PAS yang keliru dan mengelirukan..( nak kata sesat dan menyesatkan..kasaq sangat bunyinya)
Usaha untuk betulkan segala kekeliruan yg timbul dan segala yg disalah fahamkan kena diteruskan demi utk kemurnian agama Islam yg suci murni ni..bukan kerana nak galakkan ahli2 PAS keluar dari PAS atau sebagainya.
Tapi jika salah faham dan kekeliruan memang sengaja dihadamkan oleh ahli2 dan penyokong2 PAS, susah ler nak citer. Yakni mereka tahu apa yg mereka faham dan ketahui adalah salah, tapi rasa seronok dan puas.
Antara kekeliruan yg perlu diperbetulkan:
a) PAS bukanlah satu2nya wadah atau ultimate dalam pejuangkan Islam. PAS hanyalah satu
ranting atau satu wadah.
b) PAS ialah parti politik dan bukannya satu mazhab, atau satu ajaran dalam Islam.
c) Untuk usaha amar ma'aruf bukanlah mesti jadi ahli atau sokong PAS sahaja, atau bukanlah
brmakna sokong atau jadi ahli PAS maka telah buat usaha amar ma'aruf nahi mungkar.
Pemahaman ni leh rosakkan maksud amal amar ma'aruf nahi mungkar dan satu penipuan pada diri sendiri dan ummat.
d)Amar ma'aruf nahi mungkar adalah tugas dan tanggungjawab setiap org Islam bukan tugas
dan tanggungjawab PAS semata2.
e) Bukan kerana jadi ahli PAS atau sokong brmakna org tu telah amalkan politik Islam. Tidaklah
menjadi syarat seseorg tu amalkan politik Islam semestinya ngan jadi ahli PAS.
Amalkan politik Islam leh diamalkan dalam DAP, UMNO, MCA, MIC dsb.
Macam muamalat..bukan kerana hanya brjenama Islam je halal utk buat urusan niaga tapi
semua perniagaan selagi ianya tidak brcanggah ngan agama.
Perniagaan Islam ialah pada sifat2 dalam berniaga dan mematuhi hukum hakam dalam urus
niaga.
Gitu juga dalam politik Islam..maksud brpolitik, cara brpolitik tu yg penting yakni menurut jejak langkah nabi saw dan para sahabat ra. Yakni maksud dan cara brpolitik leh menjadi sumber kebaikan dan hidayat pada sekelian manusia.
Macam bekerja..org2 Islam leh berkerja ngan semua jenis kilang (kecuali yg brcanggah) walaupun kilang trsebut tidak brjenama Islam. Tapi moral, displin, etika kerja seorg muslim tu yg perlu ditonjolkan dan ditekankan..
UMNO, PAS, MCA, DAP, PKR..ialah parti2 politik yg ditubuhkan ikut perlembagaan dan undang2. Org2 Islam bebas leh jadi mana2 ahli parti politik utk brpolitik. Cuma dibezakan antara org2 Islam dan bukan Islam ialah dari segi etika, moral, displin, dan sifat2 yg mulia yg lain.
Jika sifat2 dan etika Islam ditekankan..aku percaya semua parti2 ni leh brsatu, tiadalah lagi dua nakhoda satu kapal..maka akan wujud spt mana zaman kegemilangan Islam yakni satu sistem pemerintahan sahaja.
Kejayaan satu sistem pemerintahan hanya leh bejaya juga trtakluk pada etika, moral dan displin seseorg muslim trsebut..bukan kerana sistem trsebut.
Sebab tu agama diutuskan pada manusia..bukan pada parti, negeri, negara, sekolah2, kolej2, universiti2, kilang2, bank2 dsb.
Kita boleh letak nama "ISLAM" pada pertubuhan, parti, negeri, negara, sekolah, kolej, institut, universiti, taman, kampung dsb..tapi jika moral, etika, dan displin yg rosak, tidak membawa apa2 faedah pada manusia tu sendiri.
..ISLAM ialah brkenaan amal dan akhlak...Islam bukanlah parti politik. ISlam bukanlah layak utk dipolitikkan, atau jadi bahan politik. Islam ialah seruan utk peringatan, utk diamalkan dan disebarkan.
f) jadi ahli PAS bukanlah brmakna telah sempurna Islam dalam diri.
..ianya hanya pandangan aku je. Tak setuju tak pa ma.