Tuesday, December 7, 2010

PAS NAK KUMPUL DERMA LAGI LAAA... ABIS LAAA....

Abu Bakar Chik, Timbalan Pengerusi Lembaga Amanah Dana Pendidikan PAS menyatakan, PAS bercadang untuk mengumpulkan dan berjumlah RM1 juta bagi membantu pembiayaan dan prasarana pelajar-pelajar sekolah agama rakyat (SAR). (Harakah Daily)

Bunyinya manis. Bunyinya cantik. Bunyinya juga enak. Namun Dana Pendidikan PAS itu juga bakal senasib dengan Tabung Memali atau KOHILAL yang hilang entah ke mana!!!

PAS dengan kutip derma dan kumpul dana mereka, sangat hebat. Modal yang digunakan untuk mengutip derma, meminta sedekah dan mengemis adalah Islam dan umat Islam. Sekaligus menjadikan PAS tidak ubah seperti sebahagian besar pelarian Rohingya yang berada Malaysia yang kerja utama mereka adalah meminta sedekah dan mengemis di tepi jalan.

Itu belum lagi dikira dengan kutip derma jihad dengan menggunakan Unit Amal selesai ceramah-ceramah politik mereka. Duit daripada kutipan derma tersebut entah ke mana disalurkan kerana kesudahannya tetap kosong. Dari tahun 1951 sehingga sekarang, sudah berapa ratus ribu atau jutaan ceramah yang dibuat. Dan kalau dikumpul atau dihitung-hitung, sudah berapa banyak pula derma yang diterima... barangkali berbilion ringgit!!!

Walau apa-apa sahaja projek derma atau jenama yang diletakkan bagi tujuan mengumpulkan sedekah dan mengemis duit orang ramai, PAS sewajarnya lebih telus dalam memberikan penjelasan berhubung cara pengendalian derma-derma berkenaan kerana ia bukannya duit daripada perbendaharaan negara yang disakau daripada cukai dan eksais, atau duit pusaka tok nenek, sebaliknya duit tunai yang dikutip daripada orang ramai.

PAS sehingga kini terlalu fobia untuk menjelaskan tentang penyelewengan Tabung Memali. Malah usaha-usaha daripada golongan yang kononnya bakal menerima sumbangan daripada tabung tersebut untuk mendedahkan tentang penyelewengan, segera dikatup dan disekat oleh orang-orang tertentu di dalam PAS. Begitu juga dengan KOHILAL yang diberikan sepenuh kepercayaan oleh ahli-ahli PAS sebagai tempat pelaburan, tetapi akhirnya habuk sahaja dan letih sahaja yang diperolehi.

Sekarang, PAS melancarkan pula Dana Pendidikan daripada kutipan derma?

Jawabnya, sekolah-sekolah agama rakyat tetap akan mengharapkan geran bantuan daripada kerajaan pusat seperti sekarang. Sekolah-sekolah agama rakyat tetap menerima bantuan daripada agensi kerajaan pusat untuk prasarana sekolah-sekolah tersebut... sama seperti sekarang!!!

Dan PAS melancarkan Dana Pendidikan hanya bertujuan untuk menakluki hati mudir-mudir, guru-guru dan para pelajar sekolah agama rakyat menyokong mereka...

2 comments:

Anonymous said...

Bukan untuk tujuan pendidikan tetapi tujuan untuk PRU yang akan datang

anaklangkawi on December 7, 2010 11:42 AM said...

Mana duit KOHILAL Aku!!!! itu kata2 ahli2 PAS..

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template