Thursday, December 9, 2010

NIK ABDUL AZIZ DAN PENYOKONG-PENYOKONGNYA YANG BACUL!!!

Biarpun Nik Abdul Aziz cuba memberitahu para penyokong dan penjilatnya bahawa DAP, khususnya Karpal Singh telah berubah dan lebih lunak terhadap Islam, malah terhadap dirinya, namun Karpal Singh pula menunjukkan sikap sebaliknya.

Sebarang ruang yang wujud, pasti akan digunakan oleh Karpal Singh untuk membuktikan betapa TOLOL, BAHLOL, CAPOI, dan PIANGnya Nik Abdul Aziz kepada umum. Apabila Nik Abdul Aziz membetulkan kenyataannya sebelum itu dan berkata, dia bersetuju sekiranya Lim Kit Siang menjadi Timbalan Perdana Menteri dengan syarat penasihat DAP itu memeluk Islam, Karpal Singh segera MENGARAHKAN Nik Abdul Aziz agar BEREHAT DAN BERCUTI untuk duduk menghadap dan mengkaji Perlembagaan Persekutuan.

Perlembagaan Persekutuan tidak mensyaratkan seseorang yang dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri mahupun Perdana Menteri sebagai seorang Melayu yang beragama Islam. Bagaimanapun, undang-undang tubuh di beberapa buah negeri termasuklah Perak dan Kelantan, mensyaratkan seseorang yang menjadi Menteri Besar adalah seorang Melayu dan beragama Islam.

Sehingga ke hari ini, jawatan Perdana Menteri masih lagi didominasi oleh UMNO memandangkan UMNO adalah pemegang konsesi terbesar dalam saham Barisan Nasional. Manakala jawatan Timbalan Perdana Menteri pula adalah hak mutlak Perdana Menteri.

Nampaknya apa yang dikatakan oleh Nik Abdul Aziz telah terbalik. Dalam mengutuk MCA dan MIC kerana menjadi balaci UMNO manakala PAS pula menasihati DAP, rupa-rupanya dia yang kena nasihat oleh Karpal Singh, orang kuat DAP.

Sehingga setakat artikel ini ditulis, rata-rata penyokong Nik Abdul Aziz masih menunggu-nunggu siapakah yang akan memulakan serangan ke atas Karpal Singh kerana mencederakan OTAK dan DAYA FIKIR Tuan Guru kesayangan mereka secara terbuka. Atau barangkali mereka cuba menutup mulut agar busuk kohong hati perut Karpal Singh terhadap Melayu dan Islam, tidak terkeluar dari lingkungan Pakatan Rakyat.

1 comments:

Anonymous said...

PAS dan ahli2 PAS sangat keras dan tegas sesama Islam tetapi sangat mesra dan brkasih sayang sesama kapior..

AQ dan sunnah mana yg mereka pakai...landaskan. Benar2 brtentangan ngan ajaran Allah swt dan RasulNya..

Apakah Allah yg mereka sembah sama ngan Allah yg mereka benarkan dan samakan dilafaz dan disebut didalam gereja oleh penganut2 kristian.

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template