Saturday, December 11, 2010

PAS MABUK DAN BERDENGUNG!!!

Apabila membaca kenyataan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sarawak, Simon Kila @ Nor Huzaifah Zainon terbayanglah orangnya!

Entah sengal apa yang difikirkan, hujah bahawa UMNO membiarkan Melayu Sarawak keciciran dikeluarkan untuk menarik pengaruh kepada PAS Sarawak sekalipun pada masa yang sama, mengetahui bahawa UMNO tidak wujud di Sarawak dan sebarang cubaan mewujudkan UMNO di Sarawak akan dibangkang habis-habisan oleh Taib Mahmud.

Kisahnya tak ada lain, sekadar bercerita tentang kekayaan yang berlegar-legar di tempat dan orang yang sama. Sambil tu menyalak dan membangkitkan kemarahan orang Islam Sarawak terhadap Taib Mahmud kerana lebih kaya daripada mereka.

Atau dengan kata lain, PAS Sarawak hanya melihat kekayaan Ketua Menteri Sarawak sebagai kayu pengukur kepada kedaifan orang Islam-Melayu yang lain. Mungkin kerana itulah, kebanyakan pemimpin PAS jarang menunjukkan kekayaan mereka mengatasi orang lain kerana dibimbangi mereka juga dijadikan sebagai ikon penyeleweng.

Sambil menyesah FELDA yang dikatakan gagal menaikkan taraf kehidupan Melayu di Semenanjung kerana penyelewengan, Huzaifah turut menceritakan tentang perampasan tanah dan pampasan yang tidak mencukupi bagi tanah yang diambil di Sabah dan Sarawak.

Entah pembohong kategori mana, Huzaifah cuba memutar belitkan keadaan semasa di Sarawak khususnya. Peluang membaiki taraf hidup di Sarawak yang dikatakannya sebagai sukar direbut oleh Bumiputera, begitu terbuka luas. Kalau dengar gambaran yang diberikan oleh Huzaifah, rata-rata rakyat Sarawak berada di bawah cengkaman KOMUNIS SARAWAK sehinggakan hendak bergerak pun tidak boleh kerana asyik teraniaya.

Namun yang paling menarik apabila Huzaifah bertanya secara sinis sama ada UMNO sebenarnya memperjuangkan Melayu atau sekadar untuk mendapatkan undi. Sepatutnya Huzaifah juga bertanya kepada dirinya sendiri, sama ada dia bekerja untuk Islam atau sebenarnya sekadar ingin mendapatkan pengaruh dan undi bagi membolehkan PAS menjadi pemerintah di bawah DAP dan PKR Sarawak.

Jadah apa mempersoalkan tentang sebuah organisasi politik tentang bantuan dan undian. Ia adalah perkara yang bergerak seiring. Tujuan utama kewujudan parti-parti politik, termasuklah PAS sendiri adalah untuk mendapatkan pengaruh dan seterusnya undi. Bantuan dan pembelaan hanya sebagai sempelan atau diselitkan bagi mewajarkan kewujudan sesebuah parti politik.

Patutlah PAS Sarawak tidak pernah maju-maju dan progres. Apakan tidak, pemimpin-pemimpinnya yang dilantik, bukan sahaja bengap, malahan TAK SEDAR DIRI!!!

1 comments:

Anonymous said...

nk buat macmana... dah itu shj yg ada paling cerdik antara yg bengap2 kat dlm parti tu ada :-(

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template