Friday, December 10, 2010

KENAIKAN TARIF ELEKTRIK... TERUK SANGAT KE TNB KERUGIAN?

Tenaga Nasional Berhad (TNB) mencatatkan KEUNTUNGAN BERSIH sebanyak RM1.11 bilion dalam tempoh suku kewangan ketiganya yang berakhir pada 31 Mei lalu, sekaligus mencatatkan peningkatan sebanyak 9% daripada RM1.02 bilion dalam tempoh yang sama tahun lalu yang berpunca daripada peningkatan dalam permintaan tenaga elektrik serta pengukuhan nilai ringgit.

Keputusan pentadbiran Najib Abdul Razak untuk menangguhkan penyemakan tarif elektrik, seperti yang diumumkan, tidak menjamin bahawa tarif elektrik sedia ada akan dikekalkan, sebaliknya dengan menggunakan alasan KENAIKAN KOS, KENAIKAN HARGA BAHAN API, KENAIKAN ITU DAN INI, tarif elektrik akan disemak, seterusnya syarikat pemonopoli tersebut akan menikmati keuntungan berbilion ringgit dalam tempoh setahun selepas penyemakannya.

Ada seperti yang tidak kena dengan syarikat utiliti negara seperti Tenaga Nasional Berhad. Di sebalik tujuan kerajaan untuk mengurangkan beban perbelanjaan menguruskan utiliti tersebut sekaligus membawa kepada penswastaannya, penswastaan Lembaga Lektrik Negara menjadi Tenaga Nasional Berhad diletakkan atas beban dan bahu pengguna, atau lebih tepat lagi rakyat Malaysia.

Rakyat Malaysia bagaikan terpaksa menanggung kifarat dan dosa dengan menebusnya menerusi kenaikan tarif elektrik, sedangkan setiap suku tahun, Tenaga Nasional Berhad akan mengumumkan keuntungan berbilion ringgit yang diperolehinya dengan alasan keuntungan tersebut terhasil daripada permintaan tinggi terhadap tenaga elektrik dan pengukuhan ringgit, walaupun sebenarnya, keuntungan berkenaan didorong oleh kenaikan tarif elektrik yang perlu dibayar oleh setiap rakyat Malaysia.

Alasan apa yang digunakan oleh Tenaga Nasional Berhad untuk menaikkan tarif elektrik? Rasional apa kerajaan yang dikatakan mengutamakan rakyat, mendahulukan syarikat-syarikat pemonopoli seperti Tenaga Nasional Berhad?

Mungkin, rakyat tidak akan bising dan tarif naik darah turut naik sama jikalau Tenaga Nasional mencatatkan keuntungan yang tidak lepas kos atau terdapat persaingan lain dalam pembekalan tenaga elektrik kepada permintaan domestik. Namun apabila berlaku peningkatan keuntungan yang sangat ketara dan tidak pula disumbangkan kepada penurunan tarif bagi memenuhi tanggungjawab sosial syarikat utiliti tersebut, pastinya setiap orang rakyat Malaysia mendendami syarikat berkenaan.

Tidak payahlah guna alasan kenaikan kos dan kenaikan itu ini sebagai mewajarkan kenaikan tarif elektrik. Cakap sahajalah berterus-terang bahawa Tenaga Nasional mengikut perjanjian konsensi yang membenarkan mereka menaikkan tarif elektrik dengan kadar masa yang singkat. Dan rakyat Malaysia akan terpaksa menelan alasan tersebut dengan menghadamkannya.

Tiada apa-apa yang dapat dilakukan oleh setiap seorang rakyat Malaysia, melainkan kesempatan itu digunakan oleh sebilangan besar ahli-ahli politik dari pihak pembangkang yang kononnya, apabila mereka naik menggantikan UMNO dan Barisan Nasional di Putrajaya, Tenaga Nasional Berhad akan dimansuhkan dan rakyat tidak lagi terbeban dengan kenaikan tarif elektrik.

Secara berterus-terang, sebilangan besar rakyat tidak mempercayai kerajaan Najib Abdul Razak yang sangat flip-flop dalam membuat keputusan apabila bersabit dengan rakyat. Kerajaan dilihat sangat cenderung kepada syarikat-syarikat dan pemodal-pemodal besar dengan menekan rakyat untuk menelan sebarang kenaikan harga.

Penurunan keuntungan Tenaga Nasional Berhad waimma satu sen pun, mungkin akan menggamatkan seluruh dunia. Barangkali kalau Tenaga Nasional Berhad mencatatkan keuntungan sebelum cukai hanya beberapa puluh juta sahaja, akan membuatkan ramai pegawai utama syarikat utiliti tersebut HARAKIRI atau terjun bangunan. Malah mungkin juga sebahagian pemimpin utama kerajaan terpaksa meminta kawan-kawan tolong memenggal leher mereka.

Penangguhan penyemakan tarif elektrik tidak dapat menyejukkan hati rakyat Malaysia kerana seperti biasa, dalam tempoh terdekat sahaja, kerajaan pimpinan Najib Abdul Razak akan berubah sikap dan seterusnya memilih untuk akur dengan desakan Tenaga Nasional Berhad yang merupakan satu-satunya syarikat pembekalan elektrik dengan modal daripada rakyat tetapi rakyat juga yang tertekan menerusi apa yang dikenali sebagai PERJANJIAN KONSENSI...

Dan pastilah alasan sebegini akan keluar dari mulut Pak-Pak Menteri... "TNB berhak menaikkan tarif elektrik berdasarkan perjanjian."

Sayonara Najib Abdul Razak dan kabinet Malaysia....

15 comments:

Sudir on December 10, 2010 5:42 PM said...

Memang nak carik nahas kalau tarif letrik dinaikkan..

Anonymous said...

Tarif elektrik naik??. uhhh...sampai bila2 tarif elektrik tak akan naik2 kan, bagaimana pula dengan keputusan kerajaan untuk memberikan subsidi bagi pengguna bawah RM20??. Saya juga penyokong kerajaan dan pada masa yang sama pekerja TNB,(Distribution) setiap hari saya berhadapan dengan para pengguna yang banyak masalah ni..guna aircornd lebih samapi 2-3 biji sebuah rumah pun masih nak salahkan TNB jugak ke? salahkan diri sendiri dan akhirkata gunakan elektrik dengan bijak.

Anonymous said...

Itu untungnya. Berapa pula hutang sedia ada TNB?

Anonymous said...

faham tak perkataan untung bersih?
kalau tak faham, pi belajar lagi

Anonymous said...

aku pon dah macam x percaya ngan najib..
Rakyat didahulukan kepala hotak najib..
baik tukar muhyidin plak jadi pm..

berbulumatahitamku on December 10, 2010 6:48 PM said...

haaaiii berniaga monopoly pun boleh rugi ke...betul ke ni ... ke nak cover mana2 yang dah lompang sbb dah umum bermacam insentif, elaun2 yang naik dan bermacam lagi...hati2 dato sri najib nanti terpalit lumpur semua kena. RAKYAT DIDAHULUKAN ..HARUS DIKOTAKAN..KAN..KAN. rakyat dok tengok. kejadian pertama naik RON 95 rakyat dah bercakap ni nak buat lagi..rakyat dok tengok , tunggu dan pilih.SALAM.

Anonymous said...

TNB memang haprak...cara senang nak untung naik tarif..aku pun leh jadi ceo..20 hinggit subsidi nak pakai apa? pakai lampu seketul jer la..pekerja TNB pun haprak...tambah tambah bahagian pojek...asyik minta kontraktor belanja makan..malu la sikit woiiii...syarikat untung billion..pekerja minta sedekah..

aku yang tahu said...

kenapa TNB nak naik tarif?klu setakat tulis dan hentam je, rasanya ramai yg ada kemahiran tu.penulis ckp TNB untung berbillion setiap suku kewangan..allow bro klu nk tulis kajila dulu..sini aku nk terang sikit.tahun kewangan tnb bermula 1sept-31ogos..tnb ada empat suku kewangan.belum pernah tnb untung dlm satu suku smpi berbilion.klu keuntungan 4suku kewangan dicampur baru sampai bilion.pastu tolak2 dgn mcm2 kos brapa tnb ada?dlm keuntungan tu, apa yg tnb tanggung?kos operasi?kos janakuasa?pernah penulis kaji berapa kos operasi tnb tanggung?jana elektrik guna apa?minyak hanya berapa % je..yg tnb jana elektrik pling byk guna harga gas ngn arang batu (coal)..sape yg control harga gas ngn coal ni?kerjaan najib?pembangkang?baca sapa yg control?jgn tau nk hentam..harga gas sekarang AS$80setong..klu harga gas melebihi US$100-110setong, kos operasi akan naik tinggi.ini akan menjejaskan operasi harian..kenapa?sbb nak jana elektrik yg berkualiti utk rakyat.lg1 gas dan coal semua tnb import..bila import tnb rugi bila kadar tukaran wang asing..penulis pernah tgok staf tnb panjat menara talian elektrik sabung nyawa utk bg elektrik kt rakyat??itula hakikat,,jgn hanya pandai menulis dgn kata fitnah..kaji dulu..klu x berdosa besar..tnb dah bg elektrik free bg penggunaan rm20 kebawah..klu xnk byr mahal2, jgn pki aircond byk2.klu dlm rumah jgn on elektrik smpi lupa tutup..klu iron baju kena iron byk sekali gus,baru elektrik jimat..sebut pasal CSR plak..pernah penulis tny TNB berapa sumbangan TNB dlm CSR??tnb byk menyumbang dlm pelbagai program kemasyarakatan..nk detail contact tnb..klu aku nk tulis panjang lg..hakikat nya tnb bukan syarikat monopoli..tangan tnb diikat,,segala apa keputusan semua kerjaan yg buat..so mana tnb dikata monopoli??

-aku yg tahu-

CUCU TOK WAN on December 10, 2010 7:49 PM said...

ENCIK -AKU YG TAHU-

layari http://www.tnb.com.my/investors-media/financial-info/quarterly-results.html untuk gambaran lebih jelas tentang keuntungan TNB selain keuntungan anak-anak syarikat TNB yang lain...

Anonymous said...

kepala butoh lah kau yang tahu....
ko salahkan orang pakai 2-3 biji aircond kat rumah sebab tu tnb tanggung kos tinggi..
kepala butoh lah aku yang tahu...
kalu kami pakai banyak...kami bayar banyak...
apa selama ini tnb bagi diskaun ke kepada orang yang guna lebih..
aku guna sebulan rm180.00.
setiap kali datang bil aku bayar rm180.00...jadi apa masaalahnya dengan penggunaan yang tinggi.
kalau tnb tak mamnpu nak bekalkan elektrik kepada pengguna aku minta kerajaan buka peluang kepada banyak syarikat lain yang sanggup.
macam syarikat telekomonikasi ada TM,maxis,digi dan banyak lagi..
rakyat banyak pilihan..
tak sebodoh kepala butoh aku yang tahu..

anaklangkawi on December 10, 2010 9:39 PM said...

Ini menguatkan teori cek utk PRU-13..
takkan nak naik lain kali.. biaq naik skrg.. waktu rakyat tgh sokong BN..heheh

Anonymous said...

dah tu untung bersih tu menatang ape plak..???
bersih ke x bersih..??

Anonymous said...

he he...
tarif air naik di kedah, Penang, dan bakal di Selangor..
harga minyak naik..
harga barang2 naik..

BUKAN PASAL RUGI MA..tapi pasal keuntungan bersih berkurangan..atau bakal berkurangan oleh kenaikan kos2 lain.

KALAU rugi..tutu kedai le.
-aa

Aku pun tahu said...

kpd anon, kawal emosi anda..bacala dgn teliti apa yg aku tulis..xpyahla mencarut2..buat dosa je..klu tnb untung bersih, so keuntungan tu tnb nak biar jeke?mestila melabur.semua org berniaga mcm tu kan?tnb GLC, dimana mempunyai taggugjwb kpd rakyat (responsibility) dlm ms yg sama kena mengimbangi prestasi kewangan (profitability)..tnb pun ada hutang..berapa hutang tNB?carila sendiri anon woi..tnb juga ada CSR,,byk bantu rakyat..elektrik naik sbb harga gas dunia melambung tinggi skang..coal juga dah mahal skang.tahun kewangan lepas tnb untung ada byk faktor.baca dkt website tnb kl nk tau.anon tau ke tnb jana elektrik guna apa?

Anonymous said...

alahai pak encik Aku pun tahu..betul2 memepertahankan TNB yek?? dasar la orang najib ni...ngaku jela kau orang BN kan,kan,kan???penyokong2 bn memang pantang dicuit sikit..mulalah..melalak mcm anjing.Aku adalah salah sorang mangsa rakyat tertindas dek pimpinan kerajaan yg pentingkan tekak diaorang je.Tiap2 bulan aku bayar bil yang tak masuk akal jumlahnya.Aku tau cakap apa pun tak guna.Almaklumla kan...rakyat kecik je aku ni.Rakyat yang didahulukan semuanya rakyat BN jek...dan org2 gomen jek...kan,kan,kan?Mati sok kau org2jawab le ek dlm kubur.

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template