Thursday, December 9, 2010

MATA LEBAM ANWAR LAGI PENTING DARIPADA RAKYAT!!!

Mata lebam Anwar Ibrahim kembali dibangkitkan dan Isnin ini, menteri yang berkaitan akan memberikan keputusan muktamad tentang kes berkenaan. Modal mata lebam Anwar itu kini dijadikan modal baru untuk nafas dan hayat Pakatan Rakyat berterusan, meskipun ia sebenarnya sudah tidak relevan dengan politik semasa.

Tidak lama sebelum mata Anwar Ibrahim dilebamkan, iaitu ketika dia masih lagi berkuasa sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim telah pun MELEBAMKAN MATA jutaan rakyat Malaysia dengan dasar kewangan yang sangat menekan.

Pastinya ramai golongan peniaga Melayu-Bumiputera masih ingat bagaimana kawalan terhadap kredit mikro telah menyebabkan sebahagian daripada mereka kehilangan perniagaan dalam masa yang sangat singkat. Ramai juga tentunya yang masih ingat, bagaimana usaha-usaha yang dilakukan oleh Kementerian Kewangan pada waktu itu, sebenarnya bertujuan untuk menghapuskan peniaga-peniaga kecil dan menggabungkan firma-firma tersebut di dalam sebuah industri yang ditentukan oleh pemodal-pemodal besar.... kaedah sama yang digunakan oleh IMF sungguhpun kabinet dan MTEN pada waktu itu menolak bantuan daripada IMF.

Berapa ramai yang lebam matanya? Berapa ramai pula yang gila otaknya? Berapa ramai yang menderita dalam tempoh yang sangat singkat kesan daripada tekanan ekonomi yang sepatutnya tidak berlaku sekiranya Menteri Kewangan pada waktu itu adalah seorang yang berkelayakan dan lebih mementingkan rakyat berbanding nafsunya untuk menjadi Perdana Menteri?

Dan tidak keterlaluan juga kalau dikatakan, berapa ramai yang MATI TERBUNGKANG dibunuh ceti-ceti haram setelah bank-bank tidak lagi mengeluarkan pinjaman jangka pendek kerana gagal melunaskan hutang mereka dengan bunga yang terus bertambah, semata-mata kerana ingin terus berniaga?

Sehingga kini, iaitu setelah 12 tahun berlalu, masih ramai yang merangkak-rangkak dengan firma mereka yang tidak lebih baik sebelum Julai 1997. Malangnya tiada sesiapa pun yang membela mereka, sebaliknya wakil-wakil rakyat yang diletakkan di Parlimen bagi menyuarakan kepincangan dalam masyarakat, lebih membela individu bernama Anwar Ibrahim dengan mata lebamnya, padahal si mata lebam itulah yang telah menghancurkan puluhan ribu usaha IKS sewaktu di penghujung kuasanya.

Ada pendapat yang mengatakan, mata lebam Anwar itu, hanya sedikit kifarah apabila dia membunuh ratusan pengusaha bas mini di Kuala Lumpur!

3 comments:

Sampul Kecil on December 9, 2010 2:15 PM said...

Mata lebam Bos F1 lagi bagus.. bole buat iklan.. Boleh buat duit..

Anonymous said...

Dan ngan selambanya mendakwa semua prbuatan yg brpunca darinya kepada Tun M...dan PAS pula tolong membenarkannya.

Anonymous said...

Cian Anwar...tentu berambu air mata cik kamal sanusi kita bila tengok wajah Anwar sedemikian..

sabar yer cik kamal..

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template