Wednesday, December 8, 2010

YUSMADI YUSOFF SARAN NEGARA OIC BANTU ISRAEL... APA FIKIRAN ANDA?

Dalam kemelut Anwar Ibrahim digantung oleh Dewan Rakyat kerana isu APCO bersama enam orang Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang lain, Yusmadi Yusoff sebelum itu menggesa agar negara-negara yang menganggotai Negara-Negara Islam atau OIC menghantar bantuan kemanusiaan ke Israel yang ketika itu sedang berhadapan dengan malapetaka kebakaran, memandangkan negara haram terlaknat itu kekurangan anggota bomba, manakala peralatan bomba pula usang dan ketinggalan zaman.

Saranan Yusmadi Yusoff yang juga merupakan Ahli Parlimen Balik Pulau boleh dibaca di SUARA KEADILAN ONLINE.

Teruk sangat ke kebakaran di Israel sehinggakan Yusmadi Yusoff yang bakal menjadi pelapis kepada Anwar Ibrahim dan kepimpinan tua dalam PKR, menggesa supaya negara-negara OIC menghantar bantuan? Bukankah Jordan, Turki, Greece, malah Romania dan beberapa buah negara lain telah pun menghantar bantuan?

Apa perlu negara haram terlaknat itu diberikan bantuan sekalipun penduduknya hanya tinggal seorang gay tua? Kenapa berminat benar si Yusmadi Yusoff untuk menghantar bantuan kepada Israel atau barangkali Yusmadi terhiba hati setelah mendengar 40 orang tentera Zionis laknatullah itu mati rentung ketika dalam perjalanan ke penjara yang menempatkan ratusan rakyat Palestin?

APCO ditentang, tetapi Zionis dan negara haram terlaknat mereka, bukan main dikasihani? Politik sialan apa yang dimainkan oleh anak muda yang terasuh dengan doktrin Anwar Ibrahim ini?

3 comments:

Anonymous said...

APCO ditentang kerana terlibat dengan UMNO. Zionis hendak dibantu sebab zionis berjaya membunuh orang islam. Bukankah PKR itu tak suka pada islam.

Double Y on December 8, 2010 6:47 PM said...

Ini namanya politik sialan, hari-hari dok kompang pasal APCO YAHUDI, BN YAHUDI.

Dia cuba tonjolkan diri di kalangan pemimpin yahudi gamaknya si Yusmadi bacul ni bro.

Junah on December 8, 2010 7:27 PM said...

Salam,

Pegi tanya org yang kena serang hendap dgn komando Israel waktu hantar bantuan ke gaza dgn kapal dulu.

kalau dorg tak kecil hati, yusmadi tempah satu kapal pegi la dgn lim guan eng, husam dan aduka taruna.

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template