Tun Mahathir telah memberi peringatan kepada pemimpin-pemimpin parti komponen Barisan Nasional agar tidak membawa isu-isu perkauman yang menyebabkan sokongan kepada Barisan Nasional akan terjejas pada pilihanraya akan datang.Siapalah yang akan dengar cakap Tun Mahathir. Tun Mahathir bukan pemimpin utama lagi. Dia hanyalah bekas pemimpin. Bila bekas pemimpin, cakap tidak akan memberi bekas, umpama bercakap dengan tembok. Kalau dahulu, belum Tun Mahathir hulur tangan, sudah ramai yang akan meluru untuk mencium segala-galanya pada Tun Mahathir, sekarang ini, kalau Tun Mahathir hulurkan tangan pun, ramai yang akan berpaling dan buat-buat tidak nampak. Jangankan kata pemimpin lapis baru, pemimpin yang Tun Mahathir naikkan pada masa dia jadi Perdana Menteri dulu pun, ramai yang nak pijak orang tua bernama Mahathir bin Mohammad itu.
Itu adalah realiti. Biarpun ramai yang masih berminat dengan Tun Mahathir tetapi kata-kata Tun Mahathir tidak lebih daripada juihan seorang tua yang telah bersara daripada jawatan Perdana Menteri Malaysia. Di dalam UMNO sendiri, terutama pemimpin utamanya, tidak pernah menganggap Tun Mahathir sebagai sesuatu yang serius. Mereka lebih mengutamakan siapa pemimpin utama sekarang, bukannya bekas pemimpin. Ada banyak sebab mengapa pemimpin sekarang, perlu dibela dan diampu dikipas.
Tambahan pula, nasihat Tun Mahathir adalah kepada Barisan Nasional. Perkauman adalah cara termudah dan terbaik untuk menarik sokongan. Ketika UMNO terkial-kial untuk menjadikan Melayu sebagai agenda utama perjuangan mereka kerana perlu beralasankan agama agar tidak diludah oleh puak-puak PAS, para pemimpin UMNO sendiri pun, ramai yang kabur tentang perjuangan di dalam parti yang mereka sertai.
Dek kerana itulah, ada menteri UMNO yang kabur tentang Melayu sehingga sanggup mengatakan dia adalah Malaysian first, Malay second.... walhal walaupun tidak berbangsa sekalipun, Malaysia adalah negaranya, manakala dia sendiri adalah tentang dirinya. Tidak pernah berlaku dalam sejarah, sesuatu kaum itu dikenali dengan nama tempatnya bukan nama sandarannya atau bangsanya. Bahkan yang kerap terjadi adalah nama tempat dinisbahkan dengan nama kaumnya.
Kaum Quraisy tidak dikenal dengan nama Makkah sebaliknya Makkah dikenali kerana Quraisynya. Begitu juga dengan Melayu... Melayu tidak dikenal kerana Malaysianya tetapi Malaysia dikenali dengan nama Melayunya (Malay).
Ketakutan dan fobia dengan perkataan RASIS, JUMUD, TIDAK TERBUKA dan KOLOT barangkali menjadikan ada pemimpin utama dalam UMNO yang terikut-ikut dengan takrifan BONGOK Kebangsaan yang dibuat oleh golongan berotak udang. Dan kerana itulah, mereka sanggup membiarkan Melayu diinjak-injak seperti sekarang, meskipun pada masa yang sama, ketika perhimpunan agung UMNO, mereka inilah juga yang bersorak-sorak sakan tentang Melayu, penguasaan Melayu, kemajuan Melayu dan segala-galanya yang bersifat Melayu yang kemudian diakhiri dengan mencium keris tetapi apabila orang bukan Melayu marah, mereka juga yang terbongkok-bongkok meminta maaf.
Justeru, nasihat Tun Mahathir tentang para pemimpin parti komponen Barisan Nasional agar tidak memainkan isu perkauman, pasti akan dicampak ke longkang. Pasti akan ada pemimpin UMNO sendiri yang akan berkata, Tun Mahathir sudah nyanyuk, sudah tua, sudah alzheimer dan sudah parkinson otak dan akalnya.
Yang paling penting, dalam usaha untuk tidak kelihatan seperti terlalu Melayu, mereka tidak akan segan silu menempelak Melayu sungguhpun mereka adalah pemimpin dan ahli UMNO!!!


5 comments:
kau ingat kalau kau tak tua nanti ada orang akan heranke..mulut tu jaga sikit Tun ni negarawan..suka atau tidak dia dah banyak menyumbang kepada negara..apa jasa anda???
cuba kau fahamkan apa yang CTW tuliskan.
yang ditulis bkn persepsi umum tapi kpd org/pemimpin yg xkan peduli ngan apa yg dikatakan oleh tun dlm usaha mrk dptkan pengaruh
Relaks ano 4:16
Tulisan ini penuh nada sinis, pengaruh Tun la nie !
Sebelum nak tembak baca la dulu..IDIOT
assalamu'alaikum penerajang terbang,
apa nak buat tfk! memang melayu mudah lupa. lupa bahawa bangsa melayu tidak ada yg pandangpun... hanya melayu yg boleh membantu melayu. kalau adapun kaum lain yg nak membantu, belum tentu sekerat kelingkingpun dia orang ikhlas nak membatu. ada yg membantu tapi kerana termaktub dlm deb kena ada juga melayu dlm lembaga pengarah syarikat, adala seketoi dua melayu depa 'bubuh' tang tu...jadi apa pun tak taula...tukang angguk saja ka, tukang cadang saja ka atau tukang sign saa ka..tak tau laa...kalau betul2 bekerjasma krn nak membangunkan negara, secara langsung membantu bangsa malaysia mungkin satu dlm seribu kut...sebab tu malaysia masih boleh bergerak lagi. kalau dah semua bantut, tentu dah lama malaysia jadi mcm haiti...
yg penting sekarang kerajaan kena wujudkan banyak lagi peluang utk bangsa melayu mencapai matlamat nep. kalau tidak, lama2 yg 19% pun akan menguncup jadi 0.9% shj...
Post a Comment