Tindakan DBKL hendak merobohkan Madrasatul Falah Kampung Kerinchi mula mendapat perhatian apabila PAS segera meletakkan kesalahan tersebut ke bahu UMNO sekalipun yang hendak merobohkan surau tersebut adalah DBKL dan sekalipun alasan yang sebenarnya ialah surau berkenaan terletak di tanah milik persendirian.Sila rujuk HARAKAH DAILY
Sekali lagi UMNO khususnya UMNO Wilayah Persekutuan diperlihatkan sebagai rakus kerana gagal menguasai surau tersebut, mereka bertindak menyokong untuk perobohannya. Ketika hampir kesemua rumah setinggan di kampung terbabit sudah hilang dan kini mulai digantikan dengan bangunan tinggi, Madrasatul Falah masih lagi tertegak di situ.
Sehingga ketika artikel ini ditulis, baik DBKL apatah lagi UMNO Wilayah Persekutuan atau lebih tepat lagi UMNO Lembah Pantai masih tidak memberikan sebab-sebab utama surau tersebut perlu dirobohkan. Sebaliknya persepsi bahawa UMNO membenci Islam dan cenderung untuk merobohkan rumah ibadat umat Islam, terus dimain-mainkan oleh PAS dengan menggunakan seluruh kekuatan media, termasuklah media alternatif.
Pelik juga, masa nak JUAL KAMPUNG BHARU hari tu, bukan main lagi riuh mulut Raja Nong Chik memberikan ulasan dan alasan sehingga terkeluar teori 60:40 iaitu 60% bumiputera dan 40% bukan bumiputera bagi pemilikan di Kampung Bharu yang dirancangkan untuk pembangunan, sekaligus menyaksikan orang Melayu Kampung Bharu yang menetap di atas tanah anugerah Almarhum Sultan Abdul Samad Selangor itu, dihalau keluar beramai-ramai bagi memberi laluan kepada para pemodal besar yang menguntungkan dari segi kutipan cukai.
Takkanlah Raja Nong Chik yang dikhabarkan bakal dicalonkan di Parlimen Lembah Pantai pada pilihanraya umum akan datang, tidak mahu atau segan-silu nak menjawab tentang Madrasatul Falah itu? Takkanlah seorang lagi Menteri yang dahulunya mengambil berat tentang kebajikan penduduk di Lembah Pantai sehingga sanggup masuk ke Kampung Kelantan (Pantai Dalam original) untuk dapat undi masa mula-mula jadi calon dulu, sekarang sudah tak tahu apa-apa tentang Madrasatul Falah?
Yang paling penting, takkanlah UMNO Lembah Pantai langsung hilang suara dan hilang akal untuk menjawab persoalan ini? Sampai bila hendak biarkan PAS memanipulasi surau di atas tanah orang lain itu?


2 comments:
Lihatlah...
PAS akan Senyap bila diketahui tanah persendirian tersebut milik orang CINA !
Sama seperti diMelaka !!!!
mudah je nak diamkan PAS ni, kabor je nak dirikan Gereja atau kuil..PAS ni berani ngan UMNO je.
Ngan kapir, mesra dan brkasih sayang..
Gereja pun ok..Allah swt for all ma.
Post a Comment