Sunday, December 5, 2010

SAMSUL ISKANDAR MOHD AKIN PULA NAK DEMONSTRASI DENGAN GERAMM

Selepas demonstrasi air di Masjid Negara, kini tiba pula giliran AMK yang diketuai oleh Shamsul Iskandar Mohd Akin untuk menggerakkan satu lagi demonstrasi yang dianjurkan oleh GERAMM (Gerakan Rakyat Anti Manipulasi Minyak) bagi membantah peningkatan harga bahan api - petrol, diesel dan gas cecair serta gula. (Malaysian Insider)

Ramalan pilihanraya umum bakal berlaku dalam masa terdekat ini telah menggerakkan bakal-bakal calon Pakatan Rakyat untuk menunjukkan kuasa dan keupayaan mereka sekaligus memperlihatkan kekuatan pengaruh di kalangan bakal pengundi.

Sehingga setakat ini, sudah ada dua rancangan untuk berdemonstrasi iaitu daripada ANAK, pimpinan Mazlan Aliman yang berbaju PAS tetapi berhati PKR dan BERSIH 2.0 yang digerakkan oleh Mat Sabu, calon rejected re-con PAS yang tidak berpendirian dan berprinsip.

Agak menarik apabila selain keinginan untuk menonjolkan diri sebagai calon sebagai faktornya, faktor lain adalah sebagai PUNCA PENDAPATAN. PKR yang ditubuhkan semata-mata untuk memastikan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia, memilih pendekatan demonstrasi dan rusuhan untuk mendesak kerajaan agar tunduk kepada tuntutan mereka.

Apa yang berlaku sekitar 1997-1998 dan 2007, cuba dijadikan pemangkin untuk mendapatkan kuasa semula. Dek kerana itulah, Anwar Ibrahim begitu bersungguh-sungguh untuk memperkecil-kecilkan dan memperlekeh-lekehkan Najib Abdul Razak selain dasar-dasar kabinet Najib. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menanam kebencian sekaligus memarakkan kemarahan rakyat jelata kepada Kerajaan Pusat yang diterajui oleh UMNO.

Apabila Anwar mengatakan Kerajaan Najib Abdul Razak melebihkan-lebihkan pembekal kuasa IPP, Anwar sebenarnya tidak pernah menceritakan bagaimana syarikat-syarikat yang memaksa TNB membayar tenaga yang mereka keluarkan itu wujud serta berfungsi. Malah Anwar selagi boleh untuk tidak menceritakan asal mula kewujudan syarikat-syarikat berkenaan dan siapakah yang telah menganugerahkan berbilion ringgit kepada syarikat-syarikat berkenaan menerusi perjanjian dan konsesi yang tidak akan menyebelahi Kerajaan Pusat buat selama-lamanya!!!

Dek kerana itulah, PKR menerusi juak-juak lapar kuasa di dalam parti berkenaan, terus berusaha untuk mewujudkan kekacauan agar tembelang sebenar Anwar Ibrahim tidak akan dipecahkan atau sempat didedahkan kerana kesibukan kerajaan menangani masalah yang dilakukan akibat hasutannya seperti demonstrasi di Masjid Negara tengah hari tadi.

Anwar terus menangguh-nangguhkan kes perbicaraannya. Daripada apa yang dilakukan oleh Anwar sehingga ke saat ini dalam kes perbicaraan liwat keduanya itu, Anwar tidak berhajat untuk membersihkan namanya sebaliknya sekadar ingin melengah-lengahkan agar dia mempunyai masa yang mencukupi untuk menggerakkan massa sekali lagi seperti pada tahun 1997-1998 memandangkan Najib Abdul Razak tidaklah setegas dan sehebat Tun Dr. Mahathir Mohammad dalam menangani masalah yang bernama Anwar Ibrahim, sebaliknya Najib Abdul Razak kelihatan seperti terikut-ikut dengan permainan Anwar, namun pada masa yang sama, cuba menutup ruang dari segi desakan ekonomi menerusi beberapa tindakan yang dilihat memberi banyak kelebihan kepada puak-puak peniaga seperti pengapungan semula Ringgit Malaysia di pasaran matawang dunia.

2 comments:

zethro said...

Sudah2 la tu Pakatan Rakus!
Lebih baik korang tumpukan dulu camne nak "Merakyatkan Ekonomi Selangor" drp membazir duit n tenaga rakyat buat demo yg tak berfaedah ni. Aku sebagai anak Selangor dah makin runsing n kabur dgn perjuangan dan usaha2 kerajaan negeri yg bukan main megah lg masa mencanangkan slogan 'Merakyatkan Ekonomi Selangor'. Dulu aku rasa tak sia2 aku undi PR bile slogan tu dibuat. Skang ni dah makin samar2 dah dgn apa yg dimaksudkan sebenarnya oleh slogan tersebut. Drp isu2 YBK, pasir dan air baru2 ni, aku tak nampak pon apa yg dimaksudkan sebenarnya merakyatkan ekonomi tu. Yang aku tgk, saudara-mara, kawan2 n rakan sekerja aku sume camtu je gak; kitorang tak rase pape perubahan ketara pon sejak slogan tu dicanang2. Mane pegi program2 merakyatkan ekonomi yg bukan main gah disebut2 dulu?

Anonymous said...

Memang menyusahkan betul anak-anak haram yg dibela oleh Pakatan Babi ni. Menyusahkan hidup orang!!! Weekend orang nak jalan-jalan dengan anak bini lah BABI!!!!
Habis KL jem korang punye pasal. Jalan kena tutup sana-sini. Korang nak demo, demo kat Shah Alam lah Bangsat!!
Memang lu semua cibai lah betul wa cakap. Termasuklah Ronnie Liu yg pegang botol air "Air ialah anugerah Tuhan Alla"
Kepala bapak kau!!. Kau pergi lah minum air Sungai kalau nak free bengap!!!

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template