Di dalam Malaysian Insider, Mujahid Yusof Rawa menyatakan parti tersebut akan menampilkan calon-calon bukan Islam dan bukan Melayu dalam Pilihanraya Umum akan datang. Langkah tersebut telah dimulai dengan menaiktarafkan Kelab Penyokong menjadi Dewan Penyokong di mana setiap ahli tanpa mengira agama dan bangsa akan mempunyai hak yang sama di dalam PAS.
Satu persidangan akan dibuat pada 23 Mei untuk tujuan berkenaan.
Satu perkembangan yang bakal merebahkan PAS sendiri. Sehingga setakat ini, cadangan berkenaan tidak mengambil kira pandangan daripada ahli-ahli PAS. Sebaliknya ahli-ahli PAS 'diminta bersetuju' dengan kempen ceramah, penulisan di blog dan portal berita, sedangkan sebarang dasar di dalam PAS seharusnya dipersetujui oleh ahli-ahlinya.
Halangan paling besar bagi rancangan Mujahid Yusof Rawa itu ialah perlembagaan PAS sendiri yang mensyaratkan ahli-ahlinya beragama Islam. Apakah syarat tersebut akan dimansuhkan dalam muktamar nanti bagi merealisasikan impian Mujahid Yusof Rawa meliberalkan PAS dan menjadikan parti tersebut sebagai sebuah parti pelbagai agama?
Pan-Malayan Islamist Party (PMIP) yang bertukar menjadi PAS, kini cuba dianjak keluar jauh dari asas penubuhannya. Nampaknya politik menghalalkan cara telah dianuti sepenuhnya oleh para pemimpin PAS yang sangat gila dengan glamour dan populariti. Gelombang Erdogan nampaknya tidak semakin kecil bahkan semakin besar di dalam PAS.
Barisan kepimpinan Erdogan barangkali sudah menjangkakan PKR yang bakal karam bersama-sama Ketua Umumnya dalam tempoh yang terdekat. Mungkin kerana itulah, usul ini perlu dibentangkan secepat mungkin tanpa mengambil kira pandangan ahli-ahli yang lain. Bimbang kehilangan sebahagian besar ahli-ahli PKR yang cukup aktif dan kreatif dalam mencari jalan menimbulkan isu, para pemimpin Erdogan PAS tidak mahu kehilangan populariti dan kuasa yang sedang mereka nikmati sekarang.
Apabila PAS sudah bertukar menjadi parti berbilang agama dan bangsa, nampaknya usaha para Ulama terdahulu yang ingin memisahkan diri daripada petualangan UMNO, akan dihapuskan begitu sahaja. Dan selepas ini, para pemimpin yang sudah tentu terpaksa akur dengan kehendak para penyokong mereka bagi mendaki tangga jawatan yang lebih tinggi, menjadikan perjuangan Islam hanya sekadar satu mekap yang sukar ditanggalkan.
Tidak mustahil suatu hari nanti, orang yang bernama Albert Chong akan menjadi Presiden PAS dan mengherdik Mursyidul Am serta Dewan Ulama kerana berfikiran terlalu jumud dan masih terkongkong dengan Islam Tradisional....
Semoga berjaya, anak Yusof Rawa oiii...










