
Pemimpin PAS nan seorang ini yang sedang terdesak untuk mengekalkan jawatannya selaku Naib Presiden PAS, cuba mengkehadapankan dirinya dengan isu-isu yang baginya cukup mencabar dan sukar dijawab oleh pihak lawan, khususnya UMNO dan kemudian diangguk-angguk oleh kebanyakan rakyat.
Itu perspepsi Mahfuz Omar lah, antara pemimpin PAS paling cokia yang masih dipilih oleh para ahli PAS sebagai pemimpin mereka sekalipun sudah berulang-ulangkali Mahfuz membuktikan, dia tidak layak menduduki jawatan selaku Yang Berhormat sebaliknya cukup sebagai pengumpul fail dan kertas di lantai!
Mahfuz dalam usaha menimbulkan kemarahan rakyat jelata kepada Perdana Menteri Malaysia serta anggota-anggota kabinetnya yang sedang berusaha menaikkan semula taraf ekonomi negara yang telah dihancurkan oleh kepimpinan terdahulu, menganggap apa yang dilakukan oleh pentadbiran Najib, ialah meneruskan budaya kronisme, nepotisme dan kini adik-beradik memandangkan orang yang membuat ulasan tentang penyusutan FDI di Malaysia adalah adik Perdana Menteri sendiri!
Sama ada Mahfuz Omar sedar atau sebaliknya, DAP dan PKR merupakan parti yang berteraskan keluarga, anak dan isteri!!!
Tanpa anak, isteri dan kekasih, di manakah Parti Keadilan Rakyat berada sekarag? Tanpa anak-anak lelaki dan menantu, bagaimana pula DAP boleh tertegak? Tanpa anak-anak yang berfikiran lebih terbuka dan jauh lebih cerdik berbanding Mahfuz Omar seperti Nik Abduh dan Mujahid Yusuf Rawa, bagaimana PAS boleh mengharungi masa hadapan politik mereka?
Sewajarnya Mahfuz Omar tidak perlu sakit hati kerana tidak pernah diberikan peluang oleh abangnya suatu ketika dahulu, meskipun abangnya menduduki jawatan tinggi dalam pentadbiran awam. Keupayaan dan kemampuan Mahfuz pastinya telah diketahui oleh abangnya sehingga Mahfuz hanya mampu tercampak sebagai ahli politik bertaraf taik ayam candu!
Mahfuz memekak tentang penurunan FDI sehingga 81%. FDI adalah pelaburan langsung asing di sesebuah negara. Negara yang paling banyak menerima FDI bermakna negara terbabit sebenarnya adalah sebuah negara yang mempuanyai insentif dan inisiatif selain beberapa kemudahan serta faedah kepada pelabur-pelabur langsung asing ini.
Dengan 5 buah negeri jatuh ke tangan pembangkang, selain pentadbiran terdahulu yang begitu berfoya-foya menghabiskan harta negara, bagaimana FDI hendak masuk ke negara ini secara berduyun-duyun? Apatah lagi kebanyakan kerajaan baru di setiap negeri terbabit, lebih banyak menumpukan masa kepada usaha-usaha mengukuhkan cengkaman mereka ke atas kerajaan dan pentadbiran, bukannya memberi keselesaan dan memberi keyakinan kepada para pelabur asing.
Sehingga kini, Kelantan dan Kedah cukup selesa dengan duit dari Persekutuan tanpa sebarang usaha meningkatkan pelaburan baru di dalam negeri masing-masing. Biarpun Kelantan baru-baru ini kelihatan begitu bangga dengan kilang emas yang dirasmikan oleh Nik Aziz, namun adalah dipercayai, nilai pelaburan tersebut tidak setaraf dengan nilai pelaburan yang telah dilarikan ke Wilayah Iskandar, Johor oleh CEO dari Kulim Hi-Tech kerana kecenderungan dan kebaghalan pengurusan baru Kulim Hi-Tech yang diterajui oleh PAS dan PKR.
Ramai yang beranggapan, Kulim Hi-Tech tidak lama lagi akan menjadi sebuah bandar industri 'berhantu' seandainya PAS memerintah lagi dua penggal... penuh dengan bangunan tetapi bangunan-bangunannya kosong, melainkan yang dimiliki oleh kerajaan Malaysia!
Mahathir ketika pada zaman pentadbirannya, mengambil masa dan memberikan tumpuan yang sangat tinggi terhadap penarikan pelabur-pelabur asing. Ia tidak berjalan lancar kerana banyak diganggu-gugat oleh pelbagai anasir termasuklah dari kalangan DAP yang tidak mahu melihat orang Melayu mendapat gaji lebih dari RM180 sebulan dengan alasan, kadar inflasi yang tidak terbendung bukan sekadar memberi kesan kepada masyarakat Melayu baru yang mula pegang duit bulanan sebanyak lebih RM1000 sebulan, tetapi juga masyarakat Cina yang rata-ratanya terbabit dalam perniagaan.
Anda boleh rujuk kepada alasan yang diberikan oleh Lim Kit Siang ketika ura-ura UEM akan membina Projek Lebuh Raya Utara Selatan, selain Jambatan Pulau Pinang dan Kereta Proton Saga!
Apabila 5 buah negeri sudah tidak lagi berada di bawah pentadbiran yang sama, sekalipun masih berada di dalam persekutuan, pastinya para pelabur asing akan mengambil langkah berjaga-jaga. Penurunan FDI banyak disumbangkan oleh Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan selain Perak ketika Nizar Jamaluddin menjadi Menteri Besarnya dahulu.
Mahfuz patutnya cermin muka dahulu sebelum bercakap.... Lebih baik Mahfuz jangan bercakap sebab lebih banyak dia bercakap, peluangnya untuk mengekalkan jawatan Naib Presiden PAS semakin lama semakin kabur sebab setiap kali dia bercakap, terserlah sangat kebodohan dan keinginannya untuk menikam sahabat handainya dari PAS sendiri, khususnya PAS Kedah!