IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Tuesday, June 29, 2010

Lagi!!! Belanja wang besar utk Kelantan..

Tuesday, June 29, 2010
Aku baru trdengar berita..kabornya peruntukan besor utk Kelantan dalam RMK10.

wah wah...rezki org Kelate ler. Nak buat camno, ambo jeles gak!!

Alasannya..Kelate merupakan negeri yg paling mundur sekali. mmm..

Ambo bukan nak mencucuk..cuma ambo heran apakah kerajaan Persekutuan tak faham2. Dah brpuluh2 tahun dah..apa yg org kelate nak mesej kan ialah org2 kelate tak perlukan pembangune dan duit kotor kerajaan Persekutuan yg hasilnya dari cukai arak, judi dsb. Kerajaan persekutuan adalah kerajaan zalim.

Org2 kelate hanya maukan Isle (bukannya Islam tapi Isle)..
Tak reti2..

Ramai lagi org2 Melayu dan bukan Melayu dinegeri2 lain yg perlukan bantuan dan pembangunan..so bior ler mereka ngan tok guru dan isle mereka.

Aku pernah brtandang sebentar dinegeri Kelate..mereka mendabik dada ngan bangga kabor..Tengok kelate la ni..org kata Kelate akan mundur kerana PAS memerintah, tapi tengok ler pembangunan sana sini..ni berkat Tok Guru!!
Dan mereka pasti..selagi PAS merintah, Tok Guru MB Kelate..pembangunan akan terus rancak.

walaupun mereka tahu kerajaan yg zalim yg mencurahkan kezalimannya dan mereka sedang menikmatinya.
Tapi biasalah mereka ni..Pemimpin trtinggi mereka dan bakal PM tu yakni Anwar yg boleh brdusta ngan muka yg selamba dan masih boleh tonjolkan muka dihadapan masyarakat sedangkan pernah disabitkan kesalahan meliwat. So apa lah mereka ni sangat setakat nak selamba mengutip lambakan duit brbillion2 dari kerajaan Persekutuan..

Cuma penyokong2 kerajaan disana sini..meratap menangis..tunggu dipujuk oleh pendusta2.
__
Ada yg kabor..Kerajaan teruskan bantuan kerana penyokong2 BN yg masih ada disana.
Tapi aku rasa..penyokong2 BN diKelate 80 % berada luar Kelate. Malah yg bukan penyokong pun sama.

Ishh cam na ni..kalau ramai penyokong dan bukan penyokong BN ada diluar kelate..sapa yg pulun duit billion2 yg dicurahkan dikelate..

Ha ha..ada org gemuk diam2 ni. Betul ler..diam2 ubi brisi.

..Merapu je aku ni..he he. Aku cuma hairan, naper setiap tahun tetap kelate dapat bantuan istimewa, wahai mek2 kelate dan mat2 kelate ..meh ler citer sikit, rahsia anda. Apakah rahsia anda, kerana sokong PAS, DAP dan PKR ( nak sebut PR, PR adalah parti haram). kalau tu rahsianya apa lagi, pakat2 ler sokong PAS, DAP, dan PKR..tapi kena pastikan persekutuan tetap BN. Maklumler setakat ni tak der lagi MB2 pembangkang yg masyuk!!!

..merapu ler lagi.

5 comments

YEAAA... MUSIM MENGAMPU SUDAH SAMPAI

Berita terbaru, Gabungan Guru Besar pulak sokong penghapusan UPSR. Macam biasa, alasan-alasan yang diberi, sekali pandang nampak macam baik ler sesangat tetapi kalau diperhalusi ianya tidak lebih dan tidak kurang sekadar untuk meletakkan nama sebagai penyokong kerajaan kalau tidak pun sebagai calon wakil rakyat. Ianya tidak bersifat langsung untuk membantu generasi pelajar atau pendidik... almaklumlah, berapa ramai guru besar yang dah jadi wakil rakyat? Tu hasil daripada mengampu dan membohong ler tuh!

Dasar pendidikan dan pelajaran Malaysia bolehlah dianggap sebagai yang paling 'volatile' dan mudah meruwap di dunia. Tukar saja Menteri Pelajaran, akan muncullah pelbagai projek-projek kartun dan dinosaur. Semua Menteri Pelajaran akan tunjuk pandai dan hebat. Dan yang paling memusnahkan sekali ialah bila Menteri Pelajaran a.k.a Pendidikan menurunkan gred kelulusan semata-mata untuk membuktikan Kementerian Pendidikan di bawah pentadbirannya telah berjaya meningkatkan atau menambahramaikan pelajar-pelajar yang lulus. Sedangkan hakikatnya pelajar-pelajar yang ada di Malaysia, cukup HAMPEH sifatnya!

Sekarang projek nak hapuskan UPSR.... ini pun akan jadi macam PPSMI, KBSR, KBSM dan pelbagai projek yang lain semenjak merdeka jugak nanti. Masa Muhyiddin jadi Menteri Pelajaran, memanglah semua akan sokong. Jangankan Puad Zarkashi dan gabungan guru besar, tanya semut kat tepi longkang pun, depa akan kata penghapusan UPSR adalah baik untuk pelajar. Malah kalau ditanya kepada Bangla dan Mat Vietnam pun, depa akan kata, BAIK, BAIK, BAIK!

Anehnya, dalam sebegitu banyak projek yang akan membelanjakan ratusan juta ringgit duit cukai menerusi penghapusan UPSR dan PMR bagi mewujudkan Sistem Penilaian Sekolah, masih ramai pelajar-pelajar yang buta huruf, keciciran, dibuang sekolah semata-mata kerana guru besar dan pengetua ingin menjaga bonus mereka, dan pelajar-pelajar yang sifatnya seperti tidak pernah belajar apa-apa. Itu belum lagi ibu bapa yang pantang anak-anak kena cuit sikit terus nak saman guru, sekolah dan kementerian.

Bukan setakat buta huruf, berapa banyak sekolah yang cukup daif? Berapa banyak tabung PIBG yang dibahagikan sesama sendiri dan bukannya untuk pelajar? Berapa banyak pula guru besar dan pengetua yang dapat komisyen daripada jualan buku-buku oleh penerbit-penerbit yang cari makan di sekolah?

Sepatutnya Kementerian Pelajaran yang cukup terkenal dengan masalah rasuah dan tumbuk rusuk serta makan suap dan duit bawah meja ini, tidak payahlah mengutarakan idea-idea PEMBOHONG seperti itu, sebaliknya hapuskanlah masalah rasuah, penyelewengan kuasa, serta ketidakcekapan kakitangan terlebih dahulu. Sudah 52 tahun semenjak Dasar Rahman Talib diperkenalkan, namun kakitangan dan petugas-petugas Kementerian Pelajaran sendiri nampaknya seperti manusia yang tidak pernah mengenal apa itu tanggungjawab, dosa dan pahala.

Ada eloknya kalau Muhyiddin suruh keseluruhan kakitangan Kementerian Pelajaran agar belajar dulu. Secikai-cikainya pun belajar tentang betapa besar kerosakan yang boleh diakibatkan oleh rasuah dan penyelewengan tak beraudit.

Tidak lama lagi, proses pemilihan buku teks untuk pembekalan baru akan dibuat... siapalah agaknya di Kementerian Pelajaran yang akan memenuhi koceknya dengan duit rasuah? Adakah penerbit-penerbit yang sama juga bakal memperolehi kontrak berkenaan sekalipun mutu penghasilan buku boleh dipertikai? Atau syarikat bukan rakyat Malaysia akan diberikan keistimewaan seperti tahun-tahun sebelum ini?

Cerita bab mengampu ini, negara ini cukup terkenal. Budaya ampu sentiasa disuburkan, terutama mengampu pemimpin. Itu pasallah, apabila pemimpin turun padang, bukan main lagi sambutan dibuat. Yang buruk, dielok-elokkan. Yang hodoh, disorok-sorokkan. Kemudian apabila ditanya, semuanya bagus belaka. Dan yang si pemimpin pula tidak pernah akan melakukan siasatan sendiri sebaliknya sentiasa bergantung kepada orang lain, terutama juak-juak yang lapar duit dan habuan demi mendapatkan maklumat.

Macam Najib Abdul Razak turun padang jugaklah. Rasa-rasanya Najib Abdul Razak tahu dak, longkang di Sungai Bonus, Jalan Raja Alang tu penuh dengan kekotoran ketika dia ke kawasan tersebut? Rasa-rasanya Najib Abdul Razak tahu tak kawasan tersebut bukan lagi di dalam Malaysia, sebaliknya telah menjadi jajahan takluk Jawa, Indonesia? Mustahil Najib Abdul Razak tahu sebab dia hanya diberitahu bahawa Jalan Raja Alang adalah kawasan orang Melayu berniaga... satu pembohongan tulen yang diterima seratus peratus oleh pengampu!

1 comments

Layakkah Anwar jadi PM Malaysia?

Layakkah Anwar jadi PM Malaysia?

Cuba kita renung kembali akan antara kisah2 perjalanan Anwar..

- Hampir menjerumuskan Malaysia ke kancah ekonomi yg besar yakni yg akan dibeban besar melalui bantuan IMF. Sampai hari ni Anwar tidak mengaku kesilapan ini dan minta maap pada rakyat Malaysia khususnya org2 Melayu. Yg mana org2 Melayu lah yg akan menerima akibat yg paling parah.

- Didakwa melakukan seks luar tabii..dan didapati bersalah oleh mahkamah.

- Menyalah guna kuasa-cuba menghalang pihak polis utk lakukan siasatan. Dituduh, Didakwa dan didapati bersalah.

- Mengadakan demostrasi jalanan besar2an, akibatkan negara rugi brjuta2 ringgit..sedangkan pihak tertentu bertungkus lumus menyelamatkan negara dari terkandas akibat masalah ekonomi.

-Menipu terang2an pada rakyat Malaysia berkenaan 36 kotak rahsia yg masih lagi menjadi rahsia. Ngan selamba berbohong dan hingga kini masih selamba.

- Menggesa Pak Lah mencampuri urusan mahkamah yg beri jaminan dan menghalang Ketua Polis Negara dan Peguam Negara dari perbicaraan kes liwatnya. Ambil kesempatan pada Mr Nice, sejak bila PM leh campuri urusan mahkamah tapi atas nama "keadilan" utk dirinya, terang2an perkara ni berlaku. Dan yg sioknya, mahkamah juga akur atas jaminan PM. Ni macam elemen salah guna kuasa, bukan gitu?

-Menipu terang2an tentang 16 Sept. Dan masih selamba.

- Kecoh pasal hubungan kerajaan ngan APCO. Sonyap je, jang!!

- Kecoh pasal RM 2juta utk yb2 yg melompat. Kononnya..dalam simpanan rahsianya dan akan dibentangkan pada masa yg sesuai. ( Deja Vu je statement ni)
____
Seorg bekas banduan, penjenayah dan fasik..tapi pempin2 PAS, DAP kata beliau adalah PM yg sesuai!!!

Mudah je..PAS kerana cintakan parti lebih dari agama, sanggup tundukkan kepala pada sifasik agar tidak lari sokongan org2 bukan Islam khususnya org2 cina pada PAS. PAS lebih yakin pada kefasikan Anwar dari kekuatan suci murni Islam.
Jika PM bakal dari DAP..pasti ahli2 PAS yg orthodox tak sanggup!!

DAP juga mudah..jika Anwar, DAP masih lagi dapat sokongan ahli2 PAS dan org2 melayu yg lain. Kononnya DAP bukanlah rasis. Jika PM dari PAS, sahler orthodox2 DAP menjadi jengkel.

..jika DAP kita leh faham, tapi PAS yg selalu menggariskan ciri2 seorg pemimpin brlandaskan AQ dan sunnah, apa dah jadi?

..jadikan AQ dan sunnah sebagai amalan, bukan sebagai bahan kempen semata2.

..aku ni ketam ngajar anak2 jalan betul je.

1 comments

MELAYU ITU MAKSUDNYA PERKAUMAN

Nisbah 1:40 yang melibatkan Melayu dan bukan Melayu dalam urusan pendaftaran pengundi-pengundi baru menunjukkan halatuju negara ini pada masa hadapan. Ternyata kuasa pilihan dan kuasa politik yang dibanggakan sangat oleh sesetengah Melayu, akhirnya jadi pedukang tak jumpa air.

Anthony Loke, ketua DAPSY menyifatkan nisbah berkenaan berbaur perkauman. Sebabnya mudah, Anthony Loke memandang dan menganggap apa-apa sahaja cubaan untuk memberitahu, menyedarkan atau memberi didikan kepada Melayu adalah PERKAUMAN. Hatta menyebut tentang tanah Melayu, rezab Melayu, kampung Melayu, mahupun tarian Melayu pun, akan dianggap sebagai perkauman yang akan menghancurkan Malaysia.

1:40...

Itu sebenarnya bukan sekadar nisbah pendaftaran baru pemilih antara Melayu dengan bukan Melayu sebaliknya dalam serba-serbi hal. Nisbah paling besar adalah penguasaan ekonomi. Rasa-rasanya bukan nisbah 1:40 lagi, sebaliknya bernisbah 1:4 juta.

Tak payahlah ditakuti nisbah berkenaan dengan kuasa politik yang akan berpindah ke tangan kaum bukan Melayu. Sekarang ini pun, para pemimpin Melayu yang ada di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri sebenarnya tidak lebih daripada pak-pak pacak dan boneka-boneka tok dalang berbangsa bukan Melayu. Tak payah berbanggalah dengan jenama Islam atau kebangsaan, kesemua pemimpin Melayu itu sekadar Melayu pada nama tetapi tindakan dan pemikiran adalah untuk bukan Melayu.

Ambil contoh mudahlah, masa Nizar jadi Menteri Besar Perak kelmarin, siapa yang paling banyak mendapat keistimewaan, terutama 999 tahun tanah pajakan? Di Selangor, siapa yang berjaya menjadi lanun-lanun pasir dengan bantuan Melayu yang jadi pemimpin politiknya? Di Pulau Pinang, siapa yang jadi bapa pelacur? Di Kelantan, siapa yang jadi taukeh balak dengan bantuan pemimpin politik berketayap, berkepiah putih dan bercakap tentang agama?

Jadi, tak perlulah dirungsingkan sangat tentang nisbah 1:40 itu kerana ia bukanlah sesuatu yang merbahaya. Sudah sudah menjadi kelaziman dan telah pun diterima ramai bahawa Melayu itu adalah perkauman.

Apa yang perlu dimalukan dengan perkauman? Assobiyyah? Hanya si buta perut, rosak iman dan akidah sahaja yang akan mengaitkan perkauman dengan assobiyyah macam yang dipercayai dan diimani oleh golongan zindiq dalam PAS-Baru!

3 comments

BERANI SANGAT LA KDN DENGAN SUARA KEADILAN TUH

Melihat kepada tindak-tanduk Kementerian Dalam Negeri (KDN) sehari dua ini, seolah-olah melihat besi yang merah membara. Garang semacam. Malah tindak-tanduk beberapa orang kenamaan di dalam KDN juga mencuri perhatian.

Suara Keadilan yang bakal disaman oleh FELDA kerana menyebarkan berita fitnah, turut membabitkan KDN. Apatah lagi KDN sememangnya menjadi penguasa kepada sebarang penerbitan berkala di negara ini.

Kesinambungan daripada tindakan keras yang bakal diambil oleh FELDA terhadap Suara Keadilan, KDN turut memberi tunjuk sebab kepada Suara Keadilan mengapa permit penerbitan tabloid berkenaan tidak boleh ditarik kembali setelah tabloid tersebut melanggar banyak peraturan yang telah ditetapkan bagi penerbitan bersifat kelab seperti Suara Keadilan.

Setakat hari ini, tindakan yang paling keras dilakukan oleh KDN hanyalah memberi amaran dan selepas memberi amaran, mereka akan kembali menyorok di pejabat masing-masing. Pegawai-pegawai dan penguatkuasa KDN TIDAK PERNAH BERANI bertindak terhadap tabloid-tabloid berstatus MEGASTAR seperti Suara Keadilan dan Harakah. Malah tabloid-tabloid harian yang turut melanggar salah satu daripada 16 perkara yang tidak boleh disiarkan, juga tidak pernah diambil tindakan, melainkan retorik yang disebarkan menerusi media elektronik.

Tindakan KDN bagaimanapun, cukup berbeza terhadap tabloid-tabloid persendirian atau lebih tepat lagi tabloid-tabloid yang diterbitkan oleh syarikat-syarikat kecil. Pantang tersilap sedikit, pengarang, editor dan penerbit akan dipanggil menghadap untuk 'diberikan taklimat' yang cukup menyakitkan hati. Namun apabila diingatkan bahawa tindakan mereka cukup berat sebelah apabila membabitkan tabloid MEGASTAR, jawapan PASTI yang diberi ialah, "Perlu ke kami beritahu encik yang kami dah ambil tindakan?"

Golongan yang terlibat dalam penerbitan tabloid pastinya tahu apa yang dicakapkan ini. Malah rata-rata tabloid nyamuk akan tahu natijah seandainya melawan KDN. Sama ada permit akan digantung, ditarik balik, diancam denda dan penjara, ianya bukan lagi perkara luar biasa.

Namun tindakan yang sama, tidak pernah BERANI dilakukan oleh KDN kepada Suara Keadilan, Harakah, Harian Metro mahupun KOSMO kerana sifat tabloid-tabloid tersebut yang berstatus BESAR.

Bagi mereka yang mengharapkan tindakan drastik daripada KDN, terutama untuk melihat KDN bertindak tegas, pastinya anda hanya boleh bermimpi. KDN tidak akan berani bertindak. Mereka tidak akan berani menarik permit penyiaran tabloid-tabloid tersebut sekalipun kesemua larangan dilanggar oleh tabloid-tabloid itu. Bahkan kalau ditarik balik sekalipun, pastinya KDN akan 'bermurah hati' menghulurkan borang permohonan permit baru.

Hanya setelah permit baru diluluskan, barulah permit tabloid berstatus megastar ditarik balik.

Itulah yang sering dilakukan oleh KDN.

Lainlah kalau Suara Keadilan itu diterbitkan oleh non-partisan yang tidak terbabit dalam politik perdana atau permit cari makan bagi sebuah syarikat enterprise.

KDN akan bertindak terhadap Suara Keadilan? Tunggulah tiupan sangkakala Israfil dululah baru mereka berani! Gaji kakitangan KDN termasuklah Menterinya dibayar dengan cukai rakyat untuk menjadi bacul dan mempunyai agenda tersendiri, bukannya untuk menjaga negara sangat.

Kalau tidak, takkanlah merenyut-renyut rakyat asing dan pendatang haram ada di Malaysia tanpa sebarang tindakan daripada Kementerian Dalam Negeri yang diberikan tanggungjawab menjaga keselamatan negara ini?

1 comments

Malaysia..apa citernya?

Aku terfikir apa makna Malaysia?

Apa sejarahnya dan apa rationalnya dari Semenanjung Tanah Melayu atau Persekutuan Tanah Melayu atau Malaya ditukar nama menjadi Malaysia?

Masa kecik2 dulu..dikatakan Malaysia ialah Malay-sia, kabornya ia brmakna Melayu mati..yakni sia dalam bahasa Cina brmakna mati..ni mungkin brpunca sentimen perkauman.

Malay-zia..ada sebutan yg brbunyi sedemikian yg brmakna Melayu lazy..yakni Melayu Malas.

Tapi apa sebenarnya..apakah ada hubungan ngan Indonesia yakni Kepulauan Indon. Sia ialah kata tambahan utk himpunan/kumpulan atau sebagainya. Indone-sia brmakna Himpunan kepulauan Indon..
..atau brmakna negara. Indonesia -Negara Indon, Malaysia - Negara Melayu.

Andaian aku je..

Tapi apakah sebenarnya?
________________
..saja bingung2kan diri

0 comments

1:40 Apa dah jadi? Alahai!!!

Besar dan jelas terpampang di muka depan akhbar harian tempatan semalam..

Memeranjatkan!!!!!!!!

PAS yg gitu asyik tentang kuasa..
..kabornya - tanpa kuasa tak leh nak amalkan amar ma'aruf nahi mungkar
..kabornya - tanpa kuasa tak leh tegakkan hudud
..kabornya - tanpa kuasa tak leh nak syiarkan Islam
..kabornya - tanpa kuasa org2 Islam tak leh amalkan Islam yg syumul ( pehh so camer Islam sekelian ulamak2 Islam, mm tak syumul ler gamaknya kerana lum dapat kuasai Parlimen)

UMNO lak..
..kabornya - tanpa kuasa, Melayu dan Islam akan punah
..kabornya - tanpa kuasa, Melayu dan Islam akan merempat di tanah sendiri
..kabornya - tanpa kuasa, ketuanan Melayu dan hak2 keistimewaan org2 Melayu yakni adat dan agama akan trjual dan tiada jaminan.

PERKASA lak..
..he he aku tak tahu.

NGO2 Melayu yg lain..
..aku tak tahu gak ler mende yg korang perjuangkan dan cari.

..Apa2 pun, dalam semangat yg brderau2, dalam teriakan demi teriakan, dalam takbir yg gegak gempita-mengegarkan alam semesta..dalam menghunus keris dan laungan hidup Melayu!! Demo demi demo..semayang hajat demi hajat..burai perut burai perut..halalkan haram, haramkan halal...

Tapi!!!!..apa dah jadi?? 1 org melayu brdaftar 40 org cina mendaftar.

Ko sangka gegar gempita, rupa2nya bunyi murai berkicau..
Ko sangka semangat yg berderau2 berkobar2, rupa2nya ombak yg lesu menampar pantai..

Apakah Melayu dah jadi aowwwwwwwwwwwww!! Kecoh je lebih, kerja tak dibuat..pehhh

Hari ni SPR kabor..DAP menunjukkan kesungguhan dalam usaha mencari pendaftar2 baru!!

..KAH KAH KAH..ketawa ler lagi

0 comments

MEMANG TAK SEDAR DIRI....

Keputusan Najib Abdul Razak untuk tidak mengeluarkan lesen pertaruhan bola sepak, sepatutnya disambut positif oleh PAS. Sebabnya, itu adalah permulaan kepada perubahan yang baik daripada kerajaan.

Malangnya, PAS-Baru berlagak terlebih pandai, terlebih alim, terlebih ulama. Dah dikaitnya pula dengan segala makneka yang lain. Konon-kononnya keikhlasan kerajaan boleh dipersoalkan. Apatah lagi masih banyak lagi yang kerajaan tak 'revoke' contohnya hudud, ISA, arak dan sebagainya. (Harakah Daily)

Sensitif sungguh PAS kalau ada perkataan 'agama' atau 'agama' cuba dikaitkan dalam tindak-tanduk kerajaan. Seolah-olah PAS sahaja yang pandai dalam agama. Padahal, umum mengetahui bahawa orang dalam PAS bukannya tahu dan faham tentang agama, cuma kepiah putih saja yang rajin bertenggek atas kepala...

Cepat benar lupa diri puak-puak nih. Kalau dikatakan bodoh bertalun-talun, depa marah tapi perangai depa sebijik macam Israel mabuk dibagi tanah. Patut sangatlah puak-puak ni didokong oleh golongan lupa diri. Berlagak tak mahu cakap pasal bangsa atas alasan perkauman atau assobiyyah (fahaman depa lah), kemudian cerita fasal universalnya Islam tapi perangai mengalahkan orang tak pernah mengucap!

Allah Taala bagi bandingan yang nyata, depa boleh tak nampak. Kalau dengan kerajaan yang diterajui BN, bukan main komplen, bukan main banyak lagi cadangan 'bernas' tapi untuk kerajaan-kerajaan yang diterajui PR, takdak pulak, padahal kalau dibandingkan, takdak apa-apa yang dibawa dan diperbaharui oleh PR di negeri-negeri yang depa terajui. Semuanya berlagak macam taukeh-taukeh besar saja. Kalau ada pun, sekadar retorik basi yang kaedah-kaedah bangang sebegitu dipercayai dengan bersungguh-sungguh hati oleh golongan yang bodohnya susah nak diukur.

Teringin juga nak tengok Nik Aziz yang dibangga-banggakan sangat keilmuwannya, menggunakan keistimewaan tersebut untuk memajukan Kelantan. Setakat ni, Kelantan maju dengan auta saja. Hakikatnya Kelantan ketinggalan jauh. Prasarana pun tak mampu disediakan oleh kerajaan negeri...

0 comments

Khalid..alahai

Apa dah jadi?

Kabornya yg lompat keluar dari PKR, ialah sampah2 yg tak diperlukan...apakah sekarang dia pulak dianggap sampah oleh PKR sendiri? haiii tak reti-reti lagi ke?

Kabornya ada "plan" rahsia utk bangunkan Kg Baru..tapi apa yg dia perlukan ialah "plan" rahsia utk kekalkan dirinya dalam jawatan.

Kabornya lantik Abg Anwar sebagai penasihat ekonomi yg brbayor RM1 je..tu ler tak reti2, abg kabor RM1 tapi jgn ler faham RM1 je ma..Abg Anwar cakap kena faham betul2 ma. Jatuh ler air muka abang, penasihat dan pakar ekonomi sedunia, tiba2 dibayornya RM1...ishhh
Dah lama membantu perjuangan abang, takkan tak faham2..Kalau abang kabor pejuang utk rakyat, maksudnya ialah pejuang utk dirinya sendiri. So kalau RM 1..tu utk pulangan pada rakyat ma, utk dirinya bagi ler RM1 gak, tapi bukan 1 ringgit tapi 1 juta ma.

Kabornya sungguh berjaya dalam mentadbir syarikat..PNB, Guthrie..yob!!! Ko berjaya dlm PNB dan Guthrie pasal ada abang2 besar ( bapak2 menteri khususnya Che Det) kat belakang. Duit pulak hasil dikumpulkan. Bukannya dari titik pelu sendiri ma..semua dari bantuan rakyat dan kerajaan yg ditaja oleh UMNO. Tak der ler apa2 yg nak didabikkan.
Lagi pun..yob oiii kena ler faham tadbir syarikat tak ler diguna pakai atau disamakan ngan mentadbir parti politik juga negeri.

Apa2 yob...aku nak gelak sikit, jgn marah na..KAH KAH KAH..gelak siKamal Sanusi.

..KAH KAH KAH, ketawa ler lagi

0 comments

Monday, June 28, 2010

DEMI CINTAKU KEPADAMU....

Monday, June 28, 2010
Tidak ada berita paling sensasi selain daripada berita cakap-cakap dan khabar-khabar angin yang lama dinafikan oleh PKR dan PAS bahawa Azmin Ali akan merampas kuasa dari Khalid Ibrahim, menjadi kenyataan. Sekalipun, Azmin Ali BELUM LAGI merampas kuasa sebagai Menteri Besar Selangor, memandangkan perlantikan Menteri Besar Selangor hanya boleh diperakukan dengan penglibatan DYMM Seri Paduka Sultan Selangor dan bukannya Anwar Ibrahim, namun jawatan berkenaan sudah hampir benar dalam genggaman BLUEBOY Anwar Ibrahim itu.

Seperti biasa, bertalu-talulah penafian yang dibuat. Khalid Ibrahim pun demi menutup malu dan maruahnya akan juga membuat penafian. Antara alasan yang diberikan oleh Khalid Ibrahim ialah keinginannya untuk menumpukan perhatian kepada kerja-kerja pentadbiran seperti menarik pelaburan yang mana masih gagal dilakukannya sekalipun cakap besar PKR berkumandang semenjak 2 tahun lalu dengan hasil yang mengalahkan agensi pelaburan amatur mencari dana.

Rasa-rasanya kalau digaji Zaharin Sang Kelembai cari dana pelaburan pun, lagi banyak boleh diperolehi dari yang diperolehi oleh Khalid Ibrahim sekalipun Zaharin hanya bersendirian kalau tidak pun di'efifit'kan oleh Erman Jr, penulis buku politik yang cuba mendedahkan salahlaku dan rasuah Khir Toyo.

Anwar seperti biasa dengan sifat semulajadinya yang gemar berdusta, mengatakan tindakan serta-merta itu bukanlah bertujuan untuk menjatuh atau menghalau Khalid Ibrahim, sebaliknya ingin memantapkan lagi PKR di Selangor.

Aduhai... para penyokong Anwar sibuk mencari alasan lain untuk mengalihkan topik perbualan yang sangat ketara KASIH SAYANG ANWAR terhadap Azmin Ali, jauh mengatasi kasih sayangnya kepada rakan-rakan yang berada di sekelilingnya pada zaman reformasi dahulu. Mungkin ada baiknya juga, Anwar Ibrahim tarik juga Hishamuddin Rais, si bujang lapok yang kepulangannya ke Malaysia pada zaman Mahathir setelah bekas Perdana Menteri itu mendapat jaminan Hishamuddin Rais akan menjadi rakyat berguna sebagai orang kuat PKR yang baru. Apatah lagi Hishamuddin Rais telah membuktikan dalam satu konsert tunjuk punggung yang sangat popular dua tahun lepas...

Khalid Ibrahim... eloklah kau pergi mengintai-intai peluang untuk masuk Makkal Shakti... setidak-tidaknya pengalaman sebagai balaci kerajaan yang diberi peluang menjadi orang kaya menerusi jawatan tinggi dulu, boleh digunakan untuk membantu masyarakat India yang sangat jauh ketinggalan berbanding orang terkaya mereka, Ananda Krishnan.

0 comments

CABARAN LIM GUAN ENG, CABARAN TAK CUKUP AKAL

Dalam Berita Awani sebentar tadi, Lim Guan Eng dilaporkan mencabar Musa Hassan agar meletak jawatan dan menyertai parti politik. Puncanya cukup mudah, Musa Hassan seringkali mengeluarkan kenyataan yang tidak berpihak kepada DAP dan Pakatan Rakyat yang mengesampingkan undang-undang dan peraturan dalam negara ini mengikut 'kepandaian' mereka yang inginkan negara dan rakyat huru-hara, terutama apabila membabitkan tunjuk perasaan, demonstrasi dan berarak yang kononnya itu adalah Kebebasan Bersuara.

Apa kata Lim Guan Eng yang meletakkan jawatan sebagai ahli politik dan menyertai pasukan polis terutama sebagai konstabel. Mungkin dengan contoh teladan yang ditunjukkan oleh Lim Guan Eng apatah lagi dengan kemasyhurannya untuk mendapatkan hak samarata orang Cina ke atas hak keistimewaan orang Melayu dan umat Islam di negara ini, akan menarik perhatian kaum Cina dan bukan Melayu amnya untuk menyertai pasukan keselamatan negara.

Sekarang ini, orang Melayu dan Bumiputera yang paling banyak terlibat dalam tugas menjaga keselamatan dalam negara dan sempadan manakala kaum Cina pula lebih banyak terlibat dalam politik dan perniagaan. Susah sangat nak cari seorang Konstabel polis atau Prebet tentera sedang berkhidmat umpama mencari jarum di tengah rumput.

Kalau hak keistimewaan Melayu dan Islam hendak dikongsi, mengapa hak menjaga keselamatan negara tidak mahu dikongsi sama? Apa istimewanya orang Cina dan bukan Melayu sehingga mereka tidak perlu menjadi anggota tentera dan polis berpangkat rendah? Suatu masa dahulu, mulut Lim Guan Eng, mulut bapanya dan mulut para pemimpin DAP dengan dibantu oleh para pemimpin berketayap berjenama PAS jugalah yang bising apabila PLKN hendak diwajibkan kepada lepasan sekolah.

Bising mereka bukanlah kerana pembabitan Rosmah Mansur sangat pun. Bising mereka kerana bimbang anak-anak mereka akan dipaksa menjadi tenaga kerahan untuk menjaga keselamatan negara seperti yang dilakukan oleh Singapura kepada generasi muda mereka.

Eloklah Lim Guan Eng dan kaum keluarganya dicabar untuk menyertai pasukan polis dan tentera memandangkan untuk menjadi ahli politik bukanlah susah sangat. Tak payah berkelulusan tinggi pun. Tak payah terlalu kreatif dan bijaksana.

Anwar Ibrahim telah pun membuktikan bahawa kebijaksanaan, kecerdikan dan kecendekiawanan tidak diperlukan untuk menjadi pemimpin politik. Para pemimpin UMNO Kedah pun cukup berjaya membuktikan teori ini!

Untuk jadi ahli politik yang berjaya, hanyalah memerlukan kelicikan, hati kering untuk berbohong, muka tebal untuk menipu secara terang-terangan, kurang iman untuk menimbulkan polemik dalam adab-adab yang diajarkan oleh agama, dan keberanian untuk mencabar serta melanggar undang-undang. Itu sajalah...

Itu pasallah, para pelajar universiti yang cenderung dengan politik, kebanyakannya mempunyai ciri-ciri wajib pemimpin politik Malaysia... bukannya kebijaksanaan, kecemerlangan, kecendekiawanan dan kesarjanaan! Dan yang sohehnya, majoriti daripada mereka ini adalah golongan yang hampir keciciran atau berkelulusan sederhana dengan Kelas 2 Bawah....

1 comments

PATUTLAH, BODOH BAHLOL RUPA-RUPANYA DIA NIH!!!

Kalau anda masih mengingati mangkuk nih, pastinya anda tidak akan berasa hairan dengan polemik yang pernah atau cuba ditimbulkan demi mendapat nama atau perhatian dari mana-mana parti politik pembangkang.

Mazlan Aliman, Presiden Persatuan Anak-Anak Felda Kebangsaan, pernah menimbulkan kegemparan apabila meminta kerajaan menyediakan tapak atau tanah untuk generasi kedua peneroka Felda pula. Kali ini, Mazlan cuba mendesak Felda menerusi Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri merangkap Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan membuat pendedahan bagaimana aliran tunai Felda boleh berkurangan secara drastik walaupun aset semasa dan kekal Felda meningkat berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas.

Rasa-rasanya bebudak yang belajar Perakaunan atau Ekonomi Asas pun tahu bagaimana keadaan pasaran boleh mempengaruhi aliran tunai. Apatah lagi dengan penambahan aset semasa dan aset kekal selain liabiliti dan kos yang bertambah.

Sekali pandang macamlah si Mazlan ini cuba nak bela peneroka Felda yang asalnya dahulu susah dan sekarang sudah boleh berlagak dengan kereta, rumah modified, perniagaan kecil, anak-anak yang tidak lagi makan tamban kering pada musim hujan. Generasi pertama Felda telah pun berjaya malah mampu keluar daripada belenggu kemiskinan. Bagaimanapun generasi kedua Felda, ramai yang sudah lupa diri, manakala generasi ketiga dan keempat, kini banyak yang terbabit dengan dadah, rempit, bohsia, bohjan dan tangkap gambar lucah di tengah kebun kelapa sawit untuk disebarkan di dalam Internet.

Berdasarkan kata-katanya, Mazlan Aliman ini mewakili sebahagian besar daripada generasi kedua Felda yang gagal mencapai kemajuan. Mereka juga adalah produk sampingan kesan daripada kesenangan tiba-tiba kepada generasi pertama yakni ibu bapa mereka, sehinggakan puak ini lupa diri habis-habisan dan kemudian beranggapan kerajaan dan orang ramai 'berhutang' dengan mereka.

Kesian... sapa ntah Menteri yang jaga Felda.... memang Felda gagal mencapai maklumat mengeluarkan Melayu dari kemiskinan. Sekalipun dari segi material, mereka tidak lagi miskin, tetapi dari segi rohani, mereka ini bukan sahaja miskin, bahkan papa kedana... terutama dengan segala macam keistimewaan yang diperolehi oleh anak-anak Felda, macamlah depa saja rakyat Malaysia...

Terus terang cakaplah, anak-anak Felda ni, pandai dalam bidang akademik tidaklah seberapa, tapi bantuan daripada kerajaan (pusat dan negeri) dan agensi mencurah-curah.... akhirnya terhasillah produk bangang seperti Mazlan Aliman!!!!

1 comments

ALAHAI KHAIRY SI ANAK OMAK....

KJ atau lebih tepat lagi Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengata Ibrahim Ali, si Presiden PERKASA setelah Ahli Parlimen Pasir Mas yang pernah nak jilat punggung Tun Mahathir masa dia masih lagi dalam Semangat 46 dulu, mengutuk KJ yang memang jelas lemah, lembik, cetek sama ada pemikiran mahupun tindakan, dan berorientasikan kewangan, keuntungan dan kebendaan.

Apabila KJ meletakkan dirinya sebagai berfikiran global, ramai yang mencebik bahkan ramai yang mengejek. Puncanya, global KJ hanyalah sebab bapa mertuanya menjadi Perdana Menteri, dia pun berusaha bersungguh-sungguh nak jadi ahli politik. Kenapa dia tak tunggu sampai bapa mertuanya melepaskan jawatan selaku Perdana Menteri untuk menceburkan diri dalam politik... enigma ini masih tidak dapat dijawab oleh Khairy dan penyokong-penyokongnya sendiri.

Apatah lagi, Khairy Jamaluddin yang tidak pernah berasa hidup susah atau belanja kurang dari 2 ringgit sehari ketika bersekolah, pastinya membuatkan dia kekok untuk bercakap tentang lokal sebelum melangkah ke persada global.

Mengata Ibrahim Ali sebagai gedebe politik dan saranan Ibrahim Ali agar KJ meletak jawatan dalam Pemuda UMNO, sebenarnya cukup bersesuaian untuk kedua-duanya. Dengan kata-kata lain, kata-kata Ibrahim kepada KJ tak salah, kata-kata KJ kepada Ibrahim Ali pun tak salah. Kedua-duanya adalah haiwan politik yang sentiasa menggunakan rakyat, Melayu dan Islam untuk kekal berkuasa dan mencari kuasa, sekalipun sekadar bergelar Ahli Parlimen!

0 comments

BEBAL ANDA TAK BOLEH DIUBATI LAGI KALAU PERCAYA....

Ada sebuah berita... kononnya Anwar Ibrahim takkan bertanding jawatan Presiden PKR kerana dia tidak mengejar pangkat. Juak-juak dia pun bukan main lagi 'terharu' dan 'tersentuh' hati dengan kenyataan tersebut. Malah dijulangnya kata-kata Anwar bahawa, dia tidak yakin akan menang kalau dia bertanding jawatan presiden untuk parti yang kian NAK MAMPUS itu!!!

Tak sangka, ada juga si jahlun yang percaya dengan kata-kata Anwar. Ada juga yang percaya, Anwar masuk politik semata-mata untuk perjuangan terhadap rakyat. Ada yang percaya, Anwar Ibrahim tak kejar jawatan Presiden PKR sebab tak sukakan pangkat.

Abis tu, yang beria-ia sangat Anwar nakkan jawatan Perdana Menteri Malaysia tu, jadah apa plak? Yang dia buat itu ini, sanggup meliberalkan Islam, menyamakan Islam dengan semua agama, menyamaratakan umat Islam dengan umat bukan Islam, menyodok-nyodok belakang Amerika dan Zionist untuk sokongan, tu bukan namanya mengejar pangkat?

Memang bahlol tahap ultra ler kalau percaya Anwar tak kejar pangkat... atau mana-mana ahli politik yang duduk dalam parti tak kejar apa-apa jawatan.... macam anda percaya, si penulis menulis tetapi tidak berharap orang lain membaca hasil tulisannya... tak ker bodoh punya kerja tuh?

Jadi, kesimpulannya mudah sangat ler untuk mencari kebangangan dalam diri anda.... kalau anda percaya, Anwar Ibrahim tidak mengejar pangkat dan jawatan sedangkan dia bersungguh-sungguh dalam politik, status anda dengan binatang baik sikit jer sebab anda ada akal. Hanya kerana ada akal, bukannya menggunakan akal, itu saja kelebihan anda. Kalau tidak, anda dengan binatang sama saja tahapnya.... nak kata bodoh, pandai pulak menulist... tapi nak kata pandai, bodohnya tahap ultra dengan menggunakan alasan paling bangang... Anwar tak kejar pangkat!

Hahahaha...

3 comments

PUNYALAH KEPALA HOTAK PUAK-PUAK NIH!

Dalam usaha untuk mengekalkan status quo bahawa PAS adalah parti ulama manakala UMNO adalah parti kebencian ulama, berita tentang 4 orang ulama muda yang dikatakan telah ditipu oleh UMNO kononnya membuat permohonan memasuki parti berkenaan, menjadi perhatian utama. (HARAKAHDAILY)

Konon-kononnya ulama-ulama muda berkenaan telah ditipu. Mereka dikatakan hanya ingin menemui Perdana Menteri, bukannya hendak masuk UMNO.

Konon-kononnya UMNO menipu dan tindakan UMNO itu telah menjatuhkan reputasi ulama-ulama muda.

Akhbar berkenaan tidak pula menceritakan macam mana PAS menipu dengan melabelkan ulama pada semua pemimpin mereka, sekaligus menompok najis berat ke atas nama ulama sedangkan yang dinamakan ulama itu, tak layak langsung bergelar ulama? Hanya kerana berpendidikan agama, bercakap dan mencari makan dengan agama, mereka dinamakan Ulama?

Kebangangan masih berlangsung dan terus berlangsung. Umat Islam di negara ini akan terus dibangangkan oleh mereka yang sedang mencari pengaruh, kuasa, kemewahan dan kemudaratan dengan mengatasnamakan Islam!

Nota: Terbaca tentang Ho Chin Minh... betapa 'zuhudnya' dia, sama macam Nik Aziz... malah kalau diperkirakan mengikut zuhud dunia, Ho Chin Minh jauh lebih zuhud memandangkan dia tidak punya rumah, hartanah dan kereta mewah, malah pakaiannya pun cuma dua helai baju kemeja lusuh dan dua helai seluar panjang berkain kasa! Dan anehnya, dia berjaya memerdekakan Vietnam dari tangan Peranchis dan Amerika Syarikat, sedangkan zuhud pemimpin Melayu terutama yang bertopengkan Islam pula, mengkayakan anak beranak, kawan-kawan politik dan sekutu-sekutu parti yang disertai.

0 comments

BILA KARPAL KATA 'NO TO ISLAMIC STATE', PASAI APA DIAM HABIH?

Pengerusi DAP, Karpal Singh yang baru sahaja menyambut ulangtahun ke-70 mengulangi pendiriannya bahawa DAP dan dirinya sendiri MENOLAK SEKERAS-KERASNYA penubuhan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam, sekalipun pada masa yang sama, puak-puak dalam PAS berusaha bersungguh-sungguh untuk MEMUTIHKAN DAP dengan mendakyahkan kepada orang ramai bahawa 'secara perlahan-lahan DAP telah menerima usaha PAS untuk menubuhkan Negara Islam'.

Itu yang dilaporkan oleh The Malaysian Insider.

Anehnya selepas dikelebek-kelebek, tidak ada satu pun dari kalangan puak-puak PAS yang sangat keras dan sensitif terhadap UMNO, memberi ulasan tentang kata-kata Karpal Singh itu. Tidak ada seorang pun yang berani mengangkat muka dan mengeraskan jari untuk mengutuk, mengecam, menghina, mencerca si Punjabi tua berkerusi roda itu.

Punyalah penakut puak-puak ini kalau membabitkan DAP, bagaikan sudah mengesahkan bahawa puak-puak PAS hanya mampu berlagak dengan sesama Islam, tetapi dengan kafir zindiq dan musyrik, mereka bagaikan bukan manusia. Kata-kata mereka yang penuh bersemangat, takbir yang memenuhi ruang ketika berceramah politik, rupa-rupanya hanyalah retorik kerana sandaran mereka hanyalah manusia dan manusia itu pula adalah si kafir yang jelas menentang Islam.

Menubuhkan sebuah Negara Islam menerusi pilihanraya seperti yang cuba dilakukan oleh PAS? Kalau menang pun sekadar berlangsung selama 5 tahun? Apakah maksudnya Negara Islam PAS mempunyai tempoh dan hayat iaitu sepenggal pilihanraya? Apakah Negara Islam itu bermaksud sebuah negara yang statusnya boleh diubah menerusi Perlembagaan?

Kalau itulah yang para pemimpin PAS cuba untuk membuatkan para penyokong dan pendengar ceramah mereka percaya, nyatanya mereka ini adalah KELDAI yang diberikan anugerah oleh Allah Taala berupa bentuk manusia dan boleh bersuara. Dan KELDAI-KELDAI ini akan terus berceramah dan berceramah tentang Negara Islam, Hudud dan Qisas dengan meninggalkan Diat dan Takzir, kepimpinan ulama dan segala macam yang KELDAI-KELDAI belaka sifatnya!

Dan tidak hairanlah mengapa ada KELDAI yang cuba menyesatkan umat dengan menghalalkan rasuah menerusi kata-katanya yang cukup terkenal, "Kalau demo bui (beri) pitih, ambik. Demo bui gapo, ambik. Cumo bilo hok date (datang) pilihanraya, pakah (pangkah) PAH (PAS)."

Ingat, Allah Taala dah bagi pesan, suara yang paling buruk adalah SUARA HIMAR (Keldai)!... kata sesetengah ulama, himar yang dimaksudkan bukanlah haiwan berkenaan, sebaliknya manusia macam sesetengah 'so-called' ulama!

0 comments

UMNO DAH TERDESAK KA?

Cerita tentang UMNO menerima sambutan dan sokongan dari kalangan ulama-ulama muda, kini giat didendangkan di seluruh negara. Sekaligus sebahagian daripada penyokong, pendukung dan penggiat UMNO begitu gembira untuk 'memadankan' muka PAS kerana bukan PAS sahaja yang ada ulama, tetapi UMNO pun ada.

Aneh, mengapa UMNO turut bermain-main dengan perkara sebegini? Apa perlunya UMNO ingin menjadi seperti PAS yang tidak dapat membezakan politik Islam dan politik Rom dengan menyatukan semuanya sekali?

Belum pernah dalam sejarah ulama-ulama muktabar yang memberikan sokongan kepada parti-parti politik, sama ada sebelum DEMOKRASI ROM dikuatkuasakan di seluruh dunia seperti yang kita lihat pada hari ini, apatah lagi ketika zaman fikrah syahsiah Islam terbelah kepada Syiah Ali, Syiah Muawiyah dan Khawarij yang kemudian berpecah-pecah lagi sehingga ke hari ini.

Sewajarnya golongan ulama muda tersebut 'diasingkan' dan tidak dibenarkan menyertai UMNO. Mereka boleh membantu UMNO dengan menjadi penasihat dan pemantau UMNO tanpa perlu menyertai parti itu. Kekalkan parti tersebut sebagai parti politik dan tidak perlulah bertopengkan agama seperti PAS kerana perbuatan yang dilakukan dalam PAS masakini hanyalah pembohongan, pendustaan, penipuan dan penyesatan semata-mata. Tidak ada ajaran Islam di dalam Demokrasi Rom, sebaliknya yang ada hanyalah Islam dipergunakan di dalam Demokrasi Rom untuk mendapatkan kuasa pemerintahan.

Natijah daripada DEMOKRASI ROM yang berasaskan kepada suara ramai seharusnya dipatah-balikkan kepada sirah Nabi s.a.w. Perhatikan bagaimana keputusan dari suara ramai, telah menyebabkan Perang Uhud menjadi satu kekalahan kepada umat Islam. Kerana suara ramai, pasukan berkuda dan pemanah meninggalkan posisi mereka. Kerana suara ramai juga, mereka tidak berada di Madinah sebaliknya berperang di tempat yang memberi kelebihan kepada Quraisy.

Ternyata parti-parti Melayu seperti UMNO dan PAS menanggapi Islam sebagai alat untuk berkuasa semata-mata. Mereka tidak mencari keredhaan Allah Taala, sebaliknya mereka mencari redha kuasa dan tampuk pemerintahan!

Golongan yang dikatakan ulama-ulama muda itu, sebenarnya tidak layak bergelar ulama pun. Bahkan mana-mana ulama atau cerdik pandai agama, mahupun yang celik mata tentang agama, tidak layak SAMA SEKALI bergelar ulama, apabila mereka terlibat di dalam politik kepartian seperti PAS, UMNO, PKR apatah lagi DAP!

Dengan kata lain, ulama-ulama di dalam parti politik bukanlah ulama-ulama yang sebenar-benarnya, SEBALIKNYA merekalah yang digelarkan SYAITAN YANG NYATA seperti yang terkandung di dalam suratul Yassin kerana mereka cenderung untuk berpihak kepada parti dan kelompok mereka, bukannya kebenaran!

0 comments

Friday, June 25, 2010

Amar ma'aruf nahi mungkar- kekeliruan part 2

Friday, June 25, 2010
Kekeliruan yg aku maksudkan sebentar tadi bukannya aku brmaksudkan PAS semata2..tapi sebagai contoh.

UMNO dan badan2 NGO Islam yg lain..pun pakat2 menjerit2, keluarkan statement2 mengutuk, mencela, menjerit2 ditengah2 panas matahari yg mebakar..bawa budak2 sekali.

Ini kah yg kita mahu?????

Yg hebatnya leh dikatakan semua demo semada menyokong kerajaan atau menentang kerajaan, semada isu2 kepentingan kerajaan atau tidak..isu2 antarabangsa sekali pun..ISA, BAHASA ENGLISH, GAZA, LESEN JUDI, REFORMASI, BLACK SEPT, HARGA BARANG NAIK, apa saja..majoritinya ialah org2 Islam, org2 melayu.

KENAPA????? Apakah ini tuntutan agama? Apakah ini satu etika atau moral atau akhlak org2 trpuji?

Atau apa halnya??!!!

..pening2

1 comments

Amar Ma'aruf Nahi Mungkar-Kekeliruan

Bila dikatakan amar ma'aruf nahi mungkar..maka umumnya difahamkan ialah buat demo tunjuk perasaan, buat kecaman, buat kutukan, buat ceramah utk kecam dan kutuk..kemudian yg mengutuk, yg brdemo, yg terjerit2, yg mencela, yg mendengar celaan, yg mendengar kutukan, mendengar cemuhan..balik tidur keletihan, dalam hati rasa lega kerana dah buat amar ma'aruf nahi mungkar.

Dalam keletihan..zikir ditinggalkan, bacaan AQ ditinggalkan, dan yg mantap sekali semayang pun ditinggalkan..maklum ler amar ma'aruf nahi mungkar ma, amalan yg sangat penting!!!

Ye ke???!!!!!

Amar ma'aruf nahi mungkar bukan sekadar memberi kecaman, kutukan, dan celaan. Usah jadi macam anjing menyalak bukit yg kemudian lari mencicit sambil ekor trsepit2 dicelah kangkang. Tidak sia2 perumpamaan dikatakan oleh org2 tua kita.

Amar Ma'aruf nahi mungkar yg dilakukan oleh nabi saw ialah usaha menghasilkan manusia yg brtaqwa dan berakhlak mulia. Usaha lahirkan manusia yg sebenar2nya brstatuskan khalifah Allah atau wali/wakil Allah keatas muka bumi ni. Yg mana dibelakangnya ada kekuasaan Allah swt, kehebatan Allah swt, kemuliaan Allah swt, kebesaran Allah swt..dibelakangnya juga ada tentera2 Allah swt..walaupun dia keseorangan ditengah2 padang pasir, ditengah2 hutan belantara maupun ditengah2 lautan..ataupun ditengah2 kegelapan batil dan dilembah2 maksiat.
Cahaya dalam diri mereka menghancurkan kegelapan batil dikeliling mereka dan menghancurkan sekelian maksiat.

Usaha amar ma'aruf nahi mungkar nabi saw lahirkan manusia2 brkualiti spt Abu Bakr ra, Umar ra, Ali ra, Usman ra, dan sekelian para sahabat ra. Usaha nabi saw diteruskan oleh para sahabat ra yg mana lahirkan manusia2 spt Junaid, AlGhazali, Asshafie, Malik, Nawawi, Hasan Basri, Abd Kadir Jilani, Umar Abd Aziz.

Bukan kerana mereka kuat mengecam, mengutuk, mencela, atau rajin buat demo ngan bakar patung2, bendera2, atau apa2 yg boleh dibakar..tapi dari mereka keluarnya kebaikan2 dan keikhlasan yg munafaatkan manusia2.

Bukannya usaha amar ma'aruf nahi mungkar untuk melahirkan generasi yg kuat memekik, yg kuat brdemo, yg kuat mencaci, yg kuat mengumpat, yg kuat menabur fitnah..

Bukannya usaha amar ma'aruf nahi mungkar yg keliru berjaya melahirkan Lim Guan Eng yg diumpamakan Umar Abd Aziz ( satu penghinaan pada Umar Abd Aziz yg dikenali sebagai khalifah arrasyidiin yg ke 5) lahirkan Xavier yg leh bagi ceramah2 dalam masjid, dll..

Kita kena muhasabah kembali....kita amalkan Islam atau kita gunakan Islam utk kepentingan politik sendiri?

Kita kena muhasabah kembali..kita amalkan amar ma'aruf nahi mungkar ikut acuan nabi saw atau ikut acuan sendiri atau acuan yahudi dan nasrani.

...pening-pening, padi yg ditanam - lalang pulak yg tumbuh!!

0 comments

Betulkan kekeliruan..dari PAS yg keliru dan mengelirukan

PAS yang keliru dan mengelirukan..( nak kata sesat dan menyesatkan..kasaq sangat bunyinya)

Usaha untuk betulkan segala kekeliruan yg timbul dan segala yg disalah fahamkan kena diteruskan demi utk kemurnian agama Islam yg suci murni ni..bukan kerana nak galakkan ahli2 PAS keluar dari PAS atau sebagainya.

Tapi jika salah faham dan kekeliruan memang sengaja dihadamkan oleh ahli2 dan penyokong2 PAS, susah ler nak citer. Yakni mereka tahu apa yg mereka faham dan ketahui adalah salah, tapi rasa seronok dan puas.

Antara kekeliruan yg perlu diperbetulkan:
a) PAS bukanlah satu2nya wadah atau ultimate dalam pejuangkan Islam. PAS hanyalah satu
ranting atau satu wadah.
b) PAS ialah parti politik dan bukannya satu mazhab, atau satu ajaran dalam Islam.
c) Untuk usaha amar ma'aruf bukanlah mesti jadi ahli atau sokong PAS sahaja, atau bukanlah
brmakna sokong atau jadi ahli PAS maka telah buat usaha amar ma'aruf nahi mungkar.
Pemahaman ni leh rosakkan maksud amal amar ma'aruf nahi mungkar dan satu penipuan pada diri sendiri dan ummat.
d)Amar ma'aruf nahi mungkar adalah tugas dan tanggungjawab setiap org Islam bukan tugas
dan tanggungjawab PAS semata2.
e) Bukan kerana jadi ahli PAS atau sokong brmakna org tu telah amalkan politik Islam. Tidaklah
menjadi syarat seseorg tu amalkan politik Islam semestinya ngan jadi ahli PAS.
Amalkan politik Islam leh diamalkan dalam DAP, UMNO, MCA, MIC dsb.
Macam muamalat..bukan kerana hanya brjenama Islam je halal utk buat urusan niaga tapi
semua perniagaan selagi ianya tidak brcanggah ngan agama.
Perniagaan Islam ialah pada sifat2 dalam berniaga dan mematuhi hukum hakam dalam urus
niaga.
Gitu juga dalam politik Islam..maksud brpolitik, cara brpolitik tu yg penting yakni menurut jejak langkah nabi saw dan para sahabat ra. Yakni maksud dan cara brpolitik leh menjadi sumber kebaikan dan hidayat pada sekelian manusia.
Macam bekerja..org2 Islam leh berkerja ngan semua jenis kilang (kecuali yg brcanggah) walaupun kilang trsebut tidak brjenama Islam. Tapi moral, displin, etika kerja seorg muslim tu yg perlu ditonjolkan dan ditekankan..

UMNO, PAS, MCA, DAP, PKR..ialah parti2 politik yg ditubuhkan ikut perlembagaan dan undang2. Org2 Islam bebas leh jadi mana2 ahli parti politik utk brpolitik. Cuma dibezakan antara org2 Islam dan bukan Islam ialah dari segi etika, moral, displin, dan sifat2 yg mulia yg lain.
Jika sifat2 dan etika Islam ditekankan..aku percaya semua parti2 ni leh brsatu, tiadalah lagi dua nakhoda satu kapal..maka akan wujud spt mana zaman kegemilangan Islam yakni satu sistem pemerintahan sahaja.

Kejayaan satu sistem pemerintahan hanya leh bejaya juga trtakluk pada etika, moral dan displin seseorg muslim trsebut..bukan kerana sistem trsebut.

Sebab tu agama diutuskan pada manusia..bukan pada parti, negeri, negara, sekolah2, kolej2, universiti2, kilang2, bank2 dsb.

Kita boleh letak nama "ISLAM" pada pertubuhan, parti, negeri, negara, sekolah, kolej, institut, universiti, taman, kampung dsb..tapi jika moral, etika, dan displin yg rosak, tidak membawa apa2 faedah pada manusia tu sendiri.

..ISLAM ialah brkenaan amal dan akhlak...Islam bukanlah parti politik. ISlam bukanlah layak utk dipolitikkan, atau jadi bahan politik. Islam ialah seruan utk peringatan, utk diamalkan dan disebarkan.

f) jadi ahli PAS bukanlah brmakna telah sempurna Islam dalam diri.

..ianya hanya pandangan aku je. Tak setuju tak pa ma.

0 comments

Kenapa pilih PAS?

Kenapa pilih PAS?

Pengalaman aku brjumpa ngan beberapa org termasuk dari golongan elit dan professional. Kebanyakannya adalah disebabkan oleh beberapa perkara;

a) baru nak mendekati agama, so apa2 yg ada relate ngan Islam dia rasa terpanggil utk libatkan
dirinya.
b) Dirinya banyak trlibat ngan perkara2 yg batil, so nak cover line..sokonglah anything yg
relate ngan Islam, ngan harapan leh ler cover serba sedikit.
c) Saja nak nak tonjolkan imej Islam
d) Saja nak tunjukkan keprihatinan pada Islam

Tapi para elit dan professional ni berkerja atau menikmati berbagai kemudahan dari kerajaan yg mereka sumpahi dan laknati setiap hari.
Apa2 yg mereka perolehi mereka rasa tu adalah rezeki mereka dan usaha mereka. Bila mereka tak dapat nescaya mereka tuduh ler macam2 yakni org yg dapat tu adalah kroni, guna kabel, atau ada bagi "lebih" sikit..

Org2 ni lah yg akan beritahu..pada puak2 PAS tu dan ini..segala yg negatif dan mereka beritahu, mereka arif tentang apa yg mereka katakan kerana mereka dari bidang atau lapangan trsebut. Yg bagusnya mereka adalah baik, jujur, amanah..depa2 tu je yg kotor, jijik, perasuah, tamak haloba.

Dan yg paling bagus sekali..sekali nikmat dan kekayaan mereka perolehi tidak pula mereka hebahkan. Dan tidak nyatakan apa2 usaha, kata2 sebagai tanda terimakaseh.

Spt Nizar..dia dapat capai kejayaan dalam kariernya (sebelum jadi MB) dari kerajaan yg ditaja oleh UMNO atau PAS?

Mereka ni umpama menjilat rezeki2 mereka dari tangan yg menyuapkan ngan bontot2 mereka dan lidah2 mereka menjilat2 tangan yg tak pernah beri apa2 kebaikan pada mereka. Setelah memakan rezki mereka ngan bontot2 mereka maka mereka luahkan tahi2 yg busuk pada tangan2 yg memberinya..aku tak tahu spesis apa ni?

Tak salah sokong PAS, tak salah jadi ahli PAS..tapi berkata benarlah. Usahlah reka2 sesuatu utk kebaikan sendiri atau nak tonjolkan diri tu yg baik, org lain jahat..atau kerana kecewa, marah, dan hasad. Kata2 dari golongan ni sangat mempengaruhi org2 awam. Spt Tun Salleh Abbas contohnya..kerana satu trajedinya, berketul2 tahi dilambakkannya. Tapi segala nikmat dan kebaikan yg dia perolehi, maka sorang je. Dan beliau juga sedang menikmati nikmat yg diperolehi dari kerajaan yg diterahui oleh pak lah dan nampaknya sedang bergelumang ngan nikmat2 trsebut, pasal tu tak dengar berita lagi..atau pun dah brpindah alam. Gitu juga shahnon ahmad, yg mana kerajaan yg diterajui oleh UMNO telah menobatkannya sebagai salah sorang sasterawan negara..tapi kerana sedikit kegelinciran..dia telah "SHIT"kan ngan hebat dan dengan penuh bergaya.
__

Dan kempen PAS tu ISLAM, ISLAM tu PAS..juga berjaya mempengaruhi jiwa2 yg baru nak bertandang pada Islam.
Gitu juga kempen2..jika tak sokong PAS, maka tak sokong ISlam dan jika tak suka ISlam..mmm dot dot ler..
Kempen ni simple..tapi berjaya melembut2kan hati org2 melayu atau menjadikan org2 Melayu serba salah.
___
Dan yg paling brkesan sekali kempen2 ni..org2 UMNO sendiri percaya yg mereka adalah sedemikian. pehhhh...
__
Kebanyakan mereka juga tidak mempunyai pengetahuan yg mendalam dalam rempah ratus dan pencak silat politik bangsa dan negara.
Mereka lebih terpengaruh ngan perasaan, emosi..atau sedang brmimpi ngan teori2 yg ideal.

..pandangan dan pemerhatian aku je

1 comments

Tuesday, June 22, 2010

Kes Aminul Rasyid

Tuesday, June 22, 2010
Bicara telah diputuskan pada 12 Oktober..

Jenain Subi, 48 warga Sabah ayah pada 4 org anak. Akan didakwa yg mana jika disabitkan kesalahan akan membawa kepada hukuman 30 tahun penjara dan denda.
Anggota polis sejak 1985.
__
Aku tak tahu..kesian pun ada.

Aku cuba bayangkan jika aku ada ditempat kejadian dan brada pada kedudukannya..kemungkinan besar aku akan lakukan apa yg beliau lakukan. Keadaan yg gitu mencemaskan, dan yg ada ialah pistol vs keta..dan pastinya aku tak der masa nak aim ngan tepat agar kena sipemandu.

It's just happen split second..well what to do ma!!

Harapan aku..semoga kedua2 pihak tabah dan dapat menerima hakikat kehidupan.

...Nasib

2 comments

MB Selangor buat lawak

Hujung minggu baru ni, aku trbaca headline...MB Selangor ada idea utk kampung baru. Tapi rahsia..

Nak tergelak gak aku..haiii apa hal ler org tua ni, apa yg dia cuba nak buat.

Menteri Federal dah angin...kabornya MB elok ler beri perhatian pada negeri Selangor. Kalau nak jadi hero melayu pun, elok ler jadi hero Melayu kat Selangor yg sepatutnya dia lakukan.

Aku cuma terlintas satu hal je..perancangan MB selangor tu aku rasa sama je macam perancangannya terhadap YBK Selangor..akhir sekali nak diperambatnya YBK dari tanah mereka sendiri.

Org2 Melayu..KG BARU's Malay Agriculture Settlement (MAS) pulak nak consider cadangan MB Selangor ( yg masih rahsia) atau plan kementerian wilayah.

Cadangan aku..MAS elok ler ikut cadangan rahsia MB Selangor..ngan mudahnya diperambatnya org2 Melayu dari Kg Baru, lepas tu macam tak da apa2 yg berlaku.

MB selangor..syabas!!! Always has a good idea for others but not for Selangor, or may be Selangor is too small to govern..he needs whole country, Malaysia itself..

..meraban dan meroyan, cukup ler siNizar sorang.

0 comments

Monday, June 21, 2010

SALAM SEJAHTERA

Monday, June 21, 2010
Salam...

Saya meminta maaf kerana tidak dapat meluangkan banyak masa dengan blog ini di samping meng'up-date'kan The Flying Kick. Banyak SMS yang saya terima daripada sahabat sekalian bertanyakan keadaan saya.

Untuk seketika, saya terpaksa menyepikan diri buat seketika. Bukan kerana tidak berminat atau sudah dibayar untuk berhenti menulis, namun untuk seketika ini saya perlu memberikan tumpuan sepenuhnya kepada kesihatan yang semakin menurun.

Saya akan menjalani pembedahan pintasan koronari di Hospital Serdang pada 14 Julai yang akan datang, sekaligus menyebabkan saya 'sibuk' dengan pelbagai ujian makmal yang perlu dijalani selepas kali pertama dahulu terpaksa ditunda pembedahannya ekoran kegagalan fungsi hati, buah pinggang dan paru-paru.

Apa pun, saya akan kembali menulis apabila keadaan sudah 'selamat'. Pun begitu, blog ini akan saya serahkan kepada salah seorang sahabat yang banyak membantu saya untuk menghidupkannya.

Kepada sekalian sahabat yang terasa hati kerana tulisan saya selama ini, saya memohon ampun dan maaf. Dan seandainya ada kesudian, saya meminta bantuan anda agar berdoa agar pembedahan yang akan saya jalani kelak akan berjalan dengan selamat.

Dan bagi yang ingin menghubungi saya, anda bolehlah menggunakan nombor ini...016-6912567. Saya akan 'bercuti' daripada Internet selama 3 bulan, mulai hari ini.

Sekian, Terima Kasih...

Cucu Tok Wan

5 comments

Friday, June 18, 2010

hukuman keatas Tian Chua

Friday, June 18, 2010
kabornya hukuman diringankan..

Bagi aku..bukan kerana soal akan diadakan pilihanraya atau tidak. Tapi seorg wakil rakyat yg brtanggungjawab kepada kemakmuran dan perpaduan negara dan rakyat..hukuman asal pun, bagi aku tidak memadai.

Apa yg berlaku jika org awam melakukan jenayah spt yg dilakukan oleh Tian Chua??

....kita perlu berikan teladan yg baik

2 comments

Sembang Jumaat

Hari ni aku gi semayang jumaat..aku dengar khutbah.

Spt biasa..aku ter"over" khusyuk bila dengar khutbah jumaat ni, rasa macam dengar tapi tak leh nak ingat balik. Kekadang terus hilang suara khatib. Pehh gitu mendalam khusyuk aku ni.

Aku pernah gak trdengar dan trbaca tentang kisah wali2..org nampak ada kat kebun, ada kat kedai..macam tak gi jumaat je. Tapi kat masjid, elok je kat saf depan. Mungkin wali, atau mungkin gak membela...he he

Tapi aku rasa aku pun macam tu jugak..cuma ada kelainan sedikit. Org ramai nampak aku kat masjid, tapi aku berada dimerata tempat. Ada jugak ler ciri2 wali pada aku ni. Syukur!!!!
__
Aku dengar hadis dilaungkan..malah setiap jumaat dilaungkan yakni akan perintah nabi saw utk dengar khutbah..dan leh tak dapat apa2 pahala jumaat walaupun hanya brkata "diam"..mahfumnya ler.

Tapi disesetengah masjid..ada org lalu depan jemaah, sambil goncang2kan karung. Kekhusyukan aku yg tahap sempurna ni selalu trnganggu..geram gak aku.

Ada sesetengah masjid..dengar seretan tin/kotak ditolak..yg geram, kita yg sedang meng"hayati" khutbah ni..dicuitnya utk tolakkan tin/kotak trsebut...pehh.
__
Masjid lapaq sangat ke pasal duit ni? dah ada peti besaaarr punya dipintu masjid..dan dikiri kanan masjid. lepas tu ada tambahan kotak2 disana sini.

Ada masjid ok sikit..kutipan dibuat sebelum khutbah.
__
Puak2 ni selalu duduk majlis ilmu..khatib2 biasanya ustaz2 dan kenal yg tukang kutip ni. Dan ada yg aku kenal, adalah pejuang2 amar ma'aruf (PR sahaja)nahi mungkar (UMNO sahaja.)

Aku tak faham..apa yg sedang berlaku. Aku bingung...apa yg tak kena.

...duit punya pukulan

0 comments

Pembahagian kerusi dan jawatan..

Aku tengok ada perhimpunan PPP..

Aku pun trfikir..tentang pembahagian kerusi. Pembahagian kerusi dibahagi2kan ikut parti bukannya bangsa.

Kaum India yg bijaksana, walaupun bilangan kaum India tak seramai bangsa2 lain telah mencipta beberapa parti..PPP, MIC, sekarang ni pulak MAKKAL SAKTI (rasanya ler)..dan semua brgabung dlm BN.

So PPP akan dapat beberapa kerusi..MIC akan dapat beberapa kerusi..MAKKAL juga nanti akan dapat beberapa kerusi diPRU13. Jika tak dapat spt biasa akan ugut utk keluar BN.

Kaum cina menyusuli ngan 2 parti yg besar MCA dan GERAKAN..MCA akan minta kerusi, GERAKAN akan minta kerusi.

Mungkin tak lama lagi..org2 cina kononnya tak puas hati ngan MCA dan GERAKAN..akan tubuhkan satu parti lagi dan brgabung dibawah BN.

UMNO spt biasa..akan brkata demi semangat setiakawan, akan menderma beberapa kerusi lagi.
__
Bila PPP minta masuk BN..tiada bantahan. Bila GERAKAN masuk BN..tiada bantahan. Apakata PERKASA jadi parti politik..dan minta brgabung dalam BN, dibantah atau akan disokong?

Melayu pun kena buat banyak parti lagi..dan minta brgabung dlm BN. Kita nak tengok semangat setiakawan parti2 komponen BN, sama tak semangat setiakawan mereka spt UMNO.

Semangat 46 patut ditubuhkan kembali..tapi brgabung dlm BN. ABIM pun leh dipertimbangkan.. ARQAM pun ok gak.

So ada 3 ler kelak..S46, UMNO, PERKASA..
__
Bunyi macam lawak..tapi bagi kaum India dan Cina ianya tak lawak. Benda ni macam main share gak..owner lama2 jadi minoriti shareholder atau silap2 hilang terus kedudukan, jadi ordinary share holder je, less than 1%.

..HA HA HA

0 comments

Suara Anwar..3

Kerana suara2 Anwar...alim ulamak yg gitu keras menentang dan tak mahu brsekongkol ngan org2 kapir membentang selendang mereka, menundukkan pundak2 mereka agar dipijak2 oleh org2 kapir..

Kerana suara2 Anwar...ajk2 masjid membenarkan kaki2 kapir melangkah masuk kedalam masjid dan dibenarkan memberi ceramah didewan solat.

Kerana suara2 Anwar..bendera2 DAP brkibar2 megah dimarkas2 PAS.

Kerana suara2 Anwar..sesama Islam dimusuhi, tangan2 kapir diambik sebagai sedara.

Kerana suara2 Anwar..tangan2 pak tua PAS yg dulu sangat keras menentang prkongsian kuasa pemerintahan ngan org2 kapir, trgigil2 memangkah dan mengundi wakil2 dari org2 kapir.

Kerana suara2 Anwar..fatwa kapir kerana mengambil mengangkat org2 kapir sebagai wakil rakyat/pempin leh ditukau.

..BERHATI-HATI lah. Aku rasa jika nak dengar suaranya..kena baca doa ni "Wahai Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari hasutan Syaitan-syaitan.Dan aku berlindung kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku”
( Surah Al Mukminun [23] : 97 – 98)..atau mana2 doa yg serupa. dan rajin2 baca 10 ayat dari surah AlKahfi..

Aku tak kabor..beliau ni syaitan. Tapi kita mohon prlindunganNya dari syaitan2 yg brada dalam suaranya...macam syaitan2 yg menghiasi wajah2 pompuan..dan syaitan2 yg menenggek dimata2 kita agar mata kita meleret kesana kemari..

Dan elok ler brhati2..bila direnung2 dan difikir2kan..ngan apa yg brlaku..yg mana satu pembohongan yg terang2an dan jelas, manusia leh percaya dan yakin..mmm

Ada gak yg kabor..ada syaitan2 dari kalangan manusia. So hati2 lah.

Sekali dliwat, seumur hidup menanggung..Che Det telah diliwat oleh suara Anwar sehingga dicaci dan dimaki dan dipakai gelaran2 yg mengalahkan Firaun sendiri..derita Che Det ditanggung olehnya sehingga akhir hayat beliau, dan hanya beliau saja yg tahu bagaimana pedihnya dan sedihnya kerana diliwat. Diangkat, dididik, dan dibangga2kan oleh Che Det oleh Anwar..tapi tak sangka beliau sendiri rupa2nya kena liwat.

Jika semut mati kerana gula..melayu jadi hilang warasnya kerana suara Anwar!!!

..bringat tu lebih baik, sekali diliwat..pehhh susah tu

0 comments

Suara Anwar..2

Suara Anwar..dari dulu hingga sekarang..masa bujang, sebelum join UMNO, semasa join UMNO, selepas dipecat dari UMNO hingga kini.

Suara beliau..yg batil leh nampak macam haq, yg haq leh nampak macam batil.

Dan yg menariknya..bila trbongkar penipuannya, muka dia selamba je seolah2 dia tak pernah cakap perkara trsebut dan bo layan sesapa cuba menyerangnya..malah ngan suaranya dia akan cipta sesuatu isu yg akan meliwat sesapa yg mendengarnya.

Aku jumpa ramai org yg ngakui masa 1998 dulu..bagaimana fikiran mereka telah diliwati, sama2 buat demo dan brsemangat sekali. Tapi spt biasa setelah diliwati, yg suka akan biarkan fikiran mereka diliwat lagi dan lagi. Yg sedar dan insaf..ada yg diam kerana malu kerana fikiran dah kena liwat.
Yg sedar, insaf dan mahu menyelamatkan org lain dari diliwati..akan brsuara.

Ada kenalan forum aku..semasa ia lazat diliwati oleh suara2 Anwar, mengatakan aku ni buta mata hati dan tak nampak apa yg trsurat dan trsirat. Dia begitu brsemangat dan cita2 yg suci murni. Tapi akhirnya dia sedar, rupa2 kerana sedang diliwati oleh suara Anwar..tu ler yg menyebabkan " my eyes sees the glory". mmm apa citer dia sekarang..

....anti suara Anwar

0 comments

Suara Anwar...

Aku baca dalam blog PARPUKARI..ngan izin.

Beliau rasa ada kebenaran tentang apa yg Anwar suarakan didalam parlimen..mengenai legacy Pak Lah.
Beliau juga kabor..Anwar brpengalaman sebagai Menteri Kewangan.
__
Maap yob..
Suara Anwar..eloklah diabaikan. Lebih banyak mudharat untuk didengar dari munafaatnya.
Kerana suara2nya lebih banyak menimbulkan kekeliruan, perpecahan dan kerosakan.

Pak Lah..kerana dengar suaranya..kes Lingam, kisah India mabuk cakap guna h/phone. Ditubuhnya Suruhanjaya..yg mana kesudahannya memalukan Pak Lah sendiri, membazirkan wang rakyat dan masa tribunal je dan mengelirukan rakyat. Tiada apa2 kebaikan pun yg dihasilkan.

Kejayaan dalam Kewangan..maap ler. Dia duduk disitu dan dilantik kerana kerusi trsebut telah distabilkan oleh Daim dan Che Det. Malah dia merosakkan negara dan rakyat ngan menggunakan kerusi trsebut untuk membiakkan kroni2nya, membiak amalan nepotism, menggunakan segala platform trmasuk KLSE untuk kautkan kekayaan utk puak2nya. Harga KLSE melambung2 macam yo-yo sehingga ianya macam fiksyen dan jadi pesta spekulasi. Rasuah menjadi2..kemudian ngan suaranya, org lain yg brsalah, dan dia tak brsalah.

Che Det..trkesan ngan suara2nya juga ler menyebabkan beliau melantik Anwar sebagai TPM dan MOF..yg mana beliau akui ni adalah satu kesilapan beliau yg besar.

Anwar telah lakukan kesilapan yg paling besar dalam sejarah Tanah Melayu..sejak dulu sehingga kini. Jebat hanya bunuh beberapa org, tapi beliau tidak membunuh sesapa tapi membunuh dan meliwat kewarasan manusia utk brfikir. Beliau telah kelirukan rakyat khususnya org2 Melayu ditahun 1998..Suara2nya seolah2 ia dizalimi pada hal hakikatnya dia memang brsalah kerana salah guna kuasa.
Dan dia sekali2 tidak brsuara yg dia tak lakukan kesalahan liwat.

Dia meliwat pemikiran org2 Melayu khususnya tika tu kononnya utk keadilan dan kesamarataan dan hak asasi..tapi semuanya ada untuk dirinya, kerana dirinya semata2. Tiada untuk rakyat, malah tiada langsung utk keluarganya.

Menjanjikan reformasi..puak2 melayu brduyun2 brhimpun, maki hamun dan membenci Che Det dan kerajaan..polis dan mahkamah. Che Det yg salah..polis yg salah..mahkamah yg salah.

Suara Anwar lebih brbisa dan penuh ngan racun brbanding ngan suara Karl Marx, Mao, Lenin, Chin Peng, dan Hitler. Suara yg membawa manusia kepada kebinasaan.

Gemparkan negara kononya brjaya ambik alih kerajaan pada 16 Sept. Dan masih ramai yg trkesan ngan suaranya masih menunggu2 16 Sept ni. Dan dia ngan muka selamba tidak minta maap, dan langsung rasa tak brsalah-macam tiada apa2 yg berlaku. Sanggup jual nama2 org2 trtentu trmasuklah general2 ATM, Agung dan Speaker Dewan.

Suaranya pasal APCO..yg trkesan ngan suaranya trkial2 menepis..yg trkesan juga sungguh2 percaya.

Suaranya pasal kes liwatnya..ribuan percaya ngan suaranya yg dia kononnya traniaya walaupun dia tak nah brsuara yg dia tak lakukan spt mana kesnya yg lalu.

Banyak lagi tentang bahaya suara beliau..

Ada suara manusia..menghiburkan menghilangkan lara. Ada suara ..didalamnya penuh hikmah dan menenangkan jiwa. Ada suara ..menginsafkan. Ada suara..menyakitkan. Ada suara..memilukan, mendengarnya menitiskan air mata.

Anwar pula..suaranya hanya menimbulkan kebencian, hasad dan perpecahan. Satu masa, suaranya menyebabkan PAS dibenci umum..dan satu masa gak, suaranya menyebabkan Che Det dibenci, UMNO dibenci.

BRHATI2 LAH USAH DIBIARKAN FIKIRAN ANDA DILIWAT OLEH SUARA BELIAU- walaupun bunyi macam benar tapi didalamnya ada racun yg brbisa..sekali berpijak dihati, timbullah hasad/benci/khianat.

...anti suara Anwar

0 comments

Wednesday, June 16, 2010

Dakwah..untuk parti atau agama

Wednesday, June 16, 2010
Dakwah..atau lebih kurang ialah seruan.

Apa yg diseru2..tu lah yg datang. Apa yg diseru2..tu lah akan terpahat dalam hati.
Apa yg diseru2..tu lah akan terbina yakinnya. Apa yg diseru2..tu lah yg akan brmain2 dalam fikiran/yg diingat2kan.

dalam agama..

Perkara2 yg diseru ialah keesaan Allah swt, kebesaran Allah swt dsb..maka hasilnya trbinalah dalam tauhid dan iman yakin dalam diri.
..yg diseru2 ialah kehidupan akhirat, syurga dan neraka..maka timbullah kecintaan kehidupan akhirat/syurga dan ketakutan akan kehidupan dalam neraka.

Bila lagi kuat diseru, lagi kerap..lagi kuatlah terbina dalam diri. Maka datanglah kekuatan untuk segera pada sesuatu perbuatan/amal dan kelakuan yg membawa kepada keredhaanNya, dan syurgaNya..dan datang juga kekuatan dalam diri utk meninggalkan dan menjauhkan dari sesuatu perbuatan/amal dan kelakuan yg menjatuhkan kedalam murkaNya dan nerakaNya.
___
Jika yg diseru ialah bencikan UMNO, salahkan UMNO, momokkan UMNO, bodohkan UMNO, dsb..maka terbinalah keimanan (kebencian yg mendalam dalam diri), maka sentiasalah brfikir dan brusaha nak buat sesuatu prbuatan dan amalan yg brsesuaian ngan kebencian ini..

Org lompat parti salah UMNO, saiful gi report..salah UMNO, harga barang naik..salah UMNO..(yg tak salahkan UMNO ialah bila gaji naik, pencen naik, elaun2 yb naik)

OK ke? Apakah ini kehendak agama? Sihatkah jiwa org2 Islam ngan cara dakwah begini? sihatkah akal org2 Islam ngan dakwah sebegini?
__
Jika seseorg lakukan satu dosa dan maksiat..jenuh dia memaki hamun syaitan dan nafsunya, apakah dosanya akan diampunkan?..apakah kesannya pada diri? apakah dia akan brtaubat? apakah syaitan akan lari jauh2? atau jenuh mengatakan ianya adalah satu konspirasi...apakah selesai semua masalah?

Salah ialah salah..dosa ialah dosa. Salah akan dihukum..dosa akan diampun, jika mohon ampun..

Syaitan..segala maki hamun padanya merupakan puji2an baginya. Brtambah2 sombong lagi lah dia.
__
Dakwahlah perkara yg benar..cara yg benar. Insya'allah hasilnya adalah benar!!

Keadaan org2 Islam gitu parah sekali..jenayah, dadah, menghadapi hutang2 yg besar, menghadapi penyakit2 yg bahaya dan kronik, seks bebas..seks sesama jenis..amal ibadat pehh gitu nazak sekali.

Ni lah dakwah..dakwah manusia kearah perintah2Nya, janji2Nya, dan ancaman2Nya..agar trsemat kukuh ketaatan pada perintah2Nya, dan ketakutan pada larangan2Nya..

Udah2lah brpolitik mengejar pangkat dunia yg sementara..diPerak nampak bebenor kuasa yg diperolehi sebenarnya adalah rapuh dan tak mampu selamatkan kerusi sendiri. Dan kejayaan memiliki kerusi dunia sejelas2nya adalah kejayaan yg sementara..

AYUH!!!! Selamatkan org2 Islam dan amnya sekelian manusia dari kehancuran dosa dan maksiat..salahkan UMNO, kecam UMNO, maki UMNO, dsb..tak bantu mana2 org2 Islam utk datang brjemaah kemasjid..tak bantu mana2 org2 Islam brtaubat dari brjudi dan minum arak..tak bantu mana2 org2 Islam brtaubat dari seks bebas, dan seks sesama jenis..tak bantu mana2 org Islam dari merompak, membunuh, merogol, buang anak,, makan dan beri rasuah..

Dakwahlah..agar siratulrahim sesama Islam diperkukuhkan dan dieratkan. Kabor ikut AQ dan sunnah,,maka buat ler sptmana dikaborkan.

..kawan cucutokwan

1 comments

Dakwah..demi parti atau agama

Kedengaran akan perubahan dalam PAS adalah kerana atas maksud usaha dakwah..agar org2 kapir dapat peluang utk lebih mengenali apa tu PAS ..oopppsss atau apa itu Islam.

..Pasti dan pasti..dakwah adalah amalan yg mulia lagi dituntut!!
..Tiada keraguan langsung dalam hal ini.

..Yg diragui ialah apakah utk kemuliaan agama Islam atau kemakmuran parti?
____
Amalan dakwah..antaranya adalah usaha mengajak manusia kearah kebaikan dan meninggalkan dosa dan maksiat...mengajak manusia dari kebatilan kepada haq...mengajak manusia dari mementingkan kepentingan dunia kepada mementingkan kepentingan akhirat.

Telah berpuluh tahun PAS ditubuhkan..kononnya matlamat utama ialah amar ma'aruf nahi mungkar...dakwah.

Pada pandangan dan pemerhatian aku yg sempit..amar ma'aruf nahi mungkar yg dilakukan ialah berterusan menyalahkan UMNO, dari sejak PAS ditubuhkan sehingga hari ni, dan mungkin akan berterusan.

Masalah sosial..salahkan UMNO, masalah jenayah..salahkan UMNO, masalah buang anak..salahkan UMNO, masalah remaja..salahkan UMNO, masalah dadah..salahkan UMNO, masalah org tak dirikan semayang brjemaah/masjid2 kosong..salahkan UMNO, masalah jenayah meningkat..salahkan UMNO..dan macam2.

Cuma trfikirkah kita..apakah ni amar ma'ruf nahi mungkar? apakah ngan asyik menyalahkan ini telah baiki semua keadaan urusan ummat Islam khususnya..makin berkurangkah masalah dadah, masalah seks bebas, masalah jenayah, masalah rasuah? Ummat Islam bukan semakin membenci perbuatan2 maksiat tapi makin membenci UMNO..

Dan setiap kali isi kandung ceramah..salahkan UMNO dan pempin2 UMNO dan jalan penyelesaian undilah PAS..dan kebencian berjaya dipupuk ketahap yg hampir sempurna khususnya pada ahli2 PAS sendiri. Tapi amalan2 agama pada ahli2 PAS semakin dipinggir2 agama..ahli2 PAS tidak memakmurkan masjid2 ( dulu alasan masjid yg dibina oleh kerajaan adalah haram)..anak2 mereka lagi ler..ada ahli2 yg makmurkan tapi anak2 berantakan kesana kesini..( spt biasa mereka melihat ni adalah salah UMNO)

So ceramah2 selama brpuluh2 tahun ni adakah dakwah kepada kemakmuran Islam atau parti?
.__
Pada pandangan aku yg sempit dan kolot ini..ceramah2 perlu agresif keseluruh negara dakwahkan tentang ancaman2 Allah swt dan RasulNya keatas perbuatan2 maksiat ini dan nikmat2 dan kebaikan yg akan dinikmati yakni janji2 Allah swt dan RasulNya..sehingga ummat ini begitu membenci segala jenis bentuk maksiat..semada ia adalah ahli UMNO, ahli PAS, ahli PKR, ahli MIC, ahli DAP..dsb.
__
Bukannya brdegar2 mengutuk keras UMNO dan pempin2 UMNO atas segala gejala..tapi kat rumah brsenang2 melihat astro..menonton citer2, nyanyian dan hiburan separuh bogel, tiga suku bogel.

Hasil dakwah..ummat membenci segala bentuk maksiat dan brlumba2 kepada kebaikan. Bukannya membenci sesama Islam.. tapi, spt biasa PAS akan kaborkan UMNO tu adalah ibu segala maksiat, dan ahli2nya spt biasa akan brkata..na'am, na'am.

..kawan cucutokwan, poneng ni.

0 comments

PAS apa dah jadi..2

Makin ramai wakil2 PAS yg mula menduduki kerusi2 empuk YB2.. mula menikmati nikmat "kerusi", mula menikmati "lazatnya" kuasa, "lazatnya" dihormati, "lazatnya" dipanggil utk perasmian dan diminta beri sepatah dua kata, "lazatnya" diraikan..apa yg dikata, semua org setuju..buat lawak bodoh, pun org akan ketawa brdekah2.

..tu lah nikmat..

Mulalah brpakaian spt org2 barat..nak pamirkan imej org yg brkuasa dan brpangkat..mula menikmati adanya "drebar"..mula leh duduk rumah2 besar..mula leh rasa keempukan keta2 besar..mula ler juga berselera besar..

Makin hari makin susah nak kenal..yb ni wakil PAS atau wakil UMNO.

Aku rasa ..bukan kerana ia parti apa seseorang brkelakuan sedemikian...tapi sejauh mana ia istiqamah ngan apa yg diperjuangkan, yg diyakinkan..

Melayu tetap melayu..manusia tetap manusia..ia tidak berubah jika berubah parti. Ia berubah, bila baju ditubuh dah berubah.
__
Hudud sekarang menjadi bertambah sunyi...

.....kawan cucutokwan

0 comments

Tuesday, June 15, 2010

PAS apa dah jadi...

Tuesday, June 15, 2010
PAS semakin hari semakin menjadi mirip2 kepada musuhnya yakni UMNO..

Bila terlalu membenci, setiap hari memikirkannya, setiap patah perkataan mengecam..lama2 ia menjadi darah daging.
Ia berubah sedikit demi sedikit sehingga mula menyerupai sesuatu yg dibencinya.

PAS kembali lah muhasabah diri ..apa sebenar arah tuju kamu?

Dulu..tiada wakil wanita, sekarang dah ada. Malah mula menuntut kedudukan naib presiden.
Dulu ..tiada kerja sama ngan org2 kapir, sekarang dah ada.
Dulu..kata ianya usaha desperate UMNO dalam membuka keahlian pada kaum bumiputera yg lain yg bukan melayu. Sekarang buka keahlian pada org2 kapir.
Dulu..marah kerana org2 kapir jadi wakil rakyat. Sekarang dah boleh sokong malah leh gunakan tiket PAS sebagai wakil.

Sedar tidak sedar..generasi baru PAS adalah anak2 didik UMNO. Mereka membesar disekolah2 yg ditaja oleh UMNO dari sekolah rendah sehingga IPT. Malah ramai yg bekerja dijabatan2 kerajaan yg diterajui oleh UMNO. Walaupun mereka menjadi ahli PAS, tapi pemikiran mereka tidak lari dari pemikiran UMNO.

Sesungguhnya istiqamah tu adalah baik.

..kawan cucutokwan.

1 comments

Pornthip........doktor ooo doktor

Apa citer ni?

"Ketua Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Abdul Razak Musa berkata alasan yang diberikan oleh Dr Pornthip bahawa beliau juga bimbang akan keselamatannya di negara ini adalah tidak berasas sama sekali kerana tiada sebarang bukti atau laporan polis dikemukakan bagi menyokong perkara itu. " sedutan dari Utusan..

Andaian Dr Pornthip keatas kematian TBH yg membawa kepada "inkues" yg telah mencalarkan kewibawaan SPRM, kewibawaan negara yg diterajui oleh BN dimata dunia..yg juga menyebabkan pendekar2 PAS dan kungfu2 master DAp bersilat dan berkungfu. Yg juga berjaya mengalihkan perhatian rakyat pada isu sebenar.

So kisahnya..apa yg kerajaan yg diterajui oleh BN akan lakukan demi maruah negara dan parti, maruah pihak polis dan maruah SPRM..apakah mereka yg brsilat dan brkungfu mengeluarkan berbagai2 tohmahan, sumpahan, cerca boleh berlengang kangkung seolah2 tiada apa2 yg berlaku.

Apakah para2 YB diberi kebebasan yg sebegitu rupa? apa yg akan terjadi jika rakyat biasa cuba menghina atau cuba mencalar imej polis, SPRM, Sultan, dan kerajaan..

zahirkan pada rakyat Malaysia..bahawa undang2 Malaysia bukanlah double standard. Diatas nama keadilan dan kesaksamaan sesuai ngan perjuangan PR, ambil lah tindakan yg sewajarnya!!!

Tiap2 org perlu bertanggungjawab dengan apa yg mereka lakukan.

..kawan cucutokwan, cucu tokwan tengah berehat

0 comments

Monday, June 14, 2010

Takut Allah...

Monday, June 14, 2010
Aku jumpa simamat ni..kita brbual-bual.

Kemudian aku brtanya dimana dia bekerja, dia kata dia bekerja disekian tempat yg lokasinya agak jauh dari kediamannya. Aku tanya pukul berapa dia keluar dan pukul berapa dia sampai, dan pukul berapa waktu kejanya brmula.

Dia beritahu..dia keluar jam 645 pagi lebih kurang setiap hari dan kekadang sampai on-time kekadang lewat. Tapi lewatnya selalu lah jugak. Tapi ngan nada yg agak keras..dia berkata ..ahh selalu dapat merah, tapi apa ada hal..kita takut Allah bukannya takut ngan majikan, majikan hanya makhluk je!!!

Dia ni org masjid le jugak....

Aku tak kata apa2 cuma dengar je ler.
__________________
Takut ngan Allah swt semata2 dan tidak takut pada mana2 makhluk..bunyi macam bagus dan betul..tapi kenapa brnada keras dan macam marah je. Sebenarnya dia tahu dia bersalah, tapi "self-denial" atau "escapism".

Datang lambat kekerja adalah satu kesalahan..lebih2 lagi jika tanpa sebab yg munasabah dan sesuatu yg tak dapat dielakkan.

Kesalahan ialah satu kesalahan...kita kena akur perkara ini. Ungkapan "takut pada Allah, dan bukan takut pada makhluk" bukanlah alasan utk lakukan kesalahan.

Kerana "takutkan Allah", maka datanglah awal ke tempat kerja. Bila tak der kerja, kita brdoa mohon pada Allah. Bila Allah swt bagi kerja, maka ianya adalah amanah dariNya..atas namaNya kita diberi kerja. Di tempat kerja ada peraturan dan undang2 dan bila kita terima atau tandatangan menerima kerja ditempat tersebut maka kita terima semua peraturan dan undang2 di situ. Allah swt menjadi saksi.

So kalau datang lambat..istighfarlah, dan mohonlah maaf pada majikan.
__
Gitu juga ngan alasan.."kita hanya taat undang2 dan hukum Allah, apasal nak taat dan takut hukum dan undang2 manusia."

Jadilah org Islam yg beramal Islam..bukannya spt org yg tiada beragama.

...sekadar pendapat.

2 comments

Friday, June 4, 2010

DOA...

Friday, June 4, 2010
Kabor nabi saw, mahfumnya.."doa adalah senjata org2 mukmin"

Ianya senjata pada org2 mukmin..bukannya muslimin..ni satu hal ler. Dan jika mukmin, senjata tak diasah, tumpul gak.
__
Doa juga salah satu "escape" dari menghilangkan kerunsingan atas masalah dan beban yg ditanggung..doa juga adalah "harapan" pada impian dan cita2...doa juga adalah satu "aduan"

Bila trdesak..kita brdoa. Bila brhajat..kita brdoa. Bila marah..kita brdoa dalam bentuk maki hamun dan sumpahan. Bila gembira..kita brdoa. Bila sedih..kita brdoa. Bila rasa traniaya..kita brdoa. Bila kesunyian..kita brdoa. Kekadang formal..kekadang tidak secara formal. Kekadang..lantang dan jelas. Kekadang hanya brbisik2 dalam hati.

Tu doa..
__
Tapi apa nak didoa..

Geram ngan Israel..doakan kehancuran Israel.
Geram ngan BN/UMNO..doa pecah perut.

Tapi..Israel satu hari akan hancur. Pempin2 BN/UMNO satu hari juga akan pecah perut (bila disemadikan didalam liang lahad)..so kenapa sia2kan sesuatu yg dah ditentukan. Dan apa faedah yg kita dapat semada didunia dan diakhirat? Puas hati? Kalau kita geram pada seseorg, kita doakan kemudian makbul..kita rasa puas hati,..Tapi sebenarnya, tidak..hati takkan puas. Kenapa keperitan mereka akibat doa kita, tempiasnya kita gak yg kena.

So doalah..sesuatu yg lum ditentukan...yg tiada jaminan..yg sangat brfaedah.

Kalau tak reti-reti dan doakan yg brfaedah. Doakanlah saya..

Bila geram ngan sesapa, bila sakit hati ngan sesapa, bila terasa teraniaya oleh sesapa..doakanlah saya kaya raya dunia dan akhirat..dan masuk syurga tanpa hisab. Saya dan seluruh keluarga saya. Dan diampunkanNya sekelian dosa saya dan ditebus olehNya akan sekelian dosa2 saya ngan mana2 makhluk (bail out ma) walaupun dosa2 trsebut meliputi 7 petala langit dan 7 petala bumi.

Terima kaseh..na.

...Desperate ma, semakin hari semakin dekat.

2 comments

BANGKAI 2......

Iktibar dari kisah Palestine..

HAMAS dan FATAH..mereka mendahulukan HAMAS/FATAH atau rakyat Palestine?

Mencurah2 bantuan telah didatangkan..ribuan doa telah dipanjatkan..ribuan simpati telah dicurahkan.

Tapi jika semua doa2 trsebut, bantuan2, simpati2 trsebut dicurahkan atau dijuruskan pada survival HAMAS dan FATAH..bukannya rakyat Palestine, maka begitulah rakyat Palestine..dihimpit oleh Israel, dihimpit oleh masalah politik HAMAS dan FATAH. Segala doa, bantuan dan simpati umpama air yg dicurah ke daun keladi..
__
Gitu juga ler..FATAH dan HAMAS di Malaysia.

Melayu tinggallah Melayu..dihimpit oleh Yellow Jew, dan dihimpit dan dikudakan oleh sengketa politik UMNO dan PAS.

Jadikan lah apa yg brlaku diPalestine dan rakyat palestine sebagai iktibar..kerana kita ada potensi mengalami nasib yg sama!!

.......bangkai mati satu hal, bangkai hidup satu hal

0 comments

BANGKAI !!!!!!!

Satu kisah..

Sebuah kampung yg mana hanya ada sebuah perigi..perigi ini merupakan satu2nya sumber air bagi penduduk2 kampung tersebut utk minuman, masak, membasuh dsb..

Satu hari..sekor anjing telah jatuh dan mati lemas dalam perigi tersebut, dan air telaga telah rosak ngan bau busuk dsb.

Org2 kampung menjadi risau dan tak tahu nak buat apa..lalu mereka merujuk pada alim yg berdekatan.

Alim ni pun beritahu cara penyelesaian..timba keluar air perigi trsebut beberapa kali (tak silap sebanyak 11 kali)..insya'Allah..air perigi tersebut akan kembali normal dan berseh.

So gembiralah org2 kampung ni..lalu mereka lakukan sptmana yg disyaratkan oleh sialim. Malangnya, setelah buat sedemikian, air masih busuk bau bangkai. Mereka kembali pada sialim ni dan laporkan kegagalan usaha trsebut.

Alim ni bertanya..dah buangkan bangkainya? Jawab org2 kampung..belum. Ishhh..buang ler dulu, dan kemudian baru buat semula spt mana yg disyaratkan.

Masalah kemudian selesai.
____
Moral of the story..masalah takkan selesai, jika punca masalah yakni bangkai trsebut tidak diselesaikan dulu.

Dalam pertikaian org2 Melayu..masalah tak selesai ngan penghijrahan besar2an ahli2 UMNO pada PAS, atau sebaliknya..Kerana hanya brtukau parti, warna, dan bendera tidak menyelesaikan masalah..dan tak ubah apa2..melayu tetap melayu..rumpun tu ler jugak.
Masalah takkan selesai..kerana dalam hati masing2 jika masih ada bangkai..

Buangkan bangkai ni dulu..baru segala busuk2 yg keluar melalui mulut, prbuatan kaki tangan akan hilang.

PAS perlukan UMNO..UMNO perlukan PAS..kerana hendaklah ada segolongan dari kamu mengajak kepada kebaikan dsb..kerana perlunya ada brpesan2...ingat mengingatkan. Hari ni PAS brpesan pada UMNO..esok lusa UMNO brpesan pada PAS. Hakikatnya..semada ahli PAS, atau ahli UMNO..tetap manusia yg tentunya akan buat kesilapan.
__
Tapi..jika nak buat penghijrahan ok gak. Hijrah ramai2 kedalam DAP. Sehingga 75-80% DAP dikuasai oleh Melayu.

2 comments

Thursday, June 3, 2010

MACAM MANA KEADAAN KAPAL MAHAFIRAUN SEKARANG?

Thursday, June 3, 2010
Tokoh yang digelarkan sebagai MAHAFIRAUN, MAHAZALIM, DIKTATOR TUA dan sebagainya yang 'indah-indah' menegaskan, Kapal MV Rachel Corrie akan meneruskan pelayaran ke Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan. Bagaimanapun, kapal tersebut tidak akan mengambil sebarang langkah provokasi bagi mengelakkan tindakan kejam dan tidak berperikemanusiaan daripada manusia tidak bertamaddun, Zionist Israel.

Menurut MAHAFIRAUN, biarpun Mavi Marmara telah diserang oleh tentera Zionist dan mengorbankan beberapa orang sukarelawan dari Turki dan Amerika Syarikat, Rachel Corrie akan bekerjasama dan tidak bertindak sebagai hero.

MV Rachel Corrie mengambil nama seorang aktivis Amerika Syarikat yang mati dilenyek oleh sebuah jentera berat Zionist dalam satu cubaan menghalang jentera berat tersebut memusnahkan perkampungan penduduk Gaza. Kapal tersebut pada mulanya dinamakan sebagai Carsten dan kemudian dinamakan pula sebagai Norrasia Atika dan Manya.

Kapal berkenaan telah dilelong dan kemudiannya dibiayai oleh Perdana Global Peace Organisation yang diketuai oleh seorang lelaki yang digelar MAHAFIRAUN, Tun Dr.Mahathir Mohamad. Kapal berkenaan bakal dijadikan sebagai penghantar barang-barang bantuan milik PGPO.

Dalam kesibukan barisan pembangkang menganjurkan tunjuk perasaan dan kutukan bertali arus terhadap Amerika Syarikat dan Zionist Israel, MAHAFIRAUN pula menggerakkan bantuan kepada penduduk Gaza bersama enam orang rakyat Malaysia di atas kapal berkenaan yang diketuai oleh bekas setiausaha sulitnya, Matthias Chang.

Malah tatkala musuhnya yang pernah menjadi protegenya sedang bergelut dengan pemotongan dana daripada sumber Yahudi Amerika Syarikat dan Israel, MAHAFIRAUN mencabar Amerika dan Israel yang memenjarakan 1.5 juta penduduk Jalur Gaza dengan penghantaran kapal-kapal yang tidak bersenjata. Malah tindakan MAHAFIRAUN juga telah membuatkan Mesir terpaksa patuh kepada desakan dengan membuka sempadan Rafah yang ditutup selama ini.

Ini bukan kali pertama kapal PGPO menghantar bantuan kepada Gaza dan Palestin. Namun ini mungkin 'KALI PERTAMA' kaum pembangkang di Malaysia dengar tentang PEMBABITAN MAHAFIRAUN terlibat dalam penghantaran bekalan kemanusiaan ke Gaza dan Tebing Barat.

Ketika pembangkang berbangga Hatta Ramli dan Mat Sabu menghantar terus bantuan ke Gaza, impaks tindakan Hatta Ramli dan Mat Sabu tidak langsung membuka mata, jangankan penduduk Gaza, penduduk Malaysia pun tidak tahu apa-apa, kecuali dibesar-besarkan di blog tanpa bukti yang jelas. Kemasukan Hatta dan Mat Sabu ke kawasan Gaza yang dikuasai oleh Hamas juga tidak berbukti memandangkan Gaza telah dikepung dengan ketat oleh Zionist Israel yang mengawal aliran keluar masuk ke daerah tersebut dengan ketat.

Mujurlah Malaysia berjaya melahirkan SEORANG MAHAFIRAUN seperti Mahathir Mohammad. Kalau lebih ramai wali seperti Mat Sabu dan Hatta Ramli atau Tok Syeikh Anwar Ibrahim, jawabnya kenyang dengan promosi dan pengiklanan diri sajalah... sembang saja lebih, hasil tarak apa-apa!

9 comments

APA KATA SYAITAN HINDRAF INI?

P.Waythamoorthy, syaitan Hindraf cuba menghasut kaum Bumiputera bukan Islam dan Islam agar berkrisis. Katanya, semua parti-parti komponen Barisan Nasional seharusnya meninggalkan UMNO termasuklah dari kalangan parti-parti berasaskan kaum Bumiputera Sabah dan Sarawak. (Free Malaysia Today)

Syaitan ini bercakap dari London. Mangkuk yang masih beranggapan dia adalah sebahagian daripada Rakyat Ratu dan bukannya rakyat Malaysia, mengeluarkan kenyataan yang mencerminkan kebodohan dan kebangangan tahap melampau seorang yang berkasta sepertinya.

Anehnya, cakaplah apa sahaja, hasutlah apa sahaja, kerajaan Malaysia tidak akan menggugurkan kerakyatannya sekalipun syaitan ini telah melanggar perjanjian kaum imigran untuk diterima sebagai rakyat negara ini sewaktu pembentukan dahulu.

Di Malaysia, cakapnya kedengaran lantang bukan dengan suaranya tetapi suara orang lain, terutama dari kalangan MIC yang cuba mencari ruang mendapatkan populariti, Parti Hak Asasi Manusia (HRP) yang entah-entah apa perjuangannya dan seribu satu macam bentuk suara India yang lain.

Kerajaan UMNO seharusnya mengajar orang seperti ini. Gugurkan sahaja kerakyatannya dan haramkan sahaja kepulangannya ke Malaysia. Dan untuk mengelakkan dia menyelinap masuk untuk menghasut dan mendatangkan kerosakan, halau semua sekali ahli keluarga, anak dan isterinya keluar dari Malaysia. Seandainya tiga bulan sekali tindakan sebegini diambil, rasa-rasanya Malaysia akan jauh lebih aman berbanding Singapura!

1 comments

RAFIDAH AZIZ NAK GANTI SAMMY VELLU DALAM MIC?

Mak cik ni dua tiga minggu kerap benar masuk media, sama ada akhbar mahupun portal berita. Ada-ada saja yer ceritanya. Adakalanya cerita bersambut tetapi lebih banyak cerita dia saja tanpa ada sesiapa pun yang teringin nak memberi sebarang komen.

Hari ini dia muncul lagi. Ceritanya pengajar ekonomi asas kepada Anwar Ibrahim ini, menyokong tindakan Sammy Vellu dan melabelkan penentang-penentang Sammy Vellu sebagai 'tidak mengenang budi'. (Malaysian Insider)

Hairannya bekas-bekas pemimpin ini, terlalu sibuk mengungkit jasa sesama sendiri apabila kehadiran mereka tidak lagi diperlukan. Kau puji aku, aku puji kau... kemudian kecam penentang yang melihat pemimpin itu menjadi punca penolakan terhadap parti akibat perangainya sendiri. Tiada sesiapa pun yang mengangkat pemimpin itu melainkan setiap pemimpin itu sibuk memberitahu mereka adalah yang terbaik dan 'pilihlah aku'. Jadi apabila berlaku keadaan sebegini, tidak seharusnya budi secoit, diungkit-ungkit. Orang tak ungkit tentang penyonglapan bertimbun-timbun selama puluhan tahun tu pun, dah kira bagus.

Mujur lah ini negara Malaysia... kalau ini negara haram Zionist Israel, atau paling cikai pun Korea dan Jepun, dah lama dua-dua masuk penjara kalau tidak pun panas punggung sebab siasatan penyelewengan semasa berkuasa yang tidak berkesudahan!

Rafidah Abdul Aziz sebenarnya pernah berhadapan dengan perkara yang sama apabila pemindahan kuasanya selaku Ketua Wanita UMNO kepada Sharizat Abdul Jalil tidak berlaku sebagaimana yang dikehendaki, sebaliknya Sharizat terpaksa akur dengan kehendak Wanita UMNO untuk menyingkirkan Rafidah yang seolah-olah tidak tahu, masanya sudah tamat.

Jadi, tidak menghairankan seandainya Rafidah Abdul Aziz bersimpati dengan Sammy Vellu. Mungkin ada baiknya seandainya Rafidah Abdul Aziz cuba menawarkan diri untuk membantu Sammy Vellu pula. Mungkin dengan gelaran 'Iron Lady', masyarakat India boleh bertambah maju.

Lagipun, kalau Rafidah boleh mengajar Anwar Ibrahim tentang teori-teori asas ekonomi sehinggakan Anwar dilihat sebagai 'genius ekonomi' walaupun sebenarnya KELABU ASAP, takkanlah Rafidah tak boleh buat perkara yang sama kat MIC yang sedang nazak teruk? Inilah masanya untuk membuktikan veteran Wanita UMNO itu sebenarnya adalah 'permata di perlimbahan' yang mampu mengembalikan kehangatan dan keghairahan buat UMNO dan parti-parti komponen Barisan Nasional.

1 comments

APA UNTUNGNYA MALAYSIA DALAM LATIHAN KETENTERAAN DENGAN AMERIKA SYARIKAT?

Amerika Syarikat akhirnya membenarkan Malaysia turut serta dalam latihan 'Cobra Gold' setelah beberapa selama beberapa tahun, Malaysia sekadar menjadi negara pemerhati dalam latihan yang membabitkan peralatan berteknologi tinggi dan canggih. Antara negara yang terbabit dalam latihan berkenaan adalah Singapura, Thailand dan Amerika Syarikat sendiri.

Malaysia tidak mempunyai latihan ketenteraan secara langsung dengan Singapura. Namun pemerhati ketenteraan berpendapat berbanding Malaysia, Singapura mempunyai peralatan yang jauh lebih canggih hasil hubungan akrab negara kecil itu dengan Amerika Syarikat dan mempunyai penasihat serta pakar strategik ketenteraan dari negara haram Zionist Israel.

Malaysia juga tidak membenarkan ketiga-tiga cabang ketenteraan Singapura membuat latihan di mana-mana bahagian bumi dan ruang udara Malaysia. Singapura hanya boleh melakukan latihan di Indonesia, Brunei dan Thailand (dalam konteks Asia Tenggara) seperti mana Singapura menempatkan ketumbukan tenteranya dari divisyen kereta kebal dan pesawat penyerang di negara-negara terbabit.

Laporan Malaysiakini berhubung reaksi gembira Menteri Pertahanan kita, sebenarnya memberikan satu petunjuk jelas bahawa pertahanan Malaysia sebenarnya berada di arah mana. Menteri Pertahanan yang mempunyai cita-cita mendedahkan segala yang dimiliki oleh Malaysia kepada Singapura yang dilabelkan sebagai Zionist Kecil Asia Tenggara, bolehlah dianggap sebagai Rajuna Tapa abad ke-21. Tatkala Menteri Pertahanan dan Menteri Dalam Negeri yang dahulu, membenarkan APCO dan AsiaSoft memperolehi data dan maklumat penting tentang sistem keselamatan dan pertahanan negara, Menteri Pertahanan sekarang pula membuat pendedahan dengan caranya yang tersendiri.

2 comments

ZAHID HAMIDI CAKAP, KOS TINGGI KALAU PERGI AMBIL SUKARELAWAN KE PALESTIN TUH!!!!

Menteri Pertahanan Malaysia, Zahid Hamidi mengatakan kementeriannya tidak akan menghantar pesawat pengangkut milik TUDM untuk mengambil sukarelawan-sukarelawan rakyat Malaysia yang dibebaskan oleh negara haram Zionist Israel setelah diserang ketika menghantar bantuan ke Gaza.

Menurut Zahid, kos tinggi menghalang TUDM menghantar pesawat C130 Hercules, keluaran Lockheed Aeroneutical Systems Company (Lockheed-Martin) Amerika Syarikat selain tiada permintaan untuk mengambil 12 orang sukarelawan termasuk 2 orang wartawan sebagai punca utama TUDM 'lepas tangan'. (Malaysian Digest)

Kos tinggi? Tiada permintaan?

Cepat benar Menteri Pertahanan kita ini memberikan respons sekalipun perkembangan masih lagi berterusan di mana Anifah Aman, Menteri Luar baru sahaja sampai ke Jordan. Apa sebenarnya yang cuba dimaksudkan oleh Zahid? Adakah Zahid juga cuba mengamalkan sifat berjimat cermat peninggalan Abdullah Badawi yang akhirnya menyebabkan Malaysia kehilangan segala-galanya termasuklah keharmonian kaum?

Hati siapa sebenarnya yang cuba diambil oleh Zahid Hamidi?

1 comments

PEMUDA UMNO HANYA NAK JAWATAN... BUKTINYA, TERSERLAH!!!!

Ketua Pemuda UMNO Selangor, Suhaimi Mohd Ghazali menyertai beberapa Ketua Pemuda Negeri yang kecewa kerana Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin Abu Bakar masih tidak dapat tempat lagi di dalam barisan kabinet Najib Abdul Razak. Pada masa yang sama, pemilihan baru UMNO kian hampir dan Khairy dilihat sukar mempertahankan legasi Abdullah Badawi.

Dengan memberi alasan, sudah menjadi tradisi Ketua Pemuda UMNO diberi jawatan dalam kabinet, ternyata mereka yang menggunakan alasan ini sangat cetek otak dan pengetahuan sejarah mereka. Sepanjang penubuhan UMNO dan pendaftaran semula UMNO, beberapa orang Ketua Pemuda UMNO tidak dilantik ke dalam kabinet Malaysia.

Zahid Hamidi adalah contoh terbaik. Begitu juga dengan Suhaimi Kamaruddin yang dijatuhkan oleh Anwar Ibrahim. Rahim Tamby Chik sekadar menjadi Ketua Menteri Melaka, bukannya menteri kabinet. Dato' Harun Idris, tokoh yang terkenal dengan pembabitan membantu Melayu pada 13 Mei dan rasuah tinju, juga sekadar menjadi Menteri Besar Selangor tanpa jawatan di dalam kabinet. Begitu juga dengan Syed Jaafar Albar, juga tidak menjadi menteri kabinet ketika menjadi Ketua Pemuda....

Dalam keadaan UMNO yang sangat lemah, Ketua Pemuda parti tersebut seharusnya membuktikan keupayaannya selaku kepala perancang untuk kembali mendapatkan sokongan daripada generasi muda. Generasi muda yang dimaksudkan, bukanlah generasi muda seperti yang terdapat di dalam UMNO - berperut gendut, berbadan gempal, bila bersembang, juta saja nilainya.... sebaliknya generasi muda yang sanggup bekerja untuk negara seperti yang terdapat dalam Pemuda PAS.

Siapa yang memilih ketua-ketua Pemuda UMNO negeri ini, memang bebal dan otak mereka sebenarnya adalah tahi lembu yang dicanai-canai dengan sampah Alam Flora. Buktinya, pemilihan yang mereka buat, adalah tidak lebih daripada bangkai tikus yang dilenyek-lenyek dek kereta. Langsung tidak pragmatik, tidak berpandangan jauh dan enggan bekerja kuat. Apa yang ada di dalam kepala hotak mereka adalah jawatan selaku Menteri dan Timbalan Menteri. Tanpa jawatan tersebut, mereka beranggapan kerja sukar dilakukan!

Kalau itulah fenomena yang berlaku di dalam UMNO, nampak gayanya pupus jugalah parti yang ditubuhkan pada tahun 1946 hasil gabungan pemikiran Melayu dari semua arah aliran. Semuanya kerana kedangkalan ahli-ahli memilih ketua mereka yang kalau dibandingkan dengan lembu kasi, tidak jauh keadaan dan fizikal masing-masing!

Sokongan seperti inilah yang membuatkan Khairy dibenci tanpa sebab-sebab yang jelas. Biarpun Khairy cuba membuktikan keupayaannya dan kemampuannya, apabila datang Ketua-Ketua Pemuda UMNO negeri yang memang menjilat sahaja kerja mereka dengan saranan dan kata dua, pastinya Khairy Jamaluddin yang mendapat penghinaan dan kutukan, bukannya mereka!

Khairy Jamaluddin seharusnya pergi belajar dengan Nasaruddin Tantawi atau Anthony Loke DAPSY bagaimana hendak menguruskan generasi muda di dalam parti kerana berbanding Khairy, kedua-dua pemimpin muda PAS dan DAP itu jauh lebih berjaya tanpa menjawat jawatan MENTERI pun!... tapi jangan sesekali belajar dengan Samsul Iskandar Akin sebab yang tu, bebalnya... na'uzubillah!



1 comments

Blog Archive

Labels