Saturday, December 11, 2010

SEKALI LAGI PAS DIBABI-BABIKAN!!!

Konon katanya, Pakatan Rakyat tidak akan membincangkan perkara-perkara yang dianggap sensitif seperti penubuhan negara Islam atau dasar Islam seperti yang diperjuangkan dan sentiasa dilaung-laungkan, dipekik-pekikkan oleh para penceramah PAS di seluruh negara. Alasannya ialah, isu-isu berkenaan bukanlah isu-isu konsensus bersama.

Anwar Ibrahim secara terang-terangan menolak perjuangan PAS dan impian para pemimpin serta pendokong parti tersebut untuk memastikan perundangan Islam wujud di negara ini dengan kadar segera. Sekaligus pada masa yang sama, Anwar Ibrahim menegaskan bahawa PAS sebenarnya tidak ada sebarang nilai tambah di dalam Pakatan Rakyat, melainkan jenteranya yang ingin dipergunakan oleh PKR dan DAP dalam usaha menambahkan koleksi undi orang Melayu.

Lebih 90% penyokong PAS adalah orang Melayu di kawasan luar bandar. Manakala di kawasan bandar pula, kebanyakan daripada mereka bertukar baju sebagai penyokong DAP dan PKR.

Di sebalik dalih Nizar Jamaluddin dan Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa perlembagaan PAS tidak menyatakan secara khusus tentang Negara Islam, namun perlembagaan PAS juga menetapkan bahawa perjuangan parti itu adalah ke arah pendaulatan al Quran dan as-Sunnah, sesuatu yang tidak dinyatakan secara khusus di dalam perlembagaan UMNO, jauh sekali PKR dan DAP.

Sikap istiqomah Anwar Ibrahim untuk menentang Islam dan PAS begitu terserlah sekalipun dia tidak lagi menjadi sebahagian daripada UMNO mahupun kepimpinan utama negara. Hanya kerana PAS memiliki segala-galanya yang boleh ditumpang secara percuma dan menyerlahkan kewibawaannya selaku PEMERINTAH TERTINGGI Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim masih lagi mengamalkan dasar berbaik-baik dengan Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Mampukah PAS mengenepikan dasar perjuangan mereka yang sudah sebati, malah sebahagian daripada ahli-ahlinya menggelarkan diri mereka sebagai JUNDULLAH hanya semata-mata untuk memastikan undi kaum bukan Islam berpihak kepada mereka?

Mungkin ada segelintir kecil pemimpin PAS yang berperasaan begitu. Sedangkan sebahagian yang lain, kekal dengan Islam dan wadah perjuangan menerusi PAS. Apa guna PAS masih hidup dan berpakaian Islam seandainya Islam diketepikan bagi memuaskan hati pemimpin-pemimpin bukan Melayu dan bukan Islam di dalam Pakatan Rakyat.

Sampai bila sebenarnya PAS akan berhenti daripada dibabi-babikan oleh Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim, khususnya. Sudah sampai masanya, PAS yang memimpin Pakatan Rakyat, bukannya bekas banduan yang sedang dibicarakan kerana kes liwat.

Siapa punya cakap-cakap nih?

"Kami rela kalah kerana melaksanakan Islam. Kita rela ditolak rakyat kerana melaksanakan suruhan Allah. Apalah ertinya sebuah pemerintahan tanpa mendapat redha Allah."

BACA MALAYSIAN INSIDER

4 comments:

Anonymous said...

Modal yang tinggal hanya lah agar Pakatan Rakyat bergaduh antara mereka dan pakatan berpecah.Bila ini belaku UNMO/BN akan Menang dlam PRU 13 nanti.Maka kezaliman terhadap rakyat akan di teruskan seperti biasa.Rakyat akan rugi juga akhirnya.Oleh itu tak payah lah nak laga kan.DAP,PAS dan PKR hanyalah Pakatan untuk tumbangkan UMNO/BN dan melakukan perubahan besar pada sistem yang tidak adil pada rakyat.Menindas .merompak rasuah dan kroni amalan UMNNO/BN sejak 50 memerentah negara ini harus di hentikan.Tak perlu lah main akn isu ugama dan ketuanan Melayu sebab UMNO lah yang merompak orang Melayu.

Anonymous said...

aik anon 10;23... sejak bila plak paspispus pakai agama sekerat, sekular sekerat? sejak bila plak paspispus tiba2 jer tak nak main agama dlm politik?

kahkahkah btol2 cam biawak!

Wake UP! on December 11, 2010 11:16 PM said...

Live in a zoo Namewee.

Ada Adun PAS main dengan bini orang dalam keretapi.

Ish! Gila seks semua orang PAS ni. Janganlah makan ubat kuat yang diiklankan dalam Harakah tu kuat sangat.

Nanti kambing pun ditutuh.

Anonymous said...

x apa la jual agama... asal dpt raih undi. sbb memang dah tahu pengikut2nya memang jenis bangang yg x abis... :-(

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template