Friday, December 10, 2010

PAKATAN GEMBLENG BLOGGER MEREKA, BLOGGER BN-UMNO AMACAM?

Ketua Penerangan PAS Perak, Khalil Idham Lim berkata, Pakatan Rakyat harus memberikan perhatian serius kepada pasukan blogger pro-Pakatan, sekaligus menjadikan mereka sebagai media alternatif yang menyalurkan pendirian tentang Pakatan Rakyat dan mendedahkan segala kepincangan yang berlaku di dalam UMNO dan Barisan Nasional.

Bercakap dalam HARAKAH DAILY, Khalil Idham Lim yang juga dikenali sebagai Blogger Cina Islam berkata, Pakatan Rakyat harus mempersiapkan pasukan blogger agar lebih berstrategi dalam menyampaikan maklumat dan menjawab segala serangan Barisan Nasional terhadap Pakatan Rakyat.

Perlu diingat, dari tahun 1997, pasukan blogger yang pada ketika itu menggunakan Geocities telah menggunakan medium berblog untuk menyerang UMNO dan BN. Mac 2008 menyaksikan keberkesanan medium Internet itu dalam menyebabkan UMNO dan Barisan Nasional kehilangan majoriti 2/3 penguasaan mereka di Parlimen.

Hanya selepas kejayaan besar Pakatan Rakyat pada PRU 12, blogger Pakatan Rakyat sedikit bersenang-lenang dan lebih banyak melakukan copy&paste berbanding melakukan serangan seperti mula-mula kewujudan mereka.

Mungkin sebahagian besar pemimpin UMNO dan Barisan Nasional yang masih hidup dari zaman gajah mammoth tidak dapat menerima hakikat bahawa blog dan Internet mampu memberikan impak yang besar dalam pilihanraya kerana berandaian, majoriti penyokong dan pengundi mereka buta IT dan rabun Internet, namun perlu diingat, sebahagian besar daripada generasi muda yang berasal dari kampung, bekerja di bandar. Mereka terdedah kepada penggunaan Internet dan blog sekaligus menyebabkan jualan akhbar-akhbar konvensional arus perdana merudum dengan teruk.

Ketika dasar langit terbuka diperkenalkan, pasukan yang menjadi perintis kepada dunia berita alternatif adalah penentang-penentang kerajaan pada masa itu. Mereka berjaya menguasai sebahagian besar daripada generasi muda yang sekarang ini merupakan generasi majoriti yang menjadi pengundi dalam setiap pilihanraya. Sekalipun berita-berita mereka diragui kebenarannya dan lebih banyak bersifat emosi berbanding fakta, hakikatnya mereka berjaya membentuk sebuah pemikiran yang sangat kritis dan penuh syak wasangka terhadap kerajaan.

Dan terbukti, kerajaan yang ada pada hari ini, masih lagi bergantung kepada pengundi-pengundi tua, bukan pengundi-pengundi muda.

Sekalipun bloggers dari kalangan pro-UMNO-BN tumbuh bagaikan cendawan, mereka tidak pernah diorganisasikan dan mendapat suapan maklumat. Sebaliknya sikap para pemimpin yang beranggapan zaman ini masih lagi bersifat rahsia untuk menyembunyikan kekuatan sebenar, menyebabkan blogger pro-UMNO-BN bertindak secara BERSENDIRIAN dan TERHAD.

Apa yang dikatakan oleh Khalil Idham Lim membuktikan bahawa Pakatan Rakyat jauh lebih ke hadapan dalam mengoptimakan blogger sebagai media alternatif baru yang lebih berkesan. Sedangkan UMNO-BN yang masih berangan-angan dan hidup dalam khayalan bahawa mereka masih kuat dan terus kuat, masih lagi kebodoh-bodohan dalam menangani masalah yang akan menjadi lebih besar dalam tempoh terdekat ini.

Secara bersendirian sahaja, blogger Pakatan Rakyat sudah mampu menawan sejumlah besar generasi muda yang menjadi majoriti pengundi. Seandainya mereka berpadu dan melaksanakan tugas mereka dengan lebih berkesan dan jitu tanpa mengira sebarang protokol atau prosedur, pastinya impian Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya bukanlah sesuatu yang mustahil.

UMNO hanya tinggal slogan. Pertahankan Putrajaya hanya tinggal retorik yang menyegarkan taik-taik telinga.

Syabas kepada Khalil Idham Lim. Anda bukan sahaja seorang blogger yang memahami dunia blog, sebaliknya anda seorang pemimpin yang berpandangan jauh ke hadapan... malah lebih jauh daripada kebanyakan pemimpin UMNO yang berpunggung lebar, berjalan terkedek-kedek macam itik sebab sukar mengangkut perut dan berfikiran yang generasi muda Malaysia, masih lagi boleh diserkup dengan propaganda perpaduan, kemajuan dan bina projek mee segera.

3 comments:

Anonymous said...

Salam CTW,

Perkara yg saudara timbulkan ini sudah acapkali diajukan kala mesyuarat UMB UMNO tapi malangnya masih ada lagi pemimpin yg berotak kontot & kemetot beranggapan bahawa permainan persepsi itu sudah dtangani dgn sebaik mungkin oleh media2 arus perdana, JASA dan juga UMNO Online PWTC.

Mungkin Mat Maslan ada buah fikiran yg lebih kreatif dan inovatif selain dari perkataan FISABILILLAH???

Saiful

Anonymous said...

alahai.....mengharap rupernyer yer..hahahaha

usin on December 11, 2010 6:47 PM said...

duit juta2, payung la sikit blogger2 tu. ni nk payung kedekut taik idung masin. masa pilihanraya sok tau la nasib korang....

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template