Berita terbaru, Gabungan Guru Besar pulak sokong penghapusan UPSR. Macam biasa, alasan-alasan yang diberi, sekali pandang nampak macam baik ler sesangat tetapi kalau diperhalusi ianya tidak lebih dan tidak kurang sekadar untuk meletakkan nama sebagai penyokong kerajaan kalau tidak pun sebagai calon wakil rakyat. Ianya tidak bersifat langsung untuk membantu generasi pelajar atau pendidik... almaklumlah, berapa ramai guru besar yang dah jadi wakil rakyat? Tu hasil daripada mengampu dan membohong ler tuh!
Dasar pendidikan dan pelajaran Malaysia bolehlah dianggap sebagai yang paling 'volatile' dan mudah meruwap di dunia. Tukar saja Menteri Pelajaran, akan muncullah pelbagai projek-projek kartun dan dinosaur. Semua Menteri Pelajaran akan tunjuk pandai dan hebat. Dan yang paling memusnahkan sekali ialah bila Menteri Pelajaran a.k.a Pendidikan menurunkan gred kelulusan semata-mata untuk membuktikan Kementerian Pendidikan di bawah pentadbirannya telah berjaya meningkatkan atau menambahramaikan pelajar-pelajar yang lulus. Sedangkan hakikatnya pelajar-pelajar yang ada di Malaysia, cukup HAMPEH sifatnya!
Sekarang projek nak hapuskan UPSR.... ini pun akan jadi macam PPSMI, KBSR, KBSM dan pelbagai projek yang lain semenjak merdeka jugak nanti. Masa Muhyiddin jadi Menteri Pelajaran, memanglah semua akan sokong. Jangankan Puad Zarkashi dan gabungan guru besar, tanya semut kat tepi longkang pun, depa akan kata penghapusan UPSR adalah baik untuk pelajar. Malah kalau ditanya kepada Bangla dan Mat Vietnam pun, depa akan kata, BAIK, BAIK, BAIK!
Anehnya, dalam sebegitu banyak projek yang akan membelanjakan ratusan juta ringgit duit cukai menerusi penghapusan UPSR dan PMR bagi mewujudkan Sistem Penilaian Sekolah, masih ramai pelajar-pelajar yang buta huruf, keciciran, dibuang sekolah semata-mata kerana guru besar dan pengetua ingin menjaga bonus mereka, dan pelajar-pelajar yang sifatnya seperti tidak pernah belajar apa-apa. Itu belum lagi ibu bapa yang pantang anak-anak kena cuit sikit terus nak saman guru, sekolah dan kementerian.
Bukan setakat buta huruf, berapa banyak sekolah yang cukup daif? Berapa banyak tabung PIBG yang dibahagikan sesama sendiri dan bukannya untuk pelajar? Berapa banyak pula guru besar dan pengetua yang dapat komisyen daripada jualan buku-buku oleh penerbit-penerbit yang cari makan di sekolah?
Sepatutnya Kementerian Pelajaran yang cukup terkenal dengan masalah rasuah dan tumbuk rusuk serta makan suap dan duit bawah meja ini, tidak payahlah mengutarakan idea-idea PEMBOHONG seperti itu, sebaliknya hapuskanlah masalah rasuah, penyelewengan kuasa, serta ketidakcekapan kakitangan terlebih dahulu. Sudah 52 tahun semenjak Dasar Rahman Talib diperkenalkan, namun kakitangan dan petugas-petugas Kementerian Pelajaran sendiri nampaknya seperti manusia yang tidak pernah mengenal apa itu tanggungjawab, dosa dan pahala.
Ada eloknya kalau Muhyiddin suruh keseluruhan kakitangan Kementerian Pelajaran agar belajar dulu. Secikai-cikainya pun belajar tentang betapa besar kerosakan yang boleh diakibatkan oleh rasuah dan penyelewengan tak beraudit.
Tidak lama lagi, proses pemilihan buku teks untuk pembekalan baru akan dibuat... siapalah agaknya di Kementerian Pelajaran yang akan memenuhi koceknya dengan duit rasuah? Adakah penerbit-penerbit yang sama juga bakal memperolehi kontrak berkenaan sekalipun mutu penghasilan buku boleh dipertikai? Atau syarikat bukan rakyat Malaysia akan diberikan keistimewaan seperti tahun-tahun sebelum ini?
Cerita bab mengampu ini, negara ini cukup terkenal. Budaya ampu sentiasa disuburkan, terutama mengampu pemimpin. Itu pasallah, apabila pemimpin turun padang, bukan main lagi sambutan dibuat. Yang buruk, dielok-elokkan. Yang hodoh, disorok-sorokkan. Kemudian apabila ditanya, semuanya bagus belaka. Dan yang si pemimpin pula tidak pernah akan melakukan siasatan sendiri sebaliknya sentiasa bergantung kepada orang lain, terutama juak-juak yang lapar duit dan habuan demi mendapatkan maklumat.
Macam Najib Abdul Razak turun padang jugaklah. Rasa-rasanya Najib Abdul Razak tahu dak, longkang di Sungai Bonus, Jalan Raja Alang tu penuh dengan kekotoran ketika dia ke kawasan tersebut? Rasa-rasanya Najib Abdul Razak tahu tak kawasan tersebut bukan lagi di dalam Malaysia, sebaliknya telah menjadi jajahan takluk Jawa, Indonesia? Mustahil Najib Abdul Razak tahu sebab dia hanya diberitahu bahawa Jalan Raja Alang adalah kawasan orang Melayu berniaga... satu pembohongan tulen yang diterima seratus peratus oleh pengampu!