IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Monday, May 10, 2010

INGAT NIH... LEPAS KENA LIWAT, MANDI JUNUB!

Monday, May 10, 2010
Ramai yang tergelak bila sebilangan penyokong Anwar mengangguk-anggukkan pertanyaan Karpal Singh kepada Saiful. Malah ada yang beriya-iya menganggap Saiful Bukhari Azlan bukan seorang Muslim yang baik kerana tidak mandi junub selepas diliwat.

Ni ajaran mana pula yang dibawa dan dipercayai oleh mereka yang mengaku umat Islam nih?

Oh, barangkali semasa diliwat Saiful Azlan terkeluar maninya, maka dengan sebab itulah dia kena mandi wajib?

Atau puak-puak penjilat Anwar Ibrahim ini menganggap liwat sama tarafnya dengan jimak? Keluar tak keluar, tetap kena mandi wajib?

Rupa-rupanya ramai yang mengaku mereka memperjuangkan Islam, rupa-rupanya Fiqh asas pun tak lepas lagi? Lagi mahu cerita pasal syariah syahsiah?

Hari yang sungguh melawakkan... tak fasal-fasal Karpal Singh mengiyakan Anwar memang meliwat Saiful Azlan Bukhari. Entah dia memang nak kenakan Anwar atau sememangnya dia terlupa bahawa keghairahan pertanyaannya kepada Saiful itu sebenarnya mengiyakan tuduhan liwat ke atas Anwar Ibrahim....


5 comments

SEMAKIN TERSERLAH PERMUSUHAN DAP KEPADA ISLAM

Pengurus Kempen Pilihanraya Kecil Parlimen Sibu DAP, Chong Chien Jen menafikan sekeras-kerasnya kenyataan SUPP bahawa gabungan DAP dan PAS sedang memperjuangkan sebuah Negara Islam dan menganggap tuduhan itu sebagai tidak berasas. (Malaysian Digest)

Menurut Chien Jen, DAP dan PAS berpadu di atas perjuangan untuk mewujudkan sebuah negara yang mengamalkan demokrasi sosial, bukannya Negara Islam.

Sama ada sedar atau tidak sedar, demokrasi sosial hanya wujud di dalam sebuah negara yang mengamalkan tatacara Islam sepenuhnya dan bukannya mengadaptasi sistem yang dicipta oleh manusia seperti Sosialisme, Demokrasi, Liberalisme apatah lagi Komunisme.

Menidakkan kenyataan daripada pemimpin SUPP itu bererti DAP secara khususnya memang menentang Islam. Sekalipun PAS telah mengorbankan segala-galanya termasuklah prinsip asas perjuangan parti tersebut, ternyata DAP tetap menentang Islam dalam semua bentuk, termasuklah syahsiah.

Satu-satunya alasan yang boleh diberikan untuk menerangkan tentang kedangkalan ini ialah, para pemimpin PAS yang berkawan rapat dengan DAP masih gagal menerangkan tentang kesyumulan Islam sebagai sistem atau cara hidup yang merangkumi semua bidang, sama ada kepada umat Islam sendiri mahupun orang bukan Islam yang tinggal di jazirah Islam seperti Malaysia.

Teladan yang ditunjukkan oleh sebilangan pemimpin PAS sehingga melanggar batas yang ditetapkan oleh Islam, nyata telah sia-sia. PAS dalam masa yang sama, pastinya akan menafikan penubuhan Negara Islam menjadi asas perjuangannya seperti mana yang pernah dilakukan oleh Nizar Jamaluddin dan Nik Aziz ketika usaha melembutkan kemarahan pemimpin-pemimpin DAP tidak lama dahulu berhubung isu yang sama.

Dan kini belang penentangan DAP terhadap usaha murni PAS, terus diperkuatkan. Apa pula tindakan PAS selepas ini? Adakah PAS di bawah kepimpinan Nik Aziz akan mencari-cari dalil dan nas untuk membenarkan penentangan DAP dengan alasan 'demo buke Isle' (mereka bukan Islam)?

Pastinya, respons daripada pemimpin-pemimpin PAS yang sedang mabuk kuasa dan kedudukan akan memperlihatkan mereka hanyalah seekor lembu susu dan ayam daging untuk santapan dan minuman yang lazat untuk kaum DAP. Sedangkan pada masa yang sama, mereka bersikap keras terhadap kaum seagama dalam menegakkan Islam dan daulahnya.


0 comments

PENJILAT ANWAR TENGAH SERONOK

Kononnya, Saiful Azlan Bukhari akan dimakan sumpah laknatnya jikalau terus berbohong di mahkamah...
Kononnya juga Najib dan Rosmah buat konspirasi untuk jatuhkan Anwar? (Jatuhkan Anwar? Bukankah Anwar dah jatuh lebih awal sebelum Najib dan Rosmah naik berkuasa?)
Kononnya, Saiful berbohong sebab dah tak berak dua hari...
Kononnya lagi, sehari tak berak pun dah angin naik satu badan...
Kononnya lagi...
Kononnya...

Blog-blog penjilat Anwar Ibrahim terus bermain persepsi dan andaian. Seronok sungguh depa bila Karpal mula menyoal balas Saiful. Dan berdasarkan kepada soal balas hari pertama itu, masing-masing dah seronok habis, seolah-olah kemenangan sudah ada di pihak Anwar. Masing-masing sudah buta apa yang terkandung dalam keterangan Saiful Bukhari yang menyebabkan Karpal Singh terpaksa sakit otak mencari helah untuk hari esok.

Dan Anwar Ibrahim pun berkokok sakan dengan memberi 'pengesahan' kepada para penyokongnya, bahawa keterangan Saiful sudah membabitkan konspirasi khayalannya bahawa semuanya itu angkara Najib dan Rosmah.

Masih ada berbaki 4 hari untuk Karpal Singh menyoalbalas Saiful Azlan. Pihak pendakwa masih lagi duk tersenyum memerhatikan Karpal dan gelagat Anwar Ibrahim yang benar-benar resah.

Anehnya, Saiful Bukhari tidak pula meminta soal balas itu diadakan di dalam kamar atau secara tertutup seperti yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim. Takkan Saiful tak malu kut kalau ini cerita rekaan? Kenapa agaknya Saiful tak ikut jejak langkah bijak Anwar Ibrahim yang meminta agar perbicaraan itu diadakan di ruang tertutup dan bebas dari media?

Ingatan Yang Arif Hakim kepada Karpal, pendakwaraya juga akan mempersoalkan kredibiliti anak guamnya seperti mana yang dilakukan oleh Karpal kepada Saiful, pasti ditunggu-tunggu oleh semua orang, sama ada sememangnya dilahirkan untuk membenci Anwar atau yang pada suatu ketika dahulu pernah menyokong Anwar. Cuma yang akan memekakkan telinga, hanyalah para penjilat Anwar dan mereka yang memakan upahnya.

Tusuk lubang bontot dengan benda plastik tumpul, eh?

kah! kah! kah! kah!

Macam manalah nanti bila kesimpulan Karpal itu disanggah dengan penjelasan forensik dan medical? Barangkali para bloggers ciptaan Anwar akan mula melalak mengatakan mahkamah tidak adil?

Kita tunggu esok pulaklah...

Jangan pula kata, esok itu sebenarnya adalah konspirasi Rosmah dan Najib pulak!


1 comments

LIM GUAN ENG INGAT ORANG SIBU NI BODOH KUT?


Salah satu masalah paling besar yang melanda para pemimpin Pakatan Rakyat ialah sikap suka memandang rendah terutama kepada masyarakat yang tinggal di kawasan pedalaman dan luar bandar. Kebanyakan daripada mereka masih beranggapan kaum Bumiputera sebagai masyarakat yang masih memakai cawat, tidak tahu kepentingan duit, tinggal di rumah-rumah yang diperbuat daripada bahan-bahan hutan, masih lagi mengamalkan budaya yang layak ditayangkan oleh National Geographic dan golongan muzium yang dipertontonkan dengan dikenakan bayaran kepada setiap pengunjung.

Itulah yang berlaku kepada Lim Guan Eng. Dalam satu kunjungan kempennya di Rumah Panjang Rassau, Guan Eng cuba berbohong dengan mengatakan, seandainya calon DAP menang dalam pilihanraya kecil itu, Sibu akan menikmati 'kejayaan' Pulau Pinang seperti yang dilakukannya sepanjang 2 tahun menjadi Ketua Menteri. (Malaysian Insider)

Masalahnya, kemiskinan apa yang telah dibanteras oleh Lim Guan Eng? Program apa yang dibuatnya? Berapa banyak pelaburan yang dibawa masuk sekaligus, berapa banyak kerja kosong yang berjaya diwujudkan oleh Ketua Menteri yang pandai bercakap ini?

Lupakah Lim Guan Eng bahawa berita tidak lagi dibawa oleh akhbar dan televisyen serta radio semata-mata. Sebaliknya berita lebih bersifat di hujung jari. Adakah Lim Guan Eng menjangkakan, penghuni rumah panjang tidak menikmati kemudahan Internet, telefon dan saluran televisyen berbayar?

Tetapi yang terlebih penting, adakah Lim Guan Eng sudah terlupa, berapa banyak persoalan dan permasalahan di Pulau Pinang yang membabitkan Bumiputera di pulau tersebut tidak dapat diselesaikan, sebaliknya semua persoalan dan permasalahan tersebut cuba disembunyikan? Apakah penghuni rumah panjang berbeza berbanding Melayu di Pulau Pinang hanya kerana mereka bukan beragama Islam dan hanya sub-Melayu yang menjadi penduduk asal di Kepulauan Nusantara?

Mujurlah Presiden PAS, Haji Hadi Awang tidak mengulangi kesilapannya dengan mengatakan orang Bumiputera Sarawak masih memakai cawat!


1 comments

UBAH PERILAKU, BUKANNYA UBAH SLOGAN!!!


Sudah 64 tahun berlalu semenjak persatuan dan pertubuhan Melayu sama ada kiri, kanan atau pun liberal dan agama, berkumpul dalam satu konvensyen Melayu di Padang Kelab Sultan Sulaiman bagi menubuhkan sebuah Pertubuhan Melayu Kebangsaan Bersatu. Dari Moktaruddin Lasso yang berfahaman komunis, Burhanuddin Helmi yang berfahaman nasionalis Islam, Ahmed Boestaman yang berfahaman kiri, sehinggalah para pembesar Melayu yang lebih Inggeris dari Inggeris, mereka berkumpul dan akhirnya menyetujui untuk penubuhan parti berkenaan.

Biarpun tidak lama selepas penubuhan UMNO, masing-masing membawa haluan dan menubuhkan parti mengikut selera dan fahaman sendiri, namun akhirnya penyatuan mereka telah menyaksikan Malayan Union berjaya ditumbangkan dan Inggeris terpaksa akur dengan kehendak Melayu-Islam di tanah keramat ini. Pun begitu, perpecahan demi perpecahan sebelum kemerdekaan pada 1957, berjaya memudahkan Inggeris memindahkan beban mereka terutama tentang kaum pendatang di Tanah Melayu kepada orang Melayu yang ingin berkerajaan. Kesempatan daripada perpecahan dan tidak sepakat orang Melayu akhirnya menyaksikan Persekutuan Tanah Melayu terpaksa menerima golongan pendatang iaitu masyarakat Cina dan India menjadi sebahagian daripada negara ini dengan hak-hak yang sama dengan Melayu serta golongan Bumiputera lain.

Hari ini UMNO genap 64 tahun. Sama ada suka atau benci keterlaluan terhadap parti Melayu ini, parti ini telah memberikan sumbangan yang besar kepada negara, khususnya menunjukkan bahawa penyatuan dan perpaduan keseluruhan Melayu berjaya menghalang apa jua cubaan yang boleh melemahkan struktur Melayu dan Islam di negara ini.

Biarpun UMNO bertindak sebagai pemerintah, manakala parti-parti serpihannya seperti PAS bertindak sebagai check-and-balance, kekuatan Melayu-Islam masih ada. Peluang untuk menjalin perpaduan masih utuh kerana mereka berkongsi satu kalimah. Cuma keegoan dan kebencian di samping ketamakan terhadap kedudukan dan jawatan yang menjadi penghalang utama.

Apabila ada gesaan agar para pembesar UMNO berubah selepas 64 tahun parti tersebut diwujudkan dan kemudian diperbaharui semula pada 1988, sewajarnya setiap pembesar UMNO itu bukan sahaja perlu kembali kepada akar pokok perjuangan parti berkenaan. Sebaliknya perlu muhasabah diri dan lebih istiqamah dalam menjalankan tanggungjawab yang telah diletakkan Allah Taala di atas bahu mereka.

Hari ini, tidak ramai pembesar UMNO yang benar-benar ikhlas dalam perjuangan. Lebih ramai yang masuk UMNO atau aktif terlibat dengan UMNO untuk mendapatkan jawatan serta panggu besar. Ramai yang akan menafikan apabila mereka dikatakan aktif di dalam UMNO untuk tujuan tersebut namun tanda arasnya boleh dilihat dengan mudah, berapa kerat daripada pembesar UMNO yang sanggup berjalan kaki pada subuh hari ke masjid atau surau berdekatan untuk berjemaah?

Jarang sangat dapat dilihat para pembesar UMNO yang rajin merayap mencari dan mencungkil masalah di kawasan-kawasan yang mereka wakili. Sebaliknya mereka lebih mempercayai tukang-tukang penasihat yang diberi gaji untuk menyampaikan sebarang berita. Kecuali pada musim pilihanraya, batang hidung para pembesar UMNO susah nak dilihat. Kalau nak jumpa juga, mereka lebih banyak berada di Kuala Lumpur, bersidang di lobi-lobi hotel mewah bersama kumpulan-kumpulan yang membawa pelbagai proposal dan kertas kerja.

Berapa kerat sangat pembesar UMNO yang sanggup turun dari jawatannya ketika dia tidak diperlukan lagi berbanding terus tegar memegang kuasa kerana nasihat daripada para penasihat bahawa khidmatnya masih diperlukan? Berapa ramai pula yang mengamalkan perangai cantas-mencantas bagi memastikan kuasa dan kekayaan terus berada dalam genggamannya?

Terlalu banyak keburukan dan kebobrokan sedang melanda UMNO. Hendak dicuci dan dibersihkan cukup payah. Sudah melekat. Rasuah dan judi sudah menjadi darah daging. Betina dan arak sudah jadi teman rapat. Berjanji bohong dan mungkir, sudah jadi mainan bibir.

Dalam beberapa hari sahaja lagi, PAS, parti yang lahir dari sulbi UMNO, akan meraikan harijadinya yang ke 59. Dalam meniti usia itu, PAS juga nampaknya sudah tidak dapat lari dari pelbagai masalah seperti UMNO. Sekalipun banyak keburukannya disimpan di bawah karpet, namun apa yang berlaku di dalam UMNO, itu jugalah yang berlaku di dalam PAS. Keupayaan mentadbir dua negeri, menjadikan sebahagian besar daripada pemimpin PAS sebagai 'bounty-hunter' yang sangat efisien.

Dari membekal pen, sampailah ke projek pembangunan, mereka bagaikan harimau lapar yang baru asah taring dan kuku. Cuma barangkali kerana serban dan janggut yang membuatkan mereka kurang disyaki berbanding pembesar-pembesar UMNO. Cuma cakap-cakap mereka yang berlapik dengan cakap-cakap agama yang membuatkan gelagat dan tindakan mereka kurang diperhatikan.

Bukan sekadar UMNO yang perlu berubah. PAS juga perlu berubah. Kedua-dua parti Melayu ini wajar kembali ke jalan perjuangan mereka yang asal. Para pemimpin dan ahli-ahlinya wajar menghalusi niat sebenar penubuhan parti masing-masing. Malah menghayati konsep 'ulama dan umarak berganding bahu memajukan ummat' seperti yang dipegang oleh pemimpin-pemimpin asal kedua-dua parti.

Apa yang berlaku hari ini ialah, kedua-dua parti ini sebenarnya lebih memberikan perhatian kepada golongan yang berada di luar parti masing-masing... berapa banyak yang diperolehi oleh masyarakat bukan Bumiputera/Melayu dan Islam berbanding golongan Bumiputera/Melayu-Islam hasil perjuangan kedua-dua parti ini? Adakah sekadar cukup dengan bercambahnya masjid dan surau tetapi saf solat jemaahnya tidak lebih dari sebaris pada waktu subuh?

Tak payahlah bersembang dung-dang-dung-dang tentang Islam, umat Islam dan syariah seandainya kedua-dua parti ini gagal membawa ahli-ahlinya beramai-ramai bersolat jemaah pada waktu subuh.... selagi jemaah solat subuh tidak seramai jemaah solat jumaat, tak perlulah bersembang besar tentang hudud, qisas, undang-undang syariat, penghapusan rasuah dan sebagainya. Buktikan itu dahulu sebelum bersembang tentang slogan atau apa-apa sahaja yang berkaitan dengan kegemilangan Islam dan umatnya!

Sebabnya, tidak ada satu sistem ciptaan manusia pun yang mampu menghapuskan rasuah, pelacuran dan segala macam keburukan sikap manusia, melainkan penawar daripada Allah Taala iaitu al Quran dan hadis Rasulullah s.a.w.

Tepuk dada, tanyalah iman.


0 comments

Sunday, May 9, 2010

DEYYYY... YANADEY?

Sunday, May 9, 2010

Gelak dululah....

Khalid Ibrahim, si Menteri Besar Selangor kasi tahu sama Mike, kasi bukaklah itu rahsia. Itu nama kasi dedah la deyy! Itu Khalid juga ada cakap,Mike kena dedah kemudian buat report polis la... Itu macam baru State Government boleh kasi hantam sama itu worang! (Malaysiakini)

Yenna Kolli Mike?

Puak-puak PKR ni ingat mentadbir negeri ni macam main pondok-pondok kut? Tak pun main aci nyorok. Sapa kena dia jadi? Depa ni takdak kerja sangat dah ka? Tak terpikiaq ka pasai tikus berlambak-lambak di mana-mana sahaja di seluruh Selangor? Tentang nyamuk aedes, tentang cukai tanah, tentang sampah, tentang pendatang haram, tentang segala macam yang lain?

Kalau nak main drama sangat, pi masuk mana-mana geng teater... tok sah duk buat drama bangang kat khalayak ramai... nak dedah, tak mahu dedah... nak dedah, tak mahu dedah. Last-last, sengap macam tu saja la... pastu pikiaq lagi macam mana nak buat drama yang lain pulak. Yang penting, drama Anwar di Mahkamah nanti, kurang penonton dan pengikut...

Abang Khalid Ibrahim dalam syarikat negeri? Baguihlah... tu tandanya, dia ikut ajaran Anwar Ibrahim la... dia naik jadi Menteri Kewangan saja, abang dan adik-adik semuanya jadi jutawan, termasuklah pak dan mak tiri dia sekali!

Apa nak heran...

1 comments

DAP LEBIH BAIK DARI BN... YA KA?

Sumber gambar: Media Siber - Wong Ho Leng calon jijik busuk!

Wong Ho Leng, calon DAP di Parlimen Sibu menjanjikan sesuatu yang lebih baik. Kalau DAP menang di Sarawak dengan bantuan geng Erdogan PAS, ramailah kaum Bumiputeranya tidak perlu 'naik belon' ke Semenanjung. Sebabnya... tengok dan amati sajalah TUJUH JANJI INI:

1. Masa depan Sibu - Apabila DAP dan Pakatan Rakyat menjadi Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat, kami berjanji akan menyelesaikan masalah banjir di Sibu dalam tempoh dua tahun, disamping melaburkan dalam modal insan dan prasarana untuk menjadikan Sibu sebagai pusat antarabangsa bagi industri perkapalan, kejuruteraan marin dan pelancongan.

2. Warga Emas - Semua rakyat Sarawak yang berumur lebih 60 tahun akan menerima bayaran minimum RM100 setahun sebagai menghargai sumbangan mereka dalam membangunkan ekonomi Sarawak.

3. Gaji Minima - Kami akan menetapkan gaji minimum RM750 sebulan kepada semua pekerja di Semenanjung dan RM830 sebulan di Sarawak.

4. Pendidikan - Semua sekolah akan diberi peruntukan mengikut keperluan sebagaimana yang dilaksanakan sekarang di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan untuk memastikan anak-anak kita mempunyai masa depan yang cerah.

5. Royalti Minyak - Sarawak akan menerima royalti minyak sebanyak 20 peratus dari Petronas, iaitu meningkat dari lima peratus yang diberikan oleh Petronas sekarang.

6. Reformasi Tanah - Semua tanah hak adat Bumiputra (NCR) akan diukur nilai dan diberi hak milik manakala pajakan yang akan luput akan dilanjutkan tempoh tanpa syarat. Ini akan membuka peluang ekonomi besar di Sarawak.

7. Pentadbiran CAT dan Demokrasi - Kami akan mengamalkan pentadbiran Cekap, Akauntabel dan Telus (CAT) serta melaksanakan sistem tender terbukan, membenarkan kebebasan bersuara dan mengadakan pilihan raya tempatan.

Cuma tidak dapat dipastikan, apakah Wong Ho Leng sudah bertanya kepada Lim Guan Eng dan Khalid Ibrahim tentang janji-janji mereka di Pulau Pinang dan Selangor... adakah sudah dipenuhi atau buat-buat lupa sambil cari alasan lain untuk buat rakyat terlupa?

0 comments

DAKWAH ITU MULIA, TAPI...

Sumber gambar: Sarawak Update

Nak kata apa lagi?

Dari segi dakwah, mungkin tindakan dan gelagat pemimpin-pemimpin utama PAS ini perlu disanjung. Sebabnya, mereka cuba menerangkan kepada golongan Kristian yang besar kemungkinan hidup dalam 'ketakutan' memandangkan majoriti penduduk di negara ini beragama Islam. Kemungkinan besar juga ramai daripada mereka yang tidak pernah tahu tentang Islam kerana Islam tidak pernah 'diperkenalkan' kepada mereka.

Tugas berdakwah bukanlah tugas mudah. Dan kerana itulah, tugas berdakwah menduduki ranking teratas dalam cabang fisabillah.

Namun apabila tugas berdakwah dituruti dan disusuli dengan pembohongan, ia akan bertukar menjadi satu penghinaan kepada Islam sendiri. Memberitahu khalayak Kristian bahawa Islam tidak mendiskriminasikan umat dan bangsa lain, itu adalah benar. Tetapi apabila memberitahu bahawa pemerintah negara ini menyekat penganut agama lain daripada mengamalkan serta membudayakan agama mereka, itu adalah satu pembohongan yang nyata.

Buktinya di Sibu sendiri. Berapa banyak gereja yang ada di bandar itu berbanding masjid? Apakah orang Kristian di Sibu tidak bebas mengamalkan ajaran Trinity mereka? Dengan menjadikan kalimah ALLAH sebagai modal, sudah ada yang cuba mengocakkan rusuhan yang lebih besar dengan mendakwa, kerajaan akan masuk campur dan akhirnya melarang umat selain Islam mengamalkan ajaran agama mereka. (Merdeka Review)


Dan kerana itulah, pesanan ini wajar diperhatikan dan diperhalusi agar kita yang mengakui tauhid kepada Kalimah Thoiyibbah tidak tersimpang daripada jalan yang telah ditetapkan oleh Allah Taala dan Rasul-Nya. (Pena Minang)

Jangan kerana undi dan kemenangan yang akan dipertandingkan lagi dalam tempoh dua setengah tahun dari sekarang, kita sendiri yang meruntuhkan Islam. Berdakwah dan berkempen politik adalah dua perkara yang berbeza, sekalipun pada suatu-suatu masa, ia tidak boleh bercerai tanggal.

Dan sesungguhnya, seperti yang disarankan oleh Nabi s.a.w, golongan sebegini harus disekat agar mereka tidak mendatangkan kerosakan yang lebih besar kepada Islam dan umatnya.

Kepimpinan jemaah seharusnya mencari jalan yang lebih sesuai untuk pendekatan yang lebih baik berbanding pendekatan BANGANG yang didemonstrasikan oleh Khalid Samad dan pasukannya, bermula daripada pengisytiharan kalimah ALLAH di dalam sebuah gereja di Shah Alam dulu sehinggalah ke pekarangan gereja di Sibu.

0 comments

GUGURKAN MUKRIZ MAHATHIR, GANTIKAN DENGAN KHAIRY JAMALUDDIN

Perang merebut jawatan di dalam kabinet baru yang bakal dirombak oleh Najib Abdul Razak sudah berlaku secara terang-terangan. Pasukan atau simpatisan Khairy Jamaluddin sudah mula mengeluarkan hujah, dalam semua bentuk media dan khabar angin tentang kekananan Khairy Jamaluddin untuk menduduki sebarang imbalan jawatan kabinet.

Blogger Sakmongkol AK47 sudah pun berterus-terang. Di dalam blognya (Sakmongkol AK47) blogger yang merupakan bekas ADUN Pulau Manis dari tahun 2004-2008 (ADUN zaman Abdullah Badawi) menyatakan lima orang pemimpin UMNO wajar digugurkan daripada kabinet kerana hanya bertindak sebagai 'penghias'. Mereka yang dimaksudkannya adalah Mukriz Mahathir, Hishamuddin Hussein Onn, Fuad Zarkashi, Ahmad Maslan dan Anifah Aman.

Menurutnya lagi, Najib Abdul Razak sewajarnya memutuskan terus hubungan atau bayang-bayang pentadbiran Dr.Mahathir dan mencipta kegemilangan dengan pasukannya sendiri.

Aneh benar saranan bekas ADUN yang dinaikkan pada ketika Khairy Jamaluddin menjadi anak muda yang paling berkuasa dahulu. Ketika bukan sahaja Pakatan Rakyat melihat Khairy sebagai bebanan buat UMNO, bahkan ramai dari kalangan UMNO sendiri yang ingin bisul ini dibuang segera, ada pula saranan agar ia diserap menjadi sebahagian daripada pentadbiran. Lebih aneh, ketika Najib disaran memutuskan atau keluar dari bayang-bayang Mahathir, Presiden UMNO itu disaran pula untuk mengutip sisa-sisa dan bangkai berulat dari zaman Abdullah Badawi.

Abdullah Badawi adalah Perdana Menteri Malaysia Ke-5 yang gagal meneruskan kecemerlangan 22 tahun Mahathir, sama ada dari segi sosial, politik mahupun ekonomi, apatah lagi agama. Pasti ramai yang masih tersenyum apabila mengingati semula Islam Hadhari yang dicetuskannya tetapi Hadhari itu sekadar berlegar-legar di kalangan golongan yang rapat dengannya sahaja. Contoh terbaik, perkampungan Hadhari di Terengganu dengan Masjid Kristalnya.

Kita tunggu, apa pula jawapan dan serangan daripada pasukan Mukriz, pasukan Puad Zarkashi, pasukan Ahmad Maslan, pasukan Anifah Aman, pasukan Hishamuddin dan jangan lupa juga pada pasukan baru iaitu PASUKAN EZAM MD.NOR!

Geng-geng UMNO ni memang PAK LAWAK macam Mahfuz Omar dan Saifuddin Ismail Nasution jugak!




13 comments

KREDIBILITI SAKSI vs BUKTI FORENSIK

Pihak pembelaan akan menggunakan laporan perubatan dari Tawakal, Pusrawi dan Hospital Kuala Lumpur bagi menyoalbalas Saiful Azlan Bukhari. Karpal Singh yang mengetuai team pembelaan juga akan menyoal Saiful tentang tempoh dua hari selepas diliwat oleh Anwar Ibrahim.

Karpal Singh memberi jaminan bahawa tiada lagi isu penangguhan seperti yang dilakukan oleh pihaknya sebelum ini, memandangkan 'semua orang sudah tidak sabar untuk mendengarnya' (Free Malaysia Today). Tempoh lima hari yang diberikan kepada pembela juga akan digunakan sepenuh mungkin untuk mempersoalkan kredibiliti Azlan Bukhari yang menjadi penuduh dalam kes ini.

Sebelum ini pun, Karpal telah berjanji bahawa tiada penangguhan. Bagaimanapun, dua penangguhan berjaya dilakukan selepas janji Karpal Singh.

Manakala pihak pendakwaraya pula akan menggunakan bukti-bukti forensik, terutama air mani yang disahkan oleh Jabatan Kimia sebagai milik Anwar Ibrahim yang diperolehi dari dalam dubur Saiful Bukhari.

Suatu perkara menarik yang bakal berlaku dalam perbicaraan kali ini adalah pertembungan kepakaran iaitu antara pakar tempatan dan pakar import. Tiga orang DNA import yang 'diupah' oleh pihak Anwar ialah Dr. Brian Leslie McDonald dari Sydney, Australia dan dua pakar forensik iaitu Prof. Dr. C Damodaran dari Chennai, India dan Associate Prof David Lawrence Noel Wells dari Melbourne, Australia.

Ternyata Anwar Ibrahim dan kes liwatnya bukan sahaja menjadi reformasi dalam perkara-perkara yang merosakkan, tetapi juga menjadi pencetus dalam peningkatan ilmu dan persediaan rakyat Malaysia mengharungi perkembangan teknologi dunia yang cukup deras. Malah kes ini pasti akan membuatkan Kerajaan Malaysia berasa perlu untuk meningkatkan keupayaan kajian forensik dan DNA yang dimiliki oleh agensi-agensi penguatkuasaan dan Jabatan Kimia masing-masing.

Dari sudut positif, mungkinkah suatu hari nanti, institusi-institusi pengajian tinggi di Malaysia akan menawarkan bidang pengajian yang mengkhusus kepada forensik dan DNA hasil daripada perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim?


0 comments

FATWA BARU - TUHAN ALAH PUN TAK LEH SELAMATKAN...


2 comments

JANGAN CAKAP SAJA, BUKTIKAN DULU!

Kalau kita teliti setiap kempen dan ceramah politik, tak kiralah dari pihak mana sekalipun, kita akan pasti akan tahu bahawa si penceramah dan pengkempen akan cenderung untuk mengatakan merekalah yang terbaik, mereka yang terpandai dan merekalah yang terhebat.

Pengurusan dan pentadbiran sebuah negara, tidak sama seperti menguruskan sebuah syarikat, hatta sebuah konglomerat sekalipun kerana terlalu banyak isu-isu remeh yang terkandung di dalamnya. 52 tahun bukanlah tempoh yang lama. Kestabilan politik dan ekonomi serta budaya bila-bila masa sahaja boleh terancam, terutama dalam arus semasa yang sangat deras dan lebih terdedah berbanding pada tahun 1957 lalu.

Malaysia tidak sama seperti Amerika Syarikat atau Britain. Kita masih belum cukup bersedia untuk menukar parti pemerintah secara keseluruhannya. Menukar parti pemerintah bermakna, kita terpaksa merombak semua dasar yang volatile, apatah lagi setiap parti mempunyai 'keunikan' mereka yang tersendiri.

Maka apabila Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar berkata, Malaysia akan lebih sejahtera jikalau berada di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat, banyak benda yang boleh dipertikaikan terutama status dan kredibiliti Mahfuz Omar dalam memperkatakan hal ini. (Harakah Daily)

Bagaimana dengan keadaan di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat? Kalau ditanya kepada para pemimpin Pakatan Rakyat, pastinya mereka dengan bangga mengatakan, tiada apa-apa yang berlaku. Kehidupan seperti biasa. Malah jauh lebih baik berbanding sewaktu berada di bawah pentadbiran Barisan Nasional.

Namun apabila keluar dari skop mikro, kita akan dapati terlalu banyak masalah yang melanda. Dari segi kestabilan pentadbiran yang bila-bila masa sahaja boleh rebah, sama ada akibat campurtangan Barisan Nasional dan UMNO, mahupun kerana kerenah ketiga-tiga parti yang membentuk Pakatan Rakyat sendiri.

Penyusutan ketara FDI ke negeri-negeri pentadbiran Pakatan Rakyat, bukan lagi perkara rahsia. Selepas 2008, ternyata Pakatan Rakyat tidak seperti yang diwar-warkan. Pulau Pinang yang ditadbir oleh Lim Guan Eng, mengalami penyusutan paling teruk. Menduduki tangga kedua adalah Selangor. Kemudian Kedah dan Kelantan. Dengan kata lain, dua buah negeri termaju di Malaysia, sedang mengalami defisit kewangan dan pelbagai indeks yang sangat teruk. Ramai menjangkakan, pengimbangan pendapatan negeri akan dibuat menerusi kenaikan pelbagai jenis cukai, terutamanya cukai pintu dan cukai tanah. Kedah yang sebelum ini masyhur dengan Kulim Hi-Teck Park dan Langkawi, turut hanyut. Kelantan tidak mengapalah sebab Kelantan memang TIDAK ADA APA-APA selain daripada ceramah politik, kelas agama politik dan serbamakneka yang ada unsur politik kerana Menteri Besarnya, segala-galanya adalah politik.

Membuat penafian dan mereka cerita bagi menyedapkan hati sendiri dan penyokong, hanya akan memperlihatkan kedunguan barisan kepimpinan yang diberikan mandat oleh ahli. Mahfuz seharusnya lebih baik diam daripada bercakap terutama yang membabitkan hal ini. Pastikan dahulu, negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat, jauh lebih baik berbanding negeri-negeri yang dikuasai oleh Barisan Nasional dan UMNO.

Alasan, segala-gala peruntukan dari Persekutuan yang kini menjadi lagu wajib pentadbiran Pakatan Rakyat, akan menambahburukkan keadaan sedia ada. (Malaysiakini) Alasan sebegitu telah lama diberikan oleh Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri Barisan Nasional. Mengapa pentadbiran Pakatan Rakyat tidak menggunakan kesempatan dan kekurangan ini untuk membuktikan bahawa rakyat Malaysia benar-benar rugi kerana tidak dapat memilih Pakatan Rakyat sebagai pentadbir mereka, sama ada negeri mahupun Persekutuan.

Alasan-alasan sebegini hanya menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat tidak lebih baik dari Barisan Nasional, bahkan memperlihatkan bahawa pentadbiran Pakatan Rakyat hanya bijak memberi alasan berbanding menyelesaikan masalah. Tidak seperti mana yang mereka war-warkan dan canang-canangkan dalam setiap kempen mereka.

0 comments

KEBETULAN YANG SANGAT MENJENGKELKAN

Ketika Ketua Polis Sarawak memberi jaminan bahawa proses pilihanraya di Sibu akan berjalan lancar, berita kebakaran di pejabat calon Barisan Nasional, Robert Lau Jr muncul. Siasatan punca kebakaran masih sedang dijalankan. Bagaimanapun, cakap-cakap sudah kedengaran bahawa pejabat calon BN itu sengaja dibakar bagi tujuan menakut-nakutkannya.

Sekurang-kurangnya itulah yang dicakapkan oleh bapa calon Barisan Nasional itu.

Robert Lau’s office was partially burnt this morning and his father believed it was foul play.

The three storey building in Lanang Road was used for offices, residential area while the back portion was for the workers.

His father, Lau Swee Nguong who is the Chairman of KTS and Hua Seng group said he rushed back at 9 am to find the quarters burned. Part of the office on the ground floor was also burned.

Firemen arrived at 9.09 and controlled the fire at 10.11 am.

However, Sibu OCPD ACP Shafie Ismail said it was too early to classify it as arson as they were investigating the case.

sumber:Sarawakupdate


Paling menarik ialah, kebakaran tersebut dilakukan ketika seluruh Sibu, Sarawak dan Malaysia menumpukan perhatian kepada proses penamaan calon!




0 comments

Saturday, May 8, 2010

ADA MANFAAT TAK IKLAN NIH KEPADA NEGARA?

Saturday, May 8, 2010
Katanya iklan yang disiarkan dua muka surat di New York Times ini dibiayai oleh 'rakan, handai taulan, sahabat dan keluarga Rosmah'. Katanya lagi, iklan tersebut sebagai ucapan tahniah kepada Rosmah yang dianugerahkan Hadiah Keamanan dan Harmoni Antarabangsa 2010.

Sekalipun Blog RPK menganggarkan kos yang perlu dibayar untuk membiayai iklan tersebut adalah RM10 juta, nilai berkenaan diragui kerana RPK cenderung untuk membesarkan banyak perkara, apatah lagi yang melibatkan Rosmah Mansur dan Najib Abdul Razak.

Namun banyak persoalan yang timbul selain gelaran 'First Lady Of Malaysia' yang diberikan kepada Rosmah sekalipun Rosmah hanyalah 'Second Lady of Najib'. Persoalan yang lebih besar ialah kesanggupan pihak-pihak tertentu MENEPUK dan MENGIPAS PUNGGUNG ROSMAH dengan iklan yang sudah pasti belanjanya tidak sedikit.

Apa keuntungan yang diperolehi oleh negara hasil daripada pengiklanan MUKA DAN RAMBUT ROSMAH di akhbar New York Times? Apa motif 'keluarga dan sahabat Rosmah di Malaysia dan Amerika Syarikat' mengeluarkan modal yang begitu besar semata-mata untuk mempamerkan muka Rosmah Mansur di akhbar berkenaan?

Udang apa yang bersembunyi di sebalik batu?


3 comments

KIT SIANG GUNA HELAH PILIHANRAYA UMUM KE-12

Kata Kit Siang, DAP tidak optimis untuk menang Pilihanraya Kecil Sibu, malah hanya meletakkan peluang 40% untuk calonnya, Wong Ho Leng. Ho Leng sudah empat kali berusaha di Parlimen Sibu sebelum ini.

Keyakinan untuk menang di pihak Barisan Nasional sudah terbayang semenjak awal lagi. Apatah lagi calon yang dipertandingkan adalah sepupu dan mempunyai nama yang sama dengan bekas penyandang, Robert Lau. Siaran berita dan laporan blog juga dilihat memihak kepada Barisan Nasional.

Keadaan yang sama berlaku pada awal Pilihanraya Umum Ke-12 apabila Lim Guan Eng menyatakan Barisan Alternatif yang baru berpecah pada ketika itu, kurang yakin untuk memenangi kerusi atau menawan mana-mana negeri. Malah melihat kemenangan besar Barisan Nasional pada 2004 akan berulang pada 2008.

Apabila keputusan diumumkan, ramai yang terperanjat besar. Tidak kurang juga ramai kaki judi yang bertaruh Barisan Nasional akan menang, menepuk dahi masing-masing kerana keputusan yang tidak disangka-sangka terutama kerusi-kerusi ADUN dan Parlimen yang dipertandingkan di Semenanjung.

Sebelum ini, keyakinan besar ditunjukkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat dalam semua pilihanraya kecil pasca Pilihanraya Umum Ke-12. Bagaimanapun, Kit Siang mengambil sikap 'beralah' dengan mengatakan hanya keajaiban politik sahaja yang dapat mengalahkan Barisan Nasional di Sibu.

Persoalannya, adakah Kit Siang sebenarnya sudah dapat melihat perubahan sikap para pengundi di Sibu menerusi tinjauan dan ceramah yang dibuat oleh pasukannya? Apatah lagi dengan 66.6% pengundi yang berpotensi untuk bersimpati dengan Pakatan Rakyat merupakan majoriti yang memahami dan fasih dalam Bahasa Mandarin? Apatah lagi, 66.6% ini bukanlah seperti majoriti pengundi di Semenanjung yang sanggup meninggalkan anak bini, perniagaan dan kerja semata-mata untuk berceramah dan berkempen politik saban malam.

Adakah kata-kata Kit Siang itu sekadar ingin melekakan Barisan Nasional yang masih mabuk dengan kemenangan di Hulu Selangor?

Hanya dalam tempoh beberapa hari lagi, kata-kata Kit Siang itu akan menjadi, sama ada satu pembuktian bahawa Barisan Nasional diterima semula atau ianya sekadar satu helah politik tahap tinggi, seperti mana kaedah imej 'golongan marhein' yang mereka berikan kepada calon DAP di Sibu.


0 comments

PEMIMPIN PARTI ABAI IBU TUANYA

Sekadar gambar hiasan dan tidak ada kena-mengena dengan pemimpin yang dimaksudkan!

Pemimpin ini memang gah. Kalau dengar cakapnya, seolah-olah dia adalah jelmaan dewa yang turun dari kayangan untuk menyelamatkan manusia di bumi. Kalau dia berceramah, orang lain semuanya salah, dia seorang sahaja yang betul. Pendek kata, kalau dia bersyarah agama, macam dah confirm sangatlah yang dia adalah ahli syurga.

Hakikatnya tidak seperti yang dicakapkan. Sekalipun pada pandangan mata kasar penyokongnya, dia adalah seorang ahli agama yang hebat tetapi layanan yang diberikan kepada ibu tuanya sangat menyedihkan. Si pemimpin ini terlalu melebihkan anak isteri, pemimpin-pemimpin parti yang sekepala dan para penyokongnya berbanding ibu tua yang pernah bersusah payah melahirkannya dahulu.

Kisah si pemimpin ini menengking ibunya, bukan lagi kisah rahsia terutama di kalangan jiran tetangga. Si pemimpin ini tidak pernah berasa terhutang budi kepada ibu tuanya. Malahan tugas menjaga ibu tuanya yang sudah uzur dan sering sakit-sakit juga diserahkan bulat-bulat kepada para pembantu rumah yang dibagi gaji dan adik beradiknya yang lain. Dia sendiri, terlalu sibuk berceramah ke sana ke mari, bercerita tentang keadilan, kesamarataan dan ketelusan... dan sekarang, sibuk sungguh dengan salahguna kuasa anggota-anggota polis.

Pemimpin ini jugalah yang tanpa segan silu menjatuhkan hukuman kafir dan taghut kepada sesiapa yang menyambut Hari Ibu dan Hari Bapa dengan alasan-alasannya yang tersendiri. Sedangkan dalam amalnya, pemimpin ini menganggap ibu tuanya sebagai satu bebanan yang seharusnya sudah lama mati!

Tanggungjawab menjaga ibu adalah tanggungjawab anak lelaki sekalipun si anak lelaki itu mempunyai anak dan isteri yang bergeduak ramainya. Menjaga dan mengasihi ibu perlu diletakkan di bawah tingkat kasih kepada Allah Taala dan kasih kepada Rasulullah s.a.w. Menjaga kebajikan mereka ketika mereka berada di penghujung hayat adalah satu kemestian. Mematuhi mereka selagi kita tidak disuruh melakukan perkara kemaksiatan, sudah dicop mohor oleh Allah Taala.

Anak dan isteri yang cantik-cantik atau kaya-raya boleh dicerai dan dicari ganti. Harta yang bergudang-gudang tidak dapat disamakan dengan kasih sayang ibu. Tidak ada jasa apa-apa kepimpinan parti kalau dibandingkan dengan jasa seorang ibu sekalipun kepimpinan parti sibuk bercerita tentang pengislaman, keadilan dan kesamarataan di negara ini.

Kisah ini wajar jadi iktibar sekalipun pemimpin berkenaan tidak dinamakan. Artikel ini tidak bertujuan untuk memalukan atau merendahkan maruahnya, apatah lagi ketika namanya begitu harum di kalangan barisan kepimpinan kerajaan dan pembangkang. Diharapkan penulisan yang tidak seberapa ini dapat menginsafkan pemimpin ini dan menyedarkan kita semua agar meningkatkan lagi penjagaan dan kasih sayang kepada ibu kita yang sudah tua.

Sayangi ibu anda... ketika hidupnya dan ketika matinya. Berilah perhatian dan kasihilah mereka sementara mereka masih ada di dunia ini. Dan seandainya mereka sudah meninggal dunia, menyepuh kubur mereka dengan emas sekalipun, tidak akan memberikan sebarang syafaat kepada anda.

Selamat Hari Ibu!


1 comments

AWATLA POLIS MALAYSIA TANGAN TAK BEDUNG?


Saksi utama kejadian dalam tragedi penembakan Aminulrashid Amzah, 'membocorkan rahsia' bahawa polis telah menghujani kereta yang dipandu oleh Aminulrashid dengan tembakan sekalipun selepas kereta itu berhenti dan Aminulrashid terkena tembakan di kepalanya.

Makin deraslah kokokan pemimpin dan blog-blog pembangkang yang sentiasa cuba mencari jalan untuk memburuk-burukkan polis. Sekaligus, dakwaan itu mengesahkan bahawa polis Malaysia sememangnya adalah makhluk keji dan sangat jahat. (Tranung Kite)

Cuma masalahnya, dakwaan itu sekadar satu dakwaan sensasi. Masakan tembakan yang bertalu-talu tidak meninggalkan kesan ke badan kereta yang dipandu oleh si mati. Lainlah kalau kereta itu merupakan kereta kebal atau si pemilik kereta berkenaan telah beramal ilmu kebal sehinggakan keretanya pun tak lut dengan sebarang peluru.

Atau barangkali juga tembakan demi tembakan yang didengar oleh saksi utama itu hanya sekadar tembakan di dalam khayalannya? Atau pun ianya tembakan amaran? Atau ianya 'tembakan' yang diajar oleh beberapa orang pemimpin pembangkang yang pantas menjadikan isu ini sebagai isu politik?

Atau boleh jadi juga, tembakan-tembakan tersebut dilepaskan oleh polis Malaysia yang tidak pandai menembak sehinggakan tembakan tidak kena pada sasaran kecuali sebiji yang menembusi kepala Amirulrashid dan sebiji lagi mengenai tayar kereta si mati? Laporan tidak rasmi pula mengatakan, sekurang-kurangnya 20 tembakan telah dilepaskan ke arah kereta berkenaan.

Sementara itu, dua orang saksi lagi ditampilkan oleh Khalid Samad yang cuba menjuarai isu ini. Saksi pertama adalah pemilik kereta yang digesel oleh kereta si mati. Manakala saksi kedua adalah penunggang motosikal yang mengejar kereta si mati dan kemudian terjatuh.

Dah rupa macam dalam filem aksi Hollywood plak... cuma pelakon-pelakonnya sahaja yang kelihatan macam pelakon-pelakon gred rendah Bollywood.


1 comments

STANDARD NURUL IZZAH SAMA SAJA MACAM ANWAR IBRAHIM... PEMBOHONG!

Nurul Izzah atau Puteri Reformasi atau anak sulung Anwar Ibrahim yang lahir 'tak cukup bulan' melenting bila SPRM menghantar borang kaji selidik tentang perbelanjaan daripada elaun Ahli Parlimennya.

Katanya, dia tertekan dengan tindakan SPRM itu. Kata Nurul Izzah lagi, dia sedar peruntukan tersebut datangnya dari rakyat dan harus dibelanjakan kepada rakyat. Kerana itu, 80% daripada peruntukan tersebut dibelanjakan untuk pusat khidmat wakil rakyatnya, manakala selebihnya digunakan untuk lain-lain hal.

SPRM bagaimanapun, menafikan borang kajiselidik itu sebagai satu siasatan (Nurul Izzah). Sebaliknya ia hanyalah satu kajian semata-mata dan Nurul Izzah TIDAK WAJIB menjawab soalan-soalan yang dihantar kepadanya.

Mana lagi tumpah kuah kalau tidak ke nasi? Apalah yang ditakuti sangat oleh Nurul Izzah untuk menjawab setiap soalan itu tanpa perlu buat-buat tidak faham soalan dan kehendak soalan. Bukankah Nurul Izzah sendiri berada dalam kumpulan yang menyanjungi ketelusan, keadilan dan kesamarataan? Takkan untuk orang lain, kena buat, untuk diri sendiri, tak boleh pulak?


4 comments

INILAH HASIL TARBIYYAH PAS KEPADA DAP

DAP memulakan kempen di Sibu dengan beberapa orang pemimpin kanannya menemui orang-orang penting gereja di sekitar Sibu. Kempen DAP sudah memasuki fasa baru iaitu dengan menggunakan agama.

Selain daripada menggambarkan calon mereka dari golongan miskin yang berjaya hasil daripada kerja keras sendiri, manakala calon BN pula dari golongan super kaya yang menyapu khazanah penting Sarawak iaitu pembalakan, DAP yang kebanyakan tukang kempennya datang dari Pantai Barat Semenanjung cuba menimbulkan perasaan tidak berpuas hati di kalangan gereja Sibu berhubung penggunaan kalimah Allah dalam makalah berbahasa Melayu mereka.

Satu kejayaan penting kepada PAS sebenarnya! Sosialis seperti DAP akhirnya menyedari kepentingan beragama yang menyaksikan mereka begitu bersungguh-sungguh dan beriltizam tinggi untuk mendapatkan tuntutan katolik mereka.

Tahniah kepada PAS!

0 comments

PANDAI SUNGGUH DEPA BERGURAU

WIRA PERKASA kata, depa batalkan semua acara menghentam Zaid Ibrahim kerana Zaid Ibrahim dan minta maaf secara terbuka.

Masalahnya, puas dicari di merata-rata tempat termasuklah di blognya, Zaid Ibrahim tak minta maaf pun macam yang dikatakan oleh WIRA PERKASA. Hari ini pun, Zaid berkata, dia akan menghadap Sultan Selangor tetapi bukan untuk meminta maaf sebab dakwanya, dia bercakap berdasarkan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Undang Tubuh Negeri.

WIRA PERKASA ni bergurau ka? Kalau bergurau, PERKASA sungguh gurauannya.

Takkan Zaid yang bergurau, sebab Zaid kalau cakap apa-apa pun, semuanya berlandaskan undang-undang dan perlembagaan.

0 comments

Friday, May 7, 2010

LUPA ATAU MEMANG SEMULAJADI MUNAFIK?

Friday, May 7, 2010
Husam Musa akhirnya mengakui bahawa dia membiayai GMC yang digunakan untuk menjatuhkan Abdullah Badawi. Malah dengan bangga dia memberitahu, dia akan mencari RM20 juta pula untuk ke Putrajaya.

Cerita panjang pun tak guna. Baru beberapa hari lepas, Husam beriya-iya menafikan terbabit dan tahu apa-apa tentang RM4 juta serta GMC, hari ini dia mengaku.

Apa sudah jadi? Kenapa cepat benar mengalah? Takut makin terbongkar rahsia? Atau sebenarnya pengakuan itu bersifat untuk menutup rahsia yang lebih besar?

Drama Kickdefella, Husam Musa, Nik Aziz dan kaum bangsawan PAS di Kelantan masih tidak berkesudahan. Ternyata skandal dan penyelewengan di kalangan orang berjubah dan berserban pun tidak kurang hebatnya dengan golongan yang bergelar taghut, kafir dan collaborator APCO-Zionis....

Hebat! Hebat! Hebat!


3 comments

HEBAT ORANG POLITIK... SALAH SEMUA PI KAT LAWAN

Kisah sedih seorang lelaki yang dibuang kerja sebagai pengawal keselamatan dan kesukaran mendapatkan kerja, berakhir dengan tragedi. Khairuddin Wazir Khan, 41 memilih untuk membunuh diri di tempatnya menumpang tinggal di Flet Sri Kolam, Kuala Terengganu.

Khairuddin adalah seorang Melayu. Apabila menyebut tentang Melayu di Malaysia, bermakna dia juga adalah seorang Islam. Menjadi seorang Islam, sebarang kesukaran membabitkan kewangan, ada jalan penyelesaiannya. Setidak-tidaknya kalau bukan secara langsung daripada pemimpin negara, ada pemimpin negeri. Ada pemimpin setempat seperti ketua kampung atau ketua blok. Ada imam dan sebagainya. Kalau bukan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, ada peruntukan yang dijamin Allah Taala daripada Baitulmal.

Sememangnya apabila memperkatakan tentang Baitulmal, amat menyedihkan kerana pihak berkuasa lebih terdorong untuk melihat keuntungan. Wang dari Baitulmal yang tidak boleh diperniagakan dan perlu dihibahkan kepada kelapan-lapan asnaf, nampaknya telah disalahgunakan dengan sewenang-wenangnya.

Cerita tentang kesukaran mendapatkan bantuan Baitulmal, bukan lagi cerita baru. Bukan juga kisah terpencil. Malah protokol yang dibuat seolah-olah menghalang wang Baitulmal dihibahkan kepada golongan yang berhak. Baitulmal kemudiannya akan mengisytiharkan 'kejayaan' perolehan mereka pada hujung tahun. Dan lebih aneh, mereka sangat berbangga dengan 'kejayaan' itu.

Kisah Khairuddin adalah bukti ketidakberkesanan pentadbiran dan pengurusan Baitulmal di seluruh Malaysia. Dan orang politik tanpa mengira sebarang parti, melihat wang Baitulmal sebagai sumber untuk mereka jadikan sebagai modal perniagaan. Dan dalam keadaan begini, masing-masing akan sibuk salah menyalah antara satu sama lain, bukannya mencari jalan untuk menyelesaikan masalah seperti Khairuddin sekalipun mereka begitu bangga mendabik dada sebagai PEJUANG RAKYAT dan sebagainya.

Buktinya anda boleh lihat di sini (Suara Keadilan)


1 comments

BAGUIH PUNYA PEMBOHONG!

Samy Vellu kata, MIC sudah kuat dan kemenangan P.Kamalanathan adalah petunjuk jelas bahawa MIC sudah diterima di kalangan masyarakat India. Tidak cukup dengan itu, katanya lagi, DIA SENDIRI telah berjaya mengalihkan undi 2,400 golongan muda dari Pakatan Rakyat kepada Barisan Nasional. (Free Malaysia Today)

Dan berpegang teguh kepada kata-katanya sendiri, Sammy Vellu mula tunjuk AKSYEN!

Apa punya dol ler si Presiden MIC nih! Tak habis-habis nak mengaku padahal kerjanya tak setara mana pun!

Apa lagi orang UMNO? Hangpa yang bertungkus lumus di Hulu Selangor berbanding MIC, inilah masanya nak tonjol dahi jendol Sammy Vellu. Hangpa yang terjegil siang malam sedangkan orang-orang MIC berlagak macam mandur, la ni Sammy Vellu kata, dia dan orang-orangnya punya kerja.

Teringat cerita tiga orang Wanita MIC yang sama-sama berkempen. Ketiga-tiganya menyatakan tidak berpuas hati dengan gelagat ahli-ahli Pemuda MIC yang penakut dan berlindung di belakang mereka ketika berkempen. Malah ketiga-tiganya juga menceritakan tentang penolakan masyarakat India kepada Sammy Vellu dan G.Palanivel secara total, sekaligus menyukarkan kerja kempen mereka.

Hilang sudah janji Sammy Vellu untuk meletakkan jawatan sebagai Presiden MIC kalau P.Kamalanathan menang. Hilang sudah penentangannya terhadap P.Kamalanathan yang dikatakan proksi UMNO. Hilang sudah kata duanya jikalau P.Kamalanathan gagal merampas kerusi Hulu Selangor.

Dan sekarang, Sammy Vellu menyasarkan UMNO untuk 'diserang' bagi memastikan jawatannya selaku Presiden MIC tidak terancam....



2 comments

SAIFUDDIN CUBA RAMPAS TEMPAT MAHFUZ OMAR

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution menuduh polis berat sebelah dan bias dalam tindakan mereka. Katanya lagi, kegagalan pihak polis menahan dan menghalang perhimpunan di hadapan Ibu Pejabat PKR di Tropicana, Petaling Jaya boleh menyebabkan kekacauan yang lebih teruk di Selangor.

Sekalipun berhelah dengan mengatakan, pihaknya menghormati hak rakyat untuk bebas bersuara dan berhimpun secara aman, tetapi menurutnya, perhimpunan 20 orang daripada PERKASA dan NGO Melayu itu adalah bertujuan provokatif dan dipenuhi caci-maki. Malah perhimpunan itu juga tidak termasuk dalam lunas prinsip bersuara dan berhimpun secara aman.

Lawak apakah yang nak dibuat oleh Saifuddin Nasution? Apakah dia juga sudah terkena SINDROM MR.BEAN Mahfuz Omar?

Apakah demonstrasi yang dibuat oleh PKR dipenuhi dengan kesopanan dan kesantunan? Apakah demonstrasi PKR merupakan perhimpunan aman, yang tidak dipenuhi dengan provokasi terhadap pihak berkuasa dan kerajaan, yang tidak mengganggu orang berniaga?

Cakap Saifuddin Nasution ini sebenarnya bolehlah disimpan di liang lahad. Yang berdemonstrasi tu tak sampai 50 orang pun. Mereka tidak berarak pun. Mereka sekadar menyalak ke arah bangunan ibu pejabat PKR. Mereka tidak bergerak ke arah orang ramai seperti yang dilakukan oleh gerakan Reformasi.

Orang lain tak boleh buat demonstrasi yek? Yang boleh cuma PKR dan Anwar Ibrahim. Lebih-lebih tak boleh kalau demonstrasi itu ditujukan kepada PKR?

Dah mula sakit jiwa sebab apa yang dilakukan dahulu, dikembalikan oleh Allah Taala kepada PKR? Tak apa, tak lama lagi ada la pulak gerakan untuk solat hajat satu stadium untuk mempercepatkan Anwar Ibrahim masuk penjara atau memusnahkan PKR yang merupakan parti sahsiah perosak yang dipenuhi anai-anai dan penghasut. Kita tengok apa lagi yang Saifuddin Nasution nak cakap lepas tu.

0 comments

KRISTIAN PKR SEMAKIN MELAMPAU!

Tidak menghairankan mengapa PKR begitu beriya-iya ingin membela nasib masyarakat Orang Asli. Yang lebih beriya-iya ialah pemimpin-pemimpin PKR beragama Kristian. Rupa-rupanya ada udang di sebalik batu. Panjang benar akal mereka untuk menafikan Melayu dan Islam di negara ini.

Sebuah badan yang mendakwa mereka menjaga kebajikan masyarakat Orang Asli, Centre for Orang Asli Concern atau nama singkatan COAC mula menunjukkan belang mereka yang sebenar. COAC menerusi koordinatornya, Dr. Colin Nicholas telah mengisytiharkan sokongan NGO itu kepada Pakatan Rakyat.

Ada yang menarik tentang COAC. Colin Nicholas begitu lantang menghentam Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) yang menurutnya sudah sepatutnya dibubarkan kerana alasan-alasan yang difikirkannya logik. Malah katanya lagi, JHEOA terlalu berpihak kepada masyarakat Orang Asli yang telah memeluk Islam berbanding golongan Orang Asli yang bukan Islam.

Namun pada masa yang sama, Colin Nicholas mengepalai mubaligh Kristian yang giat mengkristiankan masyarakat Orang Asli. Perlembagaan menghalang kegiatan pengkristianan terhadap umat Islam, tak kira apa bangsa sekalipun. Barangkali kerana itulah, Nicholas begitu marah terhadap JHEOA yang didakwanya menjadi badan untuk mengislamkan masyarakat Orang Asli.

Helah dan tipu daya puak-puak ini dengan mengambil kesempatan atas persekutuan dengan PAS, nampaknya semakin menjadi-jadi. Serangan mereka dibuat dalam semua segi dan bidang. Mereka terus mencabar pihak berkuasa dan undang-undang negara. Apa yang boleh dilakukan oleh Kerajaan Malaysia? Adakah mereka akan tetap mendiamkan diri dan menganggap ini adalah kes terpencil memandangkan ia melibatkan masyarakat Orang Asli sekalipun masyarakat tersebut ramai yang sudah beragama Islam?

Bagaimana pula dengan PAS yang kerap mendabik dada bahawa mereka adalah parti siasah Islam yang menjunjung al Quran dan al Hadis di tempat tertinggi? Tidak adakah tindakan lajnah dakwah PAS untuk menangani kerenah rakan kongsi mereka? Atau mereka juga seperti UMNO yang akan mengikut apa sahaja kehendak si kafir asalkan mereka mendapat undi dan sokongan pada pilihanraya nanti?

Anda boleh membaca butiran selanjutnya di Blog Ibnu Hasyim dan The Nut Graph.

3 comments

Thursday, May 6, 2010

JADAH APA NAK HALALKAN JUDI?

Thursday, May 6, 2010
Kalau benarlah seperti yang dilaporkan oleh MALAYSIAKINI, pengumuman yang dibuat oleh Awang Adek Hussin hanya akan menimbulkan masalah lebih besar. Menghalalkan perjudian atau lebih tepat lagi pertaruhan bola sepak dunia dengan lesen dan permit, tidak akan menghalalkan kegiatan judi tersebut. Malah, alasan bahawa pemberian permit dan lesen akan memudahkan kerajaan memantau kegiatan berkenaan hanyalah ALASAN CETEK, BODOH, BEBAL DAN KARUT!

Apakah menteri-menteri kabinet, pegawai-pegawai kanan, teknokrat-teknokrat dan segala macam bijak pandai di dalam kerajaan sekarang sudah KERING OTAK sehinggakan duit judi pun hendak dijana bagi pembangunan sukan negara? Kalau begitu, apa kata, anda semua, termasuk MENTERI KABINET, orang besar UMNO letak semua jawatan anda dan bagi kepada orang lain yang lebih layak menduduki jawatan yang anda sandang sekarang?

Judi, lesen judi dan premis judi sudah terlalu banyak di Malaysia. Tidak perlu ditambah lagi dengan perjudian bentuk baru. Masalah judi akan diiringi dengan masalah sosial yang lain.

Sudah sampai masanya Kabinet mempunyai seorang mufti khusus untuk menangani kebebalan serupa ini. Setidak-tidaknya dengan nasihat seorang mufti, menteri-menteri kabinet menggunakan otak mereka untuk membuat sebarang pengumuman bodoh seperti yang dibuat oleh Awang Adek Hussin.

Mana PAS? Mana pembangkang? Mana blogger-blogger yang memperjuangkan Alif Ba Ta? Inilah masanya untuk anda membuktikan bahawa anda benar-benar seperti yang anda semua laungkan! Inilah masanya untuk umat Islam bersatu menentang cubaan kerajaan untuk menghalalkan judi bagi memperolehi sokongan dan undi kaum Cina dan India...

12 comments

PENUNJUK PERASAAN BAKAR ZAID IBRAHIM!!!

30 orang ahli PERKASA dan NGO Melayu berhimpun dan serta berdemonstrasi di hadapan Ibu Pejabat PKR di Tropicana, Petaling Jaya tengah hari tadi. Mereka berhimpun bagi membantah Zaid Ibrahim yang disifatkan sebagai pelampau.

Dalam tunjuk perasaan itu, mereka turut membakar patung Zaid Ibrahim yang digambarkan sedang menunjukkan otot lengan dan sebelah lagi memegang botol arak dengan perkataan 'Hero Pengkianat' tertera.

Ketua Pemuda PERKASA, Armand Azhar Abu Hanifah yang mengetuai tunjuk perasaan itu berkata, mereka marah kerana Zaid Ibrahim tidak menghormati Sultan Selangor. Sebelum ini, Zaid telah mengulas berhubung titah perintah Sultan Selangor yang melarang kegiatan politik pecah belah di dalam masjid dengan menganggap itu adalah pandangan peribadi Sultan Selangor dan tidak perlu dirisaukan.

Ulasan Zaid itu terdapat di blognya dan disiarkan oleh akhbar Sinar Harian hari ini.


6 comments

ALASAN APA LAGI YANG NAK MENGHALALKAN YANG HARAM?

Nik Aziz benar-benar tidak berpuas hati. Begitu juga para juak-juak dan pengampu-pengampunya. Masing-masing menjadikan titah Duli Yang Dipertuan Selangor sebagai punching-bag. Ada yang keterlaluan sehinggakan titah Duli Yang Dipertuan dianggap sebagai cubaan mencalarkan imej Islam yang syumul dan addeen.

Apabila Sultan Selangor menitahkan, politik tidak dibawa masuk ke masjid, masing-masing muncul dengan hujah dan ijtihad dangkal. Ada yang mengamuk dengan mengatakan, itulah amalan politik suku, agama suku tinggalan penjajah Inggeris. Ada yang kata, itulah sikap sekular yang menjadi musuh ketat Islam. Malah ada yang menganggap, itulah tanda kejahilan Sultan Selangor dalam menanggapi politik di dalam Islam.

Secara umumnya, apabila disebut politik di Malaysia ini, ia membawa maksud kepada politik orang lain salah, kita sahaja yang betul. Politik di Malaysia secara mudah bermaksud, 'Pilihlah Aku dan Gerombolan Aku!'.

Jadi apabila Nik Aziz cuba meluaskan serkupan politik sehingga melalut-lalut menerusi tafsir Surah Al-Fatihah versinya sendiri, tanggapan buruk terhadap dirinya semakin buruk. Nik Aziz terpaksa mencari sesuatu untuk membersihkan imej jahil dan engkarnya. Dan kerana serban serta jubah menjadi imejnya, Nik Aziz berasakan keperluan menggunakan dalil-dalil agama adalah yang paling BEST boleh dilakukan.

Bagaimanapun, tafsiran politik versi Nik Aziz itu terlalu berbeza dengan apa yang berlaku di Malaysia. Dalam pada mereka mengakui perlunya menggandingkan politik dan agama, mereka juga menipu dalam hal yang sama. Sudahkah mereka terlupa bahawa ajaran Islam ala-PAS telah menimbulkan kegemparan dahulu dengan pelbagai isu perpecahan umat Islam, termasuklah kafir-mengkafir dan sembahyang dua imam dalam masjid yang sama?

Menolak politik atau siasah adalah menolak satu daripada juzuk penting dalam Islam. Tidak sewajarnya ada dalam kalangan umat ini yang berfahaman bahawa agama suku politik suku yang bermaksud politik hendaklah diasingkan daripada Islam. Politik tidak terpisah daripada agama. Pusat kegiatan agama pula ialah masjid. Justeru itu, mana mungkin politik disangkutkan sekadar di pagar masjid. Kita dapat bersetuju andai dispesifikkan bahawa politik kepartian hendaklah tidak disuarakan di masjid demi mengelakkan kebencian dan pertelingkahan yang boleh merosakkan keharmonian rumah Allah itu. Rumah Allah hendaklah dijaga agar sentiasa harmoni, makmur dan kondusif. (Tranungkite Online)

Sudahkah mereka terlupa bahawa ajaran Islam ala-PAS telah menimbulkan kegemparan suatu masa dahulu dengan pelbagai isu perpecahan umat Islam, termasuklah kafir-mengkafir dan sembahyang dua imam dalam masjid yang sama? Tidakkah itu merupakan natijah daripada politik yang didakwa politik Islam oleh PAS? Adakah benar itu adalah corak politik Islam? Atau ia sekadar satu pendustaan yang sangat besar bertujuan untuk meraih undi menerusi ugutan dan gertakan?

Apakah tatkala tahap pengetahuan agama di kalangan generasi masa kini lebih tinggi, hujah baru pula digunakan untuk melestarikan perjuangan jumud dan merosakkan itu? Mengapa para pemimpin PAS-Baru sukar benar hendak mengakui kesilapan dan kesalahan yang telah mereka akibatkan kepada masyarakat? Susah sangat ke para pemimpin PAS untuk mengakui penyelewengan para pengikut mereka dari jalan yang benar?

Sama ada mengaku atau tidak, PAS sememangnya mengamalkan politik benci. Hal ini tersebar luas di kalangan para penyokongnya. Lihat sahajalah blog-blog dan hasil-hasil tulisan mereka. Malah Harakah sekalipun, elemen kebencian bagi menarik sokongan jugalah yang digunapakai!

Menggunakan masjid untuk menyemai kebencian dan perpecahan di kalangan umat adalah haram, baik dari segi undang-undang ciptaan manusia, apatah lagi undang-undang Allah Taala. Apa cara PAS hendak menghalalkan keharaman jelas ini?

PAS sewajarnya menunjukkan teladan yang lebih baik daripada UMNO memandangkan misi utamanya adalah memartabatkan Islam. Seandainya PAS tidak lebih baik dari UMNO, tiada gunanya PAS sibuk melaung-laungkan tentang Islam, Imam dan Ihsan. Sekadar bersekutu dengan DAP dan PKR, ianya bukanlah ajaran Islam tulen!

Sepatutnya dalam kes ini, Nik Aziz lebih baik diam dan menasihati para pengikutnya agar akur dengan titah Sultan Selangor. Bahkan melarang mana-mana pengampunya mengeluarkan kenyataan yang bertentangan. Itu akan mendatangkan lebih penghormatan buat dirinya. Apabila Nik Aziz melawan dan menggelarkan orang lain sebagai bodoh semata-mata kerana kehendaknya tidak dituruti, pastinya orang ramai melihat Nik Aziz sebagai perosak, bukannya pembina!

4 comments

KERJA DEPA MEMANG TANGKAP MUAT!

Ternyata cakap besar Guan Eng dan cubaan mengangkatnya sebagai Khalifah Umar Abdul Aziz versi PAS, memakan diri. Dalam beberapa kejadian, Guan Eng ternyata tidak seperti yang diwar-warkan. Sebaliknya dia adalah seorang Ketua Menteri yang paling lemah pernah Pulau Pinang miliki.

Kejadian terbaru ialah pembatalan majlis perlancaran Program Penghargaan Warga Emas kerana kecuaian proof-reading. Secara jelas, penyediaan bunting, kain pemidang dan risalah yang bernilai lebih RM100 ribu itu, dibuat secara tergesa-gesa dan sekali lalu. Terlalu banyak kesilapan ejaan di dalam risalah dan bunting yang menggunakan empat bahasa, mendedahkan bahawa artwork tersebut disediakan oleh mereka yang kurang mahir.

Pentadbiran Guan Eng juga dilihat tidak berminat untuk menjana pendapatan buat negeri Pulau Pinang. Penurunan drastik jumlah nilai kemasukan pelaburan ke Pulau Pinang sudah cukup menjadi bukti tentang ketidaksungguhan Guan Eng. Walau alasan apa pun yang diberikan oleh Guan Eng, ternyata dia bukanlah seorang Ketua Menteri yang berkelayakan dan mampu memimpin negeri tersebut.

Begitu juga dengan kempen pelancongan. Ketidakpekaan pentadbiran Guan Eng tentang budaya dan keunikan masyarakat Pulau Pinang, sangat memalukan. Lebih memalukan apabila pejabat pelancongan dan pegawai-pegawai pelancongan Guan Eng, gagal memasukkan Seberang Perai dalam kempen, sebaliknya terlalu tertumpu kepada bahagian pulau sahaja.

Boleh jadi, terdesak akibat tekanan daripada pembangkang, pentadbiran Guan Eng terpaksa melakukan sesuatu untuk menunjukkan mereka benar-benar telah bekerja. Hasilnya sudah tentulah kelam-kabut dan tidak boleh dipakai. Sedangkan pada masa yang sama, kerajaan negeri Pulau Pinang terpaksa mengeluarkan sejumlah perbelanjaan untuk agensi yang telah ditugaskan!

Ternyata CAT yang diwar-warkan oleh Guan Eng, hanya memakan dirinya sendiri!




5 comments

PENDUSTAAN TERLAKNAT ATAS NAMA RASULULLAH S.A.W


Cara paling mudah untuk menghalalkan sebarang perbuatan khianat dan bertentangan dengan ajaran Islam adalah dengan mengatasnamakan Rasulullah s.a.w. Berbekalkan janggut sejemput, kopiah putih dan serban meleret serta apabila bercakap, jangan dilupa disertakan dengan istilah-istilah Arab, pendustaan tersebut akan diterima bulat-bulat oleh para pengikut.

Itulah gelagat para pemimpin PAS-Baru yang tidak segan silu dan tidak teragak-agak untuk menfitnah Rasulullah s.a.w. Nik Mohd Amar Nik Abdullah, Timbalan Pesuruhjaya II Kelantan, tidak terkecuali untuk membuat fitnah ini bagi MENYELAMATKAN PUNGGUNGnya ekoran pendedahan bekas anjing belaan mereka, Kickdefella tentang jutaan ringgit untuk menjatuhkan seorang bekas Perdana Menteri.

''Operasi gerak saraf adalah perkara biasa, mana-mana parti pun ada melakukannya malah di zaman Nabi Muhammad SAW dulu ketika perang Hudaibiah, baginda juga telah mengarahkan pengikutnya menyalakan banyak api agar musuh beranggapan ramainya tentera Islam.

Menyamakan penyelewengan wang sedekah dan derma dengan tipu helah Rasulullah s.a.w sesungguhnya menunjukkan kekejian perangai makhluk-makhluk ini. Operasi gerak saraf Rasulullah s.a.w bukan berlandaskan kuasa dan merebut kerusi parlimen atau DUN, sebaliknya atas dasar dakwah dan keagungan Islam.

PAS-Baru tidak pernah bercadang untuk mengagungkan Islam, sebaliknya hanya menggunakan Islam untuk mendapatkan kuasa. Buktinya, sepanjang 20 tahun Kelantan ditadbir oleh PAS, Islam di Kelantan tidak lebih agung berbanding Islam di Johor yang ditadbir oleh UMNO. Bahkan gejala sosial dan KEMALASAN kebanyakan kaum lelakinya bekerja sebaliknya menyerahkan tugas mencari rezeki kepada kaum wanita, semakin menjadi-jadi di sana! PAS-Baru yang mengaku sebagai pejuang Islam dan jemaah daie', tidak mampu mendidik dan mengubah persepsi masyarakat Kelantan, sebaliknya masyarakat dibiarkan hidup dalam kedunguan bagi memudahkan Nik Aziz, Nik Amar dan gerombolan mereka memperkudakan masyarakat di seluruh Kelantan. Masyarakat sekadar disajikan dengan ceramah politik, ceramah agama yang disertai elemen politik kepartian yang kemudian didustakan atas nama Rasulullah s.a.w dengan Nik Aziz memukul rata, segala-galanya politik mengikut ruang lingkup pemikiran sempitnya.

Pendustaan ke atas Rasulullah s.a.w sudah menjadi darah daging para pemimpin PAS-Baru. Tidak secuit pun mereka berniat untuk bercakap benar. Apa-apa sahaja yang keluar dari mulut mereka, hanyalah dusta semata-mata. Sekalipun, mereka kelihatan bercakap benar, pengertian daripada cakap-cakap tersebut pasti akan terseleweng dan bagi mereka yang lemah iman dan kurang pengetahuan, akan mudah terjatuh ke dalam kawah api neraka!

Nik Amar seharusnya menerangkan, adakah pada zaman Rasulullah s.a.w wujud politik kepartian Demokrasi Rom seperti yang diamalkan di negara ini dan seperti yang diimani oleh PAS-Baru dengan bersungguh-sungguh? Apakah tipu helah dan gerak saraf yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w itu bersifat keji seperti yang digunapakai oleh parti-parti sahsiah di negara ini, termasuklah PAS? Dan terlebih penting, adakah tipu helah dalam perang saraf yang dipraktikkan oleh Rasulullah s.a.w itu sama dengan penggubahan wang yang tidak diketahui jumlahnya dan dibiayai dengan pendustaan serta penyelewengan?

Sewajarnya para pemimpin PAS-Baru yang terlalu dipengaruhi oleh PENDUSTAAN ANWAR IBRAHIM agar menghentikan pendustaan dan penyelewengan agama yang dilakukan tanpa rasa bersalah. Untuk sekali, bercakaplah benar sekalipun pahit untuk ditelan oleh kepimpinan dan ahli-ahli jemaah.

6 comments

Wednesday, May 5, 2010

VIDEO TIAN CHUA LANGGAR ANGGOTA TENTERA MELAYU

Wednesday, May 5, 2010



3 comments

KETUA MENTERI PALING PANDAI... BAGI ALASAN!

Ketua Menteri Pulau Pinang didesak agar membentangkan perolehan dan perbelajaan suku pertama 2010 memandangkan pelaburan luar ke Pulau Pinang menyusut dari RM10.2 bilion pada tahun 2008 kepada RM2.2 bilion pada tahun 2009. Malah misi pelaburan ke luar negara yang sangat kerap iaitu sebanyak 15 kali berbanding tempoh Guan Eng menjawat jawatan Ketua Menteri juga tidak mendatangkan banyak hasil.

Penolong Setiausaha GERAKAN Pulau Pinang, Goh Kheng Sneah menggesa Lim Guan Eng melepaskan jawatan selaku Ahli Parlimen Bagan dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada pentadbiran negeri.

Aik, Ketua Menteri yang dianggap paling bijak, paling bermaruah, paling hebat, paling berkarisma dan segala macam paling lagi, gagal membawa pelaburan ke Pulau Pinang? Bukankah Lim Guan Eng cakap besar sewaktu awal menjawat jawatan Ketua Menteri dahulu tentang pelaburan asing? Bukankah sudah berderet pelabur-pelabur yang berpotensi beratur untuk masuk melabur sebaik-baik sahaja PAKATAN RAKYAT MENANG DI PULAU PINANG.

Kalau Lim Guan Eng gagal menarik pelabur asing dan nilai pelaburan pula menyusut dengan begitu teruk apabila dasar kerajaan negeri Pakatan Rakyat mula menggantikan dasar-dasar kerajaan terdahulu, bagaimana pula dengan Selangor dan Kedah? Kelantan tak payah cakaplah, semenjak 20 tahun lalu, tidak pernah ada apa-apa, melainkan ceramah, tarbiyyah kepartian dan segala macam berlabel agama, tetapi statusnya... HANYUTTTT!

Bercakap pandai masa takdak kuasa, tapi bila dapat kuasa, sekadar memangku lengan dan bagi alasan sudah menjadi SAHAM BLUE CHIP dalam PAKATAN RAKYAT. Alasan demi alasan terus dibagi seperti kurangnya peruntukan Kerajaan Pusat. Kalau sudah kurang, mengapa tidak dicari? Benarkah kurang, atau sebenarnya peruntukan tidak kurang, cuma yang kurang adalah usaha memajukan dan menyalurkan peruntukan itu ke saluran betul, MACAM DI KELANTAN!

15 kali membuat misi tarik pelaburan ke luar negara tapi tetap juga gagal? Misi tarik pelaburan atau misi tengok tempat nak melabur? Atau macam Abdullah Badawi yang gila menghabiskan peruntukan lawatan luar negaranya dengan lawatan demi lawatan dan akhirnya kawasan negara diserahkan kepada Brunei!

Mengarut dan semakin mengarut dah puak-puak nih!


0 comments

TGNA vs Kickdefella

Aku agak ler kesimpulan peperangan sengit ni akan berakhir ngan fatwa TGNA..jika diambil kira perkara2 yg lalu..

Bila ditanya..tentang sokongan pada DAP masa awal2 nikah dulu ni (BARISAN ALTERNATIF)..
Ishhh,,katanya, kalau syaitan nak tolong pun saya terima..apa lagi DAP.. ( mmm trfikir aku lak, DAP lebih teruk dari syaitan atau syaitan lebih teruk dari DAP- payah org2 alim punya bicara ni..terkeliru tul aku)

Bila ditanya pasal demo2 jalanan..
Ishhh..katanya, Kita hari2 brdemo 5 kali sehari ngan Allah swt, setahun sekali diArafah..(mmm semayang dan ibadat haji rupa2nya sama taraf ngan demo jalanan dan semayang tu rupa2nya brdemo ngan Allah swt...terkeliru lagi aku)

Bila ditanya pasal samseng jalanan..
Ishhh..katanya, Allah swt lagi samseng..pehhh keliru lagi aku

Bila ditanya pasal isu carut mencarut..
Ishhh ...katanya, Allah swt pun mencarut dalam AQ..pehh keliru keliru.

macam2 lagi..............

So jika ditanya pasal wang RM 4 juta tu nanti..
Aku agak, jawabnya nanti..ishhh halal tu, menentang sekular kapir UMNO ni ( sekular PKR, DAP tak kapir)..tu adalah jihad.

PASti kickdefella trkebil2..

Jgn lawan org alim..silap haribulan dibelit ngan serbannya.

........saja je buat lawak, jgn marah na

1 comments

BAPA.........

Pempin2 Malaysia ada brmacam2 gelaran brsesuaian dengan sumbangan mereka pada tanah air ini.

Ada digelar BAPA KEMERDEKAAN, BAPA PEMBANGUNAN, BAPA PERTANIAN, BAPA PERPADUAN, dan lain2..

Anwar..apa gelaran BAPA yg sesuai?
Apa yg aku boleh fikirkan ialah..
a) BAPA REFORMASI DAN DEMOSTRASI JALANAN
- berjaya mengadakan beberapa demostrasi jalanan atas nama reformasi.

b) BAPA UNDANG2
- Berjaya menyekat peguam negara, ketua polis negara dari menyiasatnya dan
mendakwanya atas jaminan PM, ishh betul ler PM lebih berkuasa dari mahkamah, dan
hakim leh setuju pulak. Pehhh memang mantap.
- Berjaya menangguhkan kesnya untuk didengarkan beberapa kali dan barangkali akan
dirakamkan dalam Guiness World Record.

c) BAPA KELENTONG
- 1 Malaysia dikelentongnya pasal arsenik, pasal 36 kotak rahsia, pasal disuntik virus HIV
dan pembentukan kerajaan pada 16 Sept 2008. Abih pak2 lebai, ustaz2, pak cik makcik
di kampung dan dibandar, siswa siswi, professional2, dll.

d) BAPA NEPOTISM DAN KRONISM
- Org lain salah, dia tak pa.

e) BAPA KONSPIRASI PERINGKAT TERTINGGI
- Sampai la ni, aku tak tahu apa dia konspirasi peringkat tertinggi

f) BAPA EKONOMI
- Jadi penasihat ekonomi dengan RM1 sahaja setahun. Aku menitik air mata kerana
pengorbanannya yg besar ini khasnya untuk rakyat Selangor.

g) BAPA PENASIHAT
- Banyak benor penasihat dia ni..penasihat pada PKR, penasihat ekonomi..dan secara tak
langsung penasihat pada Nizar, pada TG NA.

..sapa nak tambah tambah ler. Suka tak suka, dia ni bekas TPM Malaysia. Keputusan Che Det yg paling bersejarah dalam sejarah tanah air- melantik dan memecat. Tapi keputusan yg paling mantap ialah keputusan Pak Lah, gugurkan kes dan pembebasan dari penjara-huru hara M'sia dibuatnya.

...saja2 pepetang ni.

1 comments

BIJAK-BIJAK LEMBU

Khalid Ibrahim segera menyanggah projek loji tenaga nuklear yang dikhabarkan akan dibangunkan menjelang 2021. Menurutnya Selangor tidak akan menyediakan sebarang tempat untuk loji berkenaan, sebaliknya memilih untuk menggunakan teknologi tenaga alternatif seperti solar dan lain-lain.

"Kita sudah mempunyai satu loji janakuasa termahal yang dibina iaitu Empangan Bakun... saya tidak melihat keperluan untuk membina loji janakuasa nuklear sebagai alternatif kepadanya," katanya (Malaysiakini)

Sekali dengar, macam baik bebenor niat Khalid Ibrahim. Macam panjang benar akal dan perancangannya. Namun melihat dan mengkaji kepada perkembangan semasa, terutama kepesatan industri dengan kepenggunaan tanah yang tinggi, sama ada untuk keperluan kediaman mahupun industri, tidak dapat tidak, bekalan tenaga yang ada pada hari ini akan menyusut secara drastik. Apatah lagi dengan pembaziran tenaga yang berlaku akibat kecuaian manusia dan penggunaan yang tidak cekap, pastinya menuntut pembekalan tenaga yang mencukupi sama ada bagi keperluan domestik apatah lagi industri.

Janakuasa hidro sehingga kini merupakan pembekal tenaga utama di Malaysia. Namun, dengan keluasan hutan yang semakin menyusut, kawasan takungan air juga turut menjadi mangsa. Apatah lagi dengan penebangan hutan yang tidak bersistematik bagi tujuan pertanian dan industri.

Negara ini tidak seluas mana. Ombak lautnya tidak sekuat mana. Tiupan anginnya lebih banyak tertampan manakala laut di sekeliling negara ini bukanlah lautan lepas. Cahaya matahari yang banyak, tidak semestinya akan membekalkan tenaga elektrik yang mencukupi untuk isi rumah memandangkan kos pembinaannya yang masih lagi TERLALU TINGGI sehingga kini.

Apabila Khalid Ibrahim mengatakan, tiada sebarang keperluan untuk negara ini mendapat tenaga yang mencukupi dan pengeksportan tenaga lebihan, Menteri Besar Selangor itu barangkali melihat Selangor pada tahun 2021 sama seperti Selangor pada 2 tahun pentadbirannya yang bukan bertambah maju, sebaliknya mengundur dalam serba-serbi.

Khalid Ibrahim boleh menolak pembinaan loji janakuasa nuklear di Selangor atas faktor alam sekitar kerana itulah alasan yang diberikan di seluruh dunia ini apabila membabitkan nuklear. Namun apabila Khalid Ibrahim menolak pembinaan loji berkenaan atas alasan, TIADA SEBARANG KEPERLUAN, sesungguhnya rakyat Selangor sebenarnya sedang berkepalakan seorang menteri besar yang masih hidup dengan api pelita, sekalipun kenderaannya jenis mewah dan kehidupan mewahnya diperolehi daripada peluang yang diberikan Kerajaan Melayu Malaysia.

Apa bezanya ruang lingkup pemikiran Khalid Ibrahim dengan orang yang bukan bergelar Menteri Besar? Mengapa pemikirannya masih terlalu sempit, sesempit otak bahlol-bahlol PAS-Baru?



1 comments

SALAH SENDIRI... SALAHKAN KELUARGANYA!

Kes Aminulrashid, 15, ditembak mati oleh polis dalam insiden kejar-mengejar terus diperkatakan. Kini Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) pula turut masuk campur untuk menampakkan KECERDIKAN mereka dengan meluluskan 6 Resolusi yang mereka sendiri sebenarnya TIDAK FAHAM pun!

Hanya kerana Aminulrashid seorang remaja yang ditembak oleh polis, puak-puak otak singkat ini telah menyalahkan polis seratus peratus atas kejadian tersebut. Dengan beralasan bahawa polis sepatutnya menjaga keamanan, bukannya menembak kanak-kanak, masing-masing melepaskan geram sehinggakan hujah-hujah dan resolusi mereka langsung tidak memperlihatkan tahap intelektual sekalipun ada yang bergelar peguam, ahli politik dan pelajar universiti.

Penjelasan daripada Professor Dr. Teoh Hsien-Jin, Dekan Fakulti Sains dan Kesihatan di Kolej Universiti Sunway, secara jelas menunjukkan kejadian tersebut sememangnya salah remaja itu sendiri dan ditambah pula oleh faktor kecuaian penjaga serta keluarganya.

Lebih banyak penjelasan dan penyiasatan yang dilakukan, bahkan seandainya Suruhanjaya Diraja sekalipun, akan mendapati kesalahan dilakukan oleh Aminulrashid Amzah, bukannya anggota polis yang sedang menjalankan tugas. Cerita-cerita bersifat 'nasi tambah' daripada saksi, hanya untuk membenarkan perlakuan mirip jenayah oleh kedua-dua remaja itu, sekaligus menyebabkan ahli keluarga si mati pula yang akan diheret ke mahkamah dan bicarakan kerana melakukan terlalu banyak pengabaian, termasuklah pengabaian terhadap anak bawah umur.

Yang menjadi mangsa sebenar nanti adalah keluarga Aminulrashid dan saksi utama. Manakala peguam-peguam politik dan orang-orang politik serta PKPIM sekadar ingin berlagak bahawa mereka terlebih pandai dalam mengatur strategi. Simpati yang mereka tunjukkan bersifat plastik dan sebenarnya lebih berat ke arah kepentingan parti dan diri sendiri!

Secara berterus-terang, saya tidak bersimpati langsung dengan si mati dan keluarganya!



11 comments

CIRI-CIRI MUNAFIK KETARA PADA NIZAR JAMALUDDIN

Dalam temubualnya bersama Malaysian Digest, Nizar Jamaluddin yang masih lagi BENGONG dan WAHAM akibat kehilangan jawatan, dia dengan bangganya berkata, kebanyakan rakyat Perak dan rakyat Malaysia masih menganggapnya sebagai Menteri Besar Perak. Malah menurutnya Pakatan Rakyat semakin diterima ramai di Perak, khususnya di kalangan bukan Melayu.

Nostalgia Nizar dengan jawatan tertinggi yang pernah dipegangnya, masih belum habis. Selayaknya Nizar dikasihani. Namun apabila Nizar secara berterus-terang memberitahu bahawa PAS tidak pernah menggadaikan prinsip-prinsip Islam apabila bekerjasama dengan PKR dan DAP, Nizar ternyata jelas memperlihatkan sikap munafiknya yang cukup menebal.

Atas dasar apa Nizar cuba menafikan perlanggaran prinsip-prinsip Islam oleh PAS-Baru yang dikuasai oleh geng-geng Erdogan? Prinsip Islam mana yang tidak dilanggar oleh PAS-Baru, terutama sewaktu PAS Perak dipesuruhjayakan oleh Ahmad Awang?

Perkara paling asas di dalam Islam seperti yang difirmankan Allah Taala iaitu umat Islam berkasih sayang sesama mereka dan bersikap keras terhadap kafir. Asas itu sendiri telah dilanggar oleh PAS.

PAS yang ketika penubuhannya berpendapat golongan ulama sebagai check-and-balance kepada golongan UMNO yang menjadi pemerintah, telah dikuasai oleh golongan berserban dan berjubah yang berpendapat Ulama sewajarnya dilantik sebagai Umarak. Padahal larangan ulama menjadi umara' cukup jelas dalam Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Baihaqi dan Muntafa'alaih.

Perlanggaran itu tidak pernah dikesali oleh golongan pandai bercakap PAS. Malah menerusi Mursyidul Amnya, pelbagai dalil dan nas dikeluarkan untuk menghalalkan perbuatan haram tersebut. Tidak cukup dengan itu, digali pula bukti-bukti lain semata-mata untuk melebarkan persaudaraan dan ikatan kasih sayang antara umat Islam atas dasar politik kepartian.

Itu baru prinsip asas habluminannas. Belum lagi perlanggaran dalam hubungan dengan Allah Taala (hablumminallah). Golongan pak-pak lebai PAS yang baru kenal agama, begitu mudah menjatuhkan hukuman kafir dan kufur. Malah tanpa rasa bersalah memberitahu tentang nasib seseorang sama ada akan ke syurga atau ke neraka, semata-mata atas dasar sokongan terhadap PAS. Cerita mulut daripada Mursyidul Am bahawa menyokong PAS bererti menyokong Islam, menentang PAS bererti menentang Islam, dijaja merata-rata. Dan apabila diminta bukti, Mursyidul Am dan balaci-balacinya tidak mampu bentangkan, sebaliknya terus bercakap seolah-olah hak syurga dan neraka itu terletak di tangan mereka.

Apabila PAS mula berkawan dengan DAP, apa yang tidak dilakukan oleh golongan PAS yang berjubah dan berhati DAP. Contohnya, Nizar Jamaluddin sendiri. Bahkan, bughah pun dihalalkan semata-mata untuk mempertahankan kuasa yang telah ditarik balik oleh Allah Taala. Dalam pada golongan ini mengatakan mereka beriman dengan Allah Taala dan qada qadar-Nya, mereka mempersoalkan pula tentang 'permainan belakang'. Nizar Jamaluddin lebih mendengar cakap-cakap DAP dan PKR di Perak berbanding mendengar nasihat agama. Teori-teori tentang pembelian wakil rakyat mulai didendangkan, walaupun tiada bukti sahih tentang perlakuan tersebut.

Anehnya, teori-teori itu lebih dipercayai oleh sebilangan pengikut PAS. Padahal bukanlah telah jelas larangan Islam tentang menaruh kepercayaan terhadap berita-berita yang bersifat samar? Tidakkah itu melanggar prinsip asas Islam yang jelas, berfakta dan berdalil?

Terlalu banyak sebenarnya prinsip asas Islam yang telah dilanggar oleh PAS semata-mata untuk berkawan dengan DAP dan PKR dalam merebut kuasa. Pengecapan nikmat kuasa, walaupun sebentar, telah menjadikan PAS sebagai lupa daratan, lupa kekuasaan Allah Taala, lupa kepada segala nasihat Nabi s.a.w, para Sahabat r.a, tabiin, tabiit tabiin dan ulama-ulama muktabar. Sebaliknya mereka lebih percayakan kata-kata daripada rakan sekutu iaitu DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat.

Mereka mengaku lebih memahami ilmu-ilmu Islam dan kehendak agama yang suci itu berbanding golongan UMNO yang dituduh jahil, kufur dan durhaka, malah sampai ke peringkat taghut. Malangnya, mereka tidak menunjukkan teladan seperti mana yang diperkatakan, bahkan teladan buruk yang sama sekali bertentangan dengan Islam pula yang dipamerkan.

Contoh terbaik... larangan daripada Allah Taala tentang pengangkatan seorang yang kurang ahli menjadi pemimpin... atas keahlian apa Nik Aziz diangkat menjadi Mursyidul Am? Berbanding Haron Din Al-Hafiz, bahkan Azizan Abdul Razak, taraf keahlian Nik Aziz dalam semua disiplin agama Islam sentiasa boleh dipersoalkan!

3 comments

Blog Archive

Labels