'CHIEF SITTING KERBAU PLAK KENA LEPAS NI!"Insan yang digelarkan sebegitu rupa adalah Nik Abdul Aziz Nik Mat. Tidak pula diketahui bagaimana Nik Abdul Aziz memperolehi nama gelaran Red Indian berkenaan atau siapa yang memulakannya. Perlu diketahui bahawa hukum memberikan gelaran kepada seseorang ada dua.
Seandainya gelaran itu menyakiti hati dan perasaan orang yang digelar, maka haramlah perbuatan berkenaan seperti si tempang, si juling, si juburi dan sebagainya kecuali untuk tujuan memperkenalkan kepada orang lain. Sebaliknya dibenarkan atau diharuskan memberi gelaran seandainya gelaran berkenaan tidak menimbulkan perasaan riya' dan ujub.
Ianya bersesuaian dengan perintah Allah Taala dalam Surah Al-Hujurat ayat 11 dan kata-kata Imam Al-Nawawi di dalam al-Majmuk iaitu;
Dan ulama sepakat bahawa sunat menggelarkan seseorang dengan apa yang disukainya. Antaranya seperti Abu Bakar al-Siddiq. Namanya yang sebenar adalah Abdullah bin Uthman dan gelarannya pula adalah Atiq. (Al-Majmuk 8/41)
Dikatakan bahawa Nik Abdul Aziz bakal senasib dengan Khir Toyo berhubung beberapa penyelewengan dan skandal rasuah, melibatkan menantunya dan pengurusan kewangan negeri. Juga kek hari jadi bernilai puluhan ribu ringgit selain pakej mengerjakan umrah yang ditaja oleh syarikat-syarikat dan orang yang berkepentingan.
Seelok-eloknya, semua Menteri Besar dan Ketua Menteri dihadapkan ke mahkamah oleh SPRM agar kesungguhan mereka untuk menjadi Menteri Besar dan Ketua Menteri atau lebih tepat lagi, ke kemuncak politik diketahui umum oleh rakyat Malaysia. Setidak-tidaknya, mereka tidaklah berani menuding orang itu, orang ini sedangkan pada masa yang sama, banyak tindakan mereka diperkatakan oleh rakyat jelata, biarpun sebenarnya tidak berbukti.
Apatah lagi ISA boleh digubal untuk menahan mereka yang melakukan rasuah tetapi sukar memperolehi bukti sekalipun mempunyai tanda-tanda jelas bahawa mereka adalah pengamal rasuah dan penyeleweng amanah rakyat.
Contoh terbaik, Lim Guan Eng di Pulau Pinang!!!!


2 comments:
SALAM MAAL HIJRAH...
TUAN, TOLONG LINK KAN BLOG SAYA DI BLOG TUAN. BERSAMA KITA BERJUANG UNTUK MEMPERTAHANKAN KERAJAAN SEDIA ADA KERANA PAKATAN RAKYAT MEMPUNYAI CIRI-CIRI YANG BOLEH MENGHANCURKAN NEGARA.
salam maal hijrah, tuan...
telah saya pautkan blog tuan dengan The Flying Kick...
Semoga kita sama-sama mendapat keredhaan Allah Taala.
Post a Comment