Apabila KDYMM Paduka Sultan Perak enggan mengikut kehendak mereka dengan tidak melantik Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar menggantikan boneka DAP, Nizar Jamaluddin yang hilang majoriti mudah di DUN Perak akibat tiga orang ADUN melompat menjadi Bebas, Karpal Singh mengancam untuk menyaman Paduka Sultan Perak. Malah ramai penjilat Pakatan yang mengata macam-macam terhadap Paduka Sultan Perak sehingga sebahagian kecil daripada mereka diberkas dan dihadapkan ke mahkamah.Dan rata-ratanya mereka bukanlah dari bangsa Melayu!
Hari ini, sempena Maal Hijrah, kesembilan-sembilan orang Sultan Melayu bagaikan membaca skrip yang sama, termasuklah KDYMM Paduka Sultan Kelantan, Sultan Mohammad V tentang umat Islam, Melayu dan perpaduan.
Akan wujudkah pelbagai tuduhan yang akan dikenakan kepada 9 orang Sultan Melayu itu, sama ada dari kalangan bukan Melayu mahupun dari kalangan Melayu yang melihat sebuah negara Republik adalah alternatif terbaik menggantikan Raja Berperlembagaan di negara ini?
Perkataan 'Melayu', 'Islam' dan 'Bumiputera' merupakan perkataan taboo di negara ini yang boleh dituduh sebagai RASISME kepada si penuturnya. Kecenderungan untuk melabelkan apa-apa sahaja yang dikaitkan dengan ungkapan-ungkapan berikut, bukan sahaja menular di kalangan para pemimpin DAP dan penyokong mereka, bahkan juga di kalangan Melayu PKR dan Erdogan-Erdogan PAS yang berbaju PAS tetapi berhati Anwar Ibrahim.
Seruan agar umat Islam terutama sekali Melayu yang menjadi entiti terbesar dalam kesatuan umat Islam di negara ini agar bersatu dan berkasih sayang sesama mereka, pastinya akan membuatkan sebahagian daripada pemimpin yang akan CAPANG TELINGA dan merah hatinya.
Apatah lagi dengan titah Paduka Sultan Perak tentang golongan yang mempertikaikan hak keistimewaan Melayu yang diselindungkan di sebalik membakulsampahkan KETUANAN MELAYU sebagai golongan tidak sedar diri, pastinya akan membuatkan lebih banyak dogma, ceramah dan kempen untuk menerangkan bahawa KETUANAN MELAYU yang ditentang itu bukanlah hak keistimewaan orang Melayu tetapi konsep 'tuan' dan 'hamba', konsep yang mereka sendiri cipta untuk mewujudkan hasutan dan kekacauan di negara ini.
Kita tunggu, siapa yang SANGAT BERANI untuk mengatakan Sultan-Sultan Melayu bersikap RASIS!


0 comments:
Post a Comment