dua ibu bapa disebut sebagai UQUQUL WALIDAIN. Dosa ini menyebabkan seseorang anak itu tidak akan masuk ke syurga sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadis yang bermaksud:

"Daripada Abu Darda bahawa Nabi s.a.w bersabda, "Tidak masuk syurga anak yang durhaka, peminum khamr (minuman keras) dan ORANG YANG MENDUSTAKAN QADAR." (Hadis riwayat Ahmad 6/441 dan dihasankan oleh Al-Albani dalam Silsilah Hadis Sahih 675)

Perlu difahami antara bentuk-bentuk durhaka (uquq) adalah:

(1) Menimbulkan gangguan terhadap ibu bapa baik berupa perkataan (ucapan) atau pun perbuatan yang membuatkan ibu bapa sedih dan sakit hati.

(2) Berkata 'ah' dan tidak memenuhi panggilan ibu bapa.

(3) Membentak atau mengherdik ibu bapa.

(4) Bakhil atau kedekut serta tidak memenuhi keperluan ibu bapa bahkan lebih mementingkan orang lain padahal ibu bapa sangat memerlukan. Seandainya diberikan nafkah sekalipun, ia dilakukan dengan penuh kira-kira dan congak-kiranya.

(5) Bermuka masam dan garang di hadapan ibu bapa, merendahkan ibu bapa dengan mengatakan mereka bodoh, 'kolot' dan lain-lain.

(6) Menyuruh ibu bapa melakukan kerja seperti menyapu, mencuci atau menyediakan makanan. Kerja-kerja tersebut tidak layak untuk ibu bapa kita, terutama jikalau mereka sudah tua atau lemah. Namun jikalau si ibu melakukannya dengan kemahuan sendiri, maka tidak mengapa. Pun begitu, si anak harus mengucapkan terima kasih dan memberikan penghargaan kepada ibunya.

(7) Mengata-ngata keburukan ibu bapa di hadapan orang lain atau mencemarkan nama baik mereka.

(8) Memasukkan kemungkaran ke dalam rumah seperti alat muzik, menghisap rokok dan lain-lain.

(9) Mendahulukan ketaatan kepada isteri berbanding ibu bapa. Bahkan ada sebahagian orang sanggup menghalau ibu demi menuruti kemahuan isterinya.

(10) Malu mengakui ibu bapanya. Sebahagian orang berasa malu dengan keadaan ibu bapanya dan tempat tinggal apabila status sosialnya sudah meningkat.

Kita seharusnya sentiasa berhati-hati dalam menjaga tutur kata dan perbuatan terhadap kedua-dua ibu bapa kerana akibat daripada durhaka kepada mereka, azab-Nya akan ditimpakan di dunia lagi.

Keredhaan ibu bapa kita harus didahulukan berbanding keredhaan isteri dan anak. Ini adalah kerana Nabi s.a.w mengatakan anak yang durhaka akan diazab di dunia dan di akhirat serta tidak akan masuk syurga, malah Allah Taala tidak akan melihat mereka pada hari kiamat.

Jangan sampai ibu bapa kita mendoakan keburukan bagi kita akibat perbuatan dan lisan durhaka kita kepada mereka kerana sesungguhnya, doa ibu bapa akan dikabulkan Allah Taala di dunia ini lagi. Doa ibu bapa termasuk dalam tiga doa yang dikabulkan Allah Taala iaitu doa ibu bapa terhadap anak mereka, doa orang musafir yang sedang dalam perjalanan dan doa orang yang dizalimi (Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam Adabaul Mufrad, Abu Dawud dan Tirmidzi).

Terdapat banyak riwayat yang shahih yang menjelaskan tentang akibat buruk daripada perbuatan durhaka kepada ibu bapa sama ada di dunia mahupun di akhirat. Ada juga kisah-kisah nyata tentang azab siksa kepada anak yang durhaka. Antara yang paling masyhur adalah kisah Al-Qamah yang sangat warak, taat, kuat beribadat dan rajin pula menderma.

Setelah Al-Qamah bernikah, dia mula mengabaikan ibunya yang sudah tua. Akibat perbuatannya, ibunya berasa kecil hati dan sedih. Suatu hari, Al-Qamah jatuh sakit dan sakarat. Namun Al-Qamah yang warak dan kuat beribadat itu gagal mengungkapkan kalimah tauhid pada saat-saat terakhirnya.

Berita tersebut disampaikan kepada Rasulullah s.a.w. Bersama beberapa orang Sahabat r.a, Rasulullah s.a.w ke rumah Al-Qamah. Dan dengan penuh kasih sayang, baginda cuba mengajar Al-Qamah agar mengungkapkan kalimah Thoiyibbah buat kali penghabisan. Ternyata Al-Qamah tetap tidak dapat melakukannya.

Setelah disiasat, akhirnya Rasulullah s.a.w mendapat tahu tentang ibu Al-Qamah. Ibu Al-Qamah tidak datang untuk bersama-sama anaknya buat kali penghabisan. Ibu tua itu segera dijemput. Sebaik-baik sahaja sampai, Rasulullah s.a.w segera bertanyakan kepada ibu tua tentang hubungannya dengan Al-Qamah.

Dengan juraian air mata, ibu Al-Qamah menceritakan perbuatan Al-Qamah yang tidak menghiraukannya selepas berkahwin, bahkan Al-Qamah terlalu menurut kata-kata isterinya, sekaligus membuatkan si ibu tua bertambah kecil hati dan memilih untuk meminggirkan dirinya di sebuah dusun. Malah dia tidak dapat memaafkan perbuatan anaknya itu, walaupun Rasulullah s.a.w sendiri yang memintanya.

Keengganan ibu tua itu membuatkan Rasulullah s.a.w memerintahkan para Sahabat r.a mengumpulkan kayu-kayu api di hadapan rumah Al-Qamah. Apabila ditanya untuk apa kayu api itu dikumpulkan, Rasulullah s.a.w memberitahu ibu tua itu bahawa Al-Qamah perlu dibakar hidup-hidup agar dosanya dapat diampunkan oleh Allah Taala.

Mendengar sabda Rasulullah s.a.w, hancur luluhlah hati ibu tua itu. Dengan segera dia melafazkan keampunan dan meredhai Al-Qamah sebagai anaknya. Selesai ibu tua itu berkata-kata, Al-Qamah dengan tenang melafazkan kalimah Thoiyibbah mengakhiri sakaratnya dengan air muka berseri-seri dan senyuman menghiasi bibirnya. (nota-pen)

Nota: Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Thabrani dan Ahmad secara ringkas di dalam sanad dan wujud nama Fayid Abul Warqa' yang diyakini sebagai matruk (Majmuz Zawaaid 8/148). Kata Ibn Jauzi, "Hadis ini tidak sah daripada Rasulullah s.a.w kerana di dalam sanad ada nama Fayid Abu Warqa'. Imam Ahmad pula berkata, "Fayid Abul Warqa' adalah matrukul hadis," Ibn Hibban berkata, "Tidak boleh berhujah dengannya." Manakala Imam Abu Hatim pula berkata tentang Fayid Abul Warqa', "Dia sering berdusta." (Lihat Al-Maudluu'at, Ibn Jauzi Juz 3, hal.87)

Perlu diingat, sedangkan Nabi s.a.w sendiri tidak dapat memberikan syafaat kepada kita apabila berlaku durhaka kepada ibu bapa, apatah lagi Tok Guru, Wali, Ustaz mahupun Wali Qutb. Hanya setapak ke bawah besar dosa durhaka kepada ibu bapa berbanding dosa mensyirikkan Allah Taala.

Semoga jadi pengajaran....

1 comments:

Anonymous said...

kalau ikut apa yg dikisahkan oleh nabi saw..aku yakin hampir 99.9% dari kita ni memang ada durhaka ngan mak pak..maklum ler berkata "uh" pun tak leh.

Mujur le, Allah swt telah luaskan dan lapangkan hati mak pak ngan keluasan rahimNya..cuma keluasannya ada batas2nya.

Pada mak pak yg masih hidup dan yg dah mati..rajin2 ler tebus!!!

Mak pak..kat dunia mungkin dia tak perasan, tapi kat akhirat utk selamatkan dirinya dari neraka..dia akan cari apa2 yg dia leh kutip dari anak2nya. so tebus ler selagi mahu masa didunia ni..

-aa

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template