Tuesday, December 7, 2010

PAKATAN RAKYAT SUDAH BOLEH SENANG HATI... BAKAL MENANG PRU 13

Pakatan Rakyat sudah boleh menarik nafas panjang apabila beberapa pihak termasuklah bekas Perdana Menteri dan bekas Menteri Kewangan, Tun Dr. Mahathir serta Tengku Razaleigh Hamzah menyatakan bahawa Pakatan Rakyat akan menerima lebih banyak sokongan generasi pengundi yang baru memandangkan ia sudah menjadi trend di negara ini bagi golongan muda.

The Economist yang secara terselindungnya memusuhi umat Islam dan negara-negara bermajoriti Islam yang dilihat memberikan saingan kepada Eropah, meramalkan bahawa Barisan Nasional akan kehilangan banyak kerusi ekoran pembabitan pengundi-pengundi muda yang dikatakan lebih suka menyokong Pakatan Rakyat berbanding Barisan Nasional yang sudah lama memerintah negara ini.

Majalah yang memusuhi umat Islam itu juga melaporkan kemungkinan Barisan Nasional akan kalah lebih banyak kerusi cukup besar memandangkan pengundi-pengundi baru Melayu yang lebih moderat, kecewa dengan skandal-skandal politik selain kecewa dengan UMNO yang menggalakkan nilai-nilai Islam. (Malaysian Insider)

Dengan kata lain, hayat Barisan Nasional, terutama sekali UMNO akan berakhir pada PRU 13 nanti memandangkan generasi muda tidak langsung menyokong mereka. Itu yang dimaksudkan oleh The Economist.

Mungkin ada juga benarnya, memandangkan UMNO dan parti-parti komponen BN yang lain, amat culas dalam usaha mendekati golongan muda yang kelihatan sangat liar hati mereka dengan pemerintah sedia ada. Apatah lagi golongan muda kini tidak faham apa yang dikatakan kesusahan dan kesukaran kerana mereka lahir dalam kehidupan yang lebih mudah dan bergaji lebih mahal.

Generasi berusia 40-an ke atas masih lagi merupakan penyokong majoriti UMNO dan Barisan Nasional kerana mereka melihat transformasi negara ini daripada sebuah negara yang penuh hutan kepada sebuah bangunan yang penuh dengan bangunan. Generasi tersebut bertransformasi daripada jalan tanah merah yang tidak boleh digunakan pada musim tengkujuh kepada jalan bertar yang kemudiannya menjadi jalan raya. Generasi itu juga yang melihat perkampungan yang terletak di ceruk pedalaman bertukar menjadi perkampungan yang dibekalkan api elektrik, air paip, bangunan sekolah yang lebih dekat dan memudahkan selain surat-surat yang dihantar ke rumah dan tidak lagi dihantar ke kedai runcit atau kedai kopi.

Dan mungkin kerana itulah, barangkali generasi baru bertanya-tanya mengapa generasi berusia 40-an ke atas begitu menyenangi Tun Mahathir walaupun pada suatu ketika mereka menentangnya. Jawabnya ialah, generasi ini melihat sendiri transformasi dari tahun 1981 hingga 1984 dalam tempoh yang begitu dekat. Generasi 40-an ke atas melihat bagaimana orang Melayu yang dahulunya tertunduk-tunduk di hadapan taukeh bermata sepet, sudah berani mengangkat muka, sudah ramai yang mampu berniaga sendiri, sudah mampu memiliki kenderaan sendiri dan akhirnya terlupa bagaimana hendak berjalan atau mengayuh basikal untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat.

Pakatan Rakyat sudah boleh bersenang-senang hati dan merangka untuk menempatkan pemimpin-pemimpin tertentu sebagai Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan menteri-menteri kabinet kerana pada PRU 13 nanti, mereka akan menang besar.

Tidak perlu lagi dibimbangkan kerana generasi sekarang tidak lagi tertakluk atau terjajah dengan perasaan terhutang budi atau berterima kasih kerana apa yang telah berlaku dahulu adalah kerana rakyat, kerana KETUANAN RAKYAT, kerana terhutang budinya UMNO dan Barisan Nasional kepada rakyat semata-mata.

Apatah lagi, sememangnya tiada apa-apa yang telah dilakukan oleh UMNO untuk membangunkan negara ini sepanjang 53 tahun merdeka kerana negara ini dibangunkan oleh British dan kaum imigran yang didatangkan oleh British ke sini untuk menjaga prioriti mereka manakala keselamatan negara pula dijaga oleh Chin Peng dan suku-sakatnya.

4 comments:

Anonymous said...

melayu mudah lupa...
benar kata2 tun Dr Mahathir..

Anonymous said...

salam nak tau pasai apa pengundi-pengundi muda yang dikatakan lebih suka menyokong Pakatan Rakyat.

Jawapannya:Apatah lagi golongan muda kini tidak faham apa yang dikatakan kesusahan dan kesukaran kerana mereka lahir dalam kehidupan yang lebih mudah dan bergaji lebih mahal.(petikan tulisan saudara pengarang)

Jawapan saya: Bukan majoriti golongan muda berpendapatan tinggi dan mereka bukan buta hati dengan kepincangan yang berlaku dewasa ini yang menghimpit kewarasan fikiran mereka. Mereka bukan buta sejarah tapi tidak mau dibuai mimpi indah nostalgia dahulu sebaliknya menginginkan masa hadapan untuk generasi akan datang lebih gemilang.

Anonymous said...

teruskanlah menyerang saf pemuda dan ketuanya. teruskan. baguslah tu.
satu satunya pemimpin yg diterima oleh golongan belia disisihkan, difitnah dan dikenakan pelbagai tomahan oleh agen agen mamak gemuk tu. syabas.
kalau kj tidak diangkat sekurang kurangnya menjadi menteri senior, sudah gerenti dap dan kuncu2nya akan mendapat 80% undi muda. mungkin sudah tiba masanya dia dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri II memandangkan lebih daripada 50% warganegara berumur bawah 30 tahun.

Anonymous said...

berangan la kau.. KJ tu paling dibenci oleh pemuda bukan Melayu.. sedangkan pemuda Melayu dalam UMNo.. walaupun membencinya, tapi tergamak juga nak menasihatinya..

angka 80% tu ko boleh makan sikit2 buat bekalan hari tua..

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template