Anak sulung Anwar Ibrahim, Nurul Izzah mengatakan Malaysia tidak mengamalkan demokrasi sepenuhnya. Katanya lagi, UMNO dan Barisan Nasional tidak mengamalkan demokrasi sepenuhnya. Malah katanya, sekalipun pemilihan pemimpin pusat dikecam hebat oleh media-media UMNO-BN, PKR telah membuktikan bahawa pemimpin-pemimpin parti tersebut telah dipilih oleh ahli-ahlinya diberi peluang untuk memilih pemimpin-pemimpin yang difikirkan layak. (HARAKAH DAILY)Paling menarik apabila Nurul Izzah juga menasihati UMNO agar mengikut jejak langkah PKR...
Itu kata-katanyalah....
Demokrasi jadah apa, bila ahli-ahli PKR 'diajar' dan 'ditunjuk' siapa yang perlu berada di samping Anwar Ibrahim. Demokrasi sial apa kalau ahli-ahli PKR perlu kenal siapa isteri Anwar, siapa anak Anwar, siapa 'kekasih' Anwar. Demokrasi bongok apa kalau jawatan utama semuanya diboloti oleh ahli keluarga Ketua Umumnya.
Atau barangkali Nurul Izzah hendak memberitahu bahawa bapanya dahulu, sewaktu di dalam UMNO telah memperkenalkan budaya cantas-mencantas yang sekarang ini sedang berkembang biak dengan suburnya di dalam parti tersebut, dalam usaha untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO selain mengkhianati kepimpinan utama PAS sebelum 1982 untuk memegang kuasa?
Dengan hanya tidak lebih daripada 9.7% yang keluar mengundi untuk memilih pemimpin, itu yang dikatakan demokrasi? Cabang jenis apa lidah anak sulung Anwar Ibrahim ini?
Nurul Izzah seharusnya menjawab tuduhan yang berlaku di Lembah Pantai apabila golongan marhein dipinggirkan dan pemilih yang berasal dari rumah pangsa, menjadi anjing yang menyalak-nyalak. (RUJUK DI SINI)
UMNO telah meminda perlembagaannya sebelum PKR berbuat demikian bagi membolehkan perubahan dalam proses pemilihan pemimpin. Cubaan untuk menjadi jaguh, membuatkan PKR terburu-buru melaksanakannya agar dilihat UMNO mencontohi mereka dalam pemilihan pemimpin yang berakhir dengan kacau-bilau dan campur tangan ketara Anwar Ibrahim dalam menentu saf kepimpinan utama PKR.
Pemilihan saf kepimpinan utama UMNO pada pemilihan akan datang, akan berdasarkan kepada undi perwakilan cawangan dalam Bahagian untuk memilih pemimpin sesuai dengan pindaan perlembagaan yang dibuat pada 15 Oktober 2009. Perlaksanaan proses berkenaan tidak dibuat sebelum mendapat kelulusan daripada Pejabat Pendaftaran Pertubuhan.
Berdasarkan sumber, kelulusan telah diperolehi dan dalam tempoh 18 bulan selepas penangguhan pemilihan agung UMNO, sistem pemilihan yang baru ini akan dilaksanakan.


1 comments:
MELAYU PUAKA >>>>ANTARA MUKA MUKA YANG AKAN MENJADI MALAYSIA SEPERTI PALESTIN YANG DOK KENA KEJE DGN ISRAEL>>>>>BABI NYA MELAYU
Post a Comment