Thursday, December 9, 2010

YAAKOB SAPARI NI SEWEL AGAKNYA....

Di atas pentas yang sama, Yaakob Sapari, Exco Selangor yang pernah dipanggil oleh SPRM kerana penyelewengan pasir di Selangor, menghentam Muhyiddin Yassin ketika Timbalan Perdana Menteri itu merasmikan Mesyuarat Tahunan Persatuan Penghulu Semenanjung Malaysia di Putrajaya. Yaakob Sapari hadir mewakili Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim.

Yaakob Sapari bagaimanapun disumpah seranah oleh 300 orang Penghulu-Penghulu yang hadir dalam mesyuarat tersebut dan diminta berhenti daripada berucap.

Cerita selanjutnya di Malaysian Insider.

Yaakob Sapari meminta Kerajaan Pusat agar membubarkan Jawatankuasa Kemajuan Kampung Persekutuan yang dikatakannya bertindak tugas dengan JKKK. Katanya, persaingan tugas sebegitu, tidak sihat dan campurtangan langsung Kerajaan Persekutuan dalam pentadbiran negeri.

Alahai, Yaakob Sapari oiii....

Ketika PAS menang di Terengganu, PAS juga menubuhkan JKKK yang bertindan tugasnya dengan JKKK asal yang dikatakan menyokong UMNO-BN. Ketika itu, tidak pula ada sesiapa dari kalangan pemimpin UMNO apatah lagi pemimpin-pemimpin dari parti komponen BN yang meminta PAS agar membubarkan Jawatankuasa Syura Rakyat.

PAS telah lama menfitnah Ketua JKKK sebagai golongan yang senang-lenang kerana menyokong kerajaan. Bagaimanapun, sehingga setakat ini, tiada sebarang bukti yang dikeluarkan oleh PAS, bahkan tiada seorang pun Pengerusi JKKK yang dikatakan senang-lenang kerana menyokong UMNO dan mendapat kemewahan secara haram, diseret ke muka pengadilan.

Seharusnya Yaakob Sapari berasa senang hati kerana walaupun Pakatan Rakyat memenangi Selangor, Kerajaan Persekutuan memberikan perhatian khusus. Sekaligus mewujudkan perlumbaan sihat di kalangan negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat dengan Persekutuan yang dikuasai oleh Barisan Nasional.

Apakah Yaakob Sapari beranggapan, rakyat tanpa mengira sebarang ideologi mereka, tidak perlu dibela dan cukup hanya dengan doktrin dan dogma yang sedang berleluasa dalam usaha Pakatan Rakyat cuba mengukuhkan kuasa sekaligus memenangi PRU 13 nanti?

Bersainglah... rakyat sebenarnya hanya inginkan kehidupan yang lebih baik dan terurus, bukannya caca-marba dengan retorik-retorik yang hanya mengenyangkan golongan seperti Yaakob Sapari dan juak-juaknya. Rakyat tidak pernah menolak sebarang bentuk bantuan mahupun kebajikan daripada kerajaan negeri mahupun kerajaan pusat. Soal pangkah undi pada PRU nanti, rakyat ada akal, ada otak, ada mata dan telinga....

Berhenti daripada menganggap rakyat negara ini dan Selangor khususnya, buta perut, bodoh tolol dan bengong tidak bertempat. Mungkin sebahagian besar daripada penyokong Pakatan Rakyat mempunyai ciri-ciri itu tetapi majoriti rakyat tetap memerhatikan sebarang perkembangan yang menyebelahi mereka sebelum menurunkan pangkah di kertas undi.


0 comments:

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template