Monday, December 6, 2010

SYABAS WAJAR TERIMA TAWARAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR!!!

Kerajaan Negeri Selangor katanya dalam keadaan menang sekarang ini mengatasi SYABAS. Menurut Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin, SYABAS hanya ada dua pilihan iaitu menerima tawaran harga RM5.9 bilion untuk pembelian kepentingan SYABAS atau syarikat konsesi tersebut, menyewa peralatan dan aset Kerajaan Negeri Selangor yang digunakan oleh SYABAS selama ini secara percuma berjumlah RM10.9 bilion. (MALAYSIAKINI)

Tekanan demi tekanan terus dibuat oleh Pentadbiran PKR Selangor ke atas SYABAS dalam usaha untuk melupuskan hutang tertunggak mereka. Dan seperti biasa, 'rakyat' digunakan untuk mewajarkan tindakan tersebut.

Seharusnya Kerajaan Persekutuan sudah lama membuat keputusan agar tuntutan Kerajaan Negeri Selangor di bawah PKR ditunaikan. Selagi tidak ditunaikan, selagi itulah mereka akan terus menekan rakyat Selangor dengan penghalalan kenaikan harga air seperti yang berlaku sekarang ini.

Secara dasar, pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu kepada rakyat dan penduduk Selangor adalah sangat baik. Bahkan rata-rata, tiada sesiapa pun yang mengatakan pemberian sebegitu, sekalipun sebenarnya ia adalah salah satu bentuk rasuah, sebagai tidak baik.

Namun sasaran Pakatan Rakyat sebenarnya adalah penuh bermuslihat. Konsep yang kaya semakin kaya, yang miskin perlu terus dimiskinkan, menjadi formula utama dalam usaha pengekalan kuasa di negeri ini. Pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu bukan untuk golongan miskin dan marhein yang relatifnya mempunyai keluarga yang besar atau beberapa keluarga tinggal di dalam sebuah rumah seperti yang berlaku di Flat 'India' di Pandan Indah, tetapi lebih menguntungkan golongan pendatang asing dan keluarga kecil.

Itu jugalah kisahnya apabila Kerajaan Pusat di bawah pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi suatu ketika dahulu memberikan elektrik percuma kepada bil di bawah RM20 yang sebenarnya lebih banyak dinikmati oleh orang lain, bukannya golongan berpendapatan kecil tetapi berkeluarga besar.

Ada baiknya, tanggungjawab bekalan air dikembalikan semula kepada kerajaan negeri. Sekalipun Pakatan Rakyat lebih sibuk dengan bekalan air di Selangor kerana IA ADALAH PERNIAGAAN YANG SANGAT MENGUNTNGKAN berbanding di Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan yang turut menswastakan bekalan air bersih kepada penduduk negeri-negeri terbabit, SYABAS seharusnya akur, bukannya mula mendedahkan tentang kepincangan Khalid Ibrahim.

Justeru tindakan kementerian terbabit memberikan laluan dan keizinan secara rasmi untuk Kerajaan Negeri Selangor berunding dengan SYABAS memang kena pada masanya. Apa pula gelagat dan tindakan Pakatan Rakyat Selangor selepas mereka memperolehi SYABAS? Apakah sebuah syarikat konsesi lain akan dianugerahkan hak ke atas air menggantikan SYABAS? Atau adakah kerajaan negeri akan terpaksa menggunakan alasan peningkatan kos bagi kenaikan tarif air?

Atau seperti yang dibayang-bayangkan dan diidam-idamkan, rakyat dan seluruh penduduk Selangor akan menikmati bekalan air bersih pada kadar yang jauh lebih rendah dan bekalan yang tidak putus-putus?

Yang pastinya, kes ini tidak akan mati dalam tempoh terdekat, sebaliknya akan mengundang kepada tindakan SYABAS ke atas Kerajaan Negeri Selangor menerusi tindakan undang-undang... yang sohehnya juga, rakyat dan penduduk negeri Selangor akan tetap dikenakan tarif air yang tinggi kerana AIR ADALAH PERNIAGAAN YANG SANGAT MENGUNTUNGKAN!!!!

1 comments:

Anonymous said...

en kamal?

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template