
Masyarakat Malaysia kembali tertutup. Lebih ramai yang ditangkap kerana mengadakan tunjuk perasaan dan kawalan ketat ke atas media-media, sekaligus menjadikan pentadbiran Najib Abdul Razak kembali menjadikan masyarakat Malaysia sebagai tertutup seperti zaman Tun Mahathir.
Dengan kata lain, sebarang penentangan atau suara alternatif yang tidak sehaluan dengan kerajaan telah diberikan ruang yang sangat kecil. (MALAYSIAKINI)
Apa sebenarnya yang diinginkan oleh SUARAM? Adakah kebebasan yang dimaksudkan oleh SUARAM, bebas melakukan segala-galanya dan tidak ada sebarang langkah pencegahan oleh kerajaan? Apakah kebebasan dan keterbukaan yang dimaksudkan oleh SUARAM itu bererti, rakyat Malaysia perlu lebih menelan dan menghadam sebarang tingkah laku yang merosakkan atau sebarang langkah yang membolehkan mereka berkelakuan aneh sekalipun bertelanjang di tengah-tengah jalan raya?
Apa yang membuatkan SUARAM yang jelas didalangi oleh DAP dan PKR mengatakan zaman Mahathir adalah zaman tertutup? Apakah kerana DAP sepanjang masa Mahathir menjadi Perdana Menteri gagal memperolehi lebih banyak kerusi berbanding pada zaman Abdullah Badawi, maka dikatakan zaman Mahathir tertutup? Apakah kerana tindakan pencegahan Mahathir bagi memastikan keamanan berterusan dan setiap rakyat boleh bekerja serta berniaga tanpa takut-takut, dikatakan SUARAM sebagai menekan rakyat?
Rakyat manakah yang dimaksudkan oleh SUARAM?
Zaman Mahathir merupakan kemuncak pada era Malaysia moden. Sekalipun dikatakan tertutup, tertekan, tertindas, namun kestabilan politik, kurangnya penentangan di jalan raya, giatnya usaha menarik pelaburan dan suburnya industri selain penanaman modal yang besar oleh pelabur luar, menjadikan Malaysia sebagai antara negara harimau Asia.
SUARAM boleh mengutuk apa-apa sahaja tentang era Mahathir, tetapi hakikatnya sebahagian besar rakyat Malaysia menikmati kehidupan yang lebih baik pada zaman ORANG TUA YANG DIKUTUK itu menjadi Perdana Menteri.


3 comments:
Tun Mahathir merupakan satu ikon yang menjadikan Malaysia gah dan sangat ditakuti dan menjadi sasaran kaum kerabat Yahudi dan Amerika laknatullah seperti Al Gore dan Soros. Malang golongan kononnya berserban yang bersengkokol dengan fahaman Nuar yang mendapat tajaan Yahudi dan Amerika telah menyerang Tun habis-habisan.
Maka terkeluar kalam-kalam punjangga daripada ketua golongan ini semua kemudahan dan rezeki daripada lahir perjuangan UMNO ketika itu adalah haram. Selapas tak berjaya dengan propanganda itu golongan serban ini memterbalikkan kalam-kalam mereka bagi sauk tapi jangan lupa pok nik. Bodohnya mereka ini kerana rezeki yang halal difatwakan haram akhirnya mereka jua meratah dan berebut-rebut mendapatkan rezeki itu hingga lupa pada empunya dan lupa diri pada Allah.
Maka lahirlah golongan ekstrim hingga TV ditanam dan sembahanyang 2 imam dan bermacam-macam lagi.Golongan serban yang masih tidak berpuashati mengeluarkan kalam mengutuk dan menggelar Tun dengan kata-kata yang sangat dasyat seperti Marafiraun dan sebagainya.
Seolah oleh golongan ini tiada perpendidikan ilmu agama islam. Justeru itu maka lahirlah arahan pulaukan golongan UMNO. Anehnya kerena bagi kampung-kampung peralatan kenduri kendara adalah daripada sumbangan dan bantuan UMNO. Sesetengah kampung mereka merampas pertalatan ini tanpa segan silu mengata itu hak mereka kerana diKampung menubuhkan pakatan dan setengahnya peralatan diamanahkan kepada puak PAS untuk menjaganya.
Golongan PAS ini pada masa itu hilang pertimbangan diri dan keluarkan bermacam2 fatawa termasuk kafirkan UMNO kerana kerjasama dengan MCA dan MIC. Persoalannya apakah satatus orang2 PAS masa kini adakah masih Islam kerana mereka kini bertentangan dengan fatwa ketua mereka mereka????.
Kita lihat sejarah lahirnya DAP. DAP lahir daripada kumpulan PAP yang terkeluar dari gabungan Malaysia kini ianya bermaharajalela di Sigapore. Dalam sejarah menceritakan lahir fahaman sosialis (Komunis) yang majoritinya adalah cina menentang perjuangan Inggeris dan banyak melakukan hura-hara malah menyiksa rakyat yang tak bersalah. Apakah fahaman komunis?. Sebuah fahaman yang tidak berpandukan kepada kepercayaan beragama. Kita lihat golongan ini banyak menyiksa rakyat malaysia bahkan apabila Malaysia mendapat kemerdekaan Puak Komunis masih menghuru-harakan Malaysia dan banyak penindasan dan kemusnahan mereka lakukannya.
Kita lihat perangai pemimpin DAP ini LKS,LGE,KARPAL dan sekutunya tiada ketamadunan dan memerintah mengikut hawa nafsu dan menjadikan golongan melayu sasaran sepertimana aliran adarah semasa aktif dahulu terhadap penentangan Malaysia. Kini mereka menjadi sekutu kuat PAS. Malah Ajis sangat menjangungi pemimpin DAP ini hingga banyak mencemarkan tatasusila Islam seperti memasuki tempat ibadat Islam yang dilarang dimasuki oleh bukan beragama islam.
Paling menyedihkan fahaman komunis yang terang-terangan tak percaya kewujudan Tudan Maha Esa telah mempergunakan Kalam Allah ini mengikut kehendak mereka walaupun manyimpang daripada kalam sebenarnya. Paling menyedihkan ianya diakui oleh ulamak PAS dan disajungi serta dipuja dan dibela hingga disama dengan Karamah Islam yang terkenal, tersohor dan dihormati.
Sepatutnya golongan PAS yang memdabik dada dan ego bahawa merekalah terlalu pandai dan alim dalam hal agama islam mudah diperalatkan oleh DAP. Kini mereka hilang pertimbangan diri hingga duit judi mereka katakan halal apabila datang daripada DAP. Golongan PAS kini terlalu masuk kuasa dan hilang pertimbangan diri kerana ketamakan wang dan keseronokan duniawi.
Persaoalannya Apakah mereka ini secara totalnya masih dalam islam????. Bukan apa kerana mengikut fatwa Nik Aziz barang siapa daripada kumpulan Islam berkawan dengan Cina dan India (Kafir) mereka menjadi kafir. Kita lihat rezeki halal dariapa hasil perjuangan UMNO dan rakannya apakah halal bagi mereka???
Tun adalah anugerah tuhan
kepada rakyat Malaysia
ramai yang hidup senang
pada era Tun. Cuma mereka
yang tak tahu bersyukur saja
kufur nikmat tuhan. Biarlah mereka
nak cakap apa pun semua itu dah
ketentuan tuhan terhadap bumi
Malaysia.
Post a Comment