iklan

iklan

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Friday, June 18, 2010

hukuman keatas Tian Chua

Friday, June 18, 2010
kabornya hukuman diringankan..

Bagi aku..bukan kerana soal akan diadakan pilihanraya atau tidak. Tapi seorg wakil rakyat yg brtanggungjawab kepada kemakmuran dan perpaduan negara dan rakyat..hukuman asal pun, bagi aku tidak memadai.

Apa yg berlaku jika org awam melakukan jenayah spt yg dilakukan oleh Tian Chua??

....kita perlu berikan teladan yg baik

2 comments

Sembang Jumaat

Hari ni aku gi semayang jumaat..aku dengar khutbah.

Spt biasa..aku ter"over" khusyuk bila dengar khutbah jumaat ni, rasa macam dengar tapi tak leh nak ingat balik. Kekadang terus hilang suara khatib. Pehh gitu mendalam khusyuk aku ni.

Aku pernah gak trdengar dan trbaca tentang kisah wali2..org nampak ada kat kebun, ada kat kedai..macam tak gi jumaat je. Tapi kat masjid, elok je kat saf depan. Mungkin wali, atau mungkin gak membela...he he

Tapi aku rasa aku pun macam tu jugak..cuma ada kelainan sedikit. Org ramai nampak aku kat masjid, tapi aku berada dimerata tempat. Ada jugak ler ciri2 wali pada aku ni. Syukur!!!!
__
Aku dengar hadis dilaungkan..malah setiap jumaat dilaungkan yakni akan perintah nabi saw utk dengar khutbah..dan leh tak dapat apa2 pahala jumaat walaupun hanya brkata "diam"..mahfumnya ler.

Tapi disesetengah masjid..ada org lalu depan jemaah, sambil goncang2kan karung. Kekhusyukan aku yg tahap sempurna ni selalu trnganggu..geram gak aku.

Ada sesetengah masjid..dengar seretan tin/kotak ditolak..yg geram, kita yg sedang meng"hayati" khutbah ni..dicuitnya utk tolakkan tin/kotak trsebut...pehh.
__
Masjid lapaq sangat ke pasal duit ni? dah ada peti besaaarr punya dipintu masjid..dan dikiri kanan masjid. lepas tu ada tambahan kotak2 disana sini.

Ada masjid ok sikit..kutipan dibuat sebelum khutbah.
__
Puak2 ni selalu duduk majlis ilmu..khatib2 biasanya ustaz2 dan kenal yg tukang kutip ni. Dan ada yg aku kenal, adalah pejuang2 amar ma'aruf (PR sahaja)nahi mungkar (UMNO sahaja.)

Aku tak faham..apa yg sedang berlaku. Aku bingung...apa yg tak kena.

...duit punya pukulan

0 comments

Pembahagian kerusi dan jawatan..

Aku tengok ada perhimpunan PPP..

Aku pun trfikir..tentang pembahagian kerusi. Pembahagian kerusi dibahagi2kan ikut parti bukannya bangsa.

Kaum India yg bijaksana, walaupun bilangan kaum India tak seramai bangsa2 lain telah mencipta beberapa parti..PPP, MIC, sekarang ni pulak MAKKAL SAKTI (rasanya ler)..dan semua brgabung dlm BN.

So PPP akan dapat beberapa kerusi..MIC akan dapat beberapa kerusi..MAKKAL juga nanti akan dapat beberapa kerusi diPRU13. Jika tak dapat spt biasa akan ugut utk keluar BN.

Kaum cina menyusuli ngan 2 parti yg besar MCA dan GERAKAN..MCA akan minta kerusi, GERAKAN akan minta kerusi.

Mungkin tak lama lagi..org2 cina kononnya tak puas hati ngan MCA dan GERAKAN..akan tubuhkan satu parti lagi dan brgabung dibawah BN.

UMNO spt biasa..akan brkata demi semangat setiakawan, akan menderma beberapa kerusi lagi.
__
Bila PPP minta masuk BN..tiada bantahan. Bila GERAKAN masuk BN..tiada bantahan. Apakata PERKASA jadi parti politik..dan minta brgabung dalam BN, dibantah atau akan disokong?

Melayu pun kena buat banyak parti lagi..dan minta brgabung dlm BN. Kita nak tengok semangat setiakawan parti2 komponen BN, sama tak semangat setiakawan mereka spt UMNO.

Semangat 46 patut ditubuhkan kembali..tapi brgabung dlm BN. ABIM pun leh dipertimbangkan.. ARQAM pun ok gak.

So ada 3 ler kelak..S46, UMNO, PERKASA..
__
Bunyi macam lawak..tapi bagi kaum India dan Cina ianya tak lawak. Benda ni macam main share gak..owner lama2 jadi minoriti shareholder atau silap2 hilang terus kedudukan, jadi ordinary share holder je, less than 1%.

..HA HA HA

0 comments

Suara Anwar..3

Kerana suara2 Anwar...alim ulamak yg gitu keras menentang dan tak mahu brsekongkol ngan org2 kapir membentang selendang mereka, menundukkan pundak2 mereka agar dipijak2 oleh org2 kapir..

Kerana suara2 Anwar...ajk2 masjid membenarkan kaki2 kapir melangkah masuk kedalam masjid dan dibenarkan memberi ceramah didewan solat.

Kerana suara2 Anwar..bendera2 DAP brkibar2 megah dimarkas2 PAS.

Kerana suara2 Anwar..sesama Islam dimusuhi, tangan2 kapir diambik sebagai sedara.

Kerana suara2 Anwar..tangan2 pak tua PAS yg dulu sangat keras menentang prkongsian kuasa pemerintahan ngan org2 kapir, trgigil2 memangkah dan mengundi wakil2 dari org2 kapir.

Kerana suara2 Anwar..fatwa kapir kerana mengambil mengangkat org2 kapir sebagai wakil rakyat/pempin leh ditukau.

..BERHATI-HATI lah. Aku rasa jika nak dengar suaranya..kena baca doa ni "Wahai Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari hasutan Syaitan-syaitan.Dan aku berlindung kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku”
( Surah Al Mukminun [23] : 97 – 98)..atau mana2 doa yg serupa. dan rajin2 baca 10 ayat dari surah AlKahfi..

Aku tak kabor..beliau ni syaitan. Tapi kita mohon prlindunganNya dari syaitan2 yg brada dalam suaranya...macam syaitan2 yg menghiasi wajah2 pompuan..dan syaitan2 yg menenggek dimata2 kita agar mata kita meleret kesana kemari..

Dan elok ler brhati2..bila direnung2 dan difikir2kan..ngan apa yg brlaku..yg mana satu pembohongan yg terang2an dan jelas, manusia leh percaya dan yakin..mmm

Ada gak yg kabor..ada syaitan2 dari kalangan manusia. So hati2 lah.

Sekali dliwat, seumur hidup menanggung..Che Det telah diliwat oleh suara Anwar sehingga dicaci dan dimaki dan dipakai gelaran2 yg mengalahkan Firaun sendiri..derita Che Det ditanggung olehnya sehingga akhir hayat beliau, dan hanya beliau saja yg tahu bagaimana pedihnya dan sedihnya kerana diliwat. Diangkat, dididik, dan dibangga2kan oleh Che Det oleh Anwar..tapi tak sangka beliau sendiri rupa2nya kena liwat.

Jika semut mati kerana gula..melayu jadi hilang warasnya kerana suara Anwar!!!

..bringat tu lebih baik, sekali diliwat..pehhh susah tu

0 comments

Suara Anwar..2

Suara Anwar..dari dulu hingga sekarang..masa bujang, sebelum join UMNO, semasa join UMNO, selepas dipecat dari UMNO hingga kini.

Suara beliau..yg batil leh nampak macam haq, yg haq leh nampak macam batil.

Dan yg menariknya..bila trbongkar penipuannya, muka dia selamba je seolah2 dia tak pernah cakap perkara trsebut dan bo layan sesapa cuba menyerangnya..malah ngan suaranya dia akan cipta sesuatu isu yg akan meliwat sesapa yg mendengarnya.

Aku jumpa ramai org yg ngakui masa 1998 dulu..bagaimana fikiran mereka telah diliwati, sama2 buat demo dan brsemangat sekali. Tapi spt biasa setelah diliwati, yg suka akan biarkan fikiran mereka diliwat lagi dan lagi. Yg sedar dan insaf..ada yg diam kerana malu kerana fikiran dah kena liwat.
Yg sedar, insaf dan mahu menyelamatkan org lain dari diliwati..akan brsuara.

Ada kenalan forum aku..semasa ia lazat diliwati oleh suara2 Anwar, mengatakan aku ni buta mata hati dan tak nampak apa yg trsurat dan trsirat. Dia begitu brsemangat dan cita2 yg suci murni. Tapi akhirnya dia sedar, rupa2 kerana sedang diliwati oleh suara Anwar..tu ler yg menyebabkan " my eyes sees the glory". mmm apa citer dia sekarang..

....anti suara Anwar

0 comments

Suara Anwar...

Aku baca dalam blog PARPUKARI..ngan izin.

Beliau rasa ada kebenaran tentang apa yg Anwar suarakan didalam parlimen..mengenai legacy Pak Lah.
Beliau juga kabor..Anwar brpengalaman sebagai Menteri Kewangan.
__
Maap yob..
Suara Anwar..eloklah diabaikan. Lebih banyak mudharat untuk didengar dari munafaatnya.
Kerana suara2nya lebih banyak menimbulkan kekeliruan, perpecahan dan kerosakan.

Pak Lah..kerana dengar suaranya..kes Lingam, kisah India mabuk cakap guna h/phone. Ditubuhnya Suruhanjaya..yg mana kesudahannya memalukan Pak Lah sendiri, membazirkan wang rakyat dan masa tribunal je dan mengelirukan rakyat. Tiada apa2 kebaikan pun yg dihasilkan.

Kejayaan dalam Kewangan..maap ler. Dia duduk disitu dan dilantik kerana kerusi trsebut telah distabilkan oleh Daim dan Che Det. Malah dia merosakkan negara dan rakyat ngan menggunakan kerusi trsebut untuk membiakkan kroni2nya, membiak amalan nepotism, menggunakan segala platform trmasuk KLSE untuk kautkan kekayaan utk puak2nya. Harga KLSE melambung2 macam yo-yo sehingga ianya macam fiksyen dan jadi pesta spekulasi. Rasuah menjadi2..kemudian ngan suaranya, org lain yg brsalah, dan dia tak brsalah.

Che Det..trkesan ngan suara2nya juga ler menyebabkan beliau melantik Anwar sebagai TPM dan MOF..yg mana beliau akui ni adalah satu kesilapan beliau yg besar.

Anwar telah lakukan kesilapan yg paling besar dalam sejarah Tanah Melayu..sejak dulu sehingga kini. Jebat hanya bunuh beberapa org, tapi beliau tidak membunuh sesapa tapi membunuh dan meliwat kewarasan manusia utk brfikir. Beliau telah kelirukan rakyat khususnya org2 Melayu ditahun 1998..Suara2nya seolah2 ia dizalimi pada hal hakikatnya dia memang brsalah kerana salah guna kuasa.
Dan dia sekali2 tidak brsuara yg dia tak lakukan kesalahan liwat.

Dia meliwat pemikiran org2 Melayu khususnya tika tu kononnya utk keadilan dan kesamarataan dan hak asasi..tapi semuanya ada untuk dirinya, kerana dirinya semata2. Tiada untuk rakyat, malah tiada langsung utk keluarganya.

Menjanjikan reformasi..puak2 melayu brduyun2 brhimpun, maki hamun dan membenci Che Det dan kerajaan..polis dan mahkamah. Che Det yg salah..polis yg salah..mahkamah yg salah.

Suara Anwar lebih brbisa dan penuh ngan racun brbanding ngan suara Karl Marx, Mao, Lenin, Chin Peng, dan Hitler. Suara yg membawa manusia kepada kebinasaan.

Gemparkan negara kononya brjaya ambik alih kerajaan pada 16 Sept. Dan masih ramai yg trkesan ngan suaranya masih menunggu2 16 Sept ni. Dan dia ngan muka selamba tidak minta maap, dan langsung rasa tak brsalah-macam tiada apa2 yg berlaku. Sanggup jual nama2 org2 trtentu trmasuklah general2 ATM, Agung dan Speaker Dewan.

Suaranya pasal APCO..yg trkesan ngan suaranya trkial2 menepis..yg trkesan juga sungguh2 percaya.

Suaranya pasal kes liwatnya..ribuan percaya ngan suaranya yg dia kononnya traniaya walaupun dia tak nah brsuara yg dia tak lakukan spt mana kesnya yg lalu.

Banyak lagi tentang bahaya suara beliau..

Ada suara manusia..menghiburkan menghilangkan lara. Ada suara ..didalamnya penuh hikmah dan menenangkan jiwa. Ada suara ..menginsafkan. Ada suara..menyakitkan. Ada suara..memilukan, mendengarnya menitiskan air mata.

Anwar pula..suaranya hanya menimbulkan kebencian, hasad dan perpecahan. Satu masa, suaranya menyebabkan PAS dibenci umum..dan satu masa gak, suaranya menyebabkan Che Det dibenci, UMNO dibenci.

BRHATI2 LAH USAH DIBIARKAN FIKIRAN ANDA DILIWAT OLEH SUARA BELIAU- walaupun bunyi macam benar tapi didalamnya ada racun yg brbisa..sekali berpijak dihati, timbullah hasad/benci/khianat.

...anti suara Anwar

0 comments

Wednesday, June 16, 2010

Dakwah..untuk parti atau agama

Wednesday, June 16, 2010
Dakwah..atau lebih kurang ialah seruan.

Apa yg diseru2..tu lah yg datang. Apa yg diseru2..tu lah akan terpahat dalam hati.
Apa yg diseru2..tu lah akan terbina yakinnya. Apa yg diseru2..tu lah yg akan brmain2 dalam fikiran/yg diingat2kan.

dalam agama..

Perkara2 yg diseru ialah keesaan Allah swt, kebesaran Allah swt dsb..maka hasilnya trbinalah dalam tauhid dan iman yakin dalam diri.
..yg diseru2 ialah kehidupan akhirat, syurga dan neraka..maka timbullah kecintaan kehidupan akhirat/syurga dan ketakutan akan kehidupan dalam neraka.

Bila lagi kuat diseru, lagi kerap..lagi kuatlah terbina dalam diri. Maka datanglah kekuatan untuk segera pada sesuatu perbuatan/amal dan kelakuan yg membawa kepada keredhaanNya, dan syurgaNya..dan datang juga kekuatan dalam diri utk meninggalkan dan menjauhkan dari sesuatu perbuatan/amal dan kelakuan yg menjatuhkan kedalam murkaNya dan nerakaNya.
___
Jika yg diseru ialah bencikan UMNO, salahkan UMNO, momokkan UMNO, bodohkan UMNO, dsb..maka terbinalah keimanan (kebencian yg mendalam dalam diri), maka sentiasalah brfikir dan brusaha nak buat sesuatu prbuatan dan amalan yg brsesuaian ngan kebencian ini..

Org lompat parti salah UMNO, saiful gi report..salah UMNO, harga barang naik..salah UMNO..(yg tak salahkan UMNO ialah bila gaji naik, pencen naik, elaun2 yb naik)

OK ke? Apakah ini kehendak agama? Sihatkah jiwa org2 Islam ngan cara dakwah begini? sihatkah akal org2 Islam ngan dakwah sebegini?
__
Jika seseorg lakukan satu dosa dan maksiat..jenuh dia memaki hamun syaitan dan nafsunya, apakah dosanya akan diampunkan?..apakah kesannya pada diri? apakah dia akan brtaubat? apakah syaitan akan lari jauh2? atau jenuh mengatakan ianya adalah satu konspirasi...apakah selesai semua masalah?

Salah ialah salah..dosa ialah dosa. Salah akan dihukum..dosa akan diampun, jika mohon ampun..

Syaitan..segala maki hamun padanya merupakan puji2an baginya. Brtambah2 sombong lagi lah dia.
__
Dakwahlah perkara yg benar..cara yg benar. Insya'allah hasilnya adalah benar!!

Keadaan org2 Islam gitu parah sekali..jenayah, dadah, menghadapi hutang2 yg besar, menghadapi penyakit2 yg bahaya dan kronik, seks bebas..seks sesama jenis..amal ibadat pehh gitu nazak sekali.

Ni lah dakwah..dakwah manusia kearah perintah2Nya, janji2Nya, dan ancaman2Nya..agar trsemat kukuh ketaatan pada perintah2Nya, dan ketakutan pada larangan2Nya..

Udah2lah brpolitik mengejar pangkat dunia yg sementara..diPerak nampak bebenor kuasa yg diperolehi sebenarnya adalah rapuh dan tak mampu selamatkan kerusi sendiri. Dan kejayaan memiliki kerusi dunia sejelas2nya adalah kejayaan yg sementara..

AYUH!!!! Selamatkan org2 Islam dan amnya sekelian manusia dari kehancuran dosa dan maksiat..salahkan UMNO, kecam UMNO, maki UMNO, dsb..tak bantu mana2 org2 Islam utk datang brjemaah kemasjid..tak bantu mana2 org2 Islam brtaubat dari brjudi dan minum arak..tak bantu mana2 org2 Islam brtaubat dari seks bebas, dan seks sesama jenis..tak bantu mana2 org Islam dari merompak, membunuh, merogol, buang anak,, makan dan beri rasuah..

Dakwahlah..agar siratulrahim sesama Islam diperkukuhkan dan dieratkan. Kabor ikut AQ dan sunnah,,maka buat ler sptmana dikaborkan.

..kawan cucutokwan

1 comments

Dakwah..demi parti atau agama

Kedengaran akan perubahan dalam PAS adalah kerana atas maksud usaha dakwah..agar org2 kapir dapat peluang utk lebih mengenali apa tu PAS ..oopppsss atau apa itu Islam.

..Pasti dan pasti..dakwah adalah amalan yg mulia lagi dituntut!!
..Tiada keraguan langsung dalam hal ini.

..Yg diragui ialah apakah utk kemuliaan agama Islam atau kemakmuran parti?
____
Amalan dakwah..antaranya adalah usaha mengajak manusia kearah kebaikan dan meninggalkan dosa dan maksiat...mengajak manusia dari kebatilan kepada haq...mengajak manusia dari mementingkan kepentingan dunia kepada mementingkan kepentingan akhirat.

Telah berpuluh tahun PAS ditubuhkan..kononnya matlamat utama ialah amar ma'aruf nahi mungkar...dakwah.

Pada pandangan dan pemerhatian aku yg sempit..amar ma'aruf nahi mungkar yg dilakukan ialah berterusan menyalahkan UMNO, dari sejak PAS ditubuhkan sehingga hari ni, dan mungkin akan berterusan.

Masalah sosial..salahkan UMNO, masalah jenayah..salahkan UMNO, masalah buang anak..salahkan UMNO, masalah remaja..salahkan UMNO, masalah dadah..salahkan UMNO, masalah org tak dirikan semayang brjemaah/masjid2 kosong..salahkan UMNO, masalah jenayah meningkat..salahkan UMNO..dan macam2.

Cuma trfikirkah kita..apakah ni amar ma'ruf nahi mungkar? apakah ngan asyik menyalahkan ini telah baiki semua keadaan urusan ummat Islam khususnya..makin berkurangkah masalah dadah, masalah seks bebas, masalah jenayah, masalah rasuah? Ummat Islam bukan semakin membenci perbuatan2 maksiat tapi makin membenci UMNO..

Dan setiap kali isi kandung ceramah..salahkan UMNO dan pempin2 UMNO dan jalan penyelesaian undilah PAS..dan kebencian berjaya dipupuk ketahap yg hampir sempurna khususnya pada ahli2 PAS sendiri. Tapi amalan2 agama pada ahli2 PAS semakin dipinggir2 agama..ahli2 PAS tidak memakmurkan masjid2 ( dulu alasan masjid yg dibina oleh kerajaan adalah haram)..anak2 mereka lagi ler..ada ahli2 yg makmurkan tapi anak2 berantakan kesana kesini..( spt biasa mereka melihat ni adalah salah UMNO)

So ceramah2 selama brpuluh2 tahun ni adakah dakwah kepada kemakmuran Islam atau parti?
.__
Pada pandangan aku yg sempit dan kolot ini..ceramah2 perlu agresif keseluruh negara dakwahkan tentang ancaman2 Allah swt dan RasulNya keatas perbuatan2 maksiat ini dan nikmat2 dan kebaikan yg akan dinikmati yakni janji2 Allah swt dan RasulNya..sehingga ummat ini begitu membenci segala jenis bentuk maksiat..semada ia adalah ahli UMNO, ahli PAS, ahli PKR, ahli MIC, ahli DAP..dsb.
__
Bukannya brdegar2 mengutuk keras UMNO dan pempin2 UMNO atas segala gejala..tapi kat rumah brsenang2 melihat astro..menonton citer2, nyanyian dan hiburan separuh bogel, tiga suku bogel.

Hasil dakwah..ummat membenci segala bentuk maksiat dan brlumba2 kepada kebaikan. Bukannya membenci sesama Islam.. tapi, spt biasa PAS akan kaborkan UMNO tu adalah ibu segala maksiat, dan ahli2nya spt biasa akan brkata..na'am, na'am.

..kawan cucutokwan, poneng ni.

0 comments

PAS apa dah jadi..2

Makin ramai wakil2 PAS yg mula menduduki kerusi2 empuk YB2.. mula menikmati nikmat "kerusi", mula menikmati "lazatnya" kuasa, "lazatnya" dihormati, "lazatnya" dipanggil utk perasmian dan diminta beri sepatah dua kata, "lazatnya" diraikan..apa yg dikata, semua org setuju..buat lawak bodoh, pun org akan ketawa brdekah2.

..tu lah nikmat..

Mulalah brpakaian spt org2 barat..nak pamirkan imej org yg brkuasa dan brpangkat..mula menikmati adanya "drebar"..mula leh duduk rumah2 besar..mula leh rasa keempukan keta2 besar..mula ler juga berselera besar..

Makin hari makin susah nak kenal..yb ni wakil PAS atau wakil UMNO.

Aku rasa ..bukan kerana ia parti apa seseorang brkelakuan sedemikian...tapi sejauh mana ia istiqamah ngan apa yg diperjuangkan, yg diyakinkan..

Melayu tetap melayu..manusia tetap manusia..ia tidak berubah jika berubah parti. Ia berubah, bila baju ditubuh dah berubah.
__
Hudud sekarang menjadi bertambah sunyi...

.....kawan cucutokwan

0 comments

Tuesday, June 15, 2010

PAS apa dah jadi...

Tuesday, June 15, 2010
PAS semakin hari semakin menjadi mirip2 kepada musuhnya yakni UMNO..

Bila terlalu membenci, setiap hari memikirkannya, setiap patah perkataan mengecam..lama2 ia menjadi darah daging.
Ia berubah sedikit demi sedikit sehingga mula menyerupai sesuatu yg dibencinya.

PAS kembali lah muhasabah diri ..apa sebenar arah tuju kamu?

Dulu..tiada wakil wanita, sekarang dah ada. Malah mula menuntut kedudukan naib presiden.
Dulu ..tiada kerja sama ngan org2 kapir, sekarang dah ada.
Dulu..kata ianya usaha desperate UMNO dalam membuka keahlian pada kaum bumiputera yg lain yg bukan melayu. Sekarang buka keahlian pada org2 kapir.
Dulu..marah kerana org2 kapir jadi wakil rakyat. Sekarang dah boleh sokong malah leh gunakan tiket PAS sebagai wakil.

Sedar tidak sedar..generasi baru PAS adalah anak2 didik UMNO. Mereka membesar disekolah2 yg ditaja oleh UMNO dari sekolah rendah sehingga IPT. Malah ramai yg bekerja dijabatan2 kerajaan yg diterajui oleh UMNO. Walaupun mereka menjadi ahli PAS, tapi pemikiran mereka tidak lari dari pemikiran UMNO.

Sesungguhnya istiqamah tu adalah baik.

..kawan cucutokwan.

1 comments

Pornthip........doktor ooo doktor

Apa citer ni?

"Ketua Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Abdul Razak Musa berkata alasan yang diberikan oleh Dr Pornthip bahawa beliau juga bimbang akan keselamatannya di negara ini adalah tidak berasas sama sekali kerana tiada sebarang bukti atau laporan polis dikemukakan bagi menyokong perkara itu. " sedutan dari Utusan..

Andaian Dr Pornthip keatas kematian TBH yg membawa kepada "inkues" yg telah mencalarkan kewibawaan SPRM, kewibawaan negara yg diterajui oleh BN dimata dunia..yg juga menyebabkan pendekar2 PAS dan kungfu2 master DAp bersilat dan berkungfu. Yg juga berjaya mengalihkan perhatian rakyat pada isu sebenar.

So kisahnya..apa yg kerajaan yg diterajui oleh BN akan lakukan demi maruah negara dan parti, maruah pihak polis dan maruah SPRM..apakah mereka yg brsilat dan brkungfu mengeluarkan berbagai2 tohmahan, sumpahan, cerca boleh berlengang kangkung seolah2 tiada apa2 yg berlaku.

Apakah para2 YB diberi kebebasan yg sebegitu rupa? apa yg akan terjadi jika rakyat biasa cuba menghina atau cuba mencalar imej polis, SPRM, Sultan, dan kerajaan..

zahirkan pada rakyat Malaysia..bahawa undang2 Malaysia bukanlah double standard. Diatas nama keadilan dan kesaksamaan sesuai ngan perjuangan PR, ambil lah tindakan yg sewajarnya!!!

Tiap2 org perlu bertanggungjawab dengan apa yg mereka lakukan.

..kawan cucutokwan, cucu tokwan tengah berehat

0 comments

Monday, June 14, 2010

Takut Allah...

Monday, June 14, 2010
Aku jumpa simamat ni..kita brbual-bual.

Kemudian aku brtanya dimana dia bekerja, dia kata dia bekerja disekian tempat yg lokasinya agak jauh dari kediamannya. Aku tanya pukul berapa dia keluar dan pukul berapa dia sampai, dan pukul berapa waktu kejanya brmula.

Dia beritahu..dia keluar jam 645 pagi lebih kurang setiap hari dan kekadang sampai on-time kekadang lewat. Tapi lewatnya selalu lah jugak. Tapi ngan nada yg agak keras..dia berkata ..ahh selalu dapat merah, tapi apa ada hal..kita takut Allah bukannya takut ngan majikan, majikan hanya makhluk je!!!

Dia ni org masjid le jugak....

Aku tak kata apa2 cuma dengar je ler.
__________________
Takut ngan Allah swt semata2 dan tidak takut pada mana2 makhluk..bunyi macam bagus dan betul..tapi kenapa brnada keras dan macam marah je. Sebenarnya dia tahu dia bersalah, tapi "self-denial" atau "escapism".

Datang lambat kekerja adalah satu kesalahan..lebih2 lagi jika tanpa sebab yg munasabah dan sesuatu yg tak dapat dielakkan.

Kesalahan ialah satu kesalahan...kita kena akur perkara ini. Ungkapan "takut pada Allah, dan bukan takut pada makhluk" bukanlah alasan utk lakukan kesalahan.

Kerana "takutkan Allah", maka datanglah awal ke tempat kerja. Bila tak der kerja, kita brdoa mohon pada Allah. Bila Allah swt bagi kerja, maka ianya adalah amanah dariNya..atas namaNya kita diberi kerja. Di tempat kerja ada peraturan dan undang2 dan bila kita terima atau tandatangan menerima kerja ditempat tersebut maka kita terima semua peraturan dan undang2 di situ. Allah swt menjadi saksi.

So kalau datang lambat..istighfarlah, dan mohonlah maaf pada majikan.
__
Gitu juga ngan alasan.."kita hanya taat undang2 dan hukum Allah, apasal nak taat dan takut hukum dan undang2 manusia."

Jadilah org Islam yg beramal Islam..bukannya spt org yg tiada beragama.

...sekadar pendapat.

2 comments

Blog Archive

Labels