Tinggal tidak beberapa jam sahaja lagi untuk berkempen. Bagaimanapun, blog-blog politik terus panas dengan isu Pilihanraya Kecil Hulu Selangor. Mujur jugalah, blog-blog politik tidak tertakluk dengan undang-undang SPR.
Menjelang tengah malam, isu perkauman mula dimainkan oleh PKR dan PAS. Para pemimpin PAS dan PKR terpaksa mengakui bahawa Melayu adalah majoriti di Hulu Selangor. Memperolehi 75% undi Melayu bererti kemenangan sudah berada di dalam tangan.
Disebabkan itu, cerita tentang 'Anak Hindu' dan 'Hindu Proksi UMNO' dimainkan dengan bebas terutama di tempat-tempat ceramah Melayu. Walaupun sebelum ini mereka memperkatakan tentang kebebasan kaum, kesamarataan dan keadilan, namun nampaknya kata-kata itu sekadar retorik belaka. Hakikatnya, mereka tidak mampu pun untuk keluar daripada kepompong perkauman termasuklah dari kalangan mereka yang gah mengaku sebagai orang PAS.
Meletakkan Zaid Ibrahim sebagai calon di Hulu Selangor dilihat sebagai usaha untuk meraih simpati Melayu sebanyak-banyaknya. Apabila Barisan Nasional memilih P.Kamalanathan, PKR dan PAS berasakan ia pertandingan yang berat sebelah. Sangka mereka, Zaid Ibrahim akan memperolehi kelebihan. Bagaimanapun, situasi semasa menunjukkan sebaliknya. Bahkan para penyokong BN nampaknya tidak memperdulikan ras dan bangsa P.Kamalanathan sebaliknya menerima calon dari MIC itu dengan tangan terbuka, meskipun pada peringkat awal mereka mendesak agar calon untuk kerusi tersebut dikembalikan kepada UMNO.
Berbeza dengan Pakatan Rakyat yang mula berasa bahang sebenar pertandingan tanpa kelibat Abdullah Ahmad Badawi yang banyak memberi kelebihan kepada mereka. Akhirnya kata-kata, 'Daripada pilih India MIC, lebih baik pilih Zaid sebab Zaid Melayu dan Islam', mula kedengaran dan cuba disebarkan. Usaha membangkitkan semangat Melayu dilakukan sebagai usaha terdesak.
Selama ini PAS begitu senang hati menuduh UMNO akur dengan India dan Cina, namun apabila kepimpinan UMNO mengajar PAS bahawa bekerjasama dengan si kafir bermakna kita yang menjadi kepala, bukannya kita berkongsi dan menjadi pak turut, PAS hilang rentak. PKR hanyut entah ke mana. Ramai anggota PKR dan PAS yang sedar, kedua-dua parti tersebut sebenarnya adalah ANJING DAN BARUA DAP dalam melingkupkan negara menerusi idea 'Malaysian Malaysia' mereka. Malah DAP sendiri tidak mampu bertahan dengan idea mereka sendiri, sebaliknya terpaksa kembali menjadi PARTI SUPERIOR CINA YANG SANGAT PEKAT KECINAANNYA.
Melayu PAS dan PKR pastinya sakit hati apabila Kamalanathan bukan seperti R.Sivarasa atau Gobalakrishnan yang cukup PEKAT KEINDIAANNYA, sebaliknya 'Kamalanathan menjadi separuh Melayu' di samping meneladani budaya pendatang India yang tahu dek untung! Idea mereka bahawa S.Sammy Vellu dan P.Palanivel akan terloncat, lantas menikam UMNO, tidak menjadi kerana baik Sammy mahupun Palanivel sedar, survival parti mereka adalah menerusi kemenangan P.Kamalanathan dan penerimaan Melayu terhadap wakil rakyat dari MIC. MIC tidak boleh berdiri sendiri tanpa Melayu.
Pemilihan penduduk Hulu Selangor adalah antara Zaid Ibrahim yang merupakan Melayu berbudaya barat dengan Kamalanathan yang berbangsa India tetapi berbudaya Malaysia. Sayang, Zaid mempunyai kelebihan sebagai Melayu tetapi gerak langkah dan tingkahlakunya menunjukkan dia terpaksa berlakon untuk menjadi Melayu dengan songkok putih di atas kepala. Nampak sangat canggung dan tidak selesanya dia apabila keluar dari budaya barat yang sudah menjadi darah dagingnya.
PAS sekali dimalukan di dalam Pilihanraya Kecil Hulu Selangor ini. Sikap Mursyidul Am yang berdolak-dalik dan gemar mengubah sesuatu hukum di samping membodohkan segala sistem yang tidak kena dengan seleranya, pasti akan terpahat kukuh di benak Melayu-Melayu Baru yang tidak lagi terperangkap dengan nostalgia kemerdekaan negara menerusi UMNO dan perbalahan tiket loteri kebajikan masyarakat yang menyaksikan PAS wujud pada 1951 dari rusuk UMNO.
Apa-apa pun, banyak perkara yang menanti geng-geng Perpaduan PAS selepas berakhirnya Pilihanraya Kecil Hulu Selangor malam esok. Pastinya, geng-geng PAS-REFORM dan Erdogan menunggu masa dengan 'kapak kecil' untuk menakek kepala Nasharuddin Mat Isa, Mustafa Ali dan Haji Hadi Awang.
Pembangkang Setuju Berhimpun Secara Aman Tapi Buat Sebaliknya – Ahmad Zahid
-
Tanpa diketahui umum, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid
Hamidi telah mengadakan perbincangan dengan beberapa pemimpin pembangkang
dan mencapa...
38 minutes ago















