Monday, December 6, 2010

PAKATAN RAKYAT DAH MULA BERBAHAGI KERUSI... ADA KERUSI TERBANG TAK?

Para pemimpin Pakatan Rakyat sudah mula membincangkan tentang pembahagian kerusi-kerusi yang bakal parti mereka tandingi pada pilihanraya akan datang.

Secara dasarnya, kerusi bermajoriti Melayu akan diserahkan kepada PAS, manakala kerusi bermajoriti Cina pula akan diserahkan kepada DAP. Kerusi yang majoritinya bercampur-campur akan diserahkan kepada PKR. Perbincangan juga turut bersandarkan kepada persetujuan 2008 iaitu seandainya kerusi PAS, maka ia akan kekal ditandingi oleh PAS.

Perkembangan ini sangat menarik memandangkan jikalau keputusan itu direalisasikan, PKR akan kehilangan banyak kerusi yang mereka telah menangi dan bakal tandingi.

Antara kerusi berkenaan, termasuklah Parlimen Machang yang kini disandang oleh Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung PKR, Parlimen Dungun yang ditandingi oleh Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin, Parlimen Kulim-Bandar Baru yang disandang oleh Zulkifli Nordin atas tiket PKR tetapi kemudian melompat parti menjadi bebas, DUN Gombak yang disandang oleh Azmin Ali sungguhpun Gombak merupakan kubu terkuat PAS di Selangor.

Sudah pasti tuntutan PAS akan membuatkan PKR yang cukup terkenal sebagai kelincahan dan magik serta tongkat ajaib mereka akan melakukan sesuatu agar mereka tetap menang dalam perebutan dengan PAS. DAP tidak akan banyak bermasalah memandangkan kerusi-kerusi yang ditandingi oleh DAP adalah kekal dan tidak banyak berubah. Kerusi-kerusi yang diserahkan oleh DAP kepada PKR pula adalah kerusi-kerusi yang dahulunya mereka sentiasa kalah!

Pilihanraya Umum Ke-13 sangat berbeza berbanding Pilihanraya Umum Ke-12. PRU12 menyaksikan kemarahan rakyat Malaysia yang membuak-buak terhadap kepincangan kepimpinan Perdana Menteri pada waktu itu iaitu Abdullah Ahmad Badawi walaupun pada 2004, kepimpinannya berjaya mengungguli Parlimen dan DUN.

PRU 13 akan menyaksikan pertarungan sebenar dengan isu-isu yang bolehlah dianggap semasa seperti kenaikan harga barang dan perkhidmatan tanpa banyak skandal dan penyelewengan kewangan seperti pada zaman Abdullah Ahmad Badawi.

Persoalannya, mampukah kepimpinan utama PAS menang dalam tuntutan mereka terhadap PKR memandangkan PKR sentiasa mendabik dada bahawa mereka adalah parti yang kuat dan diterima ramai oleh rakyat Malaysia.

Atau barangkali akan ada ahli-ahli PKR yang baling kerusi ke arah kepimpinan utama PAS memandangkan mereka SANGAT PAKAR dalam kes-kes melibatkan kerusi terbang, tumbukan, tendang terajang dan tipu-muslihat.

2 comments:

Anonymous said...

PAS kena brtegas atas "KEPEMPINAN ULAMAK" jika tidak maka trnyatalah ianya semata2 cakap2 politik saja..

anaklangkawi on December 7, 2010 11:41 AM said...

PAS boleh dikatakan bodoh sbb lepaskan byk kerusi baru2 ni kepada PKR.. bertuah la PKR nak lepaskan kerusi2 empuk tersebut

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template