Friday, December 10, 2010

SELCAT DAH JADI PUSSY CAT

Ketika Faekah Hussin, setpol Khalid Ibrahim menyesah Khir Toyo yang disifatkannya sebagai penyamun, manakala kes yang telah menyebabkan Khir Toyo diseret oleh SPRM ke mahkamah sebagai gimik pilihanraya, Wee Choo Keong, Ahli Parlimen Wangsa Maju yang dahulunya menang atas tiket PKR dan kini menjadi Ahli Parlimen Bebas, mempersoalkan pula SELCAT atau Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor yang gagal bertindak terhadap Lee Kee Hiong.

Lee Kee Hiong adalah salah seorang ahli majlis Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan bekas Setiausaha Politik Lim Kit Siang.

Wee Choo Keong yang juga bekas ahli DAP turut mempersoalkan Jawatankuasa Disiplin DAP gagal mengambil sebarang tindakan ke atas Lee Kee Hiong walaupun aduan demi aduan dibuat terhadap penyelewengan serta salahguna kuasa ahli majlis DAP itu.

“Pakatan pembangkang di Selangor sering memperjuangkan soal keupayaan, kebertanggungjawaban dan ketelusan, tetapi projek banyak diberikan kepada kroni sendiri.

“Saya tahu Kee Hiong mempunyai sokongan padu daripada seorang pemimpin kanan DAP. Mungkin sebab itu tiada tindakan dapat diambil ke atasnya.

“Apa sudah jadi dengan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) atau sudah menjadi dead cat atau pussy cat,” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini. (UTUSAN ONLINE)

Faekah Hussin... takkan takdak ulasan kut? Kalau Khir Toyo bukan main lagi banyak maklumat, takkan dari kem sendiri, maklumat hilang di dalam bakul sampah?

0 comments:

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template