IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Tuesday, September 7, 2010

Golongan yg anti-artikel 153

Tuesday, September 7, 2010
Golongan2 ni adalah golongan yg kecewa!!

Satu golongan yg mana mewarisi perjuangan Chin Peng..walaupun telah diberi kerakyatan dan kebebasan, tapi kecewa utk menjajah negara ni terus membakar jiwa dan semangat mereka..ni dari kaum cina.

Kaum Cina yg tidak trlibat atau bencikan komunis..tidak ada apa2 masalah.

Dari kaum Melayu, rasa kecewa kerana tidak dapat capai apa yg dicita2kan..satu bendera ngan Chin Peng..kecewa ni juga kerana ditewaskan. Walaupun dapat kebebasan, kemakmuran dan keharmonian terus menyengat tubuh badan mereka!!

Satu golongan lagi kecewa dari persaingan dalam politik UMNO dan BN..ditumpaskan..jadi cuba mencari2 kesempatan dari isu2 sensitif utk menarik perhatian dan cuba menaguk diair keruh!!

memang betul artikel trsebut dilarang diperdebatkan atau diperbincangkan secara terbuka atau dipersoalkan..kerana semua tu hanya mengundang masalah dan perselisihan faham.!!

Org2 cina jika benar nak jajaj Malaysia ni mudah je..belajarlah dari strategi British, British mampu memerintah 400 tahun.
Cuma bezanya..apa2 hal British leh balik kampung!! Kamu wahai org2 cina, Tanah Besar Cina nak ke terima korang? Kat sini juga ler kampung korang!!

..MALAY SAJA..

8 comments

ORANG PAKISTAN SIBUK MAIN BANJIR, ORANG SELANGOR SIBUK TAKDAK AIR!!!

1.2 juta orang akan berhadapan dengan masalah bekalan air yang sangat serius berikutan penutupan pusat rawatan air Semenyih pada pukul 1.40 subuh semalam akibat dicemari air lecek tempat buangan sampah. Kawasan yang dijangka menerima KESAN BURUK KETIADAAN AIR adalah Hulu Langat, Sepang, Petaling dan Kuala Langat.

Dalam satu berita yang berkaitan, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air berpendapat peningkatan permintaan tidak boleh dipenuhi dengan jalan penyelesaian yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Khalid Ibrahim iaitu mengurangkan kadar air tidak berhasil (NRW) kerana ia memerlukan pelaburan dan modal yang tinggi serta berterusan.

Oleh kerana itu, Kerajaan Pusat berpendapat Projek Rawatan Air Langat 2 perlu dipercepatkan. Kerajaan Negeri Selangor menjangkakan negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya hanya akan mengalami defisit air pada 2019, manakala Kerajaan Pusat menjangkakan bahawa pada 2012, penduduk Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya menghadapi krisis air yang teruk.

Kerajaan Pakatan Rakyat bagaimanapun, BERKERAS dan BERTEGAS agar projek tersebut hanya dilaksanakan pada 2019. Alasannya ialah, Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor MEMERINTAHKAN Kerajaan Pusat mengambil langkah tertentu seperti mengurangkan kadar kehilangan air tidak bernilai (NRW) dan Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH).

Krisis air di Selangor sebenarnya sudah lama bermula. Mungkin ramai yang tidak berasa terseksa kerana kepantasan SYABAS menyelesaikan masalah air di Lembah Kelang, khususnya di daerah Hulu Langat, Petaling, Kuala Langat dan Sepang. Pencemaran bekalan air mentah ke loji rawatan air di Semenyih sudah berkali-kali berlaku.

Ketika Selangor di bawah Barisan Nasional dahulu, ada perancangan untuk menutup loji rawatan air di Semenyih memandangkan kos yang terlalu tinggi untuk melakukan rawatan air. Sebaliknya air mentah diperolehi dari Pahang menerusi Projek Langat.

Bagaimanapun, selepas Pakatan Rakyat mengambilalih, kerajaan yang KUNUN-KUNUNNYA SANGAT PRIHATIN kepada rakyat itu, telah MEMBATALKAN PROJEK berkenaan. Sebaliknya tindakan dan desakan yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor seperti yang didedahkan, menunjukkan SELERA pentadbiran Selangor dari Pakatan Rakyat untuk memastikan projek pemantauan dan penyelenggaraan menerusi kadar kehilangan air bernilai (NRW) bagi kaum kerabat dan kroni....

Hanya kerana keuntungan itulah, penduduk Selangor perlu berhadapan dengan KRISIS air yang teruk....

Terima kasih PAKATAN RAKYAT!!!!

0 comments

Soalan yg dah tahu jawabnya, tapi saja..

Malaysia or Malaysaja? Part 2: Clarifying and reconciling the Constitution


By NURUL IZZAH ANWAR

Since I wrote my 31 August 2010 article, titled “The Ultimate Malaysian Debate: Malaysia or Malaysaja?”, which called for a constructive engagement with Perkasa, and with the stated purpose to seek clarification and not challenge or repeal the constitution, my invitation to Perkasa has not only been rejected but countless accusations and police reports were made against me.

I believe as a democracy, that all opinions made related to the article — which I hope was not lost in translation — is accepted and responded to with thanks.

With that, I invite everyone to read the full article again. (see: http://www.mysinchew.com/node/44287 )

I stand by that article and will remain a Malaysian Patriot forever.

I also recommend that the Malaysian Constitution be read in conjunction with the Articles mentioned. For brevity, the fantastic MyConstitution brochures produced by the Malaysian Bar Council are also very helpful.

Part 2: Clarifying and Reconciling the Constitution

In the interest of framing the context of my concerns for the state of our nation, I have written this sequel.

I wish to continue in the path of constructive engagement with all concerned Malaysians.

I again reaffirm that I only seek clarifications and not to challenge or ask to repeal our constitution.

I have decided to make a list of issues concerning “Malay Rights”, that needs to be clarified and reconciled between the mixed government policy signals over the years in relation to Article 153, Article 152, Article 89 and the NEP.

The main contention for clarification is that, how do we reconcile between the need for change to meet current circumstances facing the nation today and the constitution — the raison d’etre of my proposed debate with Perkasa for a better Malaysia?

The list, where all the information is available as a matter of public record, is as follows:

Part XII, General and Miscellaneous — Article 153 — Reservation of quotas in respect of services, permits, etc., for Malays and natives of any of the States of Sabah and Sarawak.

Article 153 contains a quota mechanism in the form of Article 153 (2)… the Yang di-Pertuan Agong shall exercise his functions under this Constitution and federal law… to ensure the reservation for Malays and natives of any of the States of Sabah and Sarawak of such proportion as he may deem reasonable for:

•dan seterusnya...

Hidup Malaysia! (or Hidup Malaysaja!?)

(Note: Bersih’s Joint Communiqué for Election Reforms provides an illuminating argument on the subject. Please support and promote new Voter Registration.)

[Nurul Izzah Anwar is the MP for Lembah Pantai.]

Notes:
[1] The Star, 7 May 2010, High Court: It’s constitutional to teach Maths, Science in English and 8 May 2010, Court: It’s OK to teach Science and Maths in English, Both by M. Mageswari

[2] The Malaysian Insider, 21 July 2010, How poor are we, really? By Sheridan Mahavera.

[3] Straits Times, Singapore 9 November 2006, KL Reveals How Bumi Share Is Calculated — Move follows dispute over claim that Malays own only 18.9% of business equity By Malaysia Correspondent Carolyn Hong

__

Tak der mana2 ahli UMNO yg gagah perkasa lagi bijaksana mampu menjawab?



Kalau tak de, bior ler aku menjawab..belajarlah terima hakikat, MALAYSIA tu maknanya Tanah Melayu.



Malaysia atau MALAY SAJA...MALAY SAJA, apa dorang nak buat?



Hidup MALAYSIA atau HIDUP MALAY SAJA..HIDUP MALAY SAJA, so what, ada apa2 masalah ke?

__

Artikelnya panjang lebar, bla..bla..bla..semata2 nak main2kan perkataan MALAYSIA ATAU MALAY SAJA.

HIDUP MALAYSIA atau HIDUP MALAY SAJA..relevan ke?



Apakah selama ni MALAY SAJA pun..org2 cina mati kebulur ke? Tak nak kah, citer bilangan jutawan dan juta-jutawan org2 cina.



Yg sakit hati sangat ngan org2 Melayu ni apa halnya?

Terima le je hakikat...tiap projek yg Melayu dapat, 80 % dari keuntungan projek sapa dapat?

Jgn risau..org2 Melayu yg kuat shopping!! Gomen bagi ler banyak mana elaun atau bonus pada kakitangan awam yg majoritinya melayu--mereka akan leburkan semua tu pada kedai2.

kakitangan kerajaan ramai melayu mudah je..org2 cina tak brminat, lagi pun dah 50 tahun lebih duduk diMalaysia tapi tak tahu cakap melayu ngan fasih..



Cakap je ler..bukan MALAYSIA ATAU MALAY SAJA..TAPI u mau CINASIA ATAU CINA SAHAJA!!!

Cakap je terus terang!! biar org semua faham!!

___

Sebenarnya tak da apa2 isu pun..

Kerana brbilang kaum, dan brbilang2 keupayaan..nak tak nak, org2 Melayu perlukan org2 cina utk tembusi pasaran local atau pun oversea..gitu juga org2 Cina perlukan org2 Melayu..



Tak da apa2 pun nak dibincangkan atau nak "review" kembali perlembagaan..perlembagaan prsekutuan adalah aku-janji dan dipersetujui..terima je ler.



Betul ler...dah disebut dlm perlembagaan perkara trsebut tak leh dibincang dan disebut gitu2..

Tapi mereka bernasib baik kerna kerajaan kita adalah kerajaan yg hanya mampu beri AMARAN dan NASIHAT!!!
_
MALAYSIA ATAU MALAY SAJA..terang2 ianya provokatif..tulisan2 seterusnya semata2 nak citer ianya cuma artikel yg mengajak rakyat brfikir dari segi rasional!!

Naper tak nak tulis...MALAYSIA..atau MALAY-SIA sia dalam bahsa cina apa namanya?

Atau kenapa takkempen terang2 seluruh Malaysia..MALAY SAJA atau CINA SAJA!!

0 comments

GERAKAN KATA SUSAH NAK TAWAN PULAU PINANG... IYER KER?

GERAKAN dalam satu kenyataan, seolah-olah telah memberikan jaminan bahawa pada PRU-13 Pulau Pinang akan kekal berada di bawah DAP. Menurut Setiausaha Agung GERAKAN, Teng Chaw Yeong, BARISAN NASIONAL bakal berhadapan dengan pelbagai jenis sentimen, isu sosio-ekonomik dan perkauman yang sedang melanda negara ini. (Free Malaysia Today)

Kenyataan ini sebenarnya menguatkan lagi tanggapan umum bahawa GERAKAN sebenarnya bekerjasama secara sulit dengan DAP untuk mengekalkan Pulau Pinang di bawah DAP. Bukti yang paling jelas, GERAKAN sama ada di Pulau Pinang mahupun di seluruh Malaysia, langsung tidak bernafsu untuk membuktikan bahawa mereka adalah sebuah parti politik di negara ini. Sebabnya, berbanding DAP, UMNO, PAS, PKR, MCA dan MIC, GERAKAN adalah parti yang paling tercorot dalam proses mendaftar pengundi baru.

Sebenarnya GERAKAN yang kehilangan tampuk pentadbiran di Pulau Pinang, tidak layak langsung membicarakan tentang kemelut dan senario yang berlaku di pulau terbabit. Sepanjang dua tahun selepas kehilangan kuasa, GERAKAN bagaikan sebuah parti politik yang telah pupus langsung. Kebanyakan pemimpinnya tidak pun menjalankan tanggungjawab mereka, sebaliknya mencari jalan untuk mendapatkan sokongan kaum Cina dengan mengutuk, mencerca, menghina dan melampirkan fakta palsu tentang orang Melayu dan Islam.

Agak menarik kerana sehingga kini, GERAKAN dan para pemimpinnya sentiasa mencari alasan untuk menghalalkan kemalasan mereka. Para pemimpin GERAKAN hanya akan aktif dan mula menampilkan diri apabila pilihanraya semakin hampir nanti, bagi menonjolkan nama dan pada masa yang sama, seolah-olah ingin MEMASTIKAN KEMENANGAN DAP di Pulau Pinang!!!!

3 comments

PERKASA TAK TAMBAH UNDI MELAYU... HEHEHE... KHAIRY JAMALUDDIN BUAT LAWAK!!!

Kata Khairy yang sebelum ini MENCABAR UNTUK KELUAR UMNO, kewujudan PERKASA sebenarnya tidak menambahkan undi Melayu kepada UMNO, sebaliknya menyebabkan UMNO dan Barisan Nasional kehilangan undi dari kaum Cina dan India. (MalaysiaKini)

Khairy Jamaluddin, sama seperti MENTORnya, Anwar Ibrahim adalah SPESIES yang sememangnya dijadikan Allah Taala sebagai PENGHIBUR dan sebagai BAHAN GELAK TAWA rakyat jelata. Apatah lagi dengan hujah dan lelucon mereka yang pastinya akan kekal dalam lipatan sejarah berbanding ahli-ahli politik yang lain di negara ini, hatta Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng sekalipun!!!

Satu perkara yang Khairy Jamaluddin terlupa, BN mengalami kemerosotan sokongan yang teruk apabila dia dan abang iparnya, MENCULANG-LANGKITKAN harta dan rakyat seperti harta pusaka tok nenek masing-masing. Kebencian terhadap Kamaluddin Abdullah yang meneruskan kesinambungan dan kesan-kesan PENGANIAYAAN KEJAM terhadap pengusaha-pengusaha bas mini MELAYU di Kuala Lumpur menerusi pengambilan RAPID daripada Intrakota dan kemudian dijual kepada Kerajaan Malaysia dengan harga 'yang sangat menarik'.

Bagi para penyokong Anwar Ibrahim yang kelam mata dan buta otak, Anwar Ibrahim adalah orang penting dalam MELUPUSKAN permit bas-bas mini yang dimiliki oleh ribuan MELAYU di Kuala Lumpur untuk DIKUMPULKAN di dalam sebuah konsortium YANG BERNAMA INTRAKOTA. Proksinya, Tan Sri Yahya Ahmad yang mengetuai konsortium berkenaan bagaimanapun terbunuh dalam satu kemalangan helikopter tragis bersama-sama isterinya.


Khairy boleh berbohong dan cuba menipu fakta. Hakikatnya PERKASA wujud ketika golongan muda mula MENGUTUK dan MENCERCA bapa mertua. PERKASA wujud dalam bentuk MENGAMBIL KESEMPATAN oleh ahli politik bergelar Ibrahim Ali dan geng-gengnya.

Apa yang berlaku sebelum kewujudan PERKASA ialah Abdullah Badawi bapa mertua si Khairy, Khairy sendiri dan abang iparnya, Kamaluddin Abdullah menjadi figur yang paling dibenci oleh rakyat Malaysia kerana keserakahan dan ketamakan mereka. Malah Tun Mahathir telah menyerang kepimpinan tertinggi UMNO itu secara berterus-terang.

Apa malu sangat hendak mengakui bahawa sokongan terhadap UMNO dan kebencian terhadap parti yang berusia 64 itu menebal angkara dirinya sendiri? Apa perlu Khairy menyalahkan orang lain sedangkan memang jelas, kaitan perangai dan kehadirannya di dalam UMNO, terutama kemenangan penuh 'rasuahnya' dalam pemilihan Ketua Pemuda UMNO, menjarakkan lagi golongan muda dari UMNO.

Kesian sungguhlah budak nih!!! Barangkali mak bapa dia dulu tak pernah mengajar dia tentang maksud MUHASABAH diri.... itu pasallah, bila dia nampak salah jer, dia akan kona pi ke tempat lain!

2 comments

Apa kerajaan leh buat dan nak buat?

Satu senario..kisah nyonya yg kononnya dah duduk DiMalaysia sejak merdeka yg file complaints pada pegawai polis..

Ada ribu2 seperti nyonya ni..diserata negeri dalam Malaysia!! seolah2 baru ada di malaysia kurang dari 2,3 bulan..
Yg seronoknya..hampir semua jabatan kerajaan tahu hal ni, tapi dah 50 tahun lebih merdeka, apa yg perlu dibuat? agar setiap rakyat malaysia fasih dalam brbahasa Melayu..

Betul ke mereka ni rakyat Malaysia atau pendatang asing yg guna i/c rakyat malaysia?
___
Gitu juga sering keluar laporan2 akhbar berkenaan tempat2 hiburan dan umah urut yg diserbu..ramai2 wanita2 brbangsa asing ditangkap..ramai juga mereka dari tanah Besar cina atau brbangsa cina!!
Tu pendatang2 pompuannya..kat mana pendatang2 Cina lelakinya?

kalau lelaki, pendatang2 asing yg ditangkap adalah ramai dari golongan pakistan, bangla, nepal, indon, dll..cina tak de pulak!!

Mungkin dalam 1, 2 tahun lagi..penduduk majoriti diMalaysia ialah bangsa Cina, yg mana mereka ni bukannya dilahirkan tapi diberikan I/C.

Sebab tu jgn hairan jika mereka tak faham pasal "ketuanan melayu", "bahasa melayu", dan lain2 adat resam org2 Melayu!! maklum ler memang sebenarnya bukan rakyat Malaysia pun..

..aku agak je ler

4 comments

Lawak dibulan Ramadhan

Zaid lahirkan kekecewaan, rela 'dikuburkan' ahli PKR
KUALA LUMPUR 6 Sept. -

"Pelik sungguh tabiat dan tindakan mereka ini. Semasa saya diterima masuk setahun dahulu saya digelar wira, seorang yang berani dan berprinsip, pejuang politik yang tidak mementingkan jawatan dan kedudukan.
"Dua belas bulan kemudian saya sudah menjadi orang yang tidak setia, pengacau dan akan menjual parti kepada UMNO," tegasnya dalam satu kenyataan yang disiarkan menerusi blognya hari ini.
Zaid dilihat terpanggil mengeluarkan kenyataan itu kerana mendakwa terdapat serangan peribadi terhadapnya dari dalam PKR sejak beliau mengumumkan hasrat bertanding jawatan tersebut minggu lalu.
"Blogger itu diminta menulis yang saya akan membayar RM20,000 kepada cabang yang mencalonkan saya dan menulis bahawa saya kononnya orang suruhan Tun Daim Zainuddin untuk menghancurkan PKR," jelasnya.
Dalam kenyataan itu juga, Zaid sempat berkempen dengan meminta sokongan para perwakilan terhadap gandingan Anwar Ibrahim-Zaid Ibrahim sambil mengatakan perjuangannya dalam politik adalah untuk membentuk sebuah negara yang lebih adil.
Zaid berkata: "Kalau nasib saya seperti Pak Ghafar (Allahyarham Tun Ghafar Baba) pun saya rela. Dalam perjuangan politik saya, sifirnya mudah. Kalau benar saya sokong, kalau palsu saya bantah."
-sedutan dari utusan.

Ha ha ha..cam ni punya lawak pun ada!! Ni lah jenis2 pempin Melayu kita..pehhh.
Ahli politik tetap ahli politik..walau apa pun latarbelakang mereka, semada lawyer, ulamak, engineer..bila masuk je politik, maka mereka adalah ahli politik..

- ramai pak pander la ni!!

- selamat Raya

1 comments

Anwar jadi kempen manager Azmin

HA HA HA..
HA HA HA..

Aku tak tahu nak kata apa ..melainkan ketawa!! macam ni pun ada..Mungkin En Kamal Sanusi, penyokong setia Abg Anwar leh tolong terangkan..lawak ini.

KUALA LUMPUR 6 Sept. - Tindakan calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengurus kempennya untuk pemilihan November ini, dipersoalkan oleh bekas Exco kanan parti itu-utusan.

Tapi ni mungkin fitnah!!

-Selamat Raya, maap na!

1 comments

Lepas puas bagi AMARAN..NASIHAT pulak!!

PUTRAJAYA 6 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan rakyat negara ini agar tidak mempersoalkan perkara-perkara yang sudah disepakati oleh para pengasas negara khususnya Perlembagaan Persekutuan yang berdasarkan kontrak sosial di antara kaum.
Perdana Menteri juga meminta rakyat untuk sentiasa mengelakkan diri daripada bertindak atau mengeluarkan tutur kata yang boleh mengguris perasaan kaum-kaum lain.
Beliau menegaskan perkara itu merupakan aspek penting dalam menjiwai gagasan 1Malaysia dan dapat menyumbang kepada pengukuhan perpaduan nasional.
Najib yakin jika perkara-perkara itu dijiwai, ia mampu meredakan 'suhu panas' yang melanda negara sejak akhir-akhir ini.
''Kita semua selalu sebut tonggak negara ini adalah perpaduan nasional dan kestabilan politik dan ini akan terancam kalau kita tidak dapat menguruskan perhubungan kaum dengan begitu baik.
''Sebab itu gagasan 1Malaysia amat perlu difahami, dihayati serta diamalkan dan sehubungan itu saya harap para penjawat awam dapat menjiwai konsep 1Malaysia dalam apa saja perkara yang kita lakukan," katanya.
''Ingatlah bahawa menjadi tanggungjawab kita memelihara negara untuk anak-anak dan cucu-cucu kita, jangan yang elok menjadi retak dan jangan yang sudah bersambung menjadi putus.
''Dalam menyambut Aidilfitri dengan konsep rumah terbuka yang unik di Malaysia, kita bukan sahaja hendak 'membuka' rumah tetapi lebih penting membuka hati dan minda kita," katanya.
-sedutan dari utusan.

Dah 53 tahun merdeka, perlu lagi ke beri peringatan!!
Takkan ikut jejak langkah Menteri KDN yakni AMARAN demi AMARAN!!

Org senior macam Lim Kit Siang, perlu ke bagi peringatan?
Nurul ahli Parlimen, perlu ke beri peringatan?
majlis Peguam, Ketuanya..perlu ke beri peringatan?

kalau rakyat yg biasa ni, ok ler..pasal kurang arif tentang perlembagaan..malah hampir 3/4 rakyat malaysia tak tahu.
Aku rasa kakitangan kerajaan pun ramai tak tahu..

Aku baru je tahu pasal artikel tentang hak keistismewaan trsebut tahun lepas..dan umur aku dah masuk kedalam era 50'an.

Org2 politik, peguam, dan kononnya bijak pandai mereka leh terjemahkan "perkataan2" tertentu yg boleh bawa brmacam2 kefahaman..

Perbalahan dan persengketaan dalam Islam pun kerana permainan2 "perkataan" dari hadis dan AQ..tafsir ikut berbagai gaya dan kefahaman.

eloklah cegah sebelum parah..

- selamat raya, maap zahir & batin


0 comments

Monday, September 6, 2010

Membaca doa vs Berdoa.

Monday, September 6, 2010
Diriwayatkan..doa adalah senjata org2 mukmin..Doa adalah otak ibadat..dan berbagai2 lagi.

Tapi sejauh manakah kita telah asahkan dan tajamkan doa2 kita..sejauh mana telah gunakan dalam perjuangan menghadapi pahit getir hidup ini?

Dah beberapa banyak doa kita hafal dan doa apakah yg menjadi lazim kepada kita?

Umumnya kita letakkan golongan2 tertentu saja yg mustajab doa2nya..makbul doa2nya..golongan pertama kita letakkan alim ulamak, ustaz2 dan seterusnya.
Golongan2 yg mustajab doanya, golongan ni biasanya telah latih diri mereka ngan sentiasa berdoa yakni sentiasa mengasah doa2nya..selalu semayang hajat dalam apa2 urusan mereka..baik urusan dunia maupun akhirat.

Golongan2 biasa yg dikenali sebagai org2 awam mendambakan golongan2 yg disangka mustajab ni..walaupun ada sedikit brbeza pendapat, golongan2 awam sentiasa memberi laluan pada golongan2 yg mustajab-khuatir jika golongan2 mustajab ni enggan doakan mereka!! Jika diludah muka pun, sanggup terima!!

Nabi saw telah diutuskan..dan mengajar pada ummat ni, bahwa Allah swt Maha Mendengar, Allah swt Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang..ummat diajar agar terus berdoa tanpa perlukan sesapa utk doakan mereka. Doa2 org lain hanya sebagai "bonus" atau bantuan pada doa2nya. Ummat diajar "independent"/berdikari tidak mengharap pada sesapa walaupun dalam bab brdoa! Malah Nabi saw beritahu tip2 utk mustajabkan doa, ajar doa2 yg diberkati yg disukai oleh Allah swt, malah Allah swt sendiri telah ajar doa2 tertentu..umum maupun yg khusus..doa para ambiya' trdahulu dan org2 yg soleh..doa2 ni hanyalah panduan kita, yg mana kita perlu sendiri mencari "duduk" kita dalam berdoa.

Kini, kerana keadaan berterusan sedemikian..kita hampir2 menjadi seperti penganut2 agama lain, yg mana hanya "father" atau "tok sami"..apa2 hajat kita ajukan pada golongan2 elit dalam agama ngan upahnya..ada upah utk semayang hajat dsb. Bila trcapainya hajat, maka tersebarlah betapa mustajab doa sipolan, maka brduyun2 org2 awam ni datang mengunjung..ada hajat utk mudahkan jodoh, mudahkan rezki, mudah utk dapatkan kerja, lariskan perniagaan, sembuh dari penyakit yg dideritai dsb. Ada sampai golongan2 ni seolah2 "disembah"..dianggap wali2 Allah swt, mulut mereka masin..dsb. Mengapa perlu kita hinakan diri kita sedangkan Allah swt yg disembahNya yg dipohon hajat2nya tu adalah Allah swt yg sama kita sembah!!

mana Allah swt kita?
__
Bangunlah..asah doa memasing..satu masa nanti kita keseorangan, yg mana tiada siapa yg leh bantu kita utk doakan kita maupun melindungi kita ngan doa2nya. Sentiasa lah berdoa!!

Nabi saw..dari bangun tidur sehingga tidur kembali..penuh diisi ngan doa2. Melihat wajah dicermin, menyikat rambut, menyikat janggutnya, mencelakkan matanya, makan, minum, brjalan, menaiki kenderaan ..apa saja..penuh diisi ngan doa.

Jgn risau makbul atau tidak..yg pasti..Dia mendengar..mendengar suara kita, rintihan kita, aduan kita, kemarahan kita, kekecewaan kita..

Brdoalah lagi dan lagi..sehingga kita rasa hubungan kita nganNya menjadi akrab..akrab sebagai kawan..akrab sebagai sahabat ..lama kelamaan akrab ibarat kekasih.

Bila sampai tahap ni..kita bukan lagi membaca doa, tapi berdoa.
Bila sampai tahap ni..semayang yg kita dirikan penuh ngan bisikan2,aduan2, rindu dendam yg membuak2..
Nabi saw bila dirikan semayang..para sahabat ra leh dengar hati baginda saw mengelegak spt air yg sedang mendidih..aku tak leh bayangkan macam mana keadaannya, dan halnya.
Abu Bakr ra bila dirikan semayang..mereka yg hampir ngannya leh bau daging terbakar!!

Walaupun cara mereka dirikan semayang sama je ngan kita dirikan..bacaan2 sama je ngan kita baca..bilangan rakaat juga sama saja..tapi mereka benar2 "mengadap" Allah swt dan berbicara ngan Nya..

Nabi saw beritahu mahfumnya..sejuk mataku dalam semayang..
Seorg alim beritahu ..keletihanku hilang dalam semayang..
Abu Hurairah dalam kelaparan yg amat sangat..Nabi saw perintahnya dirikan semayang..

Utk capai "hal" ni, keadaan ni...latihlah, asahlah, ujilah doa2 kita setiap hari. sehingga kita benar2 "meminta2" dan "mengharap2"..berbisik2..berkata2..
__
Manusia leh ambik harta kita, leh ubah perlembagaan, leh jatuhkan kerajaan, leh buat apa yg mereka mahu..tapi "hakikat" doa kita tiada sapa leh ambik, malah tenang bertakhta dalam hati.

Hanya sekali tadah..musuh2 Allah swt pasti akan tersembam makan tanah!!

Ni lah rahsia kekuatan kita..nilah rahsia kekayaan kita..ni lah khazanah kita..kita mesti capai dan sempurnakan ayat AQ ni dalam diri kita.."BERDOALAH PADA AKU, NESCAYA AKU PERKENANKAN"

Tapi..kuatkah kita? Kalau dah tahu tak kuat, kuatkan lah..asahlah.. Jgn pandang siapa diri kita, berapa banyak dosa kita, betapa kurangnya pahala dan amalan kita..
Dia Maha Berkuasa..Dia leh perkenankan doa sesapa pun, dan tiadalah ada dosa yg leh halangNya, tiada pahala atau amalan yg leh menundukkanNya..Dia lah Allah!!

Berlatihlah..sehingga hilang sangsi dalam diri..hilang sandaran bila berdoa..hilang harapan dalam berdoa..aku berdoa kerana aku adalah hambaMu yg penuh dosa, kekotoran lagi hina!! Jika kerana dosa dan kehinaan aku, aku berpaling dariMu, maka aku lah yg rugi..
Jika kerana amalku jadi sandaran pada doa2ku, apakah amalan yg leh menyamai kemurahan dan kasih sayangMu padaku..

Aku berdoa kerana Aku..

..jgn lupa, berlatihlah!!

0 comments

BILA MUSA HASSAN KATA, KDN CAMPUR TANGAN URUSAN POLIS....

Ini bukanlah kali pertama Musa Hassan mendedahkan tentang campurtangan orang tertentu dalam kerajaan terhadap Polis Diraja Malaysia. Penjelasannya di sidang media yang dibuat ketika seminggu lagi Musa Hassan bakal menamatkan perkhidmatannya selaku Ketua Polis Negara, bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

Pada Ogos 1997, terdapat campurtangan jelas daripada orang kedua berkuasa di Malaysia di dalam PDRM bagi menyelamatkan maruah dan dirinya. Nama-nama seperti Pengarah Cawangan Khas (PCK) Dato' Mohd Said dan Timbalannya, Dato Amir bin Junus turut muncul bagi menunjukkan bagaimana siasatan dan penahanan Ummi Hafilda Ali dan Azizan Abu Bakar dilakukan. Penahanan dan siasatan tersebut dibuat berpandukan sepucuk surat yang ditulis oleh Ummi. Dan di dalam surat berkenaan Ummi Hafilda, adik perempuan kepada Azmin Ali telah menuduh Anwar terlibat dalam salah laku seks.

Memandangkan prosedur polis ialah, siasatan dan penangkapan hanya boleh dilakukan oleh CID, Cawangan Khas (SB) tidak ada kuasa atau prosedur untuk membuat penyiasatan dan menahan orang. Dato Mohd Said telah menasihati orang kedua berkuasa di Malaysa itu untuk membuat laporan polis terlebih dahulu bagi membolehkan CID melakukan siasatan.

Pada masa yang sama, Dato Mohd Said telah berjanji akan melantik seorang pegawai yang berkaliber untuk menyiasat kes Ummi Hafilda. Pegawai yang dimaksudkan itu adalah SAC Musa Hassan. Dan pada 15 Ogos 1997, SAC Musa Hassan bertemu dengan orang kedua berkuasa di Malaysia itu.

17 Ogos 1997, arahan telah dikeluarkan kepada Dato Mohd Said Awang untuk menahan Ummi Hafilda dan Azizan Abu Bakar yang dikatakan menjadi mangsa seks salah laku orang kedua berkuasa di Malaysia itu. Cawangan Khas telah mengesan Ummi dan Azizan di rumah Dr. Restina di Bangsar. Arahan kepada Musa Hassan adalah menahan Ummi dan Azizan. Cerita selanjutnya boleh dibaca DI SINI.

Pendedahan ini dibuat oleh SAC Musa Hassan dalam perbicaraan liwat Anwar Ibrahim pada 1998 hingga 1999 yang menyaksikan Anwar Ibrahim disabitkan dengan kesalahan rasuah penyalahgunaan kuasa oleh Hakim Ariffin Jaka.

Apabila pendedahan dibuat oleh Musa Hassan, ianya adalah tindakan yang sangat berani biarpun ia dilakukan pada penghujung kerjayanya selaku Ketua Polis Negara. Seharusnya kes-kes seperti itu segera diseret ke mahkamah seperti mana yang dilakukan terhadap Anwar Ibrahim.

Campurtangan politik di dalam kepolisian negara, sememangnya tidak boleh dinafikan lagi oleh mana-mana pembesar negara. Beberapa kes yang melibatkan kroni pembesar dan polis sememangnya menarik perhatian awam. Oleh kerana itulah, pendedahan yang dibuat oleh Musa Hassan perlu melampaui kuasa Perdana Menteri bagi membersihkan PDRM daripada unsur-unsur orang politik yang berkepentingan.

Satu kes yang paling menarik ialah apabila seorang ahli politik memaki, mencaci dan memarahi anggota-anggota polis di sebuah balai di Brickfields, Kuala Lumpur kerana menahan anaknya yang disyaki terbabit dalam kes pembunuhan seorang pelajar. Anak lelaki ahli politik terkenal itu akhirnya dibebaskan dan tidak didakwa langsung!!!!


3 comments

RUPA-RUPANYA MAJLIS PEGUAM JADI DALANGNYA

KUALA LUMPUR, 6 Sept – Majlis Peguam menegaskan tindakan Kelab Belia Graduan 1Malaysia (KBGM) membuat laporan polis semalam mengenai Kempen Perlembagaanku mendakwa kononnya ia satu usaha untuk meminda Perlembagaan Persekutuan adalah tidak berasas sama sekali, dibuat ekoran kurangnya pemahaman berkenaan kempen itu.

Justeru kata beliau, Presidennya Ragunath Kesavan, kempen itu bertujuan meningkatkan kesedaran tentang Perlembagaan Persekutuan di kalangan rakyat, bukannya mahu meminda dokumen asas undang-undang itu.

“Ia langsung tidak menjadi matlamat Majlis Peguam untuk cuba membuat pindaan terhadap Perlembagaan.

“Kempen ini tidak bersifat kepartian dan kami mengambil segala usaha untuk menjalin usaha sama dengan semua pihak yang mahu bekerjasama dengan kami,” kata Ragunath (gambar) dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Menurut beliau, setakat ini aktiviti-aktiviti kempen itu telah dihadiri dan disokong oleh banyak pihak termasuk seorang menteri dan seorang timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, seorang ketua menteri, dua menteri besar, ahli-ahli Parlimen termasuklah Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

“Nampaknya kebimbangan utama KBGM adalah bahawa Buku Panduan Rakyat telah memaklumkan rakyat Malaysia yang Perlembagaan menyatakan bahawa ia boleh dipinda oleh ahli-ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat Malaysia.

“Ini sememangnya ada dinyatakan dalam Perlembagaan.

“Dalam pengetahuan kami, Parlimen telah meminda Perlembagaan lebih 40 kali dalam masa 53 tahun yang lalu dengan lebih kurang 650 pindaan individu,” kata beliau.

Adalah dilaporkan bahawa KBGM telah menyuarakan kebimbangannya bahawa buku-buku panduan yang dikeluarkan oleh kempen itu mungkin bersifat menghasut.

“Kami percaya bahawa kebimbangan KBGM tentang Kempen itu adalah tersasar, dan timbul akibat kurangnya pemahaman dan ilmu berkenaan Kempen itu dan juga Perlembagaan Persekutuan (Perlembagaan),” katanya.

Kelab itu membuat laporan polis kononnya wujud penyebaran risalah dan buku berbaur hasutan terhadap institusi perlembagaan negara ini.

Setiausaha Agung kelab itu, Ezaruddin Abdul Rahman berkata risalah tersebut yang dinamakan “Perlembagaanku”, mendakwa rakyat berhak meminda perlembagaan negara jika memilih anggota Parlimen yang mampu berbuat demikian.

“Kami difahamkan risalah itu diedarkan di beberapa institusi pengajian di sekitar Lembah Klang dan beberapa kolej di Kedah melalui kempen mereka.

“Kita percaya ia dibiayai NGO (badan bukan kerajaan) asing bersifat antikerajaan,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu di Balai Polis Serdang di sini.

Secara amnya, menurut Ragunath, pindaan Perlembagaan memerlukan sokongan dua pertiga ahli-ahli Parlimen.

“Namun demikian, terdapat beberapa peruntukan dalam Perlembagaan seperti yang berkaitan dengan kedudukan istimewa orang Melayu, yang hanya dapat dipinda dengan kebenaran Majlis Raja-raja,” katanya.

Ragunath memberitahu, dakwaan KBGM bahawa kempen ini dibiayai oleh pertubuhan bukan kerajaan asing antikerajaan adalah tidak berasas sama sekali.

“Kempen PerlembagaanKu adalah kempen yang tidak mengaut keuntungan. Ia dibiayai oleh Badan Peguam Malaysia dan telah menerima sumbangan daripada pelbagai pihak, termasuklah kerajaan persekutuan, kerajaan-kerajaan negeri, badan politik dan bukan politik serta rakyat Malaysia,” katanya.

Kempen PerlembagaanKu bertujuan untuk memaklumkan rakyat tentang apa yang dinyatakan dalam Perlembagaan.

“Ia menggalakkan orang ramai untuk membaca Perlembagaan dengan sendiri dan mempelajari tentang apa yang terkandung dan tidak terkandung dalam Perlembagaan.

“Dalam hal ini, kami percaya bahawa kebimbangan KBGM dapat diatasi dengan ilmu pengetahuan berkenaan dengan Perlembagaan. Kami menjemput KBGM untuk mengadakan perbincangan dan sedia bekerjasama dengannya untuk bersama-sama ‘Merakyatkan Perlembagaan’,” katanya. (Malaysian Insider)


Sememangnya Majlis Peguam telah menimbulkan pelbagai keraguan di kalangan rakyat Malaysia dalam beberapa siri tindak-tanduk mereka yang kelihatan menentang Perlembagaan Persekutuan. Contoh terbaik ialah tentang Inter-Faith Council dan kempen memudahkan kes murtad di kalangan umat Islam.

Bagaimana Majlis Peguam hendak mendidik rakyat Malaysia tentang Perlembagaan Persekutuan jikalau mereka sendiri yang begitu arif dengan undang-undang, bersifat seperti penjahat yang bergerak di dalam gelap?

1 comments

SIAPA SEBENARNYA YANG RASIS NIH?... CAKAP BAHASA KEBANGSAAN PUN TAK PANDAI LAGI...

Dia menggambarkan dirinya sebagai mangsa perkauman kerana tidak boleh berbahasa Malaysia, iaitu Bahasa Kebangsaan. Sebaliknya menyalahkan seorang Inspektor polis kerana mengarahkannya 'balik ke China jikalau tak tahu berbahasa Melayu' dan membuat laporan terhadap pegawai polis tersebut.

Loh See Moi, 51, generasi kedua kaum pendatang ternyata masih tidak dapat bertutur dalam Bahasa Melayu yang fasih meskipun dia lahir dua tahun selepas kemerdekaan negara. Dia masih tidak fasih bertutur dalam Bahasa Melayu sekalipun ibu bapanya telah dianugerahkan kerakyatan oleh sultan-sultan Melayu.

Dan dia sangat berkecil hati kerana disuruh balik ke China walhal dia adalah seorang rakyat Malaysia.

Seperkara yang pasti, walau di Amerika Syarikat sekalipun, tidak ada seorang rakyat yang tidak boleh bertutur dengan fasih dalam Bahasa Kebangsaan setelah seumur hidup tinggal di negara yang menganugerahkannya kerakyatan.

Loh See Moi membuat laporan terhadap pegawai polis tersebut kerana berasakan anggota polis itu mengejek dan menghinanya. Mungkin ada baiknya jikalau ada rakyat Malaysia yang mencintai Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, membuat laporan polis kerana Loh See Moi masih tidak dapat bertutur dalam Bahasa Kebangsaan dengan fasih dan beranggapan Bahasa Kebangsaan adalah 'sesuatu yang tidak boleh diterimanya' seperti mana yang dilaporkan di dalam Malaysian Insider.

Mungkin sudah sampai masanya, rakyat Malaysia yang mencintai Bahasa Kebangsaan membuat gerakan untuk MENYINGKIRKAN warga negara ini yang masih tidak boleh bertutur dengan fasih dalam Bahasa Kebangsaan seperti yang dilakukan oleh rakyat China ketika Revolusi Kebudayaan tajaan Mao Tze Tung dahulu.

Sekarang, siapa yang rasis? Siapa yang TETAP TIDAK MAHU berbahasa Kebangsaan meskipun sudah 51 tahun dilahirkan di negara ini dan menjadi warganegaranya?

20 comments

LIM KIT SIANG YANG TERLEBIH-LEBIH SIALNYA!!!

Lim Kit Saing, bekas Setiausaha Akhbar Lee Kuan Yew, dalam kempen 'Katakan Tidak kepada Racism' mempersoalkan apakah Najib akan memulakan kempen berkenaan di dalam UMNO, pegawai-pegawai kerajaan dan Utusan Malaysia. (Blog LIM KIT SIANG)

Selain itu, Lim Kit Siang turut mempersoalkan arahan Ketua Pengarah Pendidikan Tan Sri Alimuddin Mohd Dom yang telah mengeluarkan pekeliling agar para pengetua, guru besar dan guru-guru tidak mengeluarkan kenyataan yang berbaur perkauman.

Pun begitu, bapa kepada Lim Guan Eng ini tidak langsung menyebut tentang sesiapa pun di kalangan orang Cina yang telah mencetuskan isu perkauman. Malah punca sebenar kemelut yang berlaku pada hari ini apabila Pakatan Rakyat yang diketuai oleh DAP mempersoalkan tentang Artikel 153 dan 152 sebelum disambut oleh pelbagai jenis Melayu, tidak pula diperkatakan. Perbuatan DAP yang menyokong Pengerusi Kebangsaan mereka, Karpal Singh untuk menyanggah undang-undang tubuh negeri Perak dan menyaman Paduka Sultan Perak, sekaligus menimbulkan kemarahan orang Melayu, langsung tidak disentuh.

Apabila pemimpin-pemimpin GERAKAN, MCA, MIC dan PPP mempersoalkan Melayu dan Islam, DAP langsung tidak berbunyi dan mengingatkan mereka tentang perkauman. Hanya apabila Melayu bertindak balas dan Utusan Malaysia mempersoalkan motif sebenar persoalan-persoalan rasis daripada pemimpin bukan Melayu, ianya terus dicop sebagai RASIS? Bagaimana pula dengan akhbar-akhbar berbahasa Cina yang bersifat sangat rasis terutama dalam mendesak orang Cina agar 'merampas' hak ekskusif Melayu?

Siapa sebenarnya yang lebih rasis?

Bijak DAP bermain sandiwara. Mereka mencetuskan segala masalah dalam negara ini, terutama tentang kontrak sosial yang bagi mereka boleh dipertikaikan kerana ianya bukan dalam bentuk dokumentasi, kemudian apabila berlaku kekecohan, mereka akan berlagak seperti hero dengan menuduh orang lain yang memulakan kekecohan. Mereka akan berbuat apa-apa sahaja untuk mengumpan kemarahan orang Melayu-Islam dan kemudian apabila orang Melayu-Islam memberikan reaksi, segala kesalahan segera dibebankan kepada golongan Melayu-Islam.

Kaedah yang sama turut dipelajari oleh PAS yang menjadi rakan sekutu DAP. Taktik ini sangat berjaya. Seperti juga pemberian wang bonus hari raya. BUKAN MAIN BANGGA lagi puak-puak PAS mengatakan Kerajaan Pusat meniru Kerajaan Negeri Pulau Pinang, walhal pemberian bonus kepada kakitangan kerajaan telah lama dimulakan iaitu semenjak pada zaman Mahathir lagi dan ianya tidak pernah berhenti sekalipun negara mengalami kebejatan ekonomi.

Anehnya, para penyokong golongan SIAL ini tidak pula terfikir bagaimana OMAR OSMAN iaitu Presiden CUEPACS begitu aktif meminta bonus dan segala insentif lain daripada Kerajaan Malaysia, jauh mendahului Lim Guan Eng yang hanya bijak menggunakan peluang setelah mendengar berita tentang bonus berkenaan.

Taktik LEMBU PUNYA SUSU, SAPI DAPAT NAMA memberikan impak yang sangat berkesan kepada DAP, PAS dan PKR. PKR sebagai umpamanya, ditubuhkan untuk mencetuskan kekacauan di jalanan tetapi akhirnya yang mendapat imej buruk adalah polis dan pihak berkuasa yang ditugaskan untuk menyuraikan demonstrasi yang dikatakan aman tetapi sebenarnya bukan atas tujuan aman pun!

PAS menggunakan agama untuk mengecohkan umat Islam, namun apabila ada pihak memberikan penjelasan dan meluruskan penyelewengan yang dilakukan oleh PAS, segera mereka memberikan label, mengugut dan menakut-nakutkan umat Islam dengan sikap gedebe dan keras kepala mereka, semata-mata untuk membuktikan bahawa PAS adalah benar meskipun mereka sebenarnya sudah terlalu jauh daripada tarekat Islam.

Cuma yang anehnya, apa-apa sahaja yang bersifat RASIS, hanya Melayu-Islam sahaja yang disalahkan, walaupun Melayu-Islam tidak pernah mempersoalkan tentang KEBANGSATAN bangsa Cina dan India di negara ini, malah menerima mereka sebagai sebahagian daripada warganegara.

RASIS dikatakan berlaku apabila menyebut, orang Cina berasal dari China dan orang India berasal dari India... atau dalam bahasa mudah, RASIS ialah apabila mengatakan orang CINA dan INDIA asalnya adalah PENDATANG yang dibawa masuk oleh British untuk melemahkan Melayu dan Islam!!!

3 comments

ANTARA MALU DAN KEMALUAN....

Genderang perang sudah pun bergema. Zaid Ibrahim sudah pun mengumumkan kesediaannya untuk merebut jawatan yang selama ini DAN BUAT SELAMA-LAMANYA selagi Anwar No.1, diperuntukkan kepada Azmin Ali. Sekalipun berkias bahawa dia tidak akan menandingi jawatan berkenaan sekiranya Khalid Ibrahim turut serta, namun hakikatnya Zaid Ibrahim cukup sedar kekurangan Khalid Ibrahim terutama apabila jawatan selaku Ketua Cabang Kuala Selangor diancam dengan pertandingan empat penjuru.

Namun ranjau buat Zaid Ibrahim begitu kuat. Badi dari dalam UMNO terbawa-bawa sehingga ke dalam PKR. Biarpun kemasukkannya ke dalam PKR disambut meriah dan dilabelkan sebagai perwira, namun apabila Zaid mengumumkan keinginannya untuk mencabar kewibawaan Azmin Ali, bekas Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu yang pernah didapati bersalah kerana politik wang itu, telah dianggap sebagai pengkhianat oleh sebahagian besar pembesar PKR.

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin secara berterus-terang berkata, dalam apa-apa pun perbandingan, Azmin Ali jauh lebih berkewibawaan, berkeupayaan dan berkebolehan berbanding Zaid Ibrahim yang baru sahaja menyertai kem PKR setelah kecewa di dalam UMNO dan sebagai Menteri Kabinet.

Kisah 'misteri' yang berlaku di Hulu Selangor, cuba diungkit oleh Zaid Ibrahim. Pembabitan Azmin Ali sebagai 'tangan ghaib' di sebalik kekalahan dan kekecewaannya, dikatakan menjadi punca. Biarpun tidak berbukti dan tidak pernah dibuktikan benar, sebahagian besar daripada pemerhati berpendapat, Azmin Ali adalah satu-satunya figur UNTOUCHABLE di dalam parti tersebut. Pendek kata, sesiapa sahaja yang cuba mencabar Azmin Ali akan berhadapan dengan penentangan keseluruhan PKR.

Terbukti apabila 20 MP dan Senator PKR secara sebulat suara berdiri dan menyokong Azmin Ali meskipun di dalam PKR, Azmin Ali tidaklah besar jasanya berbanding beberapa tokoh yang lain. (Malaysian Insider) Bahkan sewaktu zaman Reformasi pun, Azmin Ali sekadar menjadi penyedap dan penyendal ketiak Anwar Ibrahim semata-mata, manakala 'kerja-kerja' Reformasi dilakukan oleh beberapa tokoh yang lain yang kini sudah pun meninggalkan Anwar Ibrahim dan parti mimpinya itu.

Khalid Ibrahim sudah pun merasai 'kesedapan' akibat berkonflik dengan Azmin Ali. Begitu juga dengan beberapa orang tokoh PKR yang lain. 400,000 orang pemilih yang akan memilih pemimpin utama mereka, pastinya cukup terkesan dengan karisma Azmin Ali, dan menolak Zaid Ibrahim yang diihat masih terlalu baru dengan PKR. Apatah lagi Zaid Ibrahim sendiri merupakan pengkhianat UMNO dan tidak mustahil akan mengkhianati PKR sebagaimana dia mengkhianati parti yang telah membuatkan dia menjadi kaya-raya dan terkenal.

Perjudian Zaid Ibrahim, tidak banyak mendatangkan keuntungan kepadanya. Kesilapan terbesarnya adalah dengan membuat tanggapan pertama bahawa dia sangat disukai dan pengaruhnya sangat besar KETIKA kali pertama 'bersuai kenal' dengan PKR. Seharusnya Zaid menyedari bahawa PKR adalah parti Anwar Ibrahim anak-beranak dan 'kekasihnya'. Zaid boleh mencuba jawatan lain, tetapi bukan jawatan yang disandang oleh mana-mana 'kesayangan' Anwar Ibrahim!

0 comments

APABILA PEREBUTAN DIKATAKAN 'TUNAS-TUNAS DEMOKRASI'... ASYIK DUK PEMBOHONG AJERLAH...

Pemimpin-pemimpin di dalam PKR sibuk membusungkan dada dan saling mengangkat tangan untuk menunjukkan mereka adalah yang terbaik serta paling sesuai menjadi pemimpin. Masing-masing berhujah tentang keupayaan dan keperluan mereka memimpin sayap-sayap tertentu serta induk PKR sendiri, berdasarkan pengalaman, kebolehan, populariti serta pengaruh.

Perebutan jawatan di dalam PKR sudah tidak dapat dielakkan lagi. Tidak ada kompromi sambil menyukat keupayaan menjawat tanggungjawab. Bahkan dengan bangganya, sebahagian daripada mereka berkata, itu adalah proses demokrasi dan PKR menjunjung serta mendaulatkan proses demokrasi di dalam parti mereka.

Anehnya, dalam sekian ramai, S.Manikavasagam atau lebih dikenali sebagai Mike, memberikan laluan kepada Gopabalakrishnan untuk bertanding jawatan Naib Presiden menentang Sivarasa Rasaiah yang dianggap tidak efektif.

Walau apa pun yang diperkatakan atau dibanggakan mahupun dibohongkan, apabila semakin ramai pemimpin yang berasakan mereka jauh lebih bijak dan layak menjadi ketua, perpecahan dalam organisasi tersebut sedang dan akan berlaku. Apabila terlalu ramai yang beranggapan mereka adalah 'ketua' dan orang lain tidak selayak mereka, perpecahan dan kerosakan organisasi berkenaan adalah sangat besar dan bersifat devastating.

Kemelut kepimpinan UMNO bermula daripada pertandingan jawatan seperti inilah. Biarpun dikawal dengan peraturan dan undang-undang, perpecahan dan penyebab kepada kemusnahan UMNO tetap datangnya daripada pertandingan dua tahun sekali. Begitu juga dengan PAS... sikap gelojoh pemimpin-pemimpin tertentu yang ingin menonjolkan diri, menjadikan PAS kelihatan seperti sebuah parti orang jahil yang tidak tahu prinsip dan adab-adab politik Islam.

Qiyas dan teladan daripada sirah Nabawiyyah tentang pemilihan pemimpin dalam organisasi tidak langsung diberikan perhatian. Malahan, para pemimpin demokrasi seperti PKR MENOLAK MENTAH-MENTAH saranan Islam dalam cara pemilihan pemimpin. Sebaliknya mereka meletakkan demokrasi sebagai tempat tertinggi. Lebih malang lagi, mereka beranggapan bahawa seseorang pemimpin yang dipilih secara majoriti adalah pemimpin yang terbaik dan berkualiti.

Terlebih-lebih malang, yang sibuk mengejar kuasa dan jawatan di dalam parti politik berkenaan, rata-ratanya berwajah Melayu dan kelihatan seperti beragama Islam.

Apa kesudahan di dalam PKR, bakal kita saksikan sesudah pemilihan nanti. Apa pun, yang pasti demokrasi yang dibangga-banggakan oleh para pendokong PKR dan penjilat sistem zionis rom itu, akan memusnahkan Parti Keadilan Rakyat sendiri....

0 comments

Sunday, September 5, 2010

Ramadhan dipenghujung..Jgn lupa!!

Sunday, September 5, 2010
Ramadhan pada tahun ni mula merangkak dan akan meninggalkan kita..
Segala kelebihan2nya dan fadhilat2nya serta keistimewaannya akan pergi bersama2..


Sekarang tinggal saki bakinya..sahaja. Walaupun begitu masih lum terlambat utk kita kecapi dan berusaha memperolehi kebaikan2 yg ada.


Disamping sibuk ngan persiapan utk hari raya, persiapan utk balik beraya dikampung..jgn lupa utk tunaikan perintah2 Allah swt,.


Jgn lupa utk bristighfar utk diri sendiri dan keluarga. Golongan arwah akan kembali pada alamnya, jgn lupa hadiah brbentuk doa dan istighfar utk mereka..mudah2an diangkat dari mereka azab kubur jika ada, diampunkan segala dosa dan kesalahan mereka, dilapangkan dan dilimpahkan cahaya dan rahmat kurniaNya. Satu hari pasti dan pasti kita akan brjumpa dan berhimpun ngan mereka, mudah2an hadiah2 yg kita kirimkan membuatkan mereka gembira dan menyambut kedatangan kita kelak.


Jgn lupa doakan dan bristighfar utk sekelian ummat Islam diseluruh dunia khususnya rakan2 kita yg sealiran atau tidak, jiran2 kita, dan musuh2 politik memasing..

Didunia kita ada rakan seperjuangan, sealiran, seperfahaman, dan ada juga yg bertentangan ngan kita..mudah2an berkat bulan ramadhan ni, pertentangan kita akan berakhir dan bersetuju kepada matlamat dan maksud kita diutuskan/dilahirkan ke muka bumi ini.


Dalam pergolakan ekonomi, politik dan persaingan..kita mungkin akan berbalah, brbalas2 tulisan dan kata2, kekadang ngan tujuan utk menyakiti atau memalukan atau tujuan utk menjatuhkan kawan maupun lawan..anggaplah ia resmi dunia tapi jgnlah kerana semua ni mengakibatkan kita memutuskan tali siratulrahim yg diikat ngan kalimah tauhid..Jgn sampai berdendam hingga keakhirat, cukuplah sekadar menyempurnakan skrip2 lakonan pentas dunia.


Setiap malam kita maapkan salah silap lawan kita dan rakan2 kita, keluarga kita, dan jiran2 kita..kita masing2 cuma nak hidup je.


Jgn lupa juga kita doakan rakan2 seIslam kita yg sedang diuji ngan berbagai2 malapetaka banjir, kebuluran, kemarau, dan peperangan..dan juga tekanan ekonomi. Mudah2an ujian2 ni menambahkan keimanan kita, bertambah cekal dalam mengharugi kehidupan yg sementara. Mudah2an ujian2 ni tidak menghalang kita dalam menyempurnakan tugas dan maksud kita diciptakan yakni utk bribadat padaNya. Semua yg berlaku semata2 sebagai dalilnya Dia berkuasa!!


Jgn lupa juga utk doakan keampunan pada sedara2 seIslam kita yg sedang hanyut dalam lembah maksiat..keseronokan yg sementara membuatkan rakan2 kita lalai dan leka. Kelalaian mereka tidak lain hanya akan membinasakan diri mereka semata2..keseronokan yg dinikmati hanyalah sementara tapi akibatnya leh menghancurkan diri. Doakan mereka akan hidayat kerana mereka tiada masa utk brbuat demikian, mudah2an berkat doa kita, Allah swt akan ubah hati2 mereka..menyintai amal2 soleh dan membenci segala jenis bentuk rupa maksiat.
Mudah2an tidak lah mereka brputus asa akan keampunanNya dan rahmat2Nya.

Jgn lupa doakan hidayatNya pada mereka yg sedang hanyut termakan fitnah2 dajjal..fitnah kuasa dan pangkat..fitnah harta dunia. Mereka rasa tidak bersalah, dan yakin mereka dijalan2 yg benar..padahal dalam kesesatan yg nyata. Kerana tidak menyedari diri dalam kesesatan yg nyata, mereka sekali2 tidak akan bristighfar dan memohon hidayat utk diri mereka.
Ngan doakan pada mereka. mudah2an Allah swt selamatkan dari kancah fitnah ini.

Jgn lupa juga pada alim ulamak kita..kesilauan cahaya ilmu yg mereka tuntut kekadang leh membutakan mata mereka dan memekakkan telinga kita-blinded by the truth. Ilmu memang dituntut utk dicari, dipelajari dan difahami..tapi tu bukanlah maksud kita diciptakan. Selama2nya kita ni hamba2Nya, dan hamba2 yg dicintaiNya ialah hamba yg taat. Maksud ilmu dituntut ialah amal yg dilakukan adalah benar dan bertepatan ngan kehendak2Nya..dan utk disebarkan pada hamba2Nya yg lain.
Bukanlah tujuan utk mendabik dada, tapi gah dan mahsyur jalan seiring ngan ilmu2 ini. Bila ianya bertapak dihati agak sukar utk sucikannya.
Mereka berdoa dan bristighfar..tapi ianya kosong. Mereka lebih pada membaca doa dari brdoa, bristighfar sekadar tertib dalam ilmu yg dipelajari..bukan brdoa kerana fakirkan rahmat2Nya juga keampunanNya..juga bukan bristighfar kerana kesilapan dan dosa2nya. Maklum ler rasa diri tu alim, jika sedar buat kesalahan nescaya dicarinya alasan2 utk membenarkan kesalahannya..bukan brsegera utk mencari keampunanNya. Lagi malang, ilmu ada hanya seciput je, tapi langkah dan gaya macam alim besar seiring ulamak2 mukatabar dari kalangan tabiin.
Kesesatan mereka leh mengheret ribuan pengikut2nya..
Mudah2an ngan brdoa pada mereka..Allah swt pelihara kita dari musibah ini.

Jgn juga lupa brdoa utk mereka ahli ibadat dan warak..Ibadat2 mereka dan kewarakan mereka juga leh jadi perangkap yg berbahaya.
Ibarat seorg yg berduit, melangkah masuk kedai ngan penuh yakin malah tidak menghairankan akan harga yg tertera..dan ngan selamba suruh tuan kedai bungkus dan hantarkan tanpa rasa ralat sedikit pun. Org yg tak brduit, masuk kedai hanya mampu menyempurnakan selera mata je, dan mengkagumi barang2an dalam kedai sahaja..dan hanya mampu melangkah keluar ngan hati yg hampa. Hati org yg tak brduit ni, penuh harap dan angan2.
Oleh itu, ahli2 ibadat kekadang tertipu ngan ibadat dan kewarakan mereka..hingga dalam hati mereka tiada harap2 ngan Allah swt dan merasa diri sendiri selesa-comfort zone..dan tiada usaha terus menerus utk baiki amalan mereka. Doa dan istighfar kosong hanya sekadar pelengkap ibadat semata2..bukan kerana rasa bersalah atau brdosa.
Tanda penyakit dah mula brputik..rasa hairan pada pelaku2 maksiat dan jahil, dan yg malas bribadat..kekadang memandang ngan sinis dan hina, bukannya brsimpati. Lupa bahwa kekuatannya utk bribadat adalah kurniaNya belaka.!!

Mudah2an ngan brdoa pada mereka, Allah swt pelihara kita dan keluarga kita dari trhumban kedalam lembah yg sama.

Dan ngan besar hati, jgn juga lupakan diri penulis dan tuan rumah blog ni yakni cucu tok wan dan sekelian isi keluarga.

Malam akhir ramadhan ialah malam pengurniaan besar2an dari Allah swt..mudah2an tiadalah dari kita yg trkecuali. Jika kita trmasuk dalam golongan yg terkecuali, mudah2an Allah swt ampunkan kita ngan segera!!

Pagi raya, hari pengampunan besar2an Allah swt. Pastikan tiada diantara kita dan ahli keluarga kita yg terkecuali utk pergi brsolat dipagi raya.Yg uzur dipapah, yg wanita uzur pun datang, gitu juga kanak2 hatta bayi sekali pun.
Tu lah afdalnya jika dibuat dipadang2 yg luas atau pun distadium negeri2. Kemusykilan datangnya pompuan yg uzur tidak dipertikaikan.
Spt mana yg dilakukan oleh TG NA..satu kebaikan yg wajar diikuti oleh negeri2 yg lain..MB atau PM, Sultan dan sekelian rakyat jelata leh bersama2!! Tampilkan ketumbukan kekuatan ummah pada hari yg mulia ini, biar datang kegerunan pada hati org2 kapir.

-jgn lupa na

0 comments

BUDAYA TASYABBUH SUDAH BERAKAR UMBI.... JANGAN PANDANG RINGAN

Larangan tentang toleransi terhadap perayaan-perayaan atau adat-adat yang diselenggarakan oleh kaum kafir, tidak hanya disebutkan dalam satu ayat bahkan terdapat banyak ayat tentang hal berkenaan. Salah satu ayat yang secara tegas menyatakannya adalah ayat 72 Surah Al-Furqan yang maksudnya:

"Dan orang-orang yang tidak memberikan persaksian palsu, dan apabila mereka bertemu dengan (orang-orang) yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah, mereka lalui (sahaja) dengan menjaga kehormatan dirinya."

Ayat ini ditafsirkan dengan beberapa makna. Menurut Rabi' bin Anas, yang dimaksudkan dalam ayat tersebut adalah larangan menghadiri perayaan 'ulang tahun' yang diselenggarakan oleh kaum kafir. Sedangkan menurut Ikrimah, yang dimaksud dalam ayat itu adalah semacam permainan pada zaman jahiliyyah. Ditafsirkan pula dengan bersandar pada isnad Amru bin Murrah, bahawa lafaz-lafaz: "Dan orang-orang yang tidak memberikan persaksian palsu", adalah tidak membantu kaum musyrik dan tidak turut campur atas kemusyrikan mereka.

Namun berdasarkan isnad daripada Atho' bin Yasar, yang menyampaikan kata-kata Umar, ayat tersebut bererti menghindari berbahasa asing dan masuk ke dalam perkumpulan orang-orang musyrik, misalnya hari raya dan upacara-upacara keagamaan di dalam tempat ibadat mereka.

Namun ada yang berpendapat lain. Kesaksian bohong adalah kebohongan. Alasannya firman Allah tersebut berbunyi layasyhaduunazzuur tidak berbunyi layashaduuna bizzur. Orang Arab biasa berkata, syahidtu bikadza, ertinya mendatangi sesuatu.

Seperti ucapan Ibn Abbad, syahidul 'ida 'ala Rasulillah: "Aku menghadiri hari raya bersama Rasulullah." Atau ucapan Umar, Al-Ghanimatu liman syahidal waq'ata: "Pampasan perang adalah milik orang yang hadir dalam peperangan."

Majlis perayaan dan upacara keagamaan yang diselenggarakan oleh kaum musyrikin merupakan SYUBHAT. Dengan turut menghadiri perasayaan seperti itu, tidak berguna sama sekali di dalam agama. Perayaan seperti itu sekadar untuk bersenang-senang dan rasanya hanya sekejap. Sebaliknya akibat yang ditimbulkan berupa siksa yang menyakitkan kerana dosa, dan kemudian satu perbuatan yang hanya kebohongan semata-mata, tanpa ada sasaran nilai yang jelas, MESKIPUN SELEPAS ITU ada yang mengatakan itu adalah salah satu bentuk DAKWAH.

Bayangkanlah, seandainya Allah Taala melarang orang beriman daripada terlibat dalam perayaan seperti itu, maka sudah jelas celaan itu lebih ditekankan lagi kepada mereka yang turut hadir, menyambut dan turut bergembira bersama-sama mereka.

Demikianlah hakikat makna daripada maksud ayat al Quran di atas bahawa Allah Taala sangat memuji hamba-hamba-Nya yang tidak turut hadir dan terikut-ikut dengan segala sesuatu yang diadakan oleh kaum kafir.

Sebabnya perbuatan ini termasuk sebagai perbuatan makruh dan boleh menyebabkan HARAM serta menggelincirkan akidah. Sebutan nama Allah Taala yang ada di dalam majlis itu adalah kebohongan semata-mata.

Diceritakan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a, suatu ketika Nabi s.a.w datang ke kota Madinah dari dalam sebuah perjalanan. Di kota itu, tampak suasana yang sangat meriah dan berlangsung selama dua hari. Nabi s.a.w segera bertanya,

"Suasana kota ini sangat meriah. Apakah yang berlaku?"
"Kami mengadakan suatu majlis untuk menyambut hari raya jahiliyyah," jawab orang ramai. Kemudian Nabi s.a.w bersabda (yang maksudnya):

Sesungguhnya Allah telah menggantinya dengan Hari Raya Korban dan Hari Raya Fitri. (Hadis riwayat Abu Dawud sesuai dengan ketentuan Imam Muslim)

Hadis Nabi s.a.w itu memberi petunjuk bahawa hari-hari raya jahiliyyah yang masih wujud pada ketika Islam telah kukuh, tidak diakui oleh Nabi s.a.w. Tetapi bagida juga tidak membiarkan begitu sahaja tanpa ada syariat yang menggantikannya.

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:

"Allah telah menggantikan dua hari itu dengan dua hari yang lain."

Maksudnya menanggalkan atau menghapuskan sesuatu kemudian mengganti dengan yang lainnya. Dan dua perayaan yang hakikatnya sangat bertentangan itu tidak boleh diraikan lagi. Oleh sebab itu yang batil harus benar-benar dihapuskan, tidak boleh digunakan lagi. Sebab telah digantikan dengan yang haq, yang harus dipakai. Hal penggantian ini telah tertera di dalam al Quran al Karim seperti yang berikut:

Ayat 16, Surah As-Saba' (terjemahan):

"Dan Kami ganti kedua-dua kebun mereka dengan dua kebun yang ditumbuhi (pohon) yang berbuah pahit, pohon Atse dan sedikit dari pohon Sidr."

Ayat 59, Surah Al-Baqarah (terjemahan):

"Lalu orang0orang yang zalim menggantikan perintah dengan (mengerjakan) yang tidak diperintahkan kepada merkea. Sebab itu Kami timpakan atas orang-orang yang zalim itu siksa dari langit kerana mereka berbuat fasiq."

Nabi s.a.w sangat membenci setiap adat-istiadat yang tidak mempunyai acuan syara'. Hal ini pula yang membuatkan Syaidina Umar r.a menerapkan larangan-larangan keras kepada kaum mulismin untuk tidak meniru ucapan, istilah dan hujah-hujah kaum kafir. Syaidina Umar r.a BAHKAN melarang setiap umat Islam memasuki gereja (rumah ibadat kaum kafir), malah menjauhkan diri daripada sesuatu yang berkaitan dengan agama mereka.

Berkata Abdullah bin Amir, muslim yang bertoleransi dan terlibat dalam upacara kaum kafir, perbuatannya adalah termasuk dosa besar!!!

Maka renungkanlah... di mana anda letakkan diri anda...




2 comments

Aku terharu

Call for return of civility, reason and rationality in public discourse and an end to any form of racial or religious slurs in public domain particularly on the social media and Internet-Lim Kit Siang

Begitulah yg ditulis oleh Lim Kit Siang dlm blognya..malah menyokong tindakan PM yg menyeru Suruhanjaya Media brtegas!!

Pehhh aku benar2 kagum dan terharu akan keprihatinan beliau pada keamanan negara ini..lagi pun bukan beliau yg bangkitkan isu2 ketuanan Melayu sebelum ini. Malah baru2 ni yg pertikaikan pun org2 melayu sendiri iaitu Nurul.

Tapi dia brpesan..Suruhanjaya kena professional dan tidak berpihak ngan mana2 pihak.
___________
Mungkin besar kemungkinan Suruhanjaya takkan berpihak..cuma apa2 saja laporan dan tindakan akan melalui Menteri KDN..

Suruhanjaya akan buntu..jenis2 tindakan yakni beri amaran saja ke? ambil kenyataan saja ke? silap tindakan akan kena "transfer" ngan segera, silap prkataan leh akibatkan masalah..hati dan perasaan org2 cina perlu dijaga.

Tapi jika pesalah trsebut dari org2 Melayu...aku pasti Suruhanjaya dan Menteri KDN cukup jelas apa tindakan yg perlu diambil. Maklum ler kalau apa2 berlaku pada org2 Melayu..sapa nak peduli!!
...labu

0 comments

LAPORAN POLIS 13 MEI 1969: PAS MACAM BUNUH DIRI

Menderu-deru sayap-sayap PAS di serata negara membuat laporan polis terhadap bekas Menteri Penerangan Malaysia yang paling 'lawak', Zainuddin Maidin berhubung kenyataannya yang menyebut PAS pada 13 Mei 1969 telah mendesak Tunku Abdul Rahman agar menjalankan gerakan merampas harta-benda kaum Cina setelah Kuala Lumpur diletakkan di bawah pengawasan Askar Melayu Diraja.

Sememangnya dari satu bahagian, memperlihatkan sikap bersungguh-sungguh ahli-ahli PAS untuk menjaga nama baik parti di samping hubungan cinta dengan DAP yang mempunyai tiga ciri CCC iaitu 'CHAUVANIST, CHINESE and COMMUNIST'.

Secara keseluruhannya, ahli-ahli PAS yang begitu beria-ia membuat laporan polis terhadap Zainuddin Maidin sebenarnya adalah BUTA FAKTA SEJARAH dan hanya membaca apa yang ditulis oleh kelompok sendiri untuk syok-syok sendiri.

Sepanjang sejarah dan penulisan PAS, sebenarnya tidak ramai penulis-penulis PAS yang cukup ikhlas apabila menulis. Kebanyakan penulis berjenama PAS, apabila menulis sejarah PAS, biasanya mengikut arah mata angin. Sangat sukar memperolehi bahan penulisan tentang PAS daripada orang PAS sendiri yang menceritakan perkara sebenar, terutama daripada penubuhan PMIP dan berakhirnya generasi pertama kepimpinan PMIP yang berpatah balik ke dalam UMNO atau tidak lagi bergerak aktif setelah parti berkenaan diserapi, dirampas dan dikuasai oleh golongan dari PKMM, KMM, Hizbul Muslimin dan beberapa pertubuhan yang pro-SUKARNO dan PAKEJ INDONESIA RAYA.

Satu-satunya penulisan tentang Sejarah PAS yang boleh dikira ikhlas dan lengkap adalah daripada Ibnu Hasyim. Pun begitu beberapa bahagian, terutama penentangan ahli-ahli PAS terhadap kepimpinan Yusof Rawa, tidak dinyatakan di dalam pengkisahan sejarahnya itu.

Hanya dengan beranggapan Zainuddin Maidin tidak mempunyai fakta-fakta sejarah dan seronok bercakap seperti ahli-ahli PAS yang gemar berceramah dan berkempen tanpa ilmu, masing-masing beranggapan ianya satu pukulan T.K.O kepada UMNO.

Sebenarnya terdapat banyak penulisan yang mengisahkan PMIP dan peranan yang dimainkan daripada pilihanraya pertama iaitu pada tahun 1955 sehingga ke pilihanraya pada 1969. Malah pembabitan aktif PMIP dalam kes melibatkan enam orang lelaki Cina Labis Johor yang direkrut oleh Indonesia untuk mengganyang Malaysia telah ditangkap oleh tentera Malaysia pada September 1965, begitu jelas kepada siapa sebenarnya PMIP berpihak. (Tunku: His Life dan Times; Mubin Sheppard, Pelanduk Publications, 1995)

Terutama apabila pemimpin-pemimpin utama PMIP bertekak dengan Tan Chee Koon dan Barisan Sosialis yang cuba menyelamatkan keenam-enam lelaki Cina itu daripada dihukum bunuh kerana menderhaka.

Bagaimanapun, elok jugalah para pemimpin PAS membuka pekung di dada mereka menerusi laporan polis terhadap Zainuddin Maidin. Pastinya Zainuddin Maidin akan menggunakan arkib Utusan Melayu/Malaysia untuk mendapatkan bukti yang diperlukan, manakala ahli-ahli PAS pula bolehlah bersolat hajat untuk memohon bukti dan fakta yang diturunkan dari langit... seperti yang biasa mereka lakukan kerana masing-masing sebenarnya tidak gemar membaca dan mengulangkaji atas alasan, sejarah di negara ini adalah bias dan berat sebelah.

Setidak-tidaknya, khalayak ramai dan generasi muda penyokong PAS yang sememangnya terlalu malas membuat kajian, mengetahui PAS asalnya adalah sebuah pergerakan dan parti KEBANGSAAN yang menjadikan agama sebagai teras, tetapi bukan mewujudkan sebuah NEGARA ISLAM dengan HUDUD dan QISAS sebagai teras utama sepertimana yang dilaung-laungkan oleh pemimpin PAS masakini.

P/S: PMIP adalah singkatan daripada Pan-Malayan Islamic Party, nama asal bagi Parti Islam Se-Malaysia atau PAS.

2 comments

Sapa Peduli!!!

Masing2 beri pendapat tentang betapa serius titah tuanku sultan perak dan selangor!!!
Ada yg minta org2 melayu perlu beri perhatian yg serius!!

mmm pempin2 Melayu..camner, tak yah ambik peduli..

Dan apa2 pun...sapa peduli titah Sultan..terang2 titah Sultan diengkari..malah ada yg terang2 berkata "PATIK MOHON DERHAKA!!" pun tiada apa2 tindakan sehingga hari ni..

SAPA PEDULI!!!

PM dan TPM..minta tindakan tegas diambil..minta suruhanjaya ambik tindakan TEGAS!!!
Menteri KDN, PM dan TPM tak mahu minta beliau bertindak TEGAS ke!!

Tapi..tu lah, abis2 tegas cuma ambik kenyataan je..lebih dari itu, cukuplah ngan nasihatkan supaya brhati2..dan beri amaran ngan penuh manja dan kasih sayang!!
Namewee pun dah brkali2 diminta utk diambil kenyataan!!!

Pegawai2 confuse kut..maksud tegas PM dan TPM ni, kena beri amaran saja ke, atau nasihatkan supaya lebih brhati2 keluarkan kenyataan..atau apa yer?
Maklum ler silap sikit, jenuh kena mintak maap..atau ngan kadar segera kena letak jawatan atau kena transfer..SEGERA!! walaupun masih dalam siasatan..TINDAKAN dulu baru siasat!!

Seorg pegawai polis..ngan kadar segera dipindahkan kejabatan lain..kerana memarahi seorg Cina kerana tidak fasih berbahasa Melayu dan cakap suruh balik ke Cina saja, ketika org Cina buat kaporan polis.

Pehhhhh.........

Gitu juga si Pengetua trsebut...ngan kadar segera dipindahkan..

TINDAKAN dulu, baru siasat...jika ianya libatkan hati dan perasaan org2 Cina.

Jika org2 Melayu..ambik kenyataan, dah memadai..
__ berita2 dari utusan.

Aku setuju jugak, hak keistimewaan org2 Melayu elok lah dimansuhkan..ada pun hanya tulisan semata2..tak da sapa peduli dah!!

..lantak ler labu

0 comments

UMNO..alahai!!

Ahli Majlis Trtinggi UMNO, Fuad Zarkashi, cuma nasihatkan Puan Nurul Izzah kita ni supaya berhati2..brkenaan kata2 Nurul Izzah brkenaan hak istimewa atau lebih mudah Puan Nurul kita mencabar Perlembagaan Persekutuan..-utusan

ALAHAI!!! cukup je ngan nasihat berhati2!

Terang2 puak2 ni nak jahanamkan negara ni, tak cukup mengkhianati negara ni ngan mendedahkan rahsia ketenteraan pada negara luar!! Kamal Sanusi pun bersetuju perbuatan Nurul kerana beri maklumat secara rela dan percuma..adalah prbuatan yg suci dan murni.
Lepas tu saja gunakan kesempatan utk bakar lagi isu perkauman ngan memberi kenyataan tentang isu hak keistimewaan yg trmaktub dalam perlembagaan.

Nurul ni pulak senjak menjak ni aktif pulak..dah dekat pilihanraya kut. Tak pa cakap le apa nak cakap..kerajaan tak leh nak buat apa2 pun. Abih2 pun ambik kenyataan je!!

UMNO..pehh lagi ler jgn harap..puak2 dalam UMNO ni tunggu je PAKATAN RAKYAT menang dalam pilihanraya umum kelak, lepas tu brduyun2 keluar UMNO.

Sekarang ni..tak berani nak keluar..suka ambik posisi tunggu dan lihat..kalau BN menang, legaa..kalau BN kalah, ramai2 ler brhijrah!!

..Alahai!!

0 comments

IKLAN HARI RAYA TV3, AKHIRNYA PEMUDA PAS YANG DAPAT NAMA....


Kali pertama iklan ini ditayangkan, tidak sampai beberapa minit kemudian, beberapa buah blog pro-UMNO mula menyiarkannya di Internet dan menentang serta mendesak agar TV3 menarik kembali iklan berkenaan yang disifatkan dipenuhi dengan elemen-elemen PLURALISME agama dan kerosakan akidah umat.

Selama beberapa hari, beberapa blog, contohnya Blog Panglima Perang Cyber, begitu constant menentang iklan berkenaan dengan hujah-hujah dari segi agama bahkan kempen jahat memburuk-burukkan tulisan jawi dan Melayu yang terdapat di dalam iklan berkenaan.

Anehnya, PEMUDA UMNO MALAYSIA mahupun UMNO MALAYSIA atau mana-mana sayap PERGERAKAN UMNO MALAYSIA langsung terpelongo, mati, buta, tuli dan bahlol. Kesempatan yang diberikan oleh BLOGGERS bagi UMNO mendapatkan rating di kalangan orang ramai, tidak digunakan langsung. Sama ada kepimpinan UMNO sebenarnya MEMANG BAHLOL dan JENIS SUKA MAKAN OTAK LEMBU, entahlah....

Hari ini, tersiar di Harakah Daily, PEMUDA PAS menghantar BANTAHAN kepada TV3 berhubung iklan hari raya yang disifatkan sebagai merosakkan akidah umat Islam. Walhal baik pemimpin-pemimpin PAS, mahupun bloggers pro-Pakatan Rakyat, tidak ada yang mendahului penentangan berkenaan di dunia siber. Hanya setelah bloggers Pro-UMNO menyiarkan penentangan tersebut, barulah terdapat beberapa blog pro-Pakatan yang mula mengambil kesempatan untuk menjuarai isu berkenaan.

Isu ini sebenarnya memperlihatkan betapa lemahnya, lembabnya, takdak daya inisiatifnya, bekunya otak untuk berfikir dan sindrom sombong bodoh YANG KEKAL bertakhta dalam diri kebanyakan pemimpin UMNO. Cara mudah untuk meraih perhatian dan keprihatinan pun mereka tidak mampu lakukan, masih ada hati nak bersembang tentang KEKUATAN UMNO?

Barangkali pengangkatan isu ini dilihat remeh dan boleh jadi juga disebabkan TIDAK ADA BAJET yang dikeluarkan untuknya, maka semua sayap UMNO diam membisu dan membiarkan PEMUDA PAS yang mengambil kesempatan....

Atau barangkali juga kerana TV3 adalah hak milik UMNO dan iklan berkenaan mencerminkan tahap sebenar penguasaan ilmu agama di kalangan para pemimpin UMNO?

Entahlah, tapi yang pastinya, imej JAHIL MURAKAB untuk segala segi pada UMNO begitu jelas!!!

6 comments

MELAYU- Hikmah Penampor Jepun!!

Melayu..disatukan oleh Jepun ngan penampor jepunnya..

Melayu selama ni tidur lena dibawah ratusan tahun dijajah oleh British..dijagakan oleh Jepun ngan penampor Jepunnya.
Melayu2 dijaga baik oleh British, tidak ditekan dan dibiarkan ngan urusan2 mereka, tenaga2 kerja dan buruh diambil dari India, Cina dsb..melayu terus dibiarkan, maklum ler kalau diusik nanti mereka perasan yg Tuan pada Tanah Melayu ketika itu adalah British bukannya Ketuanan Sultan2 Melayu..

Jepun masuk..abis melayu2 ditampornya, disepaknya..Melayu2 trkejut!! mana Sultan2 aku, mana Tok Bendahara, mana Tok2 Panglima, mana Datok2 Laksamana!!..rupa2nya semuanya tak leh diharap..semua terkedang kaku kena penampor Jepun.

Tapi Jepun pun pandai gak, org2 Melayu tak diusiknya sangat..ada le 2, 3 kerat kena penampor Jepun!
Cuma Melayu2 ni rasa sempit bebenor hidup..makan pun benda2 yg keras2 je..pucuk paku, ubi kayu!!
Alhamdulillah, kerana diisikan ngan paku dan kayu, hari2..org2 Melayu jadi keras sikit!!
Kesengsaraan org2 Melayu dizaman Jepun telah menyedarkan org2 Melayu yg selama ratusan tahun ni, rupa2nya mereka dijajah oleh British dan Sultan2 hanya boneka yg mereka daulatkan siang dan malam. Boneka yg tak leh nak halau Jepun2 ni dan juga British..

Jepun..dan selesai tugasnya men"jaga"kan org2 melayu, dan mengeraskan org2 Melayu..mereka pun dikembalikan ke kampung halaman mereka.

Tapi malangnya..org2 Melayu, rasa lega pasal penampor2 Jepun tak dak lah lagi, ubi kayu dan pucuk paku yg diharapkan jadi ubat keras..pehh keras jap je..Melayu pun cari bantal nak tidur balik!!

Woiitt..sapa kejut Melayu2 ni pulak..Ah Chong yg dulu dijaga, dirai sebagai tetamu, yg dibiarkan melombong, yg diberi tanah2 utk berladang dan berkebun..dibiarkan berniaga..dbiarkan mengumpul harta dan kekayaan..tiba2 nak merintah ler pulak..nak jadi SULTAN pada tanah Melayu.

Mujurlah, pedih kesan penampor Jepun masih terasa!!...pengat2 ubi kayu, rebusan ubi kayu, dan kopi pekat ..ada bekas2nya lagi. Melayu bangkit..pertahankan kedaulatan tanah Melayu, agama bangsa Melayu yakni Islam.

Alhamdullillah, Allah swt telah hantar Jepun2 ngan penampornya ke Tanah Melayu!!
__
Sekarang ni..Melayu nak tunggu sapa lak bagi penampor!! Sejak 1969, ramai yg dah tidur ni..

-org2 kapir dianggap sebagai sahabat karib dan sedara dan org2 Islam dianggap musuh dan kapir pulak,
-org2 kapir disanjung dan diletakkan sama taraf ngan Umar Abd Aziz, dan org2 Islam didoakan agar pecah perut,
-org2 kapir disanjung dan didoakan dimimbar2 jumaat keselamatan dan kesejahteraan (walaupun ni dilarang oleh Allah swt) dan org2 Islam didoakan bala dan kehancuran (walaupun dilarang oleh Allah swt dan RasulNya)
-org2 kapir diusahakan ke masjid2 atas nama politik (kononnya disandarkan atas prinsip dakwah dan Islam) untuk raih sokongan undi belaka..tapi anak2 muda Islam dibiarkan berkeliaran diluar masjid!!
-org2 kapir dibenarkan brceramah tentang kehidupan dan keadilan pada org2 Islam, dan jemaah2 masjid termasuk imam dan bilal mendengar ngan penuh taksub- sedangkan jemaah2 Islam yg usaha utk ajak org2 Islam kepada pengamalan Islam dilarang dan dihalau kononnya bakal mengotori masjid!!
-anak2 muda terbiar..ulamak2 sibuk mengejar pangkat dan kedudukan..harta kemewahan..tidak turun kepadang kepangkuan ummat..masing2 berbangga ngan keta mewah, dan kehidupan mewah..ni lah Islam katanya!!
-Maki hamun dan fitnah dibenarkan oleh para2 ulamak antara sesama Islam tapi melarang keras keatas mereka kerana mereka adalah waris para ambiya'.
-Ustaz2 sibuk ngan package2 umrah dan haji..program2 motivasi..kelas2 pengajian yg mana leh pulangkan keuntungan. Katanya, nabi saw pun berniaga. Abis semua yg berkaitan ngan amalan agama dan adatbudaya melayu dipackagekan dan diniagakan..wasiat, faraid, urus jenazah, kematian, tahlil, aqiqah, korban dll..
-Ustaz2 melobi agar dapat makan gaji ngan para korporat, agar jadi penasihat agama..

Macam2...alasan ianya adalah ibadat, Islam tu syumul, Islam tu luas dan bukannya jumud, ianya adalah fardhu kifayah, nabi saw dan para sahabat ra adalah ahli2 perniagaan yg terkenal..betul semua tu!! tapi..usah lah lupakan ummat2 Islam diperingkat akar umbi yg terancam ngan kekufuran, dan maksiat!! Ummat2 Islam yg sedang diserang ngan dahsyat oleh fitnah2 Dajjal dan dunia yg melanda spt ombak dilautan berterusan dan bertalu2..

Apakah ustaz2 ni bakal kena penampor ..spt ulamak2 diBaghdad , ditampor oleh puak2 Monggol.
Apakah ustaz2 ni bakal makan penampor, puak2 komunis ketika revolusi2 diRusia, China, Kemboja..yg mana para alim ulamak, dibunuh secara beramai2..

Tak usahlah tunggu ditampor oleh sesapa..Bangunlah!! Kena penampor ni sakit, yeob oii!!

-Awang bin ali

0 comments

Renungan..

Alhamdulillah, setiap satu peristiwa semada baik atau tidak pada kita pastinya trselit hikmah dan pengajarannya.
Cuma..semada ianya dimunafaatkan atau tidak, terserahlah kepada pihak masing2.

PAS dan DAP cuba disatukan oleh Anwar siMata Lebam Sebelah ( Matanya lebam sebelah sebagai tanda dari Allah swt, berkat doa dan sembahyang hajat seluruh negara yg inginkan petunjuk dari Allah swt- munafaat pada sesapa yg ambik iktibar)..pada tahun 1999 didalam Barisan Alternatif.

Tapi cubaan ni hanya mampu bertahan sekadarnya sahaja.

Tapi pempin2 ni sedar hasil gabungan ni mampu meraih kejayaan. Melalui pakatan ini, akan ada hanya 2 calun sahaja disetiap kawasan pilihanraya..semada DUN atau Parlimen. Maka rakyat cuma ada 2 pilihan sahaja..yg mana sebelum ni, rakyat ada beberapa pilihan.

Apa yg pendekatan perlu dibuat ialah timbul kebencian yg membuak2 terhadap UMNO dan BN..hasilnya agak lumayan yg mana MCA mula keluar statement2 tertentu pada UMNO, gitu GERAKAN, MIC dan PPP..malah mula ada gerakan2 dalam UMNO yg mula merancang utk gunakan medan pilihanraya sebagi tanda tidak puas hati mereka, atau disebabkan kebencian yg telah dibuak2kan oleh Anwar simata lebam dan kuncu2nya.

Ramai jadi keliru..gelombang biru yg dibangga2kan jadi haru biru..kempen2 pangkah apa saja kecuali UMNO berkumandang!!
Semuanya berpunca dari perasaan kecewa..semada dalam permainan politik atau dalam urusan perniagaan.
Akhirnya BN hampir2 kecundang!!
_________
Pakatan Rakyat menang besar!!! hasil kebencian dan perasaan kecewa yg dipendamkan dalam perasaan rakyat secara umumnya..
Ada yg kecewa...sambil berkata padan muka UMNO, padan muka BN, tengok lah kuasa rakyat..tapi kata2 tersebut ada nada kesal dan kecewa!!

Rakyat ditipu..kononya mereka ada kuasa!! Rakyat menentukan arah tuju negara..macam2 ler dajjal brmata lebam dan kuncu2nya brsyarah!!
Tapi rakyat tak sedar, kuasa pilihan yg diberikan selama 1 hari tu menentukan masa depannya selama 1 penggal atau selama hayatnya!! Selama 1 penggal atau selama2nya rakyat bakal jadi hamba2 yg tidak berdaya tunduk atas pilihannya sendiri!!

Ni lah demokrasi kononnya..rakyat yg tak tahu menahu apa2 pasal pentadbiran, undang2, ekonomi disogokkan ngan macam2 citer. Dan spt biasa citer2 negatif, rumor, gossip yakni fitnah sentiasa mendapat tempatnya.

PAS satu parti yg kononnya berlandaskan AQ dan sunnah..tidak pula merayu dan memujuk rakyat khususnya pada mereka yg beragama Islam agar dirikan semayang hajat dan istikharah agar diberi petunjuk sapakah yg layak diberikan undi masing2..dari hari penamaan calon sehingga pada hari ngundi, cukup masanya. Atau semayang2 hajat diadakan, diserata masjid dan surau atau mana2 tempat..untuk memohon hidayat dari Allah swt agar rakyat buat pilihan yg betul bagi kebaikan Agama dan ummat!

Sebaliknya..terus terang merayu undi diberikan pada PAKATAN RAKYAT yakni PAS, PKR, dan DAP!! walaupun menyedari ada diantara calon2 trsebut bakal membawa kemusnahan pada agama, bangsa dan negara..tapi kerana rasa gelojoh, agama diketepikan...nasib bangsa diperjudikan.
__
Akhirnya PAKATAN RAKYAT menang besar!! Pak Lah, tak nak ngaku kekalahan ini, masih kata BN menang!! Dan sehingga kini, ramai pempin2 UMNO masih mendabik dada, perasan mereka masih relevan..rakyat cuma nak beralih angin kejap je, mereka undi protes pasal Pak Lah, ..Pak Lah dah bersara, so semua akan kembali spt biasa!!

Yeob, oii...mereka undi protes UMNO ler bangang!! dari pempin tertinggi sehingga pada akar umbi..UMNO as total. Dari bangsa Melayu juga dari semua bangsa!! Tak perasan ke, yeob oiiii..

Najib pula ingat rakyat nak duit..abih ditaburnya sana sini..dia lupa nak ubati luka2 dan kebencian yg telah dicucuk tanam oleh Anwar siMata lebam sebelah!! Spt kata Tok Guru Mursyidul Am-org bagi ambik, tak cukup mintak lagi!! Bagilah banyak mana pun, simata lebam dah berpesan..tu semua hak rakyat, bukannya kebaikan kerajaan!!

Tak perasan ke..kalau Anwar siMata Lebam amalkan kronism, nepotism, rasuah, dsb..rakyat tak marah pun. Tak perkara pun malah dimaapkan. Segala kelemahan kerajaan PAKATAN dimaapkan..malah kesemua tu tetap yg disalahkan ialah UMNO!!
Lagi keburukan2 dan kelemahan2 diungkit lagi kebencian pada UMNO meningkat..comfirm kata dajjal2 ni, bahwa UMNO ni memang jahat..fikir rakyat!!
__
Tapi satu kesedaran yg kita patut syukuri ialah akhirnya PAS baru faham PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN, LORD REID bukanlah satu akidah atau pengganti pada AQ..selama ni mereka difahamkan oleh pengikut2 Dajjal bahwa UMNO dan penyokong2 UMNO adalah kapir kerana briman ngan Perlembagaan Lord Reid, dan menolak AQ dan sunnah.

Mereka baru faham..PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Lord Reid adalah satu PERJANJIAN atau "TREATY" yg kemudian dijadikan satu constitution...antara RAJA2 Melayu dengan bangsa Melayu dan sekelian mereka yg diberikan kerakyatan!! Sama sahaja perjanjian2 yg dibuat oleh khalifah2 dahulu kala ngan org2 yahudi, org2 kapir quraish dsb..Perjanjian Hudaibiah, antara contoh. Perjanjian ni meminta mereka yakni yg diberi kerakyatan dan telah dipersetujui oleh mereka untuk mengiktiraf dan menghormati hak keistimewaan org2 Melayu (kedudukan istimewa versi Nurul Izzah- apa bezanya anyway), kedudukan Islam sebagai agama resmi, bahasa Melayu sebagai bahasa resmi, dan istitusi Raja2 Melayu!! isi kandungnya lebih kurang!

Dan spt biasa org2 kapir tidak akan menepati janji2 mereka..dan sentiasa brusaha melanggarnya.
Allah swt dah berpesan, nabi saw juga telah brpesan, sejarah juga telah berpesan lagi dan lagi!!
Perjanjian Hudaibiah, org2 kapir Quraish telah langgar perjanjian..
Perjanjian di baitul Maqdis/Jurusalem..antara khalifah Umar AlKhattab, Salehudin AlAyubi..org2 yahudi dan nasrani langgar.
Perjanjian damai antara Palestine dan Israel..berkali2 Israel lah yg akan langgar..
Perlembagaan Persekutuan sendiri dah berkali2 mereka brusaha utk menyerang dan langgarnya..Perlembagan Persekutuan adalah satu akujanji taat setia, yg diterima tanpa soal..tapi tiap kali pilihanraya ianya dipersoalkan malah sentiasa dipersoalkan diperdebatkan!!
Kesannya berlaku lah 13 Mei...

Dan yg peliknya, DAP parti yg ditubuhkan atas maksud "purely" menentang Perlembagaan Persekutuan..dibenarkan utk berdaftar dan bergerak aktif. Mungkin atas nama demokrasi, kebebasan rakyat!! Tapi kita lupa, sedangkan koloni binatang pun ada undang2 dan peraturan dan mempunyai kebebasan yg terhad..apakah manusia leh bebas apa saja atas nama demokrasi..keadilan..kesaksamaan (fahaman komunis)...tanpa perlu undang2 dan peraturan!!

Kita lupa pesanan Allah swt..manusia ni ada potensi lebih buruk dan hina dari binatang!!
__
Kerajaan kena bertegas..jgn lah asyik ngan AMARAN!! demi AMARAN.. kemudian mintak maap!!

Pempin2 UMNO kaya raya..pempin2 MCA dan MIC gitu juga pempin2 PAKATAN yg lain..apa2 berlaku, selamba je beli tiket kapalterbang utk diri sendiri dan anak beranak..
Duduk kat negara luar, tak keja pun, anak cucu makan tak abis!!
Anwar simata lebam, standard ler..mesti lari kekedutaan Turki..tinggalkan anak bini dan jambu2nya, termasuklah Kamal Sanusi.

Kamilah, rakyat yg akan hadapi apa2 pun..pempin2 yg akan bersama2 pun akan kendalikan dan tunjukkan keprihatinannya nun jauh disana..atau nun dalam tembok kedutaan Turki. Cuba cari jalan utk selesaikan..dan satu lagi cari jalan utk perangat lagi.

..awang bin ali

1 comments

Blog Archive

Labels