Laporan kajiselidik Universiti Malaya yang memperlihatkan penurunan sokongan terhadap PKR dan Anwar Ibrahim dilihat menyeronokkan sebilangan pemimpin-pemimpin dan penyokong-penyokong UMNO. Dengan andaian, laporan tersebut mencerminkan keputusan sebenar dan masakini, kesimpulan mudah telah dibuat bahawa PKR dan Anwar Ibrahim bukan lagi ancaman kepada UMNO dan Barisan Nasional.
Sekalipun 49% pengundi di kawasan yang didominasi oleh PKR menyatakan mereka tidak menyokong PKR kerana faktor pemilihan dan 'siput sedut' Anwar Ibrahim, namun ia bukanlah satu data atau fakta yang membolehkan para penyokong dan pemimpin UMNO bertepuk sorak sambil menari bergencok dengan riang.
Tahun 2004, PKR hanya ada satu kerusi iaitu Parlimen Permatang Pauh. Berita dan publisiti tentang PKR tidak begitu ketara selepas itu, malah ramai yang beranggapan PKR akan berkubur begitu sahaja selepas gagal total dalam Pilihanraya Umum 2004.
Namun Pilihanraya Mac 2008 menunjukkan sebaliknya. Sekalipun ada benarnya tentang faktor Abdullah Ahmad Badawi dan ahli keluarganya dalam 'kekalahan' UMNO dan Barisan Nasional, faktor kehadiran Anwar Ibrahim juga tidak boleh ditolak sama sekali.
Sama seperti tahun 1997-1998, Anwar Ibrahim bijak memanipulasi keadaan. Anwar Ibrahim bijak mempengaruhi massa selain pemimpin-pemimpin pembangkang yang saling bertelagah sebelum ini untuk duduk semeja dan bersatu hati sekalipun tidak bersatu mimpi. Hasilnya, mereka menang 81 kerusi Parlimen. Ditambah pula dengan gempar Anwar Ibrahim tentang peralihan kerajaan pada 16 September 2008, berjaya mewujudkan porak peranda di dalam Barisan Nasional yang sedia retak selepas kekalahan memalukan pada pilihanraya sebelum itu.
PKR berjaya bangkit semula. Malah PKR menjadi kerajaan negeri di Selangor sekalipun terpaksa berpayung di bawah DAP dan PAS. PKR berjaya menarik sokongan golongan muda yang pada dua atau tiga pilihanraya lagi, mereka menjadi golongan majoriti pengundi yang menentukan parti mana yang bakal menguasai Putrajaya.
Dalam keadaan UMNO masih lagi bergantung harap kepada si tua-si tua renta untuk menjadi hulubalang dan tukang angkat cangkul, PKR terus menarik sokongan muda dan mengenepikan barisan kepimpinan yang sudah berusia, berpenyakit dan berlemak tulang belakang mereka.
Perhatikan sahaja muka-muka kepimpinan utama PKR dan bandingkan pula dengan muka-muka kepimpinan utama UMNO yang berkarat, berperut gendut, berpunggung besar dan berjalan terkedek-kedek seperti itik patah pinggang. Bandingkan pula keagresifan barisan kepimpinan PKR menangani isu, sekalipun adakalanya cara mereka tidak ubah seperti lanun dapat betina, namun keagresifan itulah yang berjaya menarik sokongan golongan muda. Panggilan untuk tunjuk perasaan, berdemo mahupun merusuh di jalanan pasti akan mendapat sambutan yang hangat, meskipun perbelanjaan besar turut digunakan sebagai umpan.
Dan bayangkan pula keadaan yang sama dalam UMNO....
Jadi, jangan terlalu gembira wahai UMNO. Kajiselidik tersebut tidak mendatangkan sebarang makna kepada UMNO selagi UMNO kekal sebagaimana UMNO sekarang yang lembik, yang lembut, yang basi, yang tua dan yang renta. PKR telah terbukti berjaya bangkit dalam tempoh yang singkat dengan sokongan golongan muda.
Sedangkan UMNO pula, apabila rebah, mereka akan rebah buat selama-lamanya. Apabila tertiarap, mereka akan terus tertiarap sampailah tulang mereka reput bersama-sama tanah. Mungkin dalam tempoh dua atau tiga pilihanraya umum lagi, UMNO akan tinggal dengan slogan yang penuh retorik bersama-sama barisan kepimpinan mereka yang mula nyanyuk dan masih lagi berfikiran ala gajah mammoth pada Zaman Ais.
Cuepacs urges Govt to upgrade 50,000 civil servants under Grades G17, G22,
G26
-
KUALA LUMPUR: The Congress of Unions of Employees in the Public and Civil
Services (Cuepacs) wants the grades of about 50,000 civil servants in the
technic...
48 minutes ago


2 comments:
UMNO perlu lebih progresif.
UMNO perlu lebih proaktif.
UMNO perlu lebih automatif.
Sbb tu UMNO perlu tarik sokongan golongan muda. Anwar tahu golongan mudalah peneraju utk masa hadapan dan golongan muda juga yg mampu merubah segala senario politik kerana ketika dia menjadi Ketua Pemuda UMNO, dia dapat kenalpasti keupayaan golongan muda ni. Malangnya skang ni Pemuda UMNO amatlah goyah. Tak nampak hala tuju serta pendirian mereka. Isu2 golongan belia tidak dibangkitkan atau diketengahkan. Jadi, golongan mahasiswa2 yg telah diracuni pemikiran mereka oleh pihak pembangkang telah menjadi lebih berani dlm melaungkan suara mereka dlm isu2 berkaitan. Najib perlu mengambil satu tindakan berani dan drastik terhadap kepimpinan Pemuda UMNO sekiranya beliau sayangkan parti, khasnya dan org Melayu, amnya.
PWTC bakal jadi Muzium Negara yg ke 2.
nasib ko ler UMNO oiii...
Aku macam-macam nampak je PM Malaysia ialah Lim Guan Eng, dan Presiden Malaysia ialah Anwar Ibrahim...
Sultan2...goodbye!! Belajar2 le bagi titah diluar negeri atau dijalanan pulak.
Yg tak setuju..belajar2 ler sesuaikan diri. Jgn belajar2 meliwat dan makan babi dah le, walaupun nak ambil hati pempin Negara ketika tu.
Post a Comment