Nazri Aziz menjadi orang yang paling dibenci di dalam UMNO sekarang ini, malah tahap kebencian tersebut jauh mengatasi kebencian terhadap Khairy Jamaluddin. Puncanya adalah NAMEWEE. Puncanya juga ialah apabila ramai yang melihat Nazri Aziz memberikan layanan istimewa kepada Namewee dan kemudian menegaskan bahawa anak Cina itu tidak rasis dan tidak anti Melayu....
Seperti yang dikatakan oleh sesetengah orang, Nazri merupakan pemimpin UMNO di barisan hadapan yang seringkali dijadikan kambing hitam atau membiarkan dirinya dikambinghitamkan terutama di Parlimen dan menerangkan tentang dasar-dasar kerajaan.
Namun bagi kebanyakan akar umbi, tindakan yang dilakukan oleh Nazri dilihat sebagai kelemahan UMNO yang sangat ketara. UMNO selaku tulang belakang kepada kerajaan pimpinan Najib Abdul Razak gagal bertindak menangani Namewee berbanding beberapa kes melibatkan pengetua dan pegawai-pegawai kerajaan berbangsa Melayu yang dituduh rasis oleh kaum pembangkang.
Seringkali kita dikelirukan antara perjuangan parti dan pemimpin. Pemimpin di dalam parti hanyalah sebahagian daripada komponennya, manakala akar umbi pula adalah majoriti terbesar yang menentukan kedudukan pemimpin.
Kesetiaan kepada perjuangan termasuk juga kesetiaan kepada pemimpin. Pun begitu, ia bukanlah satu rukun kerana di dalam Islam, pemimpin bukan mutlak dan kesetiaan kepada mereka bergantung kepada sejauh mana pemimpin berkenaan berfungsi dalam menjalankan tugasnya.
Syaidina Khalid Al-Walid r.a adalah seorang pemimpin perang yang disegani kawan dan lawan. Namun Syaidina Umar Al-Khattab r.a mempunyai strategi tersendiri untuk menarik Syaidina Khalid Al-Walid r.a daripada memimpin pasukan perang Islam. Dan Syaidina Khalid al-Walid r.a sebagai seorang pemimpin yang berjiwa besar, akur dengan arahan tersebut biarpun keinginannya untuk syahid di medan fisabillah sangat membara.
Anggota-anggota tentera Islam pada mulanya mempersoalkan kewajaran tindakan Syaidina Umar Al-Khattab r.a namun mereka tetap juga berperang, sekalipun panglima tertinggi mereka telah diturunkan pangkat menjadi anggota tentera biasa.
Perkara yang sama juga boleh berlaku kepada Nazri Abdul Aziz. Sekalipun dia mungkin telah diarahkan oleh pemimpin atasan untuk bersikap seperti sikapnya sekarang, atau atas alasan apa sekalipun, yang menjadi matlamat adalah untuk meletakkan UMNO dan Barisan Nasional sebagai peneraju kepimpinan negara.
Wala' tidak bertempat, tidak terdapat di dalam Islam. Kalau Islam sendiri tidak membenarkan taqlid secara membuta tuli dan taksub tidak bertempat, mengapa pula perlu rakyat yang memberi amanah kepada pemimpin, ditarik hak mereka dan dituntut untuk wala'?
Dengan kata lain, kesetiaan kepada parti sebenarnya tidak bermaksud kesetiaan membuta-tuli kepada pemimpin. Kalau Syaidina Abu Bakar As-Siddiq r.a dan Syaidina Umar Al-Khattab r.a sendiri meminta ditegur oleh rakyat sekiranya melakukan kesalahan sebagai pemimpin, apatah lagi Syaidina Umar Al-Khattab r.a diancam dengan pedang oleh seorang Sahabat, mengapa pula ada gerakan di dalam UMNO yang mendendangkan lagu sumbang, kesetiaan kepada parti dan kesetiaan kepada pemimpin?
UMNO telah jatuh akibat perbuatan dan tingkah laku menjolok mata pemimpin-pemimpinnya. PAS pula tidak pernah naik-naik kerana wala' tidak berfakta para pengikut sehinggakan mereka terpaksa berkalih mencari dalil dan alasan untuk membenarkan perbuatan berkenaan. PKR haru biru kerana taksub penyokong kepada barisan pemimpin sekalipun sebahagian daripada mereka cukup sedar, apa yang telah dilakukan oleh Supreme Leader mereka.
Maka seharusnya ungkapan kesetiaan kepada parti dan kesetiaan kepada pemimpin, perlu ditanggapi dengan akal yang dipandu oleh wahyu, bukannya kerana taksub membuta tuli!
Cuepacs urges Govt to upgrade 50,000 civil servants under Grades G17, G22,
G26
-
KUALA LUMPUR: The Congress of Unions of Employees in the Public and Civil
Services (Cuepacs) wants the grades of about 50,000 civil servants in the
technic...
50 minutes ago


4 comments:
MENTERI PALING BODOH DAN SIAL DALAM SEJARAH KEMELAYUAN>>>>>>>>KAKI BUr...............T
Betul Nazri Aziz seorang menteri yg paling dibenci oleh orang Melayu yg berjiwa Melayu.Puncanya bukan semata-mata kerana anak cina sial NAMEWEE tetapi kerana sikapnya yg bongkak,kurang ajar dan angkoh, dan pendiriannya yg dilihat terlampau memihak kepada kaum pendatang dan memperlekehkan bangsanya sendiri.Tindakannya yg sentiasa menghentam TDM dalam isu-isu yg berkaitan dengan kepentingan Melayu membuktikan dan mengesahkan apa yg dikatakan tentang keperibadian dan sifat burok pengkhianat bangsa bernama Nazri Aziz ini.
Askar Tua
Dah lama kita cuba tolak tp kenapa masih ramai lak org yg nak ngan BABI ni..
NAMBABIE
apa punya bangsa si nazri ni. buta perut ka apa dia nie. hang tak rasa apa2 ka si babi namewee ni kata apa kat negara kita, bangsa melayu, agama islam? hang ni betoi2 musibat la nazri!!!!!
Post a Comment