IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Saturday, July 24, 2010

UMNO SUNGAI PETANI... SELAYAKNYA DINESANKAN SAHAJA

Saturday, July 24, 2010
Masalah UMNO Sungai Petani bukanlah setakat pengetahuan umum bagi bloggers amatur seperti saya, bahkan ia sentiasa menjadi bahan hilai tawa dan tempat kutuk-mengutuk apabila disembangkan di khalayak yang sangat tahu tentang masaalah di Bahagian terbabit.

Cerita tentang tak mahu lepas jawatan, tak mahu terima kekalahan dalam pemilihan bahagian itu sebenarnya hanyalah cerita kedua.Shafie Apdal yang pastinya mempunyai otak jurutera, tentu mempunyai sesuatu yang boleh dilakukan setelah Bahagian Sungai Petani ni sama saja masalahnya dengan UMNO Bahagian Rantau Panjang.

Pujuk memujuk sebenarnya sudah tidak perlu lagi. Sebabnya Bahagian Sungai Petani juga diapit oleh beberapa Bahagian yang terer juga kalau depa bergolak. Mungkin elok dimansuhkan sahaja bahagian tersebut daripada menjadi penyemak mata dan penyakit hati.

Letak peruntukan banyak-banyak pun, depa bukannya boleh menang di Parlimen mahupun DUN di Sungai Petani. Nak harapkan puak-puak ni bekerja untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka adalah daripada kalangan pencetus ekonomi, lagi tak payah diharaplah. Pendek kata, puak-puak ini kalau nasi diletakkan di dalam sebiji tempurung, depa tidak akan mengubahnya.

Wajar golongan seperti ini dijauhi segera atau dihindarkan segera!

2 comments

UMNO SELANGOR SUDAH PUN MEMULAKAN PERANG

Dengan bersebabkan keuntungan pasir yang tidak lagi dinikmati secara 'lebat' seperti sebelumnya, syarikat-syarikat milik Bumiputera yang antara lain, turut dianggotai beberapa pemimpin tertinggi UMNO, PKR dan PAS bergabung tenaga dalam Ceramah Selamatkan Selangor. Pun begitu, isu pasir dan penanugerahan hak membolot segala-galanya tentang pasir diserahkan kepada KKSB, hanyalah satu lagi umpan besar untuk melihat pertempuran sebenar antara Kerajaaan Negeri (Pakatan Rakyat) dan UMNO (semata-mata).

Berdasarkan jangkaan awal, UMNO dilihat lebih mudah untuk mencapai kemenangan tersebut memandangkan barisan kepimpinan negeri Pakatan Rakyat masih 'lagi sibuk' mencari alasan-alasan yang sesuai untuk mereka gunakan.

Antara alasan yang paling popular masa kini ialah, KRONI KEHABISAN DUIT, UMNO SUSAH HATI.... alasan itu didendang-dendangkan dari satu ceramah ke satu ceramah. Bagaimanapun, dijangkakan UMNO juga akan menggunakan isu yang sama untuk membuktikan, KKSB, Tony Phua, Rodney Liew, DAP Selangor dan sebahagian kepimpinan PAS dan PKR negeri menjadikan lombong pasir sebagai lombong emas mereka dan kini masing-masing cuba mengubah akaun dan simpan kira memandangkan SPRM mulai bertindak, biarpun perlahan tetapi nampak jugalah berkesan.....

0 comments

Friday, July 23, 2010

KHALID SAMAD MELUCAH LAGI

Friday, July 23, 2010
Ketika heboh tentang kisah perpaduan UNMO dan PAS, Khalid Samad muncul semula, setelah agak lama terperuk dalam kemenangan Kristian di Sibu menerusi Kalimah Allah untuk semua.

Kali ini Khalid Samad menaruh keyakinanan seandainya pilihanraya kecil diadakan dalam masa terdekat, Pakatan Rakyat terutama PAS pasti akan dapat menawan 6 lagi kerusi UMNO di Selangor (Harakah Daily)

Angan-angan itu sudah lama didendangkan oleh Pakatan Rakyat, khususnya PAS yang tidak berpuas hati kerana pembahagian perolehan mereka yang sangat sedikit memandangkan kerusi yang disalurkan untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat, sangat kecil berbanding DAP dan PKR.

Barangkali Khalid Samad sendiri sudah mulai berasa hangat kerusi Shah Alam yang didudukinya? Baru selepas hampir tiga tahun, Khalid Samad berani menyuarakan cadangan agar terminal bas baru dibantu bina oleh kerajaan Pusat dan ditempatkan pula di tapak kilang arak terkenal itu?

Nyata kepandaian Khalid Samat tidaklah terlalu menonjol sekalipun cuba menyaingi abangnya yang sangat berpengaruh iaitu Shahril Samad.

Batu Tiga, Shah Alam dan Kota Raja kini dikatakan SUDAH PASTI BERADA DALAM TANGAN Barisan Nasional, mengapa pula Khalid Samad perlu menaikkan semangat kawan-kawannya dalam Pakatan Rakyat dengan kepercayaan rapuh?

0 comments

Berkorban, Terkorban atau dikorbankan..

Berkorban, terkorban atau dikorbankan..siapakah?

UMNO....

Tiap kali pemilihan sering terdengar ..akar umbi..akar umbi!!! Kehendak akar umbi!!! pandangan dari akar umbi!!!..

Ye ke!!!

Kalau dari akar umbi cam mana leh terdengar sayup-sayup..wang!! wang!!! bergaung-gaung!!

Tu ler citer akar umbi!!!

Tapi bila penamaan calon dan pembahagian kerusi pilihanraya...semangat setiakawan didahulukan, akar umbi tinggal akar umbi!!!..pasal akar umbi dah letakkan mereka2 ni dipucuk..harapkan pucuk2 ni dapat sedut oxigen yg berseh dan sehat utk akar umbi..tapi pucuk2 ni rasa setiakawan dari pucuk2 daun dari pokok2 yg lain diperlukan...

Sapa terkorban, sapa dikorbankan..sapa berkorban!!! ...melayu pun layu.

UMNO bukanlah BN..BN bukanlah UMNO.

Bila pucuk berada dalam BN..setiakawan diutamakan, akar umbi dikorbankan..kawasan selamat yg penduduknya majoriti Melayu, diserahkan pada rakan2 pucuk. Yg kemudian akar umbi dikerah utk kempen mati2an utk pucuk yg tak berapa setia ..kawan yg tak setiakawan, menunggu masa utk menikam, ugutan demi ugutan..

UMNO sangka BN tu UMNO dan brtungkus lumus pertahankan keputusan BN, sangka keputusan BN ialah keputusan UMNO..padahal BN bukanlah UMNO, keputusan bukan berasaskan akar umbi UMNO tapi keputusan berasaskan setiakawan pada kawan2 yg manja dan tak berapa setia...lebih banyak meminta2 dari membantu!! malah ugut nak keluar dan join PAKATAN jika tuntutan tak dipenuhi..SETIAKAWAN!!!!! pehhh..

Sejak merdeka...hingga hari ni..pengorbanan demi pengorbanan dilakukan, dari kerakyatan..diajak brkongsi kuasa..berkongsi kekayaan ( nak RM30 je dan RM 70 lagi dikorbankan)..sekarang secara berlapik mereka mahu bangsa Melayu dikorbankan, bahasa Melayu dikorbankan, agama org Melayu dikorbankan, raja2 melayu dikorbankan..kawan2 setiakawan ni berkata ..yob!! takkan tak boleh, 1 Malaysia katakan..atau kami nanti keluar BN dan join PR, haa amacam!!

Bangsa Melayu dah lama dikorbankan..sekarang ni disebut bumiputera!! Jika sebut perkataan "melayu" pasti dituduh rasis..dan pucuk2 ni takut dituduh rasis!!

Tapi mereka mahu bangsa Cina, bangsa India terus dibunyikan..dan dimertabatkan!!! ( pasal tu ratusan juta diperuntukkan oppss rasanya billion kut)..

Pucuk2 ni takut bebenor..padahal yg medokong mereka ialah akar umbi, bukannya pucuk2 yg menumpang!! Kenapa perasaaan akar umbi tak dijaga..tak tahu ke, kalau akar umbi diracun dan kering..pucuk pun akan layu!!

wahai pucuk2!!! kamu ada satu bangsa dibelakang kamu!!

Sapa terkorban, sapa berkorban, sapa dikorbankan....

PAS...

Bila pemilihan..cogankata ni sering diucapkan..Kepempinan Ulamak..Ulamak waris ambiya'...barisan pemimpin yg selalu brkot tie..buang kot buang tie, pakai ketayap..pakai baju melayu..nampakkan ciri2 kasihkan agama..

Akar umbi disemarakkan ngan semangat Islamik..berdebar2 sekeliannya melihat barisan ketokohan ulamak2 harapan mereka dunia dan akhirat..mana2 tahu dapatlah sekumit barkah dan syafaat kelak!!!

Sapa terkorban..sapa dikorban..sapa berkorban...Melayu dan Islam..ulamak2 ni telah lama korbankan bangsa Melayu, kerana mereka bukan lagi melayu..mereka ialah bangsa yg tdak bernama beragama Islam..maklum ler ngaku melayu, pejuangkan nasib bangsa dihukum sebagai mengamalkan assobiyah!!

Mursyidul Am, brusaha ubah istilah ulamak yg mana golongan professional ( dulu tentang pendapat Astora Jabat) juga adalah alim ulamak..meluaskan tafsiran ulamak..agar barisan yg dikenali "org2 Anwar" pun boleh dapat gelaran ulamak..nampaknya gagal..

Cubaan mengorbankan dan menyembelih akar umbi..agak gagal.

PAS dalam PR...

PAS bukan PR, PR bukanlah PAS..bila PR menang, ahli2 PAS brsorak seolah2 ISLAM telah menang ..menang jihad!! walaupun yg menang tu adalah DAP, PKR.. Tapi apakah diPenang, di Selangor, di Perak (dulu)..setiakawan yg tak setia ni ambik perkara pasal Islam pasal PAS, pasal Melayu??? nampaknya setiakawan didahulukan..akar umbi PAS diabaikan.

Bila DAP, PKR ..pempin2nya..buat kesilapan atau kesalahan..PAS dan ahli2nya bertempik mempertahankan walaupun nyata dan jelas kesalahan mereka. Yg bersekedudukan haram dibela, yg bersekongkol ngan kongsi2 gelap dan jenayah didiamkan, segala rasuah dan salah laku dimaapkan..Yg berbohong terang2an..Yg sedang dituduh meliwat ( lum lagi diadili) dibela seolah2 trtuduh difitnah sedangkan tiada sebarang siasatan yg mereka lakukan pun..yg terang2 bersekongkol ngan yahudi..dipejamkan mata.

wahai ulamak2 ..waris2 ambiya'..apa yg perlu kamu takutkan..jika benar kamu pewaris ambiya' maka Allah swt bersama2 kamu..tentanglah segala jenis bentuk kebatilan walaupun dari rakan setiakawan yg tak berapa setia tu!!! Jgn garang ngan UMNO je..tapi ngan Liza Wong, Teresa Kok, senyap terkedu..takkan tak tahan kut, melihat kulit2 yg putih tu..atau takut ngan Abang Anwar.. Abg Anwar, Selangor pun bagi RM1 je gajinya, apa ler nak takut!!

Sapa terkorban..sapa berkorban..sapa dikorbankan..melayu dan Islam

..Berkorban apa saja, demi diri sendiri..walaupun bangsa, agama, dan negara

..apalah lagi yg nak dikorbankan!!

....Qurbani

0 comments

Apa ruginya PAS jika Melayu bersatu...

Apa ruginya PAS disisi agama?

Apa ruginya PAS disisi Allah swt?

Apa ruginya disisi rakyat Malaysia?

Bukankah PAS sebuah parti yg ditubuhkan utk mertabatkan Islam, melaksanakan amar ma'aruf nahi mungkar semata2 utk cari keredhaan Allah swt..

Bukankah PAS tidak mengharapkan apa2 keuntungan duniawi, tidak kebuluq kuasa dan pangkat serta kekayaan..

Bukankah PAS ingin melihat Islam cemerlang dan berada dikemuncaknya spt selayaknya..

Bukankah PAS ingin melihat ummat Islam kuat dalam semua sudut sesuai prjuangannya yg "syumul"...

...atau apakah semua diatas hanya gembar gembur dan sendiwara politik..yg mana menjadi "kulit" menutupi "keinginan" yg sebenarnya bergelora dalam dada..

Jika Nik Aziz sentiasa dan cuba mengingatkan kisah "luka hatinya" ( bukan luka PAS) kerana PAS dipecat keluar dari BN..dan marah. Aku leh terima..org2 melayu jika brdendam memang susah nak dikikiskan dendamnya.

Jika angkatan2 awal yg merajuk keluar, tak puas hati dan kecewa pada waktu awal merdeka dahulu yg mana ramai2 keluar membawa diri membentuk parti baru yg kemudian dinamakan PAS..aku masih boleh faham. Alim ulamak pun manusia dan mereka juga melayu..

Tapi..generasi yg kemudian, apa halnya?

Dan alim ulamak dan mereka2 yg kecewa..bawa2 ler istighfar, dan usahlah dibiakkan dendam dan kekecewaan pada anak cucu pulak.

Udah2ler tu..dah tua2 ni, merajuk buruk bebenor rupanya..

..Dendam yg membakar dalam diri biarlah terpendam dan padamkan ngan istighfar, dan maapkan lah diri sendiri..usahlah disebarkan membakar anak cucu.

..Kita ni melayu dan org2 Islam..seburuk2 kita tak ubah siapa kita dan seburuk2 kita org Islam tetap bernilai disisiNya dari sekelian org2 kapir.

..Bersatulah demi anak cucu kemudian hari!!!

..Allah swt suka melihat ummat ni brkumpul dan brsatu hati..Dipagi raya, Allah swt memberi "hadiah" pengampunan secara besar2an..semua org Islam digalakkan pergi semayang raya, walaupun "uzur"..walaupun hanya duduk beramai2..sebab tu digalakkan diadakan ditempat yg luas dan terbuka..

Dan yg paling kecewa atas perhimpunan dan penyatuan ni tidak lain tidak bukan ialah Iblis..beliau akan berlari2 memukul dadanya, dan menaburkan tanah ke atas kepalanya meneriakkan kekecewaannya..

Allah swt dan RasulNya gembira pada penyatuan ummat..dan Iblis dan sekutunya kecewa dan merasa kerugian yg besar!!

ANDA DIPIHAK MANA?????

..terkebil2 bingung

2 comments

Tai Chi Master

Pemimpin2 pembangkang ..tak kira dari PKR, PAS, maupun DAP merupakan TAI CHI master yg terbilang.

Khalid cuba mengalihkan kesalahan atas kecuaian kerajaan negeri dalam memantau lanun2 pasir dan kelembapan ekonomi dengan "tai chi" kan permasalahan dalaman kepada kerajaan pusat..seolah2 kerajaan pusat yg cuai. Dan apa yg berlaku didalam Selangor adalah kecuaian kerajaan Pusat. Ianya disokong oleh akhbar2 HARAKAH, dll..Sinar Harian juga nampaknya membantu ngan gaya penulisannya yg trsendiri.

Dari menyalahkan penasihat ekonomi dari seorg pakar ekonomi yg trbilang yg brjiwa rakyat (kerana brgaji RM1) dan kelemahan dalaman dari tenaga2 exco yg sepatutnya brkerja keras membantu beliau sebagai MB..Khalid mengalihkan semua ni pada kerajaan Pusat dan menyalahkan TPM yg "cuci tangan"..tak kurang juga menyalahkan Khir Toyo, seolah2 semuanya brpunca dari Khir Toyo. UMNO Selangor yg selama ni tidak pernah hidup sebagai pembangkang, tidak secergas pihak2 PAS dan PKR yg telah bertahun2 berpengalaman..

Nik Aziz Alkelantani..walaupun sebagai ulamak, mengambil kedudukannya sebagai tokoh ulamak menggunakan isu2 agama utk menutup segala kelemahan pentadbiran. Pihak2 yg berkenaan yg masih "memuliakan" beliau tidak sanggup bersuara..kalau brsuara ala kadar sahaja. Seamda mereka takut "daulat" beliau atau takut doa "pecah perut" beliau atau takut tak masuk syurga kerana komen atau kritik "tok Guru". Sebenarnya takut mengkritik telah banyak merosakkan beliau dan menambahkan lagi "kesombongan" beliau. Tokoh2 agama pun takut2 utk menegur..kalau menegur sekadar sahaja. Semata2 takut dikecam sebagai "barua" UMNO atau sebagainya..
Limpahan budget dan pembangunan kerajaan persekutuan keatas Kelantan juga berjaya menutup kelemahan beliau.
Umum mengetahui apa yg telah dilakukan..pembalakan yg dilakukan secara meluas dan sejauh mana rakyat Kelantan menikmati hasil pembalakan trsebut pun tidak diketahui ngan jelas..Kes "hadiah" ke umrah ..sekali brbunyi kemudian terus disenyapkan.

Lim Guan Eng..sebagai Tai Chi Master..berjaya mengelabui mata umum atas apa yg sedang berlaku di Pulau Pinang dan kelembapan ekonomi dengan "buah pukul" yg baru.. Beliau telah menyerang Nik Ali, Nik Ali pula kerana tak tahan telah sambut "buah pukul' trsebut. Disambut pula oleh Sidek, kemudian disambut oleh TPM..
Sambutan trsebut pada pandangan aku akan hanya menguntungkan Lim Guan Eng, ni lah konsep taichi.. Ni akan dilihat seolah2 keadaan di Pulau Pinang kerana tidak ada kerjasama atau berlakunya "sabotaj" dari pihak persekutuan..dan ianya dilihat seolah2 kerajaan Pusat (Melayu) menekan atau diskriminasi kerajaan DAP (Cina) di Pulau Pinang..ni akan membakar semangat org2 Cina.

PAS..sentiasa menyebelahi DAP, PKR dan pempin2nya walaupun ianya jelas pihak2 trsebut tidak benar!! Amar ma'aruf nahi mungkar atas fahaman PAS. Segala teguran, kritikan dan komen dianggap sebagai dengki pada pemerintahan mereka.

Kedah, berlaku perkara yg sama..kerajaan pusat, kerajaan negeri dahulu dan UMNO terus dipersalahkan..

Rakyat?? Semada kerana rasa bersalah mengundi org2 sedemikian tetap menyokong pihak mereka.. dan tetap dan cuba sedaya upaya menerima dan menelan perbuatan mereka sendiri.

Rakyat..tetap rela "diperbodohkan" kerana mereka telah dipercayakan bahwa mereka selama ni ditindas, dizalimi dan diperbodohkan oleh BN/UMNO..dan dipercayakan kononnya mereka akan dibela dan diberi keadilan..dan pihak pembangkang menamakan kumpulan mereka "PAKATAN RAKYAT" seolah2 mereka ni mewakili rakyat secara keseluruhannya..seolah2 apa2 yg mereka lakukan adalah hasil PAKATAN RAKYAT dan bukan untuk PKR, DAP, maupun PAS..

..peminat TAI CHI

1 comments

KERAJAAN KEDAH TIDAK AKAN BERBUAT APA-APA UNTUK RAKYAT!!!!

Semakin sah dan nyata, kerajaan negeri di bawah Azizan Abdul Razak sebenarnya TIDAK TAHU dan TIDAK MAHU BERBUAT APA-APA terhadap negeri Kedah, dengan alasan yang paling tidak masuk akal, ELAK PROJEK MEWAH UNTUK HADAPI KEMELUT EKONOMI DI EROPAH.

Ini bukan syarikat jual cerkap ayam. Ini Negeri. Pentadbiran negeri. Setiap pentadbiran negeri ada otak ekonomi dan kewangan mereka sendiri. Kalau setakat ini, semuanya mengharapkan kepada Kerajaan Pusat sebagai sumber pendapatan utama, rasa-rasanya tidak perlulah lagi semua orang yang ada di atas jawatan terus menerima duit daripada rakyat.

Setakat jual balak, jual tanah, jual pasir, jual projek Barisan Nasional dahulu yang diberi nama baru, memperkenalkan projek yang tak wujudkan, bahkan berbohong tentang perolehan sebuah kawasan industri yang menjadi mangkuk emas Kedah akibat salahurus, lebih banyak nak menjahanamkan berbanding memberi keuntungan jangka panjang, lebih baiklah PAS berundur daripada tampuk pentadbiran negeri Kedah.

Maka tidak hairanlah, selepas menang Pilihanraya Umum-12, PAS Kedah begitu bersukaria. Tidak lagi berkeinginan untuk menunaikan janji-janji manifesto mereka, MALAHAN JALAN BANDARAN dan NEGERI di seluruh berada dalam keadaan yang lebih teruk dari zaman Syed Nahar Syahabuddin jadi MB dulu!

Ini kepimpinan ulama ka ini macam? Kalau ini macam, bukanlah kepimpinan ulama, tapi kepimpinanan penyamar-penyamar ulama yang barangkali MUQADDAM pun tak sempat habis baca masa zaman kecik-kecik dulu!

1 comments

Thursday, July 22, 2010

JANGAN WORKSHOP DAN CONVENTION SAJA LEBIH, HABIS TU BALIK TUNGGING!!!

Thursday, July 22, 2010
Pejabat Perhubungan UMNO Negeri Kedah akan mengadakan satu konvensyen pada 31 Julai bagi membolehkan mereka merampas negeri tersebut dari PAS. (Bernama)

Bukannya apa, orang kita kalau tentang workshop dan konvensyen, depa terer nombor satu. Kalau disuruh bagi idea, pehhhhh, tak celuih satu buku. Macam-macam idea depa boleh bagi tapi bila tang perlaksanaannya, hmmm.... masing-masing macam kerbau di tengah bendang berangan-angan hujan turun setiap hari!

Pastinya ramai yang menepuk dahi melihat kelibat UMNO Kedah yang sangat berdondang sayang tatkala Azizan Abdul Razak sampaikan tidak ada masa lagi kecuali menggunakan kesihatan matanya di Hospital Bahiyyah untuk menarik gencatan dan menolak serangan bertubi-tubi.



1 comments

KETARA BENAR ANGKUHNYA KEPALA ERDOGAN PAHANG INI

Biar berpecah daripada menderhakai Allah Taala.

Penulis sebenarnya masih tidak yakin bahawa kata-kata itu dikeluarkan oleh Pesuruhjaya PAS Pahang yang sedikit sebanyak pasti tahu tentang hukum akidah. Penulis masih berkeyakinan bahawa tajuk tersebut hanya ditulis oleh penulis artikel tersebut dan tidak melibatkan Tuan Ibrahim Tuan Man.

Mungkin beranggapan, dengan memberikan sedikit gambaran agama di situ, bererti ayat itu secara jelas menolak apa-apa sebab yang memungkinkan kelompok mereka menderhaka kepada Allah Taala.

Golongan yang seringkali beranggapan mereka adalah lebih pandai agama daripada orang lain, sudah terlalu acap bermain-main dengan kesyirikan. Kalau Allah Taala melarang perpecahan, bagaimana pula mereka boleh mengatakan, biar berpecah daripada menderhakai Allah Taala?

Barangkali himar-himar zionis ini mempunyai alasan yang paling ampuh untuk menolak perintah Allah Taala yang telah menjadikan manusia daripada pelbagai bilang bangsa, bersuku-suku agar bersatu padu dan jangan berpecah belah.

Himar-himar Zionis di dalam PAS itu sendiri tidak menunjukkan contoh sebagaimana yang mereka laung-laungkan. Mereka sendiri tidak bersatu hati dalam satu jamaah, melainkan untuk mendapatkan jawatan di dalam parti, kerusi DUN dan kerusi PARLIMEN.

Maka sudah sewajarnya kita melihat mereka ini sebagai himar yang akan melakukan apa sahaja buat tuan mereka. Dan seandainya mereka enggan melakukannya, mereka akan 'dibelasah' seperti di Pulau Pinang, sehinggakan suara mereka langsung tidak kedengaran lagi, sekaligus menepati sebagaimana yang Allah Taala firman di dalam al Quran bahawa suara yang paling buruk adalah suara himar.

0 comments

Wednesday, July 21, 2010

PERPADUAN...abaikan yg masih "keras kepala"

Wednesday, July 21, 2010
Ada pempin2 tertinggi PAS menyerang Datuk Mufti Perak ngan mengatakan Datuk Mufti brkerja bagi pihak UMNO dan menyebarkan fitnah yg konon ada pempin2 tertinggi PAS minta Datuk Mufti jadi org tengah.

Bila sesapa kritik dan kecam pempin2 PAS..maka menyalak sekelian pempin2 PAS dan ahli2nya bahwa kita menghina ulamak2nya, dan sesapa menghina ulamak maka telah menghina Allah swt dan RasulNya..

Tapi bila mereka mengkritik dan kecam..tak pa pulak. Apakah PAS layak utk kecam,hina, kutuk, caci dan sebarkan fitnah pada sesapa yg PAS kehendakki? Adakah ni kehendak agama?

Apakah ni juga kehendak agama yg mana para ulamak tak boleh ditanya, ditegur, disergah dsb..

Bagi aku..jika ulamak2 ni diperlakukan sedemikian, eloklah ulamak2 ni menjawab ngan brhemah dgn penuh bijaksana menampakkan ia benar2 mewarisi sifat dan akhlak nabi saw..bukan menggunakan "status ulamak" nya sebagai pendinding. Dan sekelian kecaman, kritikan kemudian trpadam begitu sahaja. Jika ulamak sedemikian ditempat yg benar..pastilah ia jawab. Jika dia ditempat yg salah..tidak salah jika ia meminta maap. Bukan jadikan AQ dan hadis sebagai perisai utk lindungi diri dari dikecam maupun dikritik.
__
Datuk Mufti..diserang oleh pempin2 PAS. Alat UMNO dan pembuat fitnah..pehhhhh.

Biasalah..bila Datuk Mufti baru nak bergerak spt bergeraknya nabi saw yakni membawa ummat ketahap yg lebih baik..sudah pasti akan ditentang oleh kalangan 'cerdik pandai agama' gak.."cerdik pandai agama' dizaman nabi saw ialah dari kalangan ahli2 kitab iaitu org2 alim yahudi dan nasrani. Dan "cerdik pandai agama" dikalangan yahudi dan nasrani menentang nabi saw bukan kerana tidak tahu "kebenaran perjuangan" nabi saw..tapi semata2 kerana khuatir kedudukan dan pengaruh mereka terhakis..

Ni hari ..PERPADUAN UMMAT.. adalah satu jihad yg besar!!! Lebih2 lagi bila ummat brpecah belah..
Jika brpecah kerana hak..yakni atas nama agama, tak pa ler. Tapi kerana brbeza parti je..

Tidak wujud dalam mana2 mazhab pun (setahu aku le) ..tidak sah semayang jika berbeza parti politik..boleh mufarakah semayang jika tahu imam tu dari politik lain.. Dalam empat2 mazhab ni pun, tidak batal atau rosak jemaah semayang trsebut jika brlainan mazhab selagi didalam sunnah wal jemaah.
Walaupun dulu pernah berlaku..tapi alhamdulillah, gejala tu dah brkurangan. Yakni brlainan parti leh rosakkan ibadah atau batalnya satu2 ibadah trsebut. Mungkin masa tu..parti juga dianggap sebagai salah satu mazhab agama..

Jika parti politik dianggap sebagai satu mazhab agama..maka memang ler parti trsebut benar2 meliwat kesucian agama tu sendiri..dan benar2 sombong dan meninggi diri.

Ayuh!! Datuk Mufti..kerahkan sekelian kaki tangan yg ada..ajak rakan2 mufti yg lain.

ye tak ye..mana mufti2 yg lain? Tidakkah PERPADUAN DALAM ISLAM satu perkara yg sangat penting!!! Ayuh!!! Jgn kira apa..pedulikan UMNO, pedulikan PAS...ahli2 PAS dan UMNO baru 2,3 juta je..ada 8 ke 9 juta lebih org2 Islam yg perlukan pembelaan bapak2 mufti sekelian!!!!

..ni baru aku nak takbir! TAKBIR!!!!!!!!

0 comments

Perpaduan...Dan Ancaman

Perpaduan..satu isu yg hangat hari ni.

Perpaduan juga perkara yg sentiasa diseru oleh Allah swt dan RasulNya..dan perpecahan pula sentiasa diseru oleh seteru Allah swt dan seteru anak cucu Adam as iaitu Iblis.

Apakah ancaman2 yg kita akan hadapi jika tidak brsatu padu!!

a) Ancaman kuasa politik..ni semua sedia maklum
b) Ancaman ekonomi..ni pun semua sedia maklum

Tapi ancaman2 ni mungkin ramai yg tak sedia maklum..
a) Ancaman dari Allah swt..yakni apabila ummat ni caci mencaci satu sama lain dan bertelagah, Allah swt akan letakkan atau datangkan pemerintah yg zalim..Allah swt akan brpaling dan tidak akan mendengar segal doa2 kita..walaupun dari mereka yg alim dan warak. Tika ni kita hanya menunggu kehancuran le semata2. Org2 lain akan ketuk kepala kita tanpa kita mampu buat apa2..

b) Gejala sosial akan bermaharaja lela..mana masing2 tidak mahu ambik peduli..kau kau..dan aku aku...nafsi nafsi..
..ni hari melihat pasangan2 berdua2an adalah satu lumrah dan kebiasaan..pada hal senario ni jarang kelihatan pada tahun 70'an dan 80'an.
..percampuran lelaki dan pompuan dilihat sebagai perkara biasa..di majlis2, di ofis2, malah dirancangan Tv perkara2 ni dianggap biasa malah..yg berbentuk Islamik pun dibiarnya campur gaul ni .
..liberalism sampai melanggar batas2 agama.. Ni semua sebagai tanda "open-mind".."liberal".
Semua ni adalah bibit2 pada pertambahan lahirnya anak2 luar nikah, buang bayi dijalanan dsb..

Nabi saw brpesan..usah dekati zina, mahfumnya. Bila dekati, pak2 lebai serban penuh brlilit dan janggut setakat dada..semayang tak tinggal pun lum tentu dijamin selamat..

..kebelakangan ni jenis 2 alam semakin menjadi2..siap ada kelab2nya yg trsendiri. Malah yg trlibat ada yg dah brumah tangga dan beranak pinak..

..lakonan sebagai "lembut" jadi sambutan..dan diterima secara terbuka.

..lakonan brbogel..pengaruh "hollywood" dan dianggap sebagai berani.

..kerana tekanan kena brtudung..impactnya bagus tapi brtudung tapi ketat, yg mana maksud menutup aurat rosak sama sekali.

..mak bapak tak brdaya melihat perubahan remaja hari ni, tak mampu nak brkata apa langsung..tengok je ler.

..rumah2 hardcore PAS sendiri lahir brmacam2 jenis individu..yg mana sepatutnya melahirkan insan2 spt Imam AlGhazali, Shafie dsb..tapi oleh kerana PAS merasakan ni masalah UMNO, jadi mereka tak berdaya menyekat kemungkaran didepan mata mereka sendiri. Anak2 mereka sendiri jauh dari masjid..

d) ancaman dadah/judi/HIV..ramai gak dikalangan org Islam yg trlibat. Dan perangkaannya semakin hari semakin brtambah..

Banyak lagi kerosakan pada bangsa melayu ni..tapi kita semua melihat atau dilihatkan dari sudut politik semata2..kerosakan2 ni spt virus yg sedang menjangkiti kita sebagai satu ummat.

Semua gejala ni leh dibendung dan dikurangkan jika setiap org Islam brpadu..bila org Islam brpadu, PAS dan UMNO tidak brdaya..malah DAP, MCA sendiri tidak brdaya malah turut kena akur ngan perpaduan org2 Melayu kita.

Lihat kebelakang...akibat perpaduan kita org2 Melayu..Empayar British sendiri akur pada tekanan kita dan berikan kemerdekaan tanpa menumpahkan darah..

Baru ni saja..kerana sedikit prpaduan..lesen judi bola pun tidak diperbahurui.

..Bila brpadu, segala maksud boleh trcapai

..fikir aku

0 comments

UMNO TAK PERLU TERHEGEH-HEGEH

Biarpun kebanyakan pemimpin PAS berpendapat bahawa UMNO sedang kesesakan dan memerlukan 'oksigen' PAS, namun apa yang dilihat sebenarnya adalah sebaliknya. Isu pernyatuan dua buah parti politik berteraskan Melayu diwar-warkan kembali dengan dengan harapan, indukasi sebenar terhadap kepimpinan Hadi Awang yang lebih bijak, atau pun kepimpinan sembrono, gelojoh dan jahil Nik Aziz boleh ditonjolkan.

Nyata langkah BODOH PAS yang gemar mencaci maki orang lain, terutama para ulama yang tidak mengikut kehendak nafsu mereka, memakan diri. Sebahagian besar daripada pengikut PAS menyatakan mereka lebih memilih untuk bersama-sama UMNO atau mereka tidak kisah pun, memandangkan PAS hanyalah sebuah parti politik, begitu juga dengan UMNO. Fahaman Islam itu adalah PAS dan PAS itu adalah Islam adalah fahaman yang sama sekali jelek, bersalahan dengan al Quran, bahkan bertentangan dengan Iman, Amal dan Ihsan yang diajar oleh Nabi s.a.w apabila memperkatakan tentang Islam.

Malah seandainya diperhatikan betul-betul, kebanyakan pemimpin PAS yang sangat panas punggung dengan isu ini adalah dari kalangan Erdogan yang mulai dibenci oleh kalangan ahli-ahli PAS sendiri seperti Mahfuz Umar. Beberapa penjelasan yang cuba dibuat di beberapa buah masjid di kampung-kampung di selatan Kedah, turut kurang mendapat sambutan.

Siapa sebenarnya yang memerlukan oksigen ini? PAS dari tahun 1951 lagi, sudah bercakap besar tentang kekuatan mereka namun sehingga kini PAS kekal seperti melukut tepian gantang.

0 comments

KERANA MELAYU, LIM KIT SIANG MARAH!!!!

Cerita banyak pun tak gunalah... (Lim Kit Siang) Kalau kena kat kepala anak beranak depa, orang lain semua salah, semua orang mencabuli hak orang lain. Semua orang perlu dihukum. Tetapi kalau depa yang buat, jangan anggap itu sebagai satu kesalahan, sebaliknya ia hanyalah satu senda gurau atau teguran daripada kaum pembangkang bangang yang tidak ada modal lain dah, macam yang selalu dibuat oleh Lim Guan Eng tuh!!!

Lim Guan Eng tidak hanya setakat dihambur dengan kata-kata itu di hadapan orang ramai, sebaliknya perlu dikencing beramai-ramai. Sudah banyak benda yang dikencingnya, kemudian dengan menggunakan otak putar belit ultra-kiasu, cuba mengalihkan topik berkenaan atau mengambil sikap Anwar Ibrahim, menutup mulut serapat-rapatnya, Lim Guan Eng wajib dikencing di dalam mulutnya, setidak-tidaknya orang Melayu Pulau Pinang.

Lim Kit Siang, si bapa bercerita tentang loyalty?

Di mana loyalty Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng sendiri terutama setelah diangkat sebagai pemimpin oleh orang Melayu sendiri yang menjadi majoriti di kerusi-kerusi yang mereka menangi? 52 tahun negara merdeka, Lim Kit Siang masih lagi dengan cerita bohongnya dan temberang u-topia sosialisnya? Kenapa sehingga sekarang Kit Siang tidak pernah berjaya menguasai bahasa Kebangsaan dengan betul sungguhpun bahasa Kebangsaan yang diakui adalah Bahasa Melayu?

Kesian Lim Kit Siang... dalam tempoh-tempoh terakhirnya untuk melihat DAP menguasai Malaysia, nyata dia tidak pernah matang berbanding tatkala dia masih lagi seorang setiausaha akhbar Lee Kuan Yew yang ditinggalkan di Malaysia untuk menghancurkan negara ini oleh PAP.

Apakah Lim Kit Siang akan mengeluarkan kenyataan ini seandainya yang bersuara menempelak di khalayak ramai itu adalah seorang Cina, dan yang terkena tempelak itu, seorang pemimpin Melayu contohnya Muhyiddin Yassin? Atau pun Lim Kit Siang sebenarnya sedang mencari-cari jalan untuk bermusuh dengan semua kakitangan awam sebagaimana yang sedang hangat diperkatakan oleh beberapa buah blog seperti yang dijalankan oleh anaknya, Lim Guan Eng?

0 comments

Tuesday, July 20, 2010

BUAT HAL LAGI, UMNO... HANG BUAT.... DOK TEBIANG SANGAT!

Tuesday, July 20, 2010
Kerajaan yang diterajui oleh UMNO, disokong oleh beberapa parti komponen yang lain serta diimbangi oleh pembangkang yang menamakan diri mereka sebagai PAKATAN RAKYAT, telah menaikkan harga minyak yang dipercayai terdorong akibat ketidakmampuan menyerap lebihan kos dan margin negara sendiri.

Apa lagi yang bakal dibohongi oleh Najib Abdul Razak untuk menutup kelemahannya sekalipun kalau dibandingkan dari segi kelulusan ekonomi, dia jauh lebih baik daripada Anwar Ibrahim.

Namun, Najib Abdul Razak gagal mengekalkan rentak apatah lagi setelah 6 tahun, seluruh Malaysia diBANGANGKAN secara keterlaluan oleh kepimpinan dan barisan pembangkang terdahulu.

Dalam usaha mengutip, mengecek, memujuk, merasuah dan melakukan ugutan terhadap kakitangan awam yang tidak menyokong UMNO serta Barisan Nasional pada pilihanraya lalu, Najib Abdul Razak telah membazirkan BERBILION ringgit semata-mata atas nama politik pilihanraya. Ia juga merupakan kaedah yang paling popular turut dilakukan oleh para parti Pakatan RAkyat yang berjaya menawan 5 negeri, menerusi pembahagian harta rampasan seolah-olah ini negara bapa mereka yang punya!

Sudah beberapa kali gaji guru, peruntukan untuk sekolah Cina dan Tamil, dan pelbagai BENDA TAK MENDATANGKAN FAEDAH seperti melambakkan ratusan juta ringgit lagi untuk golongan FELDA bagi memastikan kekuasaan ke atas golongan terbabit, biarpun sebenarnya kuasa yang mereka hadapkan itu telah pun dirampas oleh PAS dan PKR seperti yang berlaku di PROGRAM PPRT dan KEDA.

Najib akan naikkan gaji semua yang dijangka akan boleh memberi sokongan kepada BN dan UMNO. Taktik dan teknik yang masih digunapakai oleh kepimpinan berfikiran lapok dan mengundur, semakin memudaratkan negara.

Dalam banyak-banyak kakitangan kerajaan, kementerian yang paling penting iaitu Kementerian Kesihatan telah diserahkan kepada MCA dan wakil Puteri UMNO yang berbaju pink, bertuduh labuh tetapi nampak janggal dengan bidang tugas yang ada padanya.

Semenjak Chua Soi Lek yang kelihatan cukup agresif dengan membuat beberapa perubahan besar, Menteri-Menteri Kesihatan dari MCA selepas itu, amatlah memalukan prestasi mereka. Lebih mudah disebut sebagai PEMAKAN GAJI HARAM DAN BUTA! Begitu juga dengan Timbalannya dari Puteri UMNO, bagaikan primadona kabaret Jalan Ipoh yang hanya mampu melengkapkan tugas tetapi gagal membantu sebahagian besar daripada tenaga kerja di Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sebagai contoh, antara hospital tercanggih dan mempunyai peralatan terkini ialah Hospital Serdang. Bagaimanapun, cara kerja kebanyakan warganya, tersangatlah berada di bawah paras kemampuan sebenar. Puncanya, TIDAK ADA BENEFIT yang boleh diperolehi, terutama di kalangan staffness, yang bertungkus lumus, para doktor yang bekerja dengan segala kemahiran dan kelayakan.

Paling menarik, INDENTS Jabatan CICU terperap semenjak sekian lama, padahal ianya merupakan nyawa utama kepada rakyat Malaysia yang menggunakan khidmat hospital tersebut. Alasan yang diberikan ialah Hospital takdak duit!

Mengapa perlu hospital takdak duit? Mengapa perlu kerajaan atau KKM hanya bergantung kepada satu supplier untuk semua hospital KKM di Malaysia?

Mengapa drama BANGANG zaman Abdullah Badawi masih lagi berterusan dalam kemelut ini? Kerajaan Malaysia seharusnya benar-benar menumpukan manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia, bukannya hanya untuk segelintir di kalangan mereka? Seringkali disebutkan ialah, hospital-hospital di Malaysia kekurangan kakitangan. Yang disebutkan, sapa nak bekerja teruk-teruk, kalau tahap gaji jururawatnya, tidak lebih baik daripada gaji pencuci lantai hospital berbangsa Nepal di hospital yang sama?


0 comments

SAMPAI BILA UMNO HARUS BODOH DENGAN PERPADUAN?

UMNO melolong lagi dengan isu perpaduan. Dan seperti biasa ANTAGONIS atau dalam bahasa ARAB, bermaksud SYAITAN sudah tentulah Nik Aziz dan konco-konconya yang dengan sinis mengatakan, selagi UMNO tidak menukar perlembagaan kepada perlembagaan Islam, selagi itulah PAS tidak akan bersatu dengan UMNO....

Itu kata NIK AZIZlah! Dan seperti biasa, puak-puak UMNO seperti biasa, tidak akan berani menyanggah kata-kata Nik Aziz, sedang orang tua itu sedang membawa mereka ke lembah kekafiran!

Tahukah anda, perlembagaan Islam yang dicanang-canangkan oleh PAS sebenarnya TEMBERANG KOSONG, malah MENYALAHI JAUH daripada perlembagaaan sebenar terutama dalam bab Syahsiah. Nik Aziz telah terlebih dahulu melangkau daripada apa yang sepatutnya yang kemudian akan berakhir dengan kata-kata, 'Islam itu adalah kuasa. Islam memerlukan kuasa untuk memerintah. Hanya dengan kuasa, barulah Islam boleh memerintah dan mentadbir."

Mengapa tidak ada seseorang pun yang cuba menyedarkan Nik Aziz menyalahi titah perintah Allah Taala, ajaran Nabi s.a.w, didikan para tabiin dan tabiit tabiin. Malah melangkau jua daripada ketetapan fuqaha dan hukama, melainkan Nik Aziz dan MALANG SILUNCAI yang terjun bersama-samanya.

Perkara pertama yang Nabi s.a.w lakukan sebaik-baik sahaja sampai di bumi Yathrib adalah mendirikan Masjid Quba, perkara kedua adalah mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar dengan bersungguh-sungguhnya persaudaraan. Perkara ketiga adalah perkongsian dan peluang kepada pengukuhan ekonomi terutama jalan perdagangan yang menyaksikan punca utama Perang Badar.

Mengapa Nik Aziz beria-ia memperkenalkan Islamnya yang berstatus rakus? Mustahil Nik Aziz tidak dapat memberikan pengertian, antara TERTIB ORANG ISLAM dan TERTIB ISLAM?

0 comments

Monday, July 19, 2010

UMNO bukanlah BN..UMNO bukanlah kerajaan..

Monday, July 19, 2010
Tak pasti jika perkara ni disedari atau tidak..

UMNO bukanlah parti memerintah..parti memerintah ialah BN. UMNO ialah cuma sebahagian dari parti pemerintah yg mana UMNO tidak ada "absolute say" dan tiada peruntukan kuasa veto pun.

BN bukan brusaha utk capai inspirasi UMNO cuma UMNO kena usahakan inspirasinya berjaya!!

UMNO dalam BN serupa ler PAS dalam PR..tak de "absolute say"

UMNO didalam BN kena brtolak ansur ngan rakan2 sekutunya..dan gitu juga PAS kena brtolak ansur ngan rakan2 sekutu mereka..pasal tu kononnya hanya kedah dan kelantan je yg amalkan Islamik..mm apa beza kedah dan kelantan sebelum PAS menang? mmmm

So apa melayu2 nak brbangga parti mana mereka yg menang!!! rata2 Melayu ler brhempas pulas brkempen utk BN dan PR.. maki hamun sesama sendiri ..caci mencaci..

Bila BN menang..org2 Melayu UMNO bertempik sorak..
Bila PR menang..org2 Melayu gak brtempik sorak.

Kenapa ni terjadi!!! Mudah je..hanya org2 melayu je rasa ni tanah air mereka..perjuangan politik mereka ialah untuk Islam dan tanah air ni, tanah melayu.

Org2 lain..UMNO menang, mereka untung. PR menang, mereka untung juga. Kerana kedua2nya suka atau tidak, tetap kena bertolak ansur ngan mereka..

Kenapa kena bertolak ansur?? Kerana kedua2nya PAS dan UMNO percaya mereka ni penting utk kesinambungan kuasa mereka!!!

Pada hal jika PAS dan UMNO brgabung..perlu kah mereka lagi? perlukah brtolak ansur ngan mereka? apakah mereka takut ngan gabungan PAS dan UMNO?
Pada mereka..jika PAS dan UMNO bergabung mereka tetap untung, tiada ruginya. Kerana pasti pempin2 PAS dan UMNO tetap akan brtolak ansur ngan mereka..maklum ler PAS dan UMNO adalah melayu.. cuma ruginya, mereka tak leh nak pijak kepala2 kerana takut bunyi bising dari org2 Melayu.

Org2 Melayu adatnya memang mudah kesian ngan org lain..tapi kadang2 keras ngan bangsa sendiri.
____________
UMNO..khususnya..sedarlah bahwa UMNO bukanlah kerajaan memerintah!! Usah sangka BN akan lakukan apa saja utk kebaikan org2 Melayu khususnya org2 Islam. Ahli2 UMNO kena sedar dan bangkit dan mertabatkan Islam dan melayu ngan cara UMNO dan bukan brharap ngan BN.. Usah masih dilamun mimpi, yg UMNO tu berkuasa!! Masa merdeka..ya benar!! Malah British pun akur..tapi selepas merdeka, aku tak tahu apa sebabnya yg kita tiba2 rasa sayang dan kasihkan mereka yg langsung tidak perkara hidup atau matinya kita dan agama kita.

.. aku rasa

1 comments

Peluang ibadah..kearah perpaduan!!

Kerap gak dengar golongan2 elit dan ada gak dari ketua2 bahagian politik..yg begitu ghairah bribadah di Kemboja.

Kadangkala aku trfikir apa sebenar tujuannya..sangkaan buruk aku kekadang datang gak. Apakah yg gitu semangat sekali mereka ni..

Untuk eratkan perpaduan org2 Islam dan melayu ditanah air sendiri..aku rasa ketua2 bahagian dan golongan2 elit ni turun ke kampung2, taman2 dibandar..anjurkan program2 brbuka posa.

Atas semangat sesama Islam..tak kira parti mana.

Jadikan amalan ni amalan yg berterusan..tak perlu tunggu masa pemilihan parti atau pilihanraya.

Mungkin program berkampung..yg mana puteri2 dan pemuda2 ni leh cari info org2 kampung atau taman. Mengenal pasti masalah org kampung dan org taman dan leh panjangkan pada pihak2 yg brwajib..kerana ramai org2 kampung/taman yg tak tahu apa2 package bantuan utk org2 Melayu dari Baitul Mal, MARA, PUNB, PNS dll juga cara2 memohon dan syarat2 kelayakan. Reach out!! Kerana biasanya program2 agensi2 kerajaan ni kurang dapat sambutan..
Peluang2 pendidikan dan latihan kemahiran yg ada..dan bantuan kewangan dari badan2 ni yg boleh dimunafaatkan.
Baitul Mal ada juta2 ringgit yg mana ada package bantuan utk tuisyen, pendidikan rendah dan tinggi, pusingan modal perniagaan, pembayaran balik hutang dsb..

Yg mana leh bantuan secara terus..leh terus bagi bantuan. Macam gotong royong baiki rumah, membina jambatan2 kecil yg rosak atau apa2 yg patut ler.

apa2 saja ler..janji gerak!!!

Pada golongan elit yg tak brparti pulak..aku rasa dan pasti bahwa mereka ni menikmati kemewahan adalah dari kerajaan..aku rasa CEO2 melayu semuanya adalah dari agensi2 kerajaan, aku rasa tak der jawatan CEO dari kalangan org2 Melayu dalam syarikat2 yg tiada kaitan ngan kerajaan atau swasta. Para2 lawyer banyak nikmati keuntungan besar dari agensi2 kerajaan dan kerajaan, para2 engineer banyak ngan syarikat kaitan kerajaan..para2 hakim..para2 doktor.. Dan jika naik dalam syarikat swasta tapi tetap asalnya dari kerajaan dari "hak keistimewaan org2 Melayu" yakni biasiswa atau kemudahan2 lain. Syarikat2 bumiputera semada services atau kontraktor semada ahli PAS atau ahli UMNO atau bukan mana2 ahli jadi kaya raya hasil projek2 kerajaan..jika sekarang tidak, tapi tetap asalnya dari bantuan kerajaan.

Pay back time!!! panjangkanlah nikmat2 yg dilimpahi oleh Allah swt dari asbab peruntukan hak2 keistimewaan org2 Melayu..

PAS, dari pempin2nya dan ahli2nya hampir semua menikmati nikmat2 Allah swt dari asbab peruntukan hak2 keistimewaan org2 Melayu..dari pemilikan hartanah, pinjaman, dan kemudahan2 lain yg mana mereka telah nafikan. Gitu juga mereka dari PKR..

dah makan..kemudian katanya ia busuk..tapi yg pelik masih makan lagi...dan nak lagi.

...ishhh angan2 mat jenin .

0 comments

Kemboja!! Peluang beribadah di Kemboja..

Sering kedengaran kempen dan citer2 dari segolongan..setakat ni dari golongan yg brduit..tentang peluang mencari kebaikan di Kemboja.

Ada program korban dan aqiqah..baru2 ni pula ada program iftar yakni program berbuka posa di Kemboja.

Ada kumpulan2/agensi2 (volunteer atau cari bisnes..ikut suka hati masing2) yg akan kelolakan program2 trsebut..apa yg perlu dilakukan pada yg brminat ialah masukkan duit anda pada akaun2 atau leh bayar ansuran dsb..

Keprihatinan org2 Islam diMalaysia memang hebat..satu sikap yg terpuji. Gitu juga ngan isu Palestine, rakyat M'sia khususnya org2 Islam gitu sekali serius sikap mereka. Ada imam2 atau khatib2 akan mendoakan kesejahteraan dan kejayaan pada mereka pada tiap lepas semayang fardhu dan semayang jumaat.. Sifat2 yg terpuji..
___
Cuma..jgnlah lupa ummat Islam disini!!! Usahlah kera dihutan disusukan tapi anak di rumah mati kelaparan!!

Ancaman demi ancaman..sedang melanda ummat islam di Malaysia..ancaman dari pergaulan bebas, ancaman pemikiran liberalism, ancaman pemikiran idealism, ancaman kegawatan ekonomi dan ancaman persaingan ekonomi yg sengit, keciciran org2 Islam dalam persaingan ekonomi, pendidikan, pembangunan juga politik.

Kaum2 lain yg tak berterima kaseh terus menekan maukan hak sama rata dan keadilan sosial dari segi ekonomi, politik dll.

Org2 Islam yg trcicir dari arus pembangunan, pendidikan bakal menjadi sampah2 masyarakat.. kerja2 yg berpendapatan kasar terpaksa bersaing ngan buruh2 dan tenaga2 kerja asing spt pembantu2 kedai, operator kilang, buruh2 kasar..kerja2 kelas menengah dan atasan tak mampu nak brsaing kerana kekurangan pendidikan dan kemahiran..mereka nak jadi apa?

Seringkali dipaparkan diakhbar mengenai golongan2 yg trcicir ni..yg hidup penuh ngan kesempitan..tapi biasanya dipaparkan mereka2 ni dikawasan2 terpencil.

Tapi aku percaya di bandar2..ramai sekali mengalami keadaan sedemikian..cuma kita agak semua di bandar ni berkemampuan..

Aku rasa..hubungan sesama kita semakin renggang..kesusahan sedara seislam di malaysia banyak terpendam dan ramai yg tak tahu.

Banyak surau2 dan masjid di Malaysia masih tak dapat amalkan ibadat korban..
____
So pada mereka yg berlebih rezki dan suka beribadah luar Malaysia..jengok2ler jiran2 tetangga di kawasan sendiri juga di kawasan2 berdekatan..dan juga di kampung masing2. Campaklah sedikit..

Ni lah ukhwah sesama sedara seIslam..ni lah yg boleh kita lakukan utk eratkan jurang perbezaan sesama Islam dari segi pendapatan..

Dan usahlah bab ukhwah ni pun kita berharap kerajaan yg lakukan..

...jiran2 ni kedudukannya lebih utama dari adik beradik yg duduk berjauhan.

..Lagi banyak kita memberi lagi banyak akan diberi.

..JOM!!!!

1 comments

PERPADUAN!!! Abaikan Nik Aziz dan sekutu2nya..

Pada pandangan aku..

Oleh kerana PAS yg diketuai oleh Nik Aziz ( Hj Hadi mana?) begitu banyak dolak daliknya..dan dah berbagai tudahan/fatwa dilemparkan..

Semada tak mahu menjilat kembali ludah beliau atau kerana terbakar oleh dendam kesumat, malah gembira melihat masyarakat Melayu yg sedang dilanda brmacam2 krisis yakni krisis kekukuhan kuasa, hampir2 hilang kuasa majoriti, tekanan gejala sosial, tekanan ekonomi, pendidikan dsb..

(...PAS menentang keistimewaan yg dperuntukan utk org2 Melayu..assobiyah katanya..tapi ASB berebut2, nak beli umah nak harga bumiputera, gitu segala peruntukan utk bumiputera jika ada peluang pasti direbutnya..tapi menentang hak2 keistimewaan, pehhh..)

Aku rasa mufti kena brgabung ngan sekelian mufti2, ulamak2 lain dan guru2 agama yg cintakan agama ni dan mahukan perpaduan org2 Islam dan org2 melayu..bergerak cergas dari masjid kemasjid, surau ke surau, bandar ke bandar, negeri ke negeri, kampung ke kampung..mufti2/ulamak2 dan guru2 agama ni leh gunakan dan dapatkan bantuan2 yg boleh dihulurkan oleh NGO2 Islam/melayu yg lain..malah dari UMNO sendiri.

Bukannya ceramah politik..tapi ceramah perpaduan!! Bila brpadu, mudahlah menghadapi segala tekanan..malah Allah swt brsama2 ummat ni bila ummat ni brsatu hati..

Jgn jadi ulamak2 PAS..mampu brpadu sesama kapir tapi tak mampu brpadu ngan sesama Islam..halangannya satu je..BENCI..BENCI yg dbakar oleh hasad dan dendam kesumat yg tiada kesudahannya ..ianya brmula kerana "TAK PUAS HATI" lalu "MERAJUK HATI" dari UMNO dan kemudian menubuhkan PAS yg mana PAS jadi persemadian semangat "TAK PUAS HATI" dan "KEKECEWAAN".. MANA ISLAMNYA NI!!!!

Ibarat Iblis yg tak puas hati pada Adam as lalu brdendam pada Adam as sehingga kepada sekelian anak cucu Adam as sehingga kiamat..dan kerahkan anak cucunya sendiri supaya membenci juga anak cucu Adam as.

Ikutilah jalan para ambiya' dan tinggalkan lah jalan Iblis...

1 comments

Berkorban demi faedah jangka panjang-Najib

Rakyat didahulukan!!!...takkan lah bab pengorbanan, rakyat gak didahulukan.

Ucapan Najib diSabah..memang betul ler, utk kejayaan perngorbanan memang perlu dilakukan!! tanpa ada susah payah mana nak dapat hasilnya.

Nak dapat gaji tiap2 bulan pun..tiap2 hari kena brsusah payah dari pagi sampai petang ( ni yg utk makan gaji)..Yg meniaga, kena ler korbankan banyak masa dan pelaburan sebelum dapat kecapi keuntungan.

Tapi..bukan tiap2 pengorbanan atau pelaburan leh janjikan keuntungan atau kejayaan! Dan yg pasti tiada keuntungan dan kejayaan tanpa pengorbanan..
__
Yg nak disampaikan disini..bukan soal kena buat pengorbanan, tapi bila kita nak dengar pengorbanan dari peringkat pemimpin2 negara. Bila pula rakyat nak dengar pengumuman tentang gaji dan elaun menteri2 dan yb2 dari pihak kerajaan dan pembangkang dipotong sebanyak 20 % ke..Gaji dan elaun datuk2 bandar dipotong..gaji para2 hakim dan majistret dan pegawai2 peringkat trtinggi kerajaan dipotong..

Rasanya mungkin dah sampai waktu..pemimpin pula brkorban sedikit duniawi mereka..utk rakyat.

..aku dengar khlifah Umar Abd Aziz PAS duduk banglo mewah gak..mmm
..bila pempin2 PAS, nak amalkan versi khalifah Umar Abd Aziz ra yg sebenarnya, bukannya versi PAS.

..memang mudah minta org lain buat pengorbanan.

0 comments

Harunsani VS Nik Aziz

Seruan demi seruan dari Mufti Perak..seorg yg mencintai agama dan bangsanya. Kerisauan beliau jelas tentang perpaduan sesama Islam.

Walaupun usahanya yg kali pertama ternyata gagal..tapi beliau masih tidak brputus asa keatas usaha dalam mertabatkan agama Islam dan bangsa melayu ngan jalan perpaduan.

Ummat Islam..khususnya diMalaysia, siratulrahimnya tidak trputus kerana perbezaan parti, fahaman, maupun pembelajaran dan pemahaman..Ummat Islam di Malaysia masih brsatu dalam hal ehwal ibadat secara umumnya.

Di Malaysia ada brbagai2 NGO org2 Islam, tareqat2, persilatan, perguruan, pemahaman2 yg mana ada pengikut2 dan ahli2nya..tapi dari segi ibadah yakni perlaksanaan rukun2 Islam, alhamdulillah, cuma ada sedikit je perselisihan.

Cuma kita kena gerak selangkah lagi yakni brsatu hati dalam isu politik dan ekonomi..mewujudkan semangat jemaah dan brsatu padu. Kini tekanan2 politik dan ekonomi semakin meningkat dari dalam dan luar negara. Ancaman2 ni boleh mengancam kestabilan dan keamanan sesama org2 Islam dan ni boleh juga mengancam kestabilan negara secara amnya.

Datuk Mufti Perak brpandangan jauh bukan utk generasinya tapi generasi yg akan datang..generasinya akan kembali kerahmatullah dan keadaan masih belum meruncing.
__
Nik Aziz yg telah diangkat sebagai ulamak dan memegang jawatan Mursyidul Am PAS seharusnya brpandangan sedemikian..beliau sebagai ulamak yg seharusnya mewarisi sifat2 dan ciri2 ambiya' alaisalam yakni sentiasa meletakkan ummat dihadapan brbanding partinya dan perasaannya sendiri. Para ambiya' as sentiasa meletakkan agama dihadapan dan keluarga, diri, dll dibelakang.

Nik Aziz yg selalu brkata tentang "luka"nya ketika brsama2 BN..yg kita sendiri tak tahu apa "luka"nya..apakah sebagai seorg ulamak waris ambiya' begitu sekali mementingkan "luka"nya brbanding ummat.

Tidakkah dia sedar kerosakan pada hati2 pengikut2 dan penyokong2nya yg juga dihinggapi oleh "luka"nya tanpa mengetahui ngan jelas apa "luka" trsebut. Kata2, pemikiran2, dan ceramah penuh mengandungi rasa benci dan prasangka2 yg sesetengah2 tidak berasas dan direka2.

"Luka" ni kenalah diri sendiri maapkan..

Kita lihat..apa jadi pada penyokong2nya di Pulau Pinang dan Selangor ..apakah mendapat layanan sewajarnya dari parti2 sekutunya. Apakah PAS bebas bersuara? dan yg lebih ajaib, terpaksa menyokong prbuatan2 mungkar yg dilakukan oleh mereka spt brsekedudukan haram Liza Wong, perompakan besar2an khazanah negeri..dan menyokong penjenayah tanpa usul periksa ..semua lakukan demi menjaga kuasa politik. Sehingga Karpal terang2 menyatakan pendirian DAP, tapi masih brlembut dan brlapang dada dan menyedapkan hati ngan mengatakan tu adalah pendirian beliau bukannya parti.
__
UMNO ahlinya hanya 1-2 juta org je..ada brjuta2 org2 Islam yg bukan ahli UMNO, bukan ahli PAS..apakah kerana "luka" yg tak diketahui apa puncanya..menyebabkan beberapa juta org2 Islam ni jadi korban?

..kembalilah kepangkal jalan, yakni amar ma'aruf nahi mungkar kerana Allah swt bukan kerana parti.

..sama2 ler kita fikirkan.

0 comments

Blog Archive

Labels