Setelah semalaman menunggu, akhirnya tengah hari ini, barulah ada penafian daripada suara rasmi PAS iaitu Harakah Daily. Sebelum itu, Mohd Sayuti Omar menerusi blognya, telah pun membuat penafian tentang 'sakit kuat' Nik Abdul Aziz dan menjelaskan bahawa Nik Abdul Aziz hanya 'sakit urat'.Dan menjelang pukul 3.00 petang, semakin banyak blog pro-Pakatan yang menafikan siaran berita Malaysia Instinct yang mengatakan, Nik Abdul Aziz 'sakit kuat' dan melabelkan berita yang dikeluarkan oleh Malaysia Instinct sebagai fitnah dan berniat jahat.
Tidak seperti selalu, berita penafian agak lewat disiarkan oleh blog-blog pro-Pakatan seolah-olah sedang menunggu alasan yang lebih baik untuk mengatakan Nik Abdul Aziz masih sihat.
Hanya setelah MSO menyiarkan artikel di blognya bagi mengesahkan bahawa Nik Abdul Aziz dalam keadaan sihat kecuali 'sakit urat', barulah blog-blog pro-Pakatan Rakyat mengeluarkan kenyataan masing-masing untuk mengecam blog-blog pro-UMNO yang sepanjang tengah malam sehingga pagi menyiarkan berita yang bersumberkan daripada Malaysia Instinct tentang 'sakit kuat'nya Nik Abdul Aziz.
Cerita tentang pemimpin sakit, jatuh sakit, hendak sakit, mahupun sakit nak mati, sudah lama dimain-mainkan oleh blog-blog Pakatan. Apabila Najib Abdul Razak sakit perut, dikatakan nyawa Najib Abdul Razak sudah sampai ke penghujung kesan daripada doa pecah perut yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz dan diaminkan oleh para pengikutnya.
Begitu juga dengan beberapa orang pemimpin UMNO-BN yang lain. Anehnya, berita sebegini apabila berlaku kepada para pemimpin Pakatan Rakyat pula, segera dikecam sebagai fitnah dan acuman beracun.
Kehidupan ini sentiasa berputar. Hari ini kita mengata orang, hari esok orang pula mengata kita, sekaligus membuktikan Allah Taala itu Maha Adil. Hari ini, kita mengatakan orang pecah perut, tidak mustahil juga suatu hari, Allah Taala benar-benar memecahkan perut orang yang meminta perut orang lain pecah.
Semoga kita semua mendapat iktibar daripada pengalaman kehidupan yang kita telah lalui sepanjang hayat ini agar keyakinan kita kepada Allah Taala bertambah tingkatannya biarpun sekadar pegangan mubtadi, bukannya keyakinan arifbillah... biarlah kita bermula dengan ILMU YAQIN iaitu yakin kerana diberitahu, kemudian meningkat menjadi AINUL YAQIN iaitu yakin kerana melihat sendiri sehingga akhirnya memperolehi tingkatan HAQQUL YAQIN iaitu yakin kerana telah merasainya sendiri.


1 comments:
TERGEMPAR!!!
BLOGGERS G.A.P ORANG KUAT GEROMBOLAN MENEMPELAK BLOG RUANG BICARA FAISAL (RBF) DISEBABKAN PERENGGAN BERIKUT:
"Pergilah Dato' Seri, pergilah membawa diri mu bersama sekeping hatimu yang duka lara itu dan jika Dato' Seri kembali satu hari nanti, Insyaallah Dato Seri akan kembali sebagai seorang pahlawan yang hebat."
UNTUK MAKLUMAT SEDARA SEDARI, BLOG RBF DULU HEBAT DENGAN CRITA PALSU KUNUNYA KERAJAAN BERDAULAT NEGERI SELANGOR (PILIHAN RAKYAT) AKAN TUMBANG ALA KRISIS PERAK.
KEMUDIAN DIA DISERGAH OLEH BLOGGERS GAP (KEDUA DUA ADALAH JUAK KEPADA MUSUHKU. KAO TAO SIAPALAH)
"memberi pujukan dan rayuan supaya khir toyo berundur tidak menyelesaikan masalah. ini bukan masa untuk politik melankolik. lawan sampai habis jika kita benar."
JELAS DISINI BLOGGERS GAP MENGANGGAP BLOGGERS RBF SEBAGAI SORANG YG LEMBUT.
HMMMM.
BETUL TU. DULU DIA TERSELIUH KAKI LALU BERKHABAR PADA SELURUH DUNIA. DIBANTU OLEH GENG MAMAK.
OK
NI SAJA BERITA RINGKAS.
MUHAHAHHAHA DAN HE HE HE HE
Post a Comment