Tahniah kepada warga-warga FELDA, khususnya yang menjilat MAZLAN ALIMAN dan penyokong tegar Anwar Ibrahim...17 Disember, khabarnya Anwar Ibrahim akan turun ke Bera untuk menghasut warga FELDA agar menjayakan tuntutan mereka ke atas FELDA menerusi duit tanam semula dan penggredan perahan. Sebelum sampai tarikh itu, Anwar telah pun membawa seorang kawannya dari Australia ke Parlimen dan Mahkamah Tinggi untuk menyokongnya.
Kawannya itu bernama Nicholas Xenophon, ahli Senat bebas Australia Selatan yang sangat anti dan benci dengan minyak sawit. Xenophon dalam satu kempennya memburuk-burukkan minyak sawit mengatakan, minyak palma berkenaan merupakan punca kepada beberapa jenis penyakit, seperti penyakit jantung. Malah, Xenophon menggesa kerajaan Australia agar mengharamkan kemasukan minyak kelapa sawit ke Australia.
Tanah Rancangan Persekutuan iaitu FELDA menghasilkan minyak kelapa sawit terbesar di dunia. Hampir seluruh warga FELDA bergantung kepada kelapa sawit untuk meneruskan hidup selain getah.
Sudah eloklah mereka meminta bantuan ANAK yang merupakan salah satu daripada jentera promosi Anwar bagi mendapatkan duit sebanyak-banyaknya daripada FELDA menerusi jalan saman kerana kemenangan tersebut bererti, mereka mempunyai tabungan memandangkan apabila Anwar Ibrahim dan juak-juaknya berkuasa dengan bantuan warga FELDA, minyak kelapa sawit yang dihasilkan oleh FELDA akan dicurahkan ke dalam lubang yang digali bersama-sama warga FELDA.
Atau barangkali andaian tersebut tersasar kerana Xenophon ke Malaysia, bukan setakat untuk melihat Anwar Ibrahim di Parlimen dan mengikuti kes perbicaraan liwatnya, sebaliknya turut ditarbiahkan oleh MAZLAN ALIMAN dan Anwar Ibrahim agar berubah hati terhadap minyak kelapa sawit. Mungkin juga selepas Anwar Ibrahim menang dan menguasai PUTRAJAYA kelak, permintaan terhadap minyak kelapa sawit bukan sahaja meningkat beratus kali ganda, bahkan mampu membuatkan warga FELDA menjadi billionaire.
Namun, bolehkah diharap kepada orang yang sememangnya sudah membenci dan meletakkan segala masalah kesihatan kepada minyak kelapa sawit untuk membela komoditi berkenaan?
Di sebalik usaha Kerajaan Malaysia memperkenalkan kebaikan minyak kelapa sawit sehingga perlu membeli slot dalam sebuah program televisyen antarabangsa, ternyata Ketua Pembangkang Malaysia bekerjasama dengan bakal pembunuh warga FELDA.
TAHNIAH sekali lagi kepada warga FELDA yang menyokong Anwar Ibrahim dan MAZLAN ALIMAN kerana bakal memperolehi penasihat baru yang membenci mereka!


2 comments:
Kita perlu lebih bijak menangani hasutan Anwar Ibrahim.
Cetak cerita ini dan sebarkan ke seluruh Felda di Malaysia.
saya warga BERA menentang sekerasnya kehadiran anwar untuk menghasut warga FELDA...pegi jahanam Mazlan aliman..dulu masa kami susah kenapa tidak di bantu..kini kami sudah mengecapi sedikit kesenangan...kenapa kamu terhegeh hegeh mahu mengganggu kami...
Post a Comment