Peguam Negara, Ghani Patail menjadi tumpuan sepanjang minggu ini berikutan kes melibatkan bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo. Sememangnya ramai yang tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh Ghani Patail berhubung tempoh yang diambil sebelum Khir Toyo 'diambil', malah ramai juga yang tidak berpuas hati dengan kadar jaminan yang dikenakan terhadap Khir Toyo.Sama ada sedar atau sebaliknya, terima atau sebaliknya, kes Khir Toyo adalah kes rasuah dan peruntukan untuk rasuah jauh lebih tinggi berbanding kes liwat di negara ini, sama ada jaminan mahupun denda dan hukuman penjara.
Tinggalkan dahulu tentang kes rasuah dan penyelewengan kuasa Khir Toyo. Kes tersebut baru sahaja dibawa ke mahkamah.
Terdapat banyak kes rasuah di negara ini yang diklasifikasikan sebagai berprofil tinggi. Ada yang disiasat dan tidak kurang juga, banyak yang disapu di bawah karpet. Entah apa tujuannya, barangkali kita semua dapat meneka motif sebenarnya.
Persepsi bahawa Peguam Negara menutup mata terhadap beberapa kes berprofil tinggi melibatkan wang negara seperti MV Agusta, begitu menebal. Kes ini tidak pernah disebut, tidak pernah juga dibincangkan, malah seboleh mungkin cuba ditutup. (MYKMU)
Barangkali sudah sampai masanya, Malaysia melaksanakan pengundian dan pendapat umum agar Peguam Negara membuka kertas siasatan terhadap skandal-skandal seperti itu. Apabila keputusan majoriti mahukan kes tersebut dibuka dan disiasat selain dikenakan tindakan, maka Peguam Negara perlu bertindak berdasarkan kepada suara ramai itu.
Mungkinkah itu yang perlu berlaku?
Rakyat sedang menilai dan sedang memerhatikan setiap perkembangan perang terhadap rasuah yang dilakukan oleh kerajaan. Tiada gunanya Perdana Menteri terjerit-jerit tentang perang terhadap rasuah, malah tiada gunanya Timbalan Perdana Menteri membaca puisi tentang nilai suapan, jikalau kes yang gedabak besarnya, terus dibiarkan dan persepsi orang ramai seiring dengan lagu yang dimainkan oleh golongan pembangkang.


2 comments:
ikan bilis banyaklah masuk pukat.kah..kah..kah.. Tenggiri jarang-jarang. aahak..hak..hak.. paus satu dua kah..kah..kah.. kan kalau ikan paus itu ramai boleh beragih?. Tangkap paus mata pancing sebesar sauh. Silap-silap mata pancing lurus kah..kah..kah..
Patutlah orng sentiasa mempertikaikan undang2 negara kalau ketuanya macam ni...
Entah berapa banyak billion agaknya dia makan dan simpan..
Tunggu BUMI menelan dia je..
SeksyenDalamKurungan
Post a Comment