Thursday, December 9, 2010

SI BODOH YANG CUBA AJAR ORANG LAIN SUPAYA BODOH SETARANYA!!!!

Kata orang Pokok Sena, dek kerana UMNO gagal menampilkan calon yang lebih berwibawa dan jauh lebih pandai berbandingnya, maka Mahfuz Omar terpaksa dimenangkan. Kata depa lagi, selagi UMNO kekal seperti sedia ada, jangan haraplah Mahfuz akan diturunkan dan dijadikan ahli politik marhein kembali.

Itu kata orang Pokok Sena yang kebetulan pula merupakan orang penting UMNO di bahagian tersebut!

Dengan kata lain, Mahfuz tidak seharusnya berasa malu kerana tahap IQnya memandangkan UMNO Pokok Sena tidak lebih baik darinya....

Maka berkatalah si Mahfuz, Pakatan Rakyat seharusnya menumpukan perhatian untuk mengalahkan UMNO-BN terlebih dahulu dan tidak tersasar kepada perkara-perkara yang tidak perlu serta tidak relevan dengan 'perjuangan' Pakatan Rakyat. (HARAKAH DAILY)

Entah dia faham entahkan tidak kata-katanya sendiri. Hakikatnya di kalangan pemimpin PAS, yang paling banyak mulut dan paling kerap tampil di media pro-Pakatan adalah Mahfuz sendiri. Adakalanya dia bercakap entah apa-apa, terutama yang membabitkan bab-bab ekonomi.

Mungkin Mahfuz beranggapan, apa yang keluar dari mulutnya itu adalah senjata paling ampuh untuk mengalahkan UMNO-BN walaupun sebenarnya menyerlahkan kebodohan dan KEPIANGANnya sendiri.

Berkata lagi Mahfuz, PAS istiqomah dalam perjuangannya untuk mendirikan agama dan berpolitik dengannya. Barangkali Mahfuz terlupa atau sememangnya tidak tahu bahawa agama tidak didirikan dengan agama, sebaliknya menerusi IHSAN. Dan IHSAN tidak berasal daripada politik mahupun perebutan kuasa, sebaliknya datang daripada ILMU dan AMAL. Lebih daripada itu, agama dan keimanan tidak datang dalam bentuk pukal, sebaliknya datang dalam bentuk individu.

Sirah Nabawiyyah dan hadis-hadis shahih menceritakan bagaimana Nabi s.a.w memulakan dakwah kepada ahli keluarga, kemudian sahabat-sahabat akrab dalam keadaan tertutup sebelum diperintahkan Allah Taala agar menyebarkan Islam secara terbuka. Tidak pula Allah Taala turunkan atau perintahkan Nabi s.a.w agar mewujudkan sebuah parti politik di Makkah pada zaman itu agar Nabi s.a.w boleh mendirikan Islam secara pukal seperti yang difahami dan diimani oleh Mahfuz Omar.

Atau barangkali Mahfuz Omar dan si jahil-si jahil setaraf otaknya menganggap, kelompok umat Islam Makkah pada waktu itu adalah ahli-ahli parti politik yang bernama Islam dengan berpegang kepada fahaman Nik Abdul Aziz bahawa politik itu adalah SEGALA-GALANYA?

Paling menarik apabila Mahfuz Omar cuba mengambil Nabi s.a.w sebagai teladan. Secara dasarnya, sebagai umat Islam, Nabi s.a.w adalah suri teladan yang sebaik-baiknya. Namun pada masa yang sama, jangan sesekali berdusta atas nama baginda s.a.w kerana kelak di akhirat, si pendusta atas nama Nabi s.a.w itu akan dimahkotakan dan dikalungkan dengan api neraka.

Kata Mahfuz, Rasulullah s.a.w sendiri sentiasa memberi pertimbangan kepada realiti semasa sehingga dibantah oleh Sahabat-Sahabat tertentu kerana menganggap baginda terlalu bertolak ansur. Barangkali Mahfuz Omar terlupa atau buat-buat tidak tahu bagaimana Syaidina Salman Al-Farisi r.a bertanya kepada Nabi s.a.w ketika hampirnya Perang Khandak, sama ada strategi Nabi s.a.w untuk membawa angkatan perang Madinah keluar dari kota, merupakan wahyu atau pandangan baginda semata-mata. Maka apabila dijawab oleh Nabi s.a.w bahawa itu adalah pandangan baginda, maka Syaidina Salman Al-Farisi r.a mencadangkan agar pertahanan dibuat di sekitar Kota Madinah dan sekeliling kota tersebut digali parit-parit dalam dan lebar.

Dan Nabi s.a.w bersetuju dengan strategi Syaidina Salman Al-Farisi r.a. Kekuatan tentera Quraisy yang digembelengkan dengan Yahudi-Yahudi Madinah yang mengkhianati Madinah, akhirnya kalah dengan kematian yang sangat minima di kalangan umat Islam.

Tidakkah Mahfuz Omar yang konon-kononnya seorang pejuang Islam dapat melihat dan mempelajari teladan daripada kisah tersebut?

Islam mengajar umatnya agar berakal dan akal tersebut dipandu oleh wahyu, bukannya berakal tetapi akal tersebut dipandu oleh DEMOKRASI ROM seperti yang diamalkan oleh sebilangan besar pemimpin PAS setaraf Mahfuz Omar.



0 comments:

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template