1M4U

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Tuesday, November 16, 2010

TOKSAH DUK TEBIANG, TENGAH DUK HANGAT LAGI NIH!!!!

Tuesday, November 16, 2010
Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak menjelaskan bahawa larangan terhadap media untuk membuat liputan sebarang aktiviti kerajaan negeri, bukanlah mutlak, sebaliknya larangan tersebut boleh ditarik pada bila-bila masa. Ostat Kita berkata begitu semasa sesi penggulungan sidang dewan dan perbahasan bajet 2011, hari ini. Walau bagaimanapun, dalam jangka masa terdekat, Ostat Kita mengulangi larangannya agar wakil-wakil media yang dilarang agar tidak mendekatinya. (MSTAR ONLINE)

Semuanya bermula apabila Ostat Kita berang dengan laporan-laporan berita yang disifatkannya berat sebelah. Kerajaan PAS Kedah dicerca kerana lambat bertindak menangani masalah banjir sekalipun Kerajaan PAS Kedah telah pun bertindak semenjak hari pertama lagi.

Terdapat andaian yang mengatakan, ada dalang dari dalam PAS yang gembira dengan serangan bertali arus terhadap Ostat Kita, terutama daripada beberapa orang yang dikatakan bakal menggantikan Azizan sebagai Menteri Besar Kedah seandainya PAS menang pada Pilihanraya Umum Ke-13 nanti. Malah terdapat khabar-khabar angin bahawa maklumat tentang Ostat Kita yang bersifat meruntuhkan kredibilitinya selaku Menteri Besar Kedah terutama dalam menangani masalah banjir datangnya dari dalam PAS sendiri.

Sepanjang pentadbirannya, Ostat Kita sebenarnya disenangi oleh semua pihak termasuklah daripada UMNO sendiri. Sekalipun bermusuh dalam arena politik, UMNO tidak mempunyai banyak ruang untuk menghentam dan memperkecil-kecilkan Ostat Kita, apatah lagi Ostat Kita tidak menge'PAS'kan pentadbiran Kedah seperti yang berlaku di Kelantan dan Terengganu sewaktu PAS mengambilalih pentadbiran kedua-dua negeri itu daripada UMNO-BN. Malah kebanyakan pegawai serta dasar kerajaan UMNO-BN terdahulu di Kedah masih lagi dikekalkan oleh Ostat Kita.

Bagaimanapun, 'kecemerlangan' Ostat Kita itu dicemari oleh orang bawahannya yang bersikap terlebih sudu dari kuah. Bahkan kehadiran campurtangan ahli keluarga terdekat Ostat Kita, membusukkan namanya. Terutama apabila masing-masing begitu bersungguh-sungguh ingin merampas jawatan utama dalam GLC Kedah terutama sekali di KHTP.

Maka berdasarkan daripada situasi semasa di mana Ostat Kita seringkali diperangkap oleh orang-orangnya sendiri untuk mempamerkan sikap baran dan tidak matang, tidak mustahil Ostat Kita sebenarnya disabotaj oleh orang-orangnya sendiri. Atau lebih tepat lagi, oleh SERIGALA BERKULIT MUSANG di dalam PAS yang sedang mengintai dan mengidam kerusi empuk Menteri Besar Kedah. Dan tidak mustahil juga, kemelut antara Azizan Abdul Razak dengan media-media arus perdana sebenarnya telah diatur dan direncanakan oleh pihak tertentu yang khianat.

Persoalan yang paling utama, mengapa pihak berkenaan di dalam Kerajaan PAS Kedah sebenarnya tidak menjalankan tugas mereka secara lebih berkesan dan bersungguh-sungguh sebelum kedatangan Menteri Pusat dan sehinggalah kelemahan itu mula disiarkan oleh media-media arus perdana, walhal Kerajaan Negeri Kedah mempunyai pelbagai akses untuk menghantar maklumat tentang keadaan semasa.

Memberi alasan bahawa mereka telah disabotaj oleh media-media utama yang rata-ratanya adalah milik UMNO dan parti-parti komponen Barisan Nasional, adalah alasan yang paling bangang boleh diberikan oleh pihak yang berkenaan, memandangkan pengedaran maklumat tidak sekadar membuat persidangan media semata-mata. Lebih menarik apabila saluran rasmi PAS dan Pakatan Rakyat sendiri pun, acuh tidak acuh dengan tindakan-tindakan proaktif yang dilakukan oleh Kerajaan PAS Kedah pada peringkat awal musibah banjir di negeri tersebut.

Mungkin wajar OSTAT KITA diberikan simpati kerana dia bukan sahaja telah disabotaj oleh media-media yang disifatkannya sebagai penfitnah, tetapi juga oleh jentera penerangannya sendiri!!!

2 comments

JAMBATAN RUNTUH... TUNGGU APA LAGI, LAMBAKKANLAH DUIT!!!

Pilihanraya Kecil Galas telah berakhir. Keputusannya telah pun diketahui. Abdul Aziz Yusoff, calon dari BN telah berjaya menyandang kerusi tersebut sekaligus merampasnya dari tangan PAS yang bercita-cita ingin menjadikan Galas sebagai indikasi kekuatan mereka di Kelantan dan seluruh Malaysia.

Antara yang paling dipersalahkan oleh PAS Kelantan atas kekalahan mereka adalah masyarakat Asli yang secara totalnya telah beralih daripada menyokong Nik Aziz kepada Abdul Aziz yang sudah tentu merupakan perancangan Al-Aziz yang berada di luar jangkauan pengetahuan segala makhluk.

Kini, sama ada Kerajaan PAS atau Barisan Nasional khususnya UMNO ingin membuktikan mereka adalah pihak yang boleh memikul tanggungjawab. Sebabnya, sebuah jambatan yang menghubungkan perkampungan mereka dengan dunia luar telah runtuh. Jambatan kayu tersebut merentangi Sungai Belatok dan digunakan oleh hampir 400 orang masyarakat Asli dari Kampung Brooke Lama, Kampung Liak dan Kuala Renggil. Jambatan kayu itu juga merupakan hubungan utama untuk anak-anak Orang Asli belajar di Sekolah Kebangsaan Pos Brooke. (Malaysian Digest)

Hujan lebat, tanah runtuh, bukit-bukit digonjengkan dan faktor kerosakan akibat perbuatan manusia menjadi punca runtuhnya jambatan tersebut. Umum mengetahui, kerakusan kroni-kroni PAS Kelantan menggonjengkan tanah-tanah tinggi di Gua Musang telah mengakibatkan kerosakan alam yang sangat besar dan mencemarkan sungai-sungai berhampiran.

Hujan lebat yang turun selama enam jam tanpa henti telah meningkatkan paras sungai dan berlaku runtuhan tanah yang besar. Kejadian tersebut menakutkan masyarakat Asli tempatan dan kebanyakan mereka berlindung di dalam rumah masing-masing.

Satu-satunya cara pengangkutan yang menjadi opsyen kepada masyarakat Asli di situ untuk menghantar anak mereka bersekolah adalah dengan menggunakan sampan. Bagaimanapun, arus deras dan air yang dalam, mengancam keselamatan anak-anak tersebut.

Inilah masanya untuk mana-mana pihak sama ada daripada Kerajaan PAS Kelantan mahupun Kerajaan Pusat untuk bersegera menghantar bantuan kepada masyarakat Asli. Jikalau sebelum pilihanraya dan sebelum keputusan diumumkan, mereka ditatang, dimanja, bahkan diislamkan di hadapan khalayak ramai sambil disusuli pemberian sadaqah, hadiah atau pun zakat menggunakan kaedah pengiklanan, inilah masanya masing-masing menunjukkan keikhlasan.

Baik Kerajaan PAS Kelantan mahupun Pusat, wajar berlumba-lumba untuk menyediakan prasarana terbaik buat masyarakat Asli yang dilihat sebagai penentu undi di kawasan tersebut. Apatah lagi, Pilihanraya Umum Ke-13 sudah semakin hampir.

Jangan kerana keputusan di Galas mengecewakan, Kerajaan PAS Kelantan buat tak tahu sahaja akan nasib malang masyarakat Asli di situ. Jangan kerana mereka sudah menang, Kerajaan Pusat, khususnya UMNO buat-buat tak hairan dengan masyarakat Asli yang mereka pujuk dan janjikan pelbagai syurga sebelum ini...

Lambakkan duit, berikan perhatian, nescaya masyarakat Asli yang terkenal dengan kesetiaan mereka yang tidak berbelah bahagi kepada negara, sekalipun negara sudah banyak meminggirkan mereka, pasti akan mengundi dan memilih pihak yang menunjukkan keprihatinan...

Puteri UMNO, Srikandi PKR, Muslimat PAS, AMK, Putera UMNO dan Putera PAS tak teringin nak pi jenguk jambatan runtuh tu ke? Takkan tragedi jambatan runtuh di Dipang yang mengorbankan anak India tu sahaja yang mereka jenguk tapi apabila membabitkan Orang Asli, masing-masing takut dengan selut dan pacat? Masa nak rayu undi kelmarin, tak kisah pun... kan? Kan? Kan?

Abdul Aziz Yusoff... ini cabaran untuk anda membuktikan anda adalah wakil rakyat yang benar-benar menjadi wakil rakyat, bukannya wakil pemimpin tertentu....

1 comments

Siapa Sebenarnya Yang Disindir TG Hadi Awang?

Kata2 TG Hj Hadi terpampang sana dan sini..diakhbar2 maupun diblog.


Kabornya"Selain itu beliau turut meminta Umno mengaku kelemahan mereka dan berundur secara demokratik dengan memberi laluan kepada PAS dan Pakatan Rakyat memerintah negara.
Ia kerana parti itu sudah jelas lemah dan tidak mampu mengurus rakyat dan negara dengan baik.
"Hari ini Umno adalah teras kepada kepimpinan negara. Kita tahu masalah yang dihadapi walaupun cuba nak sembunyi dengan pelbagai undang-undang tapi akhirnya terdedah.
"Sebab itu kita mintak secara terhormat dan demokratik seperti berlaku di negara-negara lain, pilihan raya adil dan bebas di mana parti pemerintah yang mengalami masalah, sedia berundur. Tapi keadaan ini tak berlaku dalam negara kita," katanya."

________

Kata kat sapa sebenaqnya..


Kedah yg lepas satu demi satu dilanda musibah..kencing tikus sehingga banjir besar yg sekian kalinya selama 100 tahun -yg terburuk..


Kelantan gitu juga macam2..dari bukit gondol kerana pembalakan, masalah menantu, rampasan tanah, "hadiah" haji, dan macam2 lagi..


Selangor juga tak sunyi dilanda berbagai2 ribut taufan..


Perak...dah di"suruh" berundur..walaupun masih tersengih2 macam tak de apa2 yg berlaku..


Kata kat sapa tu sebenaqnya kenen kat UMNO tapi lupa rakan2 sejawat dan parti sendiri..pehhh tinggi bebenor hikmah Tuan Guru kita ni.


Aku paham..pasal TG ni dah amalkan apa yg dia cakap, kerana gagalnya merintah T'ganu lalu dia "diundurkan" oleh rakyat T'ganu..dan beri laluan pada yg lebih afdal dan arif.


"Bila tugas/tanggungjawab diberi pada bukan ahli, maka tunggulah kemusnahan" mahfum hadis.. So elok le ikut nasihat TG dan sabda nabi saw ni,,kalau rasa bukan ahli berundurlah..sebelum datangnya kemusnahan.


p/s P Pinang, tak de apa2 masalah pasal diperintah oleh khalifah yg dinobatkan mirip2 Umar Abd Aziz ( pehhh cam langit dan bumi bezanya).


-aa

1 comments

Tugu Kenang Jasa Komunis Dah Ada, Tugu Kenang Jasa Melayu-Islam, Bila Pulak?

Satu usul yg kita dengar mengenai pengiktirafan 13 mei dan digazetkan sebagai satu hari peringatan dinegara ini..


Yg paling kuat menentang malah ada laporan polis dibuat..tak tahu pasal apa yg melatah sesangat tu, macam bersalah je..atau takut ngan bayang2 je.


Ramai ingin tahu sebenarnya apa yg berlaku!! Apa punca2nya..Apa tindakan2 yg telah diambil yg kembalikan keadaan spt biasa kembali..sapa dalang2nya..dan sapa penyelamat2nya..


Macam2 kisah yg didendangkan..dari pihak aku, dah tentu tentang apa yg dilakukan oleh org2 cina dan bagaimana "hero"nya org2 melayu ketika tu..

Kisah budak kecil dilambung diatas besi pengopek kelapa yg menyebabkan kematian dan juga menyebabkan kebangkitan Kiyai Hj Salleh dan lagenda atau mitos pedang terbang..kisah satu panggung yg dikunci dan dibakar yg mana sebelum tu dikeluarkan message bahsa Cina..dan macam2 kisah dan citer..ni versi yg didendangkan dipihak sini..


Pihak sana pula..apa le pulak dendangannya..agak2nya betapa jahatnya org2 Melayu keatas mereka, bagaimana penindasan mereka..lalu mereka bangkit yg cuma pertahankan hak2 mereka..dan mereka dipaksa utk persetujui apa2 perjanjian yg kononnya dipersetujui sekarang ni..dan mereka juga didendangkan ngan "hero2" mereka gak..


Apa sebenarnya????


Peristiwa hitam ni perlu dan wajib dikenang agar diambil iktibar dan tidak ulanginya lagi sampai bila2..biar setiap generasi faham apa punca2nya..dan apa tu sensitiviti kaum dsb..


Jika USA adakan monument peringatan Vietnam dsb..elok gak kita adakan satu monument mengenangkan mereka yg terkorban akibat salah faham, perselisihan yg berlaku!! Begitu juga monument pengorbanan dan mereka2 trkorban semasa zaman Darurat Pemerintahan Bintang 3, pemerintahan komunis!!!!


Aku dengor2 ada tugu peringatan perjuangan komunis yg dianggap sebagai hero perjuangan kemerdekaan di Nilai..ye ke? Kerajaan terlepas pandang ke?


Kenapa takut yeob oiii..kenyataan perlu diterima dan ditelan walaupun pahit..apa yg nak disembunyikan!!


Ianya utk kebaikan..so elok ler disegerakan!!


-aa

0 comments

YANG DIKATAKAN VIDEO LUCAH SAIFUL BUKHARI



Mungkin menyedari Anwar tidak boleh diselamatkan lagi daripada perbicaraan liwatnya, biarpun tunda menunda tetap diusahakan, tentera-tentera Anwar dalam dunia blog mengatur strategi lain untuk mengganggu kredibiliti dan harga diri mangsa liwatnya, Saiful Bukhari.

Dengan menggunakan tajuk 'VIDEO LUCAH SAYFOOL', klip ini cuba mengaitkan Rosmah Mansur, Najib Abdul Razak dan UMNO dalam usaha membawa Anwar masuk penjara semula.

Namun pada masa yang sama, kewujudan video tentang perlakuan liwat dalam kes ini dan diklasifikasikan sebagai 'barang bukti', seakan-akan telah disahkan. Cumanya, video yang heboh diperkatakan itu, masih disimpan oleh pihak pendakwaraya bagi tujuan perbicaraan. Video berkenaan bakal menjadi senjata pemusnah dan disebabkan itulah, usaha penangguhan dan pengguguran kes giat dilakukan.

BLOG UNSPINNERS mendedahkan satu lagi andaian yang turut boleh dikaitkan sebagai dorongan kepada penyebaran 'VIDEO LUCAH SAYFOOL' ini. Manakala video YouTube itu boleh dilihat di BLOG ERAPASCA.

0 comments

PUTERI UMNO BAKAL DISAMAN... SATU PERKEMBANGAN YANG BAIK

Exco Kedah, Dr. Ismail Salleh telah mengumumkan akan menyaman fitnah pihak yang mendakwa dia telah menarik balik bantuan yang dihulurkan kepada mangsa banjir di Alor Selut kerana mangsa tersebut terdiri daripada ahli UMNO.

Menurutnya, fitnah itu kali pertama disebarkan oleh Facebook Puteri UMNO yang menyiarkan ucapan JKKKP Tok Keling yang menuduh dia mengambil balik bantuan yang diberi apabila mengetahui mangsa berkenaan adalah ahli UMNO. (WARTA KEDAH)

Ismail Salleh telah pun menjelaskan kedudukan berdasarkan versi ceritanya. Bagaimanapun, berdasarkan daripada laporan di Warta Kedah itu, Ismail Salleh tidak pula menafikan yang dia sememangnya telah menarik balik bantuan yang diberikan. Cuma alasan yang diberikan untuk mewajarkan tindakannya menarik balik bantuan berkenaan adalah ketidaksesuaian tempat yang dijadikan penempatan banjir.

Oleh kerana tempat yang dicadangkan untuk penempatan banjir tersebut hanya sebuah khemah dan tidak mempunyai sebarang kemudahan asas dan setelah perbincangan dilakukan dengan penghulu dan Jabatan Kebajikan Masyarakat, penempatan dibuat di surau berdekatan dan mereka tak benarkan buat dalam khemah di tepi jalan. Barang-barang bantuan diletakkan atau dipindahkan ke surau tersebut dan menurutnya ia tiada mengena dengan dakwaan bantuan ditarik semula sebab mangsa adalah ahli UMNO.

Dalam keadaan gawat akibat banjir, persepsi mangsa yang sedang tertekan biasanya dibuat berdasarkan apa yang dia rasa dan apa yang sedang berlaku. Persoalan pokok di sini ialah sememangnya peristiwa penarikan balik bantuan kepada mangsa banjir, wujud dan ianya membabitkan secara langsung Exco Kesihatan Kedah itu.

Mungkin dengan memberikan alasan bahawa barang-barang bantuan tersebut belum diserahkan kepada sesiapa, Dr. Ismail Salleh berasakan tindakannya itu betul. Namun bagi mangsa banjir yang sangat mengharapkan bantuan pada ketika itu, mereka telah pun melihat bantuan yang sangat diperlukan dan berharap agar mereka 'diselamatkan'. Namun apabila melihat bantuan berkenaan kemudian diambil semula dan dipindahkan ke tempat yang didakwa oleh Ismail Salleh, pastinya anggapan mereka ialah, bantuan berkenaan ditarik balik sebab mereka adalah ahli UMNO.

Agak aneh juga situasi ini memandangkan Ismail Salleh lebih mementingkan tempat berbanding subjek bantuan dan matlamat sebenar bantuan tersebut, sekaligus membenarkan tuduhan bahawa Exco itu telah menarik balik bantuan kepada mangsa banjir, tanpa mengambil kira tentang fitnah yang didakwanya!

Apa-apapun, Puteri UMNO Kedah yang sebelum ini sunyi sepi, kini telah diberikan promosi yang baik oleh ADUN PAS sendiri. Selamat maju jaya dan tahniah diucapkan kepada Puteri UMNO Kedah kerana berjaya membuatkan ADUN PAS berkenaan terpaksa mencari bantuan undang-undang untuk membersihhkan dirinya daripada tuduhan menarik kembali bantuan kepada mangsa banjir pada situasi dan tempat yang sama.

3 comments

Tazkirah Pendek

Allah swt ciptakan manusia sebagai sebaik2 ciptaanNya dan sempurna..dan diciptaNya syurga sebagai tempat tinggal mereka, diciptakan bidadari2 yg cantiknya tiada kata ucapan sebagai pelayan2nya..


Gitu sekali istimewanya manusia disisiNya..


Tanda sebagai ciptaan yg sempurna..setiap manusia ada sifat rajin dan malas. Jika mana2 manusia kabor sipolan2 tu pemalas secara tak langsung mengingatkan dirinya bahawa dia pun ada sifat malas ni.

Dan mana2 manusia kabor dirinya bukanlah seorg pemalas maka dia adalah pendusta..


Setiap manusia, dia rajin dalam satu hal dan malas dalam satu hal yg lain..cuma dimana diletaknya, atau diletakkan sifat2 ni..


Contoh:

Seorang pelajar ..rajinnya yg betul bila dia rajin belajar, rajin ulangkaji, rajin buat homeworknya dan sentiasa melapangkan masa utk perkara2 yg leh tingkatkan pemahamannya dan kemahirannya..hasilnya, dia akan berjaya dalam pelajarannya. Tapi dia malas nak buang masa lepak2, lebih masa utk bermain2, berpolitik, sibuk ngan perkara2 yg tiada kaitan ngan pelajarannya..


Pelajar ni meletakkan atau diletakkan sifat rajin dan malasnya pada jalan yg betul..biasanya sifat2 ni akan memberi faedah yg besar padanya.


Sebaliknya jika pelajar tu meletakkan atau diletakkan akan sifat2 ni pada perkara atau jalan yg sebaliknya maka pelajar ni biasanya akan menemui kegagalan dalam kariernya sebagai pelajar..sifat2 tersebut hanya membawa kerugian padanya.


So apa yg kita rajin dan apa yg kita malaskan..dan bagaimana utk meletakkan atau diletakkan sifat2 ni pada jalan dan perkara yg betul?


Dan apa yg betul?


-aa

0 comments

WHO THE HELL ARE YOU, SAARI SUNGIB?

Nama Saari Sungib benar-benar terkenal apabila dia menyertai REFORMASI dan meringkuk dalam lokap, penjara dan menjadi tahanan I.S.A di Kamunting kerana membela Anwar Ibrahim yang diandaikannya sebagai orang yang teraniaya, dizalimi dan difitnah. Bagaimanapun, berbeza dengan rakan-rakannya yang lain seperti Ezam Md Noor, Saari memilih untuk menyertai PAS dan bukannya berada dalam saf kepimpinan Parti Keadilan Nasional yang kemudiannya bertukar menjadi Parti Keadilan Rakyat.

Namun sekalipun berada dalam kem PAS dan kemudian menjadi wakil rakyat DUN Hulu Kelang, hubungan Saari Sungib tetap rapat dengan Anwar Ibrahim dan Azmin Ali.

Di Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor semalam telah meluluskan usul supaya kerajaan negeri mempertimbangkan untuk membuka dan meneruskan semula operasi Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS). Operasi IKYS telah ditutup oleh Kerajaan Pakatan Rakyat manakala pelajar-pelajarnya pula dipindahkan untuk menamatkan kursus di INSPENS International College.

Menurut Saari Sungip, dari segi jangka panjang, tindakan tersebut tidak menguntungkan industri pendidikan di Selangor. Malah penutupan IKYS juga menyebabkan kerajaan negeri telah mengabaikan tanggungjawab sosial kepada rakyat. (BERNAMA)

Saari Sungib telah memanjangkan suara Mohammad Khir Toyo yang digantung daripada menghadiri Sidang DUN selama setahun sehingga Julai tahun hadapan. Pada Julai lepas, Khir Toyo mempertikaikan tindakan kerajaan negeri menutup IKYS di Bagan Terap Sabak Bernam memandangkan institusi tersebut telah melatih ramai anak muda dengan kemahiran vokasional.

Selain IKYS, wakil rakyat PAS itu turut menggesa kerajaan negeri menyediakan laporan lengkap untuk dibentangkan di DUN tentang asas-asas tindakan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) mengecilkan operasinya dengan menutup beberapa anak syarikatnya yang dianggap bermasalah selain penamatan perkhidmatan kakitangan yang sudah lama berkhidmat dengan agensi berkenaan.

Saari turut menggesa kerajaan negeri untuk mengarahkan amalan memberi elaun untuk menandatangani cek kepada Pengerusi dan Pengarah PKNS Infra Bhd dihentikan serta-merta. Malah Saari juga mendesak agar penerima elaun itu yang memegang jawatan agar memulangkan kembali seluruh jumlah elaun yang telah diterima daripada syarikat.

Ini bukan kali pertama, Saari Sungib cuba mengajar Khalid Ibrahim yang diuar-uarkan sebagai CEO bijaksana yang berasal dari perut korporat UMNO. Malah dalam satu keadaan, 'keceluparan' Saari Sungib dilihat sebagai usaha memperlihatkan jurang antara PAS dan PKR Selangor secara diam-diam.

Apa-apa pun, tahniah kepada Saari Sungib yang masih mampu menjalankan tanggungjawabnya selaku wakil rakyat tanpa perlu menjilat rakan sekutu semata-mata untuk memastikan kuasa kekal di dalam tangan seperti yang dilakukan oleh rakan-rakan separtinya di Perak ketika Pakatan Rakyat berkuasa seketika.

2 comments

JILAT BANGKAI ATAU NAK COVER MARUAH?


Naib-Naib Presiden PAS telah pun memberikan buah fikiran mereka dalam usaha untuk menunjukkan parti tersebut berfikiran terbuka dan berpandangan jauh. Husam Musa dan Salahuddin Ayub telah menjelaskan bahawa pintu PAS terbuka seluas-luasnya untuk Zaid Ibrahim dan ahli-ahli PKR yang ingin melompat parti.

Biarpun ketika Zaid berada di dalam UMNO, ulahnya membuatkan hampir keseluruhan PAS memandangnya seperti bangkai babi yang berulat, malah mereka mendahului dalam bab menjatuhkan hukuman kerana tabiat minum arak Zaid Ibrahim, namun apabila bekas Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu yang digantung kerana didapati bersalah kerana mengamalkan politik wang, melompat masuk ke dalam PKR, PAS segera 'menyamak' Zaid dengan puji-pujian yang adakalanya hanya layak untuk para imam mazhab!

Apabila Zaid Ibrahim buat ulah lagi, PAS kelihatan campur tangan tapi menunggu dengan penuh sabar bagaikan burung nasar yang menunggu sisa-sisa bangkai yang ditinggalkan oleh dubuk. Akhirnya apabila Zaid Ibrahim HAMPIR mengesahkan bahawa parti yang baru disertainya itu ditinggalkan kerana muak dengan kerenah KASIH SAYANG ANWAR-AZMIN, PAS segera membayangkan keinginan dan serakah mereka.

Cuma serakah PAS tidaklah selahap dan segelojoh PKR. Sebaliknya PAS menerusi Naib-Naib Presidennya memberikan alasan berlapik memandangkan PAS mempunyai ikatan dan penyengutuan dengan PKR.

Beralasankan PAS tidak mempunyai halangan untuk menerima ahli-ahli daripada PKR, Naib-Naib Presiden PAS itu telah pun menghulurkan dan menghamparkan karpet merah untuk Zaid Ibrahim menyertai perjuangan PAS seperti mana mereka menerima keahlian Kamaruddin Jaafar sehingga pada suatu tahap, melantiknya sebagai Setiausaha Agung sungguhnya darahnya masih pekat berwarna UMNO versi Anwar Ibrahim.

Mungkin PAS melihat Zaid mempunyai pengaruh dan karisma tersendiri, khususnya untuk menyaingi populariti Anwar Ibrahim dan Azmin Ali. Mungkin PAS sendiri sudah mempunyai senjata sulit untuk melunakkan pendirian Zaid Ibrahim khususnya mengenai tanggapannya terhadap hukuman hudud dan qisas.

Atau barangkali PAS sebenarnya sudah bersedia untuk menjadi LEBIH LIBERAL dan LEBIH MODERAT berbanding sekarang?

2 comments

LIHAT DENGAN MATA YANG TERBUKA....

Ancaman kerosakan akidah di kalangan umat Islam di negara ini semakin berleluasa, sama ada secara zahir, mahupun secara tersembunyi. Ancaman tersebut, bukan sahaja datangnya daripada makhluk yang bukan beragama Islam dan berniat jahat terhadap umat Islam, sebaliknya turut didatangkan dalam bentuk dan berwasilahkan manusia yang kelihatan seperti orang Melayu dan bernama seperti seorang Islam.

Sudah ramai orang Melayu-Islam yang tidak segan silu lagi bergelumang dengan kadar faedah atau bunga atau riba malah menganggapnya sebagai satu perkara rutin dengan alasan, mana boleh lari daripada riba dan kadar interest di negara ini.

Hanya si bodoh sahaja yang akan mengucapkan kata-kata kuffar seperti itu!!!!

Malah ramai yang tidak segan silu lagi menggunakan nama ISLAM untuk menghalalkan yang haram sehingga menimbulkan persepsi di kalangan orang kafir bahawa orang Islam sudah dapat menerima riba sebagai salah satu cara hidup. Contoh yang paling ketara adalah gambar yang tersiar di atas.

Kadar flat rate interest yang kemudian diuar-uarkan sebagai pinjaman yang berlandaskan Islam.... semenjak bila pula Islam melonggarkan tentang amalan riba? Hanya kerana beralasankan perniagaan, golongan penyesat ini mengambil kesempatan untuk memperdayakan akidah umat Islam.

Maka berhati-hatilah seandainya anda benar-benar inginkan doa akan dimakbulkan Allah Taala dan segala pendapatan anda tidak mengandungi unsur-unsur syubhah sehingga menumbuhkan daging-daging di dalam tubuh hasil daripada pendapatan syubhah kerana kelak di akhirat, daging-daging itu akan ditanya oleh Allah Taala dan anda yang akan menanggung siksa azab-Nya.

Jangan fikir Allah Taala Maha Pengampun lagi Maha Memberi Belas, maka anda boleh berbuat sesuka hati yang melanggar larangan-Nya dan titah perintah-Nya. Kalau asyik bersangka baik sahaja sedangkan perbuatan anda tidak selari dengan sangka baik tersebut, anda tetap akan terhumban ke dalam api neraka yang paling dalam dan paling zulmat...

Mohon kita dijauhkan daripada kemurkaan Allah Taala itu... kembalilah ke jalan yang benar dan berusahalah berpegang kepada tali Allah Taala dengan sebenar-benar pegang, meskipun terpaksa merangkak dan menyeret perut di atas pasir panas untuk tujuan tersebut....

Selemah-lemah iman adalah takutkan siksaan api neraka...

2 comments

CERITA PANJANG TAK GUNA... BACA SENDIRI DAN PAKATLAH TEPUK DAHI MASING-MASING





Jangan lupa kentut dan kemudian basuh punggung tu yer... manalah tahu ada cirit yang terpancut keluar sekali.....

2 comments

Monday, November 15, 2010

BESAR KEMALUAN TERKULAI KALAU MENGAKU!!!!

Monday, November 15, 2010
Bank Dunia pada Rabu lalu menerusi laporan Pemantauan Ekonomi Malaysia (MEM) menarafkan Sabah yang mempunyai penduduk seramai 10% daripada keseluruhan penduduk Malaysia sebagai negeri termiskin di negara ini. Bagaimanapun Unit Perancangan Ekonomi (EPU) Jabatan Ketua Menteri Sabah segera menafikan laporan tersebut dengan data-data mereka sendiri. (MALAYSIAKINI)

Sabah yang menyertai Malaysia pada 31 Ogos 1963 mempunyai komposisi dan taburan penduduk yang sangat unik berbanding negeri-negeri lain. Malah kalau dibandingkan dengan mana-mana negeri di Semenanjung, banyak salah jangka dan salah anggap sering diletakkan kepada Sabah.

Biarpun negeri tersebut mempunyai hasil mahsul yang sangat besar, namun pertikaian dan pertembungan kuasa antara pemimpin-pemimpin politik di negeri tersebut, memberi terlalu banyak kesan buruk kepada keseluruhan rakyat Sabah. Sama ada mereka mewakili Barisan Nasional mahupun pakatan pembangkang atau bebas, para pemimpin politik itulah yang mencorakkan keadaan negeri terbabit.

Dengan keluasan negeri dan bentuk muka buminya yang berbeza dengan Semenanjung, sangat rumit untuk melakukan transformasi kemajuan menurut kacamata luar.

Hakikatnya apa yang perlu dimalukan dengan label 'Negeri Termiskin'? Apakah dengan label tersebut, BESAR KEMALUAN yang akan terkulai? Atau adakah dengan label berkenaan, banyak persoalan yang perlu dijawab terutama peruntukan-peruntukan yang tidak sampai kepada sasaran?
EPU boleh memberikan pelbagai jawapan dan alasan kepada keadaan serta label berkenaan. Mereka juga boleh menafikan atau pun tidak menerima label berkenaan. Namun alasan demi alasan yang diberikan tidak akan menjamin kemenangan kerajaan sedia ada pada masa hadapan dalam setiap pilihanraya. Sebaliknya, apa yang diperlukan oleh rakyat, terutama di kawasan pedalaman adalah jaminan sosial dan ekonomi yang jauh lebih baik berbanding sekarang.

Seharusnya label berkenaan diterima dan ditanggapi dengan sebaik-baiknya. Tidak guna membuat penafian buta, sebaliknya buktikan peningkatan Sabah dari segi ekonomi dan sosial yang jauh lebih baik berbanding sekarang.

Ramai yang sedang memandang ke arah Sabah. Peruntukan berbilion ringgit saban tahun, masakan digunakan untuk perkara yang sama dan masalah tersebut masih berulang-ulang saban tahun. Rakyat ingin melihat kemajuan infrastruktur di seluruh Sabah dengan jaringan jalan perhubungan bagi membolehkan kerancakan ekonomi berlangsung. Rakyat tidak mahu mendengar alasan-alasan remeh dengan kebanyakan ahli-ahli politik bertaraf super jutawan Sabah berlegar-legar di Kuala Lumpur dan kemudian muncul dengan cerita sensasi berbini baru!

Tidak guna juga ahli-ahli politik yang saban masa bertekak, berlumba-lumba meluaskan pengaruh di bumi Sabah untuk memesongkan pemikiran rakyat dengan slogan, PILIHLAH AKU DAN AKU AKAN BAWA PERUBAHAN. Sebabnya, berbanding Semenanjung, Sabah jauh lebih bebas memilih wakil-wakil rakyat mereka sama ada dari pembangkang mahupun parti pemerintah dengan harapan mereka akan membawa perubahan besar kepada rakyat Sabah.

Sedangkan apa yang berlaku sekarang hanyalah perubahan kepada kelompok tertentu terutama yang menguasai politik negeri berkenaan. Justeru, para pemimpin Sabah tidak seharusnya senang hati dengan penafian sebaliknya membuktikan bahawa fakta yang dibentangkan oleh laporan MEM itu tidak betul.

Rakyat Sabah sendiri seharusnya melakukan desakan yang lebih keras kepada wakil-wakil mereka yang hidup senang lenang dan berlagak seperti taikun-taikun besar. Rakyat Sabah juga seharusnya menjadi mata dan telinga kepada Kerajaan Pusat mahupun kepada SPRM dalam mencegah sebarang kemungkaran serta salahguna yang terlalu banyak berlaku di Sabah membabitkan ahli-ahli politik tanpa mengira parti politik apa yang mereka sertai.

Hakikatnya, rakyat Sabah sendiri seharusnya bersikap proaktif dalam menangani label negeri termiskin itu dan tidak seharusnya menyerahkan sepenuh nasib mereka kepada wakil-wakil di Parlimen mahupun DUN Negeri.

4 comments

MAKROP MANALAH YANG BEROTAK NAJIS MUGHALLAZOH NIH!!!


Gambar dicilok dari BATU GAJAH MARI

Entahkan bodoh, benak, jahil atau sememangnya buat-buat bangang keterlaluan, sehelai pemidang dinaikkan. Tujuannya mungkin untuk mengambil hati, membodek, mengampu dan tidak mustahil juga SENGAJA HENDAK MEMALUKAN Menteri Besar Perak, Zambry Abdul Kadir, terutama selepas berlaku kemelut 'KHURAFAT VERSI PAS' di Manong.

Tidak ada salah apa-apa pada pemidang berkenaan kecuali tarikhnya iaitu 17 Zulhijjah 1431 Hijrah. Sambutan Hari Raya Korban atau Aidil Adha dibuat sehari selepas ibadat Wukuf di Arafah iaitu pada 10 Zulhijjah.

Mungkin juga si tukang tempah pemidang berkenaan terkeliru antara tarikh 17 November yang bersamaan dengan 10 Zulhijjah sehinggakan tidak TERPERASAN tarikh yang tertera pada pemidang tersebut adalah salah. Atau barangkali ia SENGAJA dilakukan untuk memalukan Zambry Abdul Kadir sekaligus untuk membuktikan betapa SENGALNYA Zambry Abdul Kadir terhadap tarikh-tarikh penting hari kebesaran Islam.

Apa-apa pun, motif pemidang tersebut masih banyak yang boleh disangsikan. Dan ia terpulang kepada pihak mana, isu ini diperdebatkan!!!!

4 comments

Buta Ker? Pekak Ker? Atau Pura-Pura OKU?

Bila berlakunya sesuatu peristiwa..tu pastinya tak leh diubah. Suka tak suka..kena terima sebagai takdir Allah swt, redha dan bersabor!!


Tapi menerima sahaja..tanpa berusaha kembali, ni juga tak disukai oleh Allah swt. Macam dah trjatuh dalam lobang..redha dan sabor je. Keluar le!!


AQ dan hadis telah kaborkan pada kita..bagaimana utk elakkan bala, dan bila pula ditimpa bala, di kaborkan juga bagaimana utk keluar dari bala trsebut.


Kita memang selalu buat silap..maklum ler, silap pandang, silap faham leh hasilkan keputusan yg silap.


Tapi dah berkali2 dilihatkan kesilapan, masih buat kesalahan yg sama..tu bodoh dan bangang sesangat!! Tapi untungnya Allah swt tak pernah brputus asa membantu..


Macam dosa gak..peringatan demi peringatan diberi..tetap gak buat dosa, berkali2 ..lepas mintak ampun, buat lagi..mintak ampun lagi..kemudian buat lagi..berkali2. Tapi, alhamdulillah, Allah swt tak pernah letih memaafkan..tak pernah brputus asa memaafkan. Cuma kebiasaannya kita je yg letih beristighfar dan mudah berputus asa..


Allah swt citer kisah2 ummat dan kaum2 trdahulu..apa punca kegemilangan mereka, apa punca kejatuhan mereka!! macam mana ada golongan yg dimusnahkan dan macam mana dalam kemusnahan tu ada golongan yg diselamatkan..dipesan berkali2 baca AQ, agar kita JANGAN BUAT KESILAPAN YG SAMA..dan kalau TERBUAT KESILAPAN YG SAMA, tahu pula jalan utk keluar dari kesilapan trsebut!!


Umur ummat ni pendek2 belaka..tak punya masa yg banyak agar leh jatuh buat kesilapan berkali2. Allah swt telah mudahkan kita agar tak buat kesilapan yg sama!! harap2 jgn buat silap langsung..


Tak cukup ngan AQ..ada kisah2 sahabat ra..tak cukup ngan kisah sahabat ra..kisah2 tabiin, kisah2 auliya'2, kisah2 ulamak2..

Tak cukup ngan kisah2 ni..kisah2 berlakunya peperangan2 sepanjang zaman sejak zaman nabi saw hingga hari ni..kisah2 kejatuhan dan kemusnahan negara2 didunia ini..kisah2 merosotnya dan berkembangnya agama dimana2 negara..


Sayang bebenor Allah swt ngan ummat akhir zaman ni!!

___

Kabor Kamarudin Jaafar ..kuasa melayu takkan terhakis memandangkan senario PRU12, dan PRU 11.. cuma mungkin beliau dan org2 Melayu PKR dan PAS tak perasan yg memanda2 menteri Melayu asyik mintak maap!! Sultan pula kena buat repot polis pasal muka baginda diusung dan dipolitikkan..titah sultan dibawa kemahkamah utk diadili oleh mahkamah!!!!


Takkan tak perasan..keistimewaan hak2 org2 Melayu dipertikai dan diminta dihakis oleh memanda2 menteri dari kalangan Melayu..


Kena sediakan berbagai2 keistimewaan, kena jemput ngan lemah manja dan penuh kasih sayang pada bangsa2 kapir utk jadi tentera dan polis..gaji2 yg istimewa..pangkat2 yg besor2.. walaupun tak layak!!


Bangsa2 kapir jadi begitu sensitif, sikit2 nak nangis..sikit2 merajuk..kalau kata silap sikit, melawak pun tak boleh..

Pengetua yg dah tawaf satu sekolah ..tundukkan kepala pada murid2nya, pada guru2nya..berkali2 minta maap..tu pun tak leh dimaapkan oleh mereka!! Dasar kapir!! langsung tiada hati perut!!


TAK PERASAN ka!!


Masa pilihanraya kecil Bukit Gantang..Nizar yg sepatutnya tumpas tapi berjaya kerana mendapat sokongan padu dari pengundi2 cina kapir..

Atas dasar apa!!! kerana seruan bahwa usaha menumbangkan KERAJAAN CINA mesti ditentang!! maka bangkitlah sekelian cina2 ni keluar ngundi saat2 akhir demi pertahankan KERAJAAN CINA..


Ingat..bukan KERAJAAN PERAK, KERAJAAN PAKATAN..tapi KERAJAAN CINA!!!!


TAK PERASAN ka..!!!


BUTA sesangat ka!!! Celik ler luas2!!! Mufti Perak..sendiri leh risau!! Cam mana hampa tak leh risau!!!


Dah trminum ayaq holy water ka..dah tertelan seketul daging babi ka..atau terleleh ayaq liuq tengok aksi Liza Wong ka?? Habaq mai...mai aku jampi sikit!!

________

13 Mei..tu pun tak leh nak ambik iktibaq ka. Depa waktu tu bukannya menang pun..cuma dapat kerusi lebih sikit ja.. depa punya gedik mengalahkan pompuan jalang!! sampai berlakunya 13 mei..


LUPA KA!! atau saja buat2 lupa!!!

___

Selepas PRU12..depa merenjas2 nak jadi MB Perak, MB Selangor..kalau tak kerana pihak istana bertegas!! abih!!!!!!!!!!!!!!

Alhamdulillah, Allah swt masih sayang ngan ummat Islam di Selangor, dan di Perak..


LUPA KA!!! atau saja buat2 lupa..


wahai org2 Islam, tiada apa2 kebaikan pada sikapiaq..melainkan kerosakan dan kemusnahan.. jika ada, pasti dan pasti mereka telah dikurniakan oleh Allah swt akan hidayatNya utk memeluki Islam!!


JGN ULANGI 13 Mei.. pasal aku tak pandai apa2 pun, so kesian ler aku ni...kesian ngan anak2 kecil dan pompuan2 yg lemah, biasanya mereka ni adalah pilihan utama oleh org2 kapiaq..sesungguhnya org2 kapiaq ni tiada belas ihsannya seperti mana2 org Islam..tak percaya, pi tanya depa sendiri!!


Hj Hadi, pempin dan ulamak..kasihanilah ummat ini, berusaha lah kepada penyatuan ummat Islam!!


-aa

0 comments

Iktibar Daripada Mimpi Hadi Awang

Ni citer lama..kisah Hj Hadi bermimpikan Nabi saw. Ia berlaku ketika sebelum PRU yg mana beliau memenangi T'ganu dan seterusnya menjadi Menteri Besar T'ganu.


Mungkin ramai dah dengar akan kisah ni...aku cuma mengulangkannya kembali semoga ianya menjadi iktibar pada kita semua.


Ada 2 versi...


Versi 1- dikatakan beliau brmimpi beliau berada dalam lumpur sedangkan nabi saw berada diluar..ia merayu pada Nabi saw, tapi tidak dihiraukan..malah nabi saw membelakangi beliau. Kemudian disebutnya akan pengorbanannya dan usahanya keatas agama dan mengapa dia harus didalam kedudukan sedemikian..

Barulah nabi saw bersuara...dan seterusnya.


Versi 2- dikisahkan baginda saw pula yg berada didalam lumpur...dia berada diluar. Kisah seterusnya leh didapati dalam internet..browse je le.

_____

pada apa yg aku faham..mungkin salah le.


Walaupun mana2 versi sekali pun..versi 1 atau versi 2..simbolnya brmaksud agama tu yg telah dibenamkan kedalam lumpur..tidak pada tempat yg sewajarnya.


Bak kata Kamal Sanusi (maap perkataan Encik telah digugurkan) ..ahli2 politik ialah ahli poliTaik. Bermakna agama telah dibenamkan atau lemas dalam kolam TAIK..oleh ahli2 poliTaik.


Hj Hadi perlu renung2..dan ingat2 kembali apa janjinya. Mudah2an petunjuk awal yg dikurniakan oleh Allah swt diambil perhatian yg sewajarnya. Maklum ler, tertib dari sejarah2 dahulu kala, Allah swt dahulukan petunjuk2Nya sebelum didatangkan azab2Nya atau fitnah2Nya..


Jgn ikut rentak org lain..tapi ikutlah rentak dan petunjukNya. Cari redhaNya bukan cari undi dan sokong manusia. Ulamak diikuti bukannya mengikuti...walaupun akhirnya tiada siapa yg ikuti. Bukan populariti yg dicari, tapi redhaNya dan keampunanNya yg dicari.


Minta maap kalau pendapat aku ni salah..


-aa


1 comments

HADI AWANG TERLUPA 'PASSWORD' CIFUT DAN KARIPAP DAGING

Bila terlalu banyak beretorik dan bercakap tanpa perlaksanaan dengan pelbagai alasan bagi mewajarkan kelemahan diri, maka jadilah seorang ahli politik itu tulen dari segi akidah dan kefahamannya tentang Demokrasi Rom. Tak kiralah kepala mereka berbalut serban atau bersongkok hitam, mahupun berambut palsu. Perkara paling utama adalah mereka akan sentiasa kelihatan seperti seorang yang idealis, sama ada dalam pakaian agama, mahupun dalam bentuk kebangsaan yang dipanggil sekular. Yang penting, mereka tetap menjadi penganut AGAMA DEMOKRASI ROM yang agung.

Abdul Hadi Awang (Dato' Seri) juga tidak ketinggalan dalam perlumbaan untuk menampilkan kehebatannya selaku seorang pemain utama dalam Demokrasi Rom di Malaysia.

Itu merupakan antara petikan kata-kata Abdul Hadi Awang yang sangat popular. PAS rela kalah dan ditolak rakyat kerana melaksanakan Islam. Bagaimanapun, sekarang keadaan sudah berubah. Kata-kata itu juga akan berubah mengikut kewajaran dan mampu fikir ahli-ahli utamanya sama ada yang mengintai kerusi Parlimen mahupun DUN.

Prinsip PAS mengikut kacamata Abdul Hadi akan diubahsuai menjadi, PAS rela Islam ditolak, asalkan dapat melaksanakan kemenangan, terutama selepas Seminar PAS Sedia Ganti UMNO yang baru lalu. Pembentangan kertas kerja yang dibuat oleh Kamaruddin Jaafar, bekas Setiausaha Agung PAS di dalam seminar tersebut sudah cukup untuk menunjukkan petikan kata-kata Abdul Hadi akan bertukar sepenuhnya sedikit masa lagi.

Di dalam Seminar tersebut, Kamaruddin Jaafar mempersoalkan tentang kewajaran dakwaan yang mengatakan kuasa dan kedudukan orang Melayu sedang terancam dengan membandingkan statistik penguasaan kerusi Melayu dari tahun 1999 sehingga 2008 antara UMNO, PAS, Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.

Daripada perbandingan itu, anak lelaki Jaafar itu menolak andaian bahawa Melayu sememangnya terancam kerana penguasaan politik Melayu dikatakannya sebagai tidak terancam kerana kerusi Melayu kekal tidak berubah sekalipun UMNO kehilangan banyak kerusi dalam Pilihanraya Umum Mac 2008.

Bagaimanapun dalam pembentangan tersebut, anak lelaki Jaafar tidak pula menceritakan tentang penguasaan Melayu dalam bidang ekonomi. Mungkin Kamaruddin terlupa bahawa terlalu ramai orang Melayu yang tidak bernasib baik sepertinya.

Itu adalah salah satu contoh bagaimana kewajaran untuk menang terlalu bertentangan dengan aspirasi Presiden PAS sendiri. Umpama terlupa PASSWORD 'CIFUT' dan KARIPAP DAGING, Haji Abdul Hadi hanya boleh membawa anak-anak buahnya untuk menggoreng dan terus menggoreng sambil mendendangkan mimpi 16 September Anwar Ibrahim yang tak sudah.

Berkeyakinan benar PAS yang mereka akan ke Putrajaya pada Pilihanraya Umum Ke-13 nanti. Apa yang berlaku kemudian hari, hanya Allah Taala yang mengetahui dan sesungguhnya, tidak ada makhluk walaupun malaikat yang menjaga Loh Mahfuz, yang mengetahui apa yang tertulis padanya tentang nasib sesuatu, seseorang mahupun makhluk-makhluk tertentu. Ia akan kekal menjadi milik Allah Taala, sekalipun Iblis dan Syaitan terus-terusan membisikkan kata-kata indah di telinga dan qalbu makhluk yang bernama manusia.

1 comments

NOH OMAR DIIBARATKAN KERBAU HILANG TANDUK, LANDAK HILANG DURI


Ahli Parlimen Kuala Langat dari PKR, Abdullah Sani Abdul Hamid menyifatkan Noh Omar sebagai kerbau hilang tanduk dan landak hilang duri, apabila Noh Omar begitu rancak menyerang pentadbiran Khalid Ibrahim yang dilihat terlalu banyak melakukan pembaziran dan pembayaran berlebihan untuk acara-acara yang dijalankan melibatkan Yayasan Selangor dan sebagainya.

Kes terbaru adalah kemurkaan KDYMM Sultan Selangor atas pembaziran yang dilakukan oleh Yayasan Selangor melibatkan perbelajaan sebanyak RM300,000 untuk sambutan 40 tahun Yayasan Selangor di Kampung Pandan. Noh Omar bagaimanapun menjelaskan, perbelanjaan berkenaan bukanlah RM300,000 seperti yang dicanangkan, tetapi RM800,000.

Bertitik tolak daripada itu, tambahan pula dengan keadaan PKR yang tidak menentu serta sokongan yang merudum, khususnya di Kuala Langat, Abdullah Sani segera melakukan serangan balas terhadap Noh Omar.

Menurut Abdullah Sani, apa yang berlaku sekarang ini adalah perwarisan daripada kerajaan terdahulu. Di dalam TV Selangor, Abdullah Sani memberitahu, sekalipun kerajaan bertukar, tetapi pegawai-pegawainya masih tetap sama. Dengan kata-kata lain, Kerajaan PKR Selangor tidak mampu berbuat apa-apa kerana pegawai-pegawai yang diwarisi daripada Kerajaan Barisan Nasional yang lepas, tetap tidak berubah sikap.

Alasan paling mudah dan paling boleh dijangka yang boleh diberikan oleh Abdullah Sani. Kalaulah diikut-ikutkan kepada kata-katanya itu, ternyata transformasi, reformasi, akauntabiliti dan segala macam 'si' dan 'ti', semuanya sekadar cakap-cakap. Ianya tidak boleh dilakukan kerana mereka terikat dengan pegawai-pegawai yang 'diwarisi'.

Begitu mudah manusia-manusia berjenama PKR yang merupakan perkakas usang dari UMNO memberikan jawapan dan alasan untuk menyelamatkan punggung mereka. Sedangkan pada masa yang sama, Kerajaan PKR Selangor semakin rabak dengan pendedahan demi pendedahan salah laku dan penyelewengan kuasa, terutama dengan sikap mereka menjadikan badan-badan kebajikan seperti Yayasan Selangor, Yayasan Basmi Kemiskinan Selangor dan sebagainya, tidak ubah seperti HARTA PUSAKA MAK BAPAK DIORANG!!!!

5 comments

CAKAP KAT ORANG PANDAI, DIRI SENDIRI BODOH BERTALUN-TALUN

Gambar Hiasan Dicilok Dari BLOG JOE ZUAX

Ternyata apa yang berlaku di Perak, masih tidak menyedarkan Dewan Pemuda PAS Perak dan PAS Perak secara keseluruhannya. Mereka masih gagal menerima ketentuan Allah Taala bahawa mereka sudah hilang kuasa. Dan di sebalik ulasan Mohd Munir Ali, Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak tentang saranan Presiden PAS agar UMNO berundur secara gentleman apabila kalah dalam Pilihanraya Umum Ke-13 nanti, dia sendiri yang harus mengakui secara berlapang dada.

Walaupun masa telah berlalu, Mohd Munir Ali masih menyalahkan tiga orang Ahli Dewan Undangan Negeri yang mewakili DAP dan PKR kerana melompat parti serta memilih mencari wakil bebas yang mesra BN. Katanya, nasib UMNO dan BN Perak bagaikan telur di hujung tanduk. Mohd Munir bagaimanapun terlupa tentang Kashvinder Singh, ADUN Malim Nawar yang melompat keluar dari DAP dan kini telah menjadi ahli PPP, salah satu komponen Barisan Nasional. (HARAKAH DAILY)

Menurut Mohd Munir Ali lagi, pengambilalihan kuasa oleh UMNO/BN daripada tangan DAP Perak, tidak demokratik. Malah kononnya perbuatan tersebut adalah sangat tercela. Bagaimanapun, Mohd Munir Ali terlupa bahawa negara ini menggunakan sistem siapa banyak, dialah pemenang. Desakan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri tidak berlaku pada zaman DAP mentadbir negeri itu menerusi kepala, badan dan kaki tangan Nizar Jamaluddin, Setiausaha PAS Perak biarpun majoriti DAP yang mengetuai PAS dan PKR hanya tiga berbanding UMNO/BN.

Adakah Munir Ali sebenarnya ingin mengatakan mahkamah bodoh, bahlol dan bengong kerana tidak memberikan balik jawatan Menteri Besar kepada Nizar Jamaluddin kerana tiga orang ADUN berkenaan melompat parti? Adakah Munir Ali ingin mengatakan sewaktu Kelantan hanya majoriti satu kerusi berpihak kepada PAS, UMNO bodoh kerana gagal membuatkan ADUN PAS melompat dan menjatuhkan Nik Abdul Aziz?

Maka sewajarnya nasihat Abdul Hadi Awang agar UMNO gentleman apabila kalah nanti, seharusnya dikembalikan kepada PAS Perak. PAS Perak bukan sahaja akan kalah, tetapi sudah pun kalah. Tak payahlah berangan jauh-jauh, sebaliknya PAS Perak perlu mengekalkan enam kerusi yang mereka menang di Perak pada Pilihanraya Umum Ke-13 nanti selain mencari jalan bagaimana hendak menambah kerusi mereka dengan mendapatkan lebih kuota daripada TUAN MEREKA, DAP yang berada sepenuhnya di bawah penguasaan Ngah-Ngeh bersepupu.

Terimalah kenyataan, PAS Perak sudah dicabut kuasa oleh Allah Taala daripada memerintah negeri tersebut dan kuasa itu telah Allah Taala serahkan kepada UMNO. PAS Perak tidak seharusnya terus bernostalgia dengan kejayaan mereka menduduki kerusi Menteri Besar Perak dengan ehsan Ngah-Ngeh bersepupu meskipun pada awalnya DAP, terutama Lim Kit Siang tidak menyetujui perlantikan Nizar yang berbangsa Melayu menjadi Menteri Besar Perak, sebaliknya menuntut kerusi Menteri Besar diserahkan kepada Cina DAP!

Sampai bila lagi hendak terus bernostalgia, Mohd Munir?

0 comments

HUSAM MUSA LAYAK GANTI ANWAR IBRAHIM?

Apa yang berlaku di dalam PKR, semua orang sudah tahu. Zaid Ibrahim yang dahulunya disanjung kerana beralih dari UMNO ke PKR, kini dikecam habis-habisan. Sehinggakan temuramahnya dengan Mingguan Malaysia dan New Sunday Times pun dikecam hebat oleh para penyokong Anwar Ibrahim dan Azmin Ali.

Lebih panas apabila Zaid Ibrahim menyatakan bahawa Anwar Ibrahim dan PKR tidak layak memimpin Pakatan Rakyat. Sebaliknya para pemimpin muda di dalam PAS jauh lebih layak memimpin Pakatan Rakyat seperti Husam Musa, Khalid Samad dan Dzulkefly Ahmad.

Bagaimanapun ketiga-tiga pemimpin PAS tersebut telah menjawab bahawa mereka tidak bercadang untuk mengambilalih kedudukan PKR dan merosakkan struktur Pakatan Rakyat yang sehingga kini masih lagi berstatus haram.

Itu yang disiarkan oleh TV Selangor.

Para pemimpin PAS itu sebenarnya sedang memberi alasan yang tidak akan menyinggung perasaan Anwar Ibrahim dan para pemimpin kanan PKR. Hakikatnya apa yang berlaku kini, saling tidak ubah seperti ketika PAS berada di dalam Barisan Nasional dengan cubaan menarik seramai mungkin pengikut PKR dan meluaskan pengaruh PAS di kalangan Melayu PKR yang sebelum itu merupakan bekas UMNO sedang giat dilakukan.

PAS sudah dapat menjangkakan perpecahan di dalam PKR terutama berdasarkan perkembangan terbaru PKR kini. Tidak mungkin PAS akan membiarkan ahli-ahli PKR meninggalkan Pakatan Rakyat dan menyertai Zaid Ibrahim menubuhkan sebuah parti baru. Zaid Ibrahim pula masih bermain tarik tali tentang keahliannya di dalam PKR setakat artikel ini ditulis. PAS akan rugi besar jikalau melepaskan peluang keemasan itu.

Apatah lagi saranan daripada Presiden PAS agar parti itu memainkan peranan pemimpin dan bukannya dipimpin di dalam Pakatan Rakyat, mempunyai implikasinya yang tersendiri. Takkanlah ketiga-tiga pemimpin yang disebutkan oleh Zaid Ibrahim sebagai paling layak menerajui Pakatan Rakyat itu akan melepaskan peluang sebegini, apatah lagi mereka begitu aktif menaikkan nama masing-masing.

Sebenarnya, ramai yang ingin melihat PAS benar-benar menerajui Pakatan Rakyat, bukannya sebagai selipar PKR dan anjing DAP sepertimana yang sedang berlaku sekarang ini. Sebabnya di antara ketiga-tiga parti, PAS mempunyai jentera yang paling lengkap, logistik yang jauh lebih baik dan prinsip yang lebih teguh terutama untuk negara dan umat Islam.

0 comments

UNTUNG PKR, ADA JUGA BATU NESANNYA

Beberapa orang Ketua Wanita PKR memprotes dan mengancam untuk keluar dari parti selepas mereka mendakwa, dihalang daripada mengundi sewaktu pengundian parti di Lembah Pantai semalam. Mereka juga sedia menyeberang dan menyertai Zaid Ibrahim seandainya bekas calon Timbalan Presiden PKR itu mengumumkan pembentukan parti baru. (FREE MALAYSIA TODAY)

Mereka yang memprotes turut membawa batu nesan sebagai simbol kemusnahan PKR seandainya masalah yang hebat diperkatakan sekarang ini tidak diselesaikan segera.

Ketua Wanita Ranting Pantai Murni, Fauziah Manap yang mengetuai protes itu sewaktu pengundian diadakan di Lembah Pantai mendakwa, mereka semua tidak dibenarkan mengundi kerana telah dikenakan tindakan disiplin kerana bercakap dengan media.

Marah dan kecewa, Fauziah Manap berkata, dia dan sebahagian 200 orang ahli dari Ranting tersebut bersedia untuk menyertai Zaid sekiranya dia memutuskan untuk memisahkan diri daripada PKR.

Fauziah Manap pada masa yang sama turut melahirkan kekecewaan berhubung sikap Nurul Izzah Anwar. Menurutnya, anak sulung Anwar Ibrahim yang turut bertanding sebagai Naib Presiden itu terlalu menyombong dan tidak melayan mereka, malah melayan mereka seperti musuh, padahal merekalah yang bertungkus lumus untuknya sewaktu Nurul Izzah Anwar memenangi kerusi Parlimen Lembah Pantai dalam Pilihanraya Umum 12 pada Mac 2008 lalu.

Sebahagian besar daripada pendiri Parti Keadilan Rakyat adalah ahli-ahli UMNO yang kecewa kerana kekalahan merebut jawatan. Sebahagian lagi terlalu kagum dan tertawan dengan karisma Anwar Ibrahim. Hanya sebahagian sahaja yang benar-benar ikhlas berjuang untuk melihat perubahan besar dalam masyarakat Malaysia.

Apa yang berlaku di dalam PKR sekarang, tidak ubah seperti ketika Anwar Ibrahim mencabar Tun Ghaffar Baba untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO dahulu. Mungkin sebahagian besar daripada penyokong Pakatan Rakyat generasi muda tidak mengetahui apa yang telah dilakukan oleh Anwar Ibrahim terutama kerenahnya di Sabah yang menyaksikan pertandingan jawatan-jawatan utama UMNO pada tahun 1992-93.

Dakwaan-dakwaan bahawa Anwar Ibrahim sebagai dalang utama dalam penentuan kemenangan buat Azmin Ali, tidak ditepis atau dinafikan olehnya. Dari sehari ke sehari juga, bukti demi bukti dikeluarkan dan disiarkan sama ada oleh media-media milik UMNO mahupun media-media alternatif yang menyokong PKR dan Anwar Ibrahim.

Kemelut yang berlaku di Lembah Pantai hanyalah lanjutan daripada kemelut dan kekecohan yang berlaku di beberapa tempat lain. Bahkan kemelut dan kekecohan ini tidak akan berhenti di Lembah Pantai semata-mata, terutama setelah jumlah sebenar keahlian PKR mulai diragui dan dipersoalkan, terutama jumlah yang keluar mengundi sangat sedikit berbanding jumlah yang dinyatakan.

Sama ada penyokong-penyokong PKR keluar mahupun kekal di dalam parti tersebut, PKR sebenarnya sudah pun menyukat lebar, dalam dan luas pusara mereka. Yang tinggal kini, cuma di manakah sebenarnya tapak pusara PKR dan Anwar Ibrahim bersama-sama Azmin Ali, kesayangannya itu.

Sudah tentu yang paling seronok dan bertepuk tangan adalah DAP memandangkan DAP adalah alternatif yang terbaik untuk ahli-ahli PKR menyeberang, berbanding PAS yang dilihat lebih tertutup dan adakalanya menggunakan hujah agama untuk menjaga merit pihak tertentu di kalangan pucuk pimpinan utama.

Apa lagi drama yang akan berlangsung dalam minggu ini?

0 comments

BERCIUM TEPI JALAN... BUDAK MELAYU PULAK TUH... ANAK SAPALAH YANG BENGONG NIH?



Budaya Barat yang keterlaluan sudah menjadi sebahagian daripada rutin harian generasi baru. Golongan ini seperti tidak lagi mempunyai perasaan malu dan maruah diri lagi.

Atas nama cinta, semuanya dihalalkan dan tidak lama lagi, terhalal jugalah seorang lagi bayi di dalam tong sampah, di tepi jalan, di dalam sungai, mahupun dimakan anjing tidak bertuan dan gagak di tepi jalan.

Maka kepada mereka yang menyokong hub-hiburan di Kuala Lumpur untuk menjanakan pendapatan sebanyak RM7 bilion dan menyediakan peluang pekerjaan yang jumlahnya beribu-ribu, maka nilaikanlah sendiri keruntuhan yang jauh lebih teruk daripada paparan video di atas.

Nafsu tidak mengenal apa warna parti dan jenama parti yang disertai. Alangkan janggut panjang sedepa, serban berat tujuh lapan kilo, jubah meleret menyapu tahik ayam, mahupun berperut gendut, berbaju batik dan bersongkok hitam, lagikan tertewas dengan nafsu syahwat. Kalau tidak, masakan ada Ketua Dewan Ulama yang SANGGUP MENYETUBUHI isterinya yang sedang berdarah nifas dan berdarah haid, biarpun penampilannya mengalahkan Yahudi Mabuk.

Qias dan teladan daripada kisah Barshisha yang akhirnya tunduk menyembah Iblis wajar direnung dan sentiasa dijadikan pedoman. Padahal Iblis pada asalnya sangat mengkaguminya kerana abidnya, Barshisha. Pengakhiran hayat Barshisha ternyata jauh menyimpang daripada matlamat hidupnya sebelum itu.

9 comments

KANTOI PROJEK DALAM KERETA DI KELANTAN

55 pasangan kekasih yang tidak segan silu melakukan aksi lucah dan berkhalwat di kawasan Pantai Sri Tujoh dan Pantai Geting, Tumpat, Kelantan telah ditangkap oleh Pejabat Agama Jajahan Tumpat.

Kawasan yang mencatatkan statistik tangkapan khalwat yang tinggi di Jajahan Tumpat pada tahun ini. Kawasan yang paling 'panas' adalah Pulau Tengkorak yang menjadi kegemaran pasangan kekasih kerana kawasannya agak terlindung dengan pokok ru.

10 November lalu, satu tangkapan dilakukan ke atas pasangan yang berdua-duaan di dalam sebuah kereta di Pantai Geting. Seorang lelaki berusia 47 tahun, berstatus suami orang dengan enam anak manakala pasangannya, berstatus isteri orang, berusia 45 tahun, juga mempunyai enam orang anak telah ditangkap kira-kira jam 1.30 tengah hari di kawasan pantai tersebut.

Ketika serbuan dilakukan, kedua-duanya berada di tempat duduk masing-masing dengan kusyen kereta telah direbahkan. Setelah disoal siasat, mereka bukan muhrim dan didakwa di bawah Seksyen 5 (1) Enakmen Kanun Jenayah Syariah 2/85 Negeri Kelantan.

Itu cerita di Kelantan, Negeri Serambi Makkah, Negeri Tadahan Wahyu dan Negeri Pimpinan Ulama. Itu baru cerita di negeri yang dipimpin oleh Nik Abdul Aziz, Mursyidul Am PAS yang sentiasa meletakkan kesalahan tadbir kepada UMNO dan Barisan Nasional. Itu baru cerita di negeri yang konon-kononnya hendak melaksanakan hukuman hudud dan qisas tetapi apabila diminta melakukan amendment kali ketiga kerana lompong dalam proposal pertama dan kedua, hudud dan qisas hanya wujud dalam ceramah dan kempen politik semata-mata.

Bayangkanlah keadaan di negeri-negeri yang dikuasai oleh UMNO yang dicop sekular, APCO, UMNGOK, kafir dan agama sekerat, politik sekerat.... Kalau Kelantan yang menjadi 'satu-satunya' Negeri Islam di negara ini seperti yang dilaung-laungkan oleh kepimpinan PAS, macam tu punya masalah sosial tak terbendung, apatah lagi di negeri-negeri 'kafir' lain di Semenanjung, Sabah dan Sarawak, kan?

Tanggungjawab kita yang paling utama sepertimana yang diajarkan Nabi s.a.w, para Sahabat r.a dan Salafus-Soleh adalah diri sendiri, kemudian ahli keluarga, kemudian jiran tetangga, kemudian anak kariah, kemudian anak daerah, anak negeri dan kemudian barulah negara... tapi kalau ikut kaedah PAS, tanggungjawab yang paling utama, dimulakan dengan negara dan berakhir dengan diri sendiri...

Maka fikirkanlah, betapa songsangnya kaedah yang diajarkan kepada hampir kesemua penyokong PAS.... mungkin disebabkan itulah, masalah sosial di Kelantan tidak lebih baik berbanding negeri-negeri yang dikutuk dan diperlekehnya....




10 comments

Sunday, November 14, 2010

PATRIOTISME KEPALA HOTAK KAU LER, APEK PUAKA

Sunday, November 14, 2010
Apek Puaka pencetus 13 Mei 1969, Lim Kit Siang telah menyiarkan sepucuk surat 'peminat'nya yang mempersoalkan tentang tindakan pihak penemuduga yang enggan menerima permohonannya untuk memasuki perkhidmatan polis dengan alasan keputusan STPMnya 'terlalu baik' dan 'tidak guna menyertai polis'. (BLOG LIM KIT SIANG)

Sama ada peristiwa berkenaan atau sengaja diada-adakan untuk menunjukkan orang Cina tidak diperlukan di dalam perkhidmatan polis, Lim Kit Siang sebenarnya cuba membawa pembaca blognya ke dimensi yang tersendiri. Lim Kit Siang mahu membuktikan kepada para pembaca, khususnya orang Melayu bahawa orang Cina sentiasa dicurigai sehinggakan kehadiran mereka di dalam perkhidmatan awam, khususnya polis pun dihalang dan disusah-susahkan.

Sedangkan daripada apa yang berlaku serta yang dilaporkan, permohonan daripada kaum Cina atau India untuk menyertai anggota polis, khususnya yang berpangkat rendah, terlalu kurang, malah tidak sampai 10% daripada permohonan daripada kaum Melayu dan Bumiputera Sabah Sarawak.

Penulis surat berkenaan pun, menceritakan tentang pengalamannya untuk memohon jawatan Inspektor. Apek puaka dan kaum sespesiesnya sangat berdusta dalam hal ini memandangkan terdapat pegawai-pegawai tinggi yang masih sedang sedang berkhidmat dalam PDRM.

Menyalahkan PDRM konon-kononnya agensi penguatkuasaan undang-undang itu mengamalkan dasar perkauman, merupakan antara taktik yang sering digunakan oleh Lim Kit Siang sejak zaman berzaman. Mungkin dendamnya terhadap polis yang telah menenangkan Kuala Lumpur daripada perbuatan subversifnya pada tahun 1969 dahulu, masih menebal di hatinya. Tindakan polis telah menyebabkan DAP dicop sebagai parti politik bertaraf anjing tersepit sehingga kini.

Bagaimanapun apabila membaca komen salah seorang pembacanya yang menamakan diri sebagai Jeffrey, lebih menunjukkan sikap dan persepsi mereka bahawa semua manusia yang bernama Melayu dan Bumiputera di negara ini adalah bodoh sebodoh-bodoh makhluk!

#4 by Jeffrey on Sunday, 14 November 2010 - 10:50 am

if one complains too few Non Malays in proportion to the population want to join the army, one must not forget a large portion of the Army is carved out for the Royal Malay Regiment that forms the backbone thereof with 25 battalions.

In line with 1 Malaysia and the call to show patriotism by all races one maintain the Royal Malay Regiment that following its namesake admit only Malays???

If you must maintain the Royal Malay Regiment why not create also the Royal Chinese Regiment, the Royal Indian Regisment and the Royal Dayak Regiment so that Non Malays can join to show their patriotism? What’s wrong since BN its self is a coalition of UMNO MCA & MIC as major component poarties? Instead the govt had disbanded the fearless Sarawak Rangers that lengendary take their enemies “heads”!


Hanya kerana di dalam angkatan tentera wujud Rejimen Askar Melayu Diraja, maka ianya menunjukkan betapa tidak patriotiknya orang bukan Melayu di negara ini? Betapa baghalnya haiwan ini!

Terdapat begitu banyak rejimen-rejimen lain di dalam angkatan tentera. Bahkan juruterbang-juruterbang jet pejuang juga terdiri daripada pelbagai kaum. Bandingkanlah dengan Singapura yang langsung tidak memberikan peluang kepada orang Melayu dan Arab-Tamil sekalipun angkatan tentera mereka tidak mempunyai Rejimen Askar Cina Singapura.

Malah pada peringkat sekolah dan universiti sekalipun, pelajar-pelajar berkaum Cina sangat culas untuk menyertai PKLBM dan PALAPES, sekalipun menyertai pasukan berkenaan tidak boleh menyebabkan mereka membawa senjata dan berada di barisan hadapan pertahanan negara.

Adakah untuk mempertahankan negara dan menunjukkan sikap patriotisme memerlukan nama? Orang Melayu sudah lama menyabung nyawa, mengorbankan harta benda, menyerahkan tanah kepada kaum imigran menerusi perampasan oleh British, malah sanggup menghemoikan diri bekerja sebagai hamba kepada kaum imigran, tanpa sedikit pun melakukan cubaan mengambilalih harta benda mereka yang diperolehi daripada titik peluh dan darah Melayu.

Beribu-ribu nama orang Melayu yang gugur mempertahankan negara ketika Darurat, pendudukan Jepun malah ketika Malaysia diganyang Indonesia, tidak pula wujud tuntutan daripada orang Melayu untuk diiktiraf jasa mereka.

Wahai kaum imigran... andai tidak berpuas hati dan beranggapan negara ini tidak cukup baik untuk kamu, silalah berambus keluar dari sini. Kami anak-anak watan, sekalipun ada antara kami yang berdarah campur Cina, India, Arab, Barat dan sebagainya, tidak berasa rugi sedikit pun tanpa penglibatan kamu dalam semua bidang sosial dan ekonomi di negara ini....

KONTRAKTOR MELAYU TAK BERGUNA... siapa agaknya yang mengeluarkan kata-kata sebegitu? Melayukah atau Cinakah?

4 comments

SATU LAGI CONTOH SESAT YANG DIPERTONTONKAN OLEH PAS


Dari satu segi, anjuran Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak, Mohd Munir Ali (paling kanan dalam gambar) agar Menteri Besar Perak bertaubat, adalah anjuran yang sangat mulia. Malah, sewajarnya Zambry Abdul Kadir sewajarnya berterima kasih kepada Mohd Munir Ali kerana saranannya yang sangat baik itu.

Sebabnya, sesiapa sahaja yang beragama Islam dan mengaku beriman kepada Allah Taala dan rasul-Nya, wajar memperbaharui syahadah mereka setiap masa dan bertaubat tanpa menunggu masa, sekalipun berasakan mereka tidak melakukan sebarang kesalahan. Sebabnya Nabi s.a.w sendiri yang maksum pun, bertaubat kepada Allah Taala tidak kurang 100 kali sehari.

Namun, apabila Mohd Munir Ali menyarankan agar Zambry Abdul Kadir bertaubat di hadapan Kaabah, maka jelaslah bahawa Timbalan Ketua Pemuda PAS itu sama ada seorang yang jahil atau pun seorang yang melakukan bidaah dan khurafat tegar, begitu jelas.

Dalam usaha untuk MENGISBATHKAN bahawa perbuatan Zambry Abdul Kadir di dalam majlis menaikkan tiang untuk merasmikan Program Infra Bina Upaya (IBU) di Kampung Guar, Manong adalah KHURAFAT dan SYIRIK, secara tidak sedar, Timbalan Ketua Pemuda PAS itu sendiri telah menggalakkan perlakuan syirik dan khurafat yang lebih halus sifatnya. (HARAKAH DAILY)

Perlu diingat, Kaabah atau Baitullah, bukanlah objek sembahan atau pun maqam hakikat. Sebaliknya sebarang pergantungan, pengharapan dan keihsanan dipohonkan kepada Allah Taala. Atas dasar menziarahi Baitullah adalah salah satu ibadat wajib, tidak menghalalkan pergantungan dibuat di hadapan atau kepada Kaabah. Malah pentaubatan seseorang individu boleh dilakukan di mana-mana sahaja, tidak sahaja dengan lafaz lisan (qauli), sebaliknya disusuli dengan qalbi dan fi'li.

Nabi s.a.w tidak pernah menetapkan tempat-tempat yang paling afdal untuk bertaubat. Begitu juga dengan para Sahabat r.a serta Salafus-Soleh. Mengapa pula Mohd Munir Ali terlalu berani mengada-ngadakan sesuatu yang bersifat BIDAAH?

Apabila menyarankan Zambry Abdul Kadir bertaubat di hadapan Kaabah, Mohd Munir Ali seperti meletakkan taraf Kaabah itu sebagai patung Dewa Hindu yang terdapat di dalam gua Batu Cave yang bukan sahaja menjadi objek sembahan sebaliknya melakukan pentaubatan di hadapannya. Bezanya, tanggapan Mohd Munir Ali kelihatan lebih ISLAMIK dengan menjadikan Kaabah sebagai objeknya.

Perhatikanlah bagaimana Iblis melakukan tipudaya yang sangat berseni dan penuh dengan hiasan iman namun hakikatnya perbuatan berkenaan membawa kepada kesyirikan besar yang menjauhkan kita daripada rahmat Allah Taala.

Alangkah baiknya jikalau Mohd Munir Ali menyatakan, ada baiknya jikalau Zambry Abdul Kadir memohon doa di hadapan Kaabah dan Raudah di Masjidil Nabawi kerana kedua-dua tempat tersebut telah dijamin oleh baginda Rasulullah s.a.w sebagai tempat mujarabnya doa, bukannya dengan menyarankan agar Zambry Abdul Kadir bertaubat di hadapan Kaabah, sekaligus memberikan gambaran kepada kaum mubtadi atau orang awam yang singkat ilmu agama mereka bahawa Kaabah mempunyai kaifiat atau wasilah untuk menyampaikan taubat kepada Allah Taala.

Atau barangkali Mohd Munir Ali sememangnya bertaubat di hadapan patung atau berhala tertentu dengan harapan taubatnya boleh sampai kepada Allah Taala? Semoga-moga ianya tidak berlaku dan akan sentiasa dielakkan daripada penyengutuan Allah Taala, walaupun hanya dengan mengatakan, PARACETAMOL MENGHILANGKAN SAKIT KEPALA.

Dewan Ulama PAS sewajarnya memberikan tarbiah dan pendidikan yang secukupnya kepada golongan yang menggunakan lisan mereka untuk menaikkan imej PAS di mata penyokong mereka agar mereka tidak menyesatkan orang lain yang lemah iman serta sandaran ilmu agama.

11 comments

Apa Nak Buat... Hadi Hanya Ulama Taik Kucing!!!!

PAS perlu menang dengan kekuatan sendiri

Ditulis oleh Nasri Abdullah
Sabtu, 13 November 2010 14:14

SHAH ALAM, 13 Nov: PAS perlu menang dalam pilihan raya dengan kekuatan sendiri bukan menumpang kelemahan Umno BN, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Katanya, biarpun Umno lemah namun kekuatan itu perlu dibina kerana cabaran paling besar adalah bukan untuk menang, tetapi kekuatan untuk mengisi kemenangan.
"Kita mahu supaya parti kita mencapai kejayaan dengan kekuatan kita sendiri, bukan dengan kelemahan yang ada pada lawan kita.
"Kita sedar bukan sahaja mahu menang, tapi mengisi kemengan," katanya pada sidang media selepas merasmikan seminar 'PAS Sedia Ganti Umno' di sini hari ini.
Antara pemimpin PAS Pusat yang hadir pada seminar itu ialah timbalannya, Nasharudin Mat Isa, naib, Salahuddin Ayub, ketua muslimat, Nuridah Mohd Salleh, setiausaha agung, Datuk Mustafa Ali, pengarah pilihan raya, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman,
Dalam ucapan sebelum itu, beliau menggariskan tiga perkara bagi membina kekuatan dalam PAS agar parti itu mampu memerintah negara.
Pertama, katanya adalah kekuatan aqidah Islam di kalangan setiap ahli.
Ianya termasuk persoalan akhlak, ibadah dan tarbiyah yang mantap untuk melalui perjuangan yang penuh liku.

"Kalau sama sahaja kita dengan Umno, sama-sama tak sembahyang, sama-sama tak berjemaah, dan tak kuat hubungan dengan Allah, kita tidak akan menang," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang.


dan seterusnya..dari blog Hj Hadi..
____

Kata2 ahli poliTaik sptmana yg dikaborkan oleh Kamal Sanusi..ahli poliTaik tetap le ahli poliTaik.
Hj Hadi perlu berkata ngan TERANG2, sebagai ulamak sebagai PRESIDEN..bukan bercakap ikut apa keinginan dan kehendak ahli2.

Ulamak bercakap kerana Allah swt..bukan kerana ahli2. Biar ahli tak suka...

PAS perlu menang tanpa DAP dan PKR...UMNO sememangnya lemah kerana UMNO adalah makhluk semata2.

Musuh manusia sebenar2nya bukan UMNO tapi syaitan..ni dah diikaborkan oleh Allah swt walaupun Mursyidul Am PAS anggap sekutu..

Jgn jadikan UMNO atau mana2 pun sebagai musuh..tapi jadikan syaitan tu adalah musuh. Org2 kapir juga tak leh dijadikan rakan sekutu..tu pun dah dipesan oleh Allah swt dan RasulNya. Lihatlah UMNO bila jadikan kapir sebagai rakan sekutu, apa dah jadi?? Org2 kapir tidak pernah taat pada perjanjian..sejak zaman nabi saw lagi telah diperlihatkan oleh Allah swt. Tidakkah mahu ambik iktibar!!

Beritahu lah pada ahli2..bukan Malaysia saja akan ditundukkan oleh Allah swt, tapi seluruh dunia Allah swt akan taklukkan dan tundukkan dibawah tapak kaki. Lihat saja para sahabat ra, hanya dimulakan dengan 313 saja..bukan Mekah saja Allah swt tundukkan, malah Rom dan Parsi yg merupakan empayar2 yg besar lagi digeruni tu pun Allah swt runtuhkan dan letakkan mahkota2 kedua2 kerajaan trsebut dibawah tapak kaki para sahabat ra. Para sahabat ra tidak memusuhi Arab2 Quraish jahilliyah, para sahabat ra tidak memusuhi Rom dan Parsi..tiada dendam, tiada iri hati, tiada hasad..Para sahabat ra memusuhi syaitan dan memerangi kekufuran!!!

Yakinkan pada ahli2 pada kekuatan dan pertolongan Allah swt..bukan pada undi2 manusia, sampai terpaksa menjilat2 tapak kaki dan kemaluan PKR dan DAP..satu pempin besarnya pernah dijatuhkan bersalah kerana berliwat (satu dosa yg amat besar yg mana nabi saw sendiri enggan mengaku ummat-bagaimana Tuan Presiden PAS, seorg ulamak dan mursyidul Am sanggup tundukkan batu gemala masing2 padanya) satu lagi pempin besarnya adalah kapir yg terang2 mengistiharkan permusuhannya ngan Islam!!!

Musa as dan bani Israel..tiada apa2 kekuatan tentera pun..Firaun dan sekelian tentera2nya yg terbesar dan terkuat dizaman trsebut dihancurkan oleh Allah swt ngan begitu saja, tidakkah kita jadikan iktibar!!

UMNO, MCA, MIC, DAP, PKR dan seluruh kerajaan didunia ni lemah dan tiada apa2 kekuatan..jika Allah swt brsama2 PAS.

Wahai ahli2 PAS hancurkan kebencian kamu dalam hati kamu pada UMNO, hasad, iri hati dan segala jenis bentuk permusuhan..kasih sayang Allah swt tidak boleh berserta dalam hati org2 mukmin yg mana dalam hati2 org mukmin trsebut ada hasad, kebencian, iri hati trhadap org2 Islam yg lain..
Tanpa kasih sayang Allah swt didalam hati, tiadalah pertolongan dan bantuan Allah swt..
Malah kebencian, iri hati, dendam kesumat, hasad yg dibakar2 dalam hati trsebut hanya akan memusnahkan segala amalan2 kita..dan menjauhkan kita dari rahmat2Nya..tanpa rahmat2Nya tiadalah kemenangan didunia maupun diakhirat!!

Kekalahan dan kegagalan PAS selama ni kerana Allah swt tidak brsama2..tapi bukan kerana Allah swt tidak bersama2, diambilnya pertolongan dari musuh2 Allah swt yakni syaitan dan org2 kapir!!
______________________
"Kalau sama sahaja kita dengan Umno, sama-sama tak sembahyang, sama-sama tak berjemaah, dan tak kuat hubungan dengan Allah, kita tidak akan menang"

wahai ahli poliTaik..takkan kamu ngan mudah menyamakan ahli2 kamu yg tak semayang sama ngan ahli2 UMNO? tidakkah kamu menghiris2 hati org2 Islam dalam UMNO yg menjaga semayangnya..kenapa begitu sekali..

Abu Bakar ra..kabor..aku lebih rela meruntuhkan kaabah dari melukan hati seorg mukmin yg lain..

Kikiskan buruk sangka sesama Islam..jika benarlah berlandaskan AQ dan sunnah..jika benar mengamalkan politik Islam.

Tapi jika amalkan politik yahudi dan nasrani yg bertopengkan AQ dan sunnah, aku tak leh kata apa le.

..pandangan aku je..jgn marah na!!
-aa

2 comments

LETIH BERTARUNG, PENCEGAH MAKSIAT MASUK PUN TAK SEDAR....

Sepasang kekasih yang sedang lena tidur, terkejut apabila pegawai-pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah dan JAIS menyerbu unit kondominium mereka di Pandan Perdana. Operasi lebih kurang pukul 3 pagi itu dilakukan setelah pihak berkuasa menerima aduan dan maklumat daripada orang ramai. (BLOG ORANGKASAI)

Sewaktu ditangkap, lelaki berkenaan tidak berbaju dan hanya berseluar pendek, manakala teman wanitanya berpakaian lengkap dan berseluar pendek. Pasangan terbabit di bawah ke Balai Polis Pandan Indah untuk diambil keterangan.

Pihak berkuasa Masjid Al-Azim hanya menjalankan tindakan di bawah Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah JAIS 1995 dan jika disabitkan kesalahan, mereka boleh didenda sebanyak RM3000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Masjid Al-Azim Pandan Indah, Selangor merupakan antara masjid yang paling aktif menjalankan amar makruf nahi mungkar di kariahnya. Walaupun tindakan hanya dilakukan berdasarkan laporan bersesuaian dengan peristiwa yang pernah berlaku kepada Syaidina Umar Al-Khattab r.a apabila Amirul Mukminin itu akur dengan hujah si peminum arak, namun sedikit sebanyak tindakan pegawai-pegawai Masjid Al-Azim dapat menimbulkan perasaan malu kepada penduduk di kariah Pandan Indah dan kawasan sekitarnya.

Pun begitu, seharusnya usaha-usaha yang dijalankan oleh pegawai-pegawai Masjid Al-Azim itu dibantu oleh agensi-agensi penguatkuasaan yang lain. Sebegitu ramai pendatang Indonesia yang duduk serumah berpasang-pasangan, namun tiada sebarang tindakan diambil terhadap mereka terutama di rumah-rumah pangsa sekitar Masjid Al-Azim Pandan Indah sendiri. Masakan masyarakat yang tinggal di sekeliling masjid, tidak menyedari kemungkaran yang ada di sekeliling mereka.

Apa-apa pun, usaha-usaha yang dilakukan oleh pegawai-pegawai masjid itu wajar diberikan pujian dan bantuan... disebabkan itu, rajin-rajinlah ke masjid, sama ada untuk bersolat jemaah mahupun untuk aktiviti-aktiviti sosial yang lain....

0 comments

MENTERI AMARAN YANG PERLU DIGANTI!!!

Sesungguhnya amat mengecewakan apabila Menteri Dalam Negeri merangkap Naib Presiden UMNO, Hishamuddin Hussein memandang mudah kejadian dua orang pendatang tanpa izin warga Nigeria berjaya meloloskan diri daripada kenderaan imigresen sewaktu dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang bagi tujuan pengusiran.

Sekalipun menjelaskan dua orang pegawai Imigresen yang terbabit dalam kejadian tersebut telah dikenakan tindakan penggantungan tugas, namun apabila Hishamuddin menyifatkan kejadian tersebut tidak mengancam keselamatan negara, maka semakin jelas menunjukkan bahawa keselamatan negara sangat longgar dan mudah ditutup dengan alasan 'tidak menjejaskan keselamatan'.

Walau sekecil mana pun masalah yang melibatkan pendatang tanpa izin di negara ini, ianya jelas mengancam keselamatan negara. Sekadar menyatakan kedua-dua pegawai tersebut sudah bertaubat dan menjadi pengajaran kepada pegawai-pegawai yang lain, tidak cukup untuk menjamin kejadian yang lebih buruk daripada kes ini tidak berulang. (SINAR HARIAN)

Sekalipun tindakan pengusiran dilakukan dari semasa ke semasa, namun operasi membanteras pendatang-pendatang tanpa izin sebenarnya sangat kurang. Terdapat begitu banyak sarang dan lubuk mereka sehinggakan mereka sudah pun beranak pinak dan bercucu cicit di situ tanpa sebarang tindakan daripada kerajaan Malaysia.

Kalau Menteri Dalam Negeri yang lebih terkenal sebagai Menteri Amaran, Amaran Keras dan Memberi Amaran beranggapan pendatang tanpa izin bukan ancaman kepada negara, maka tidak hairanlah ramai pegawai-pegawai Imigresen terbabit dalam pengambilan dan pengamalan rasuah. Malah tidak hairan juga, rasuah melibatkan warga asing dengan petugas keselamatan di negara ini, sudah menjadi bagai isi dan kuku.

Hishamuddin sebenarnya tidak perlu melafazkan ayat 'tidak mengancam keselamatan negara' semata-mata untuk menutup kelemahannya selaku Menteri Dalam Negeri dan agensi-agensi keselamatan yang berada di bawah Kementerian Dalam Negeri. Sebaliknya, selaku Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin sudah boleh MEMAKSA perlaksanaan undang-undang yang lebih tegas dalam hal pendatang tanpa izin.

Takkan Hishamuddin nak kata pula, dia tidak ada kuasa. Yang ada kuasa cuma Ketua-Ketua Pengarah, Pengarah dan anggota-anggota penguatkuasa undang-undang pulak.....

7 comments

OSTAT KITA Pun Bengong Jugak! Belajar Taichi Tak Abis Nih!!!

MB Kedah tak perlu melatah..malah kaborkanlah akan kelemahan, org semua maklum kerajaan Kedah masih setahun jagung..pengalaman sangat kurang. Maklum ler dulu cuma pandai mengkritik, mengata, mengutuk..bukannya letih sangat, bukan perlu keluarkan peluh keringat..cuma sembuq2kan ayaq liuq je..


Bila dah kena keja..kena tenang le bila kena tekanan!!! Ambil teladan pempin2 UMNO yg sentiasa mintaq maap ngan kapiaq2 tu walaupun tak bersalah!!


Ngaku silap, ngaku lemah, dan mohon maap pada sekelian mangsa2 banjir..pasti membuatkan UMNO2 ni terkedu, melelehkan ayaq mata mangsa2 banjir..melonjakkan lagi sokongan rakyat Kedah...untung2 leh jadi Presiden PAS dan PM Malaysia tu..

woiii ostat kita ni ada sifat noo..tak segan2 silu minta maap dan ngaku kelemahan. Ni lah pempin2 Islamik contoh!!


Minta maap disisi Islam, disisi Allah swt..adalah amalan mulia, sangat dicintai oleh Allah swt..tidak menambah kehinaan pada sesapa yg mintak maap, malah menambahkan kemuliaan dan darjat disisi Allah swt dan disisi manusia!!


Tapi tu le..bila brsekongkol ngan syaitan dan kapiaq, musuh2 Allah swt..sikit sebanyak tempias sifat2 yg dilaknati oleh Allah swt mula menyelinap masuk dalam hati2 kita..tanpa disedari.


Sebab tu berkali2 Allah swt beri peringatan dalam AQ dan berkali2 nabi saw kita brpesan..tapi kerana lemahnya yakin akan bantuan Allah swt, lemah yakinnya ngan Islam..maka pertolongan syaitan dan kapiaq disambut, sistem demokrasi ala syaitan dan yahudi diamalkan..


Semoga Allah swt ampunkan kita semua dan kembalikan kita pada AQ dan sunnah!!


( org2 alim kalau marah2 pasal dunia dan urusan dunia..buruk sikit rupanya)


-aa

0 comments

Nabi Muhammad s.a.w Pun Assobiyyah, Kalau Ikut Fahaman Nik Aziz

Dari sejarah..kisah2 pemimpin yg berjaya mengharumkan bangsa dan tanah airnya hampir semua mempunyai kualiti yg sama.

Mereka mencintai bangsa mereka..mereka merasa bimbang dan risau serta sedih akan kemunduran dan kelemahan bangsa mereka. Atas sifat2 ini mereka akan berusaha menyatukan bangsa mereka dan membawa kepada kejayaan, kemuliaan dan kehebatan!!..bangsa2 mereka kemudian dicatit dalam sejarah akan kegemilangan mereka!!


Mereka cuba memahami apakah faktor2 kerosakan, kemunduran, kelemahan bangsa mereka..mengenal pasti..kemudian merancang serta berusaha bersungguh2.

Mahatma Gandhi, Hitler, Genghiz Khan, bangsa Jepun, dan khususnya para2 ambiya' as..Musa as, Ibrahim as, dan seterusnya yg paling istimewa ialah junjungan kita nabi saw..

Tun Razak rah..pun salah seorang yg memahami dan telah berusaha bersungguh2..sehingga bangsa Melayu telah berada ditahap yg boleh dikatakan membanggakan malah ditakuti dan digeruni oleh bangsa2 lain tika ini.

Ada yg kabor..seorang pempin Melayu telah berkata..pehhh org2 Melayu ni susah betuller..Tun Razak, spt seorg bapa, berkata..kerana susah lah kita kena tolong!!!

Nabi saw kerana risau dan bimbang serta sedih hatinya melihat keadaan bangsa2 Arab ketika jahiliiyah..telah berkhalwat di gua hira' munajat agar diberi petunjuk dari Allah swt..sehingga seterusnya kita maklumi. Bangsa Arab Quraish yg satu masa dikatakan bangsa yg paling buruk akhlak2nya telah menjadi pempin2 dunia dan terkenal dan tiada lawannya dan seumpamanya sehingga kini dan leh dikatakan sehingga berakhirnya tamaddun manusia tu sendiri.

Musa as gitu juga kerana keperihatinannya pada bangsa Israel, bangsanya, membawa diri ke Madyan yg mana kemudian dilatih dan dididik oleh nabi syuaib as..membina sifat2 yg mulia yakni sifat kesabaran dan kasih sayang..spt kita maklum bagaimana sifat dan perangai bangsa Israel ni diwaktu nabi musa as..kesabaran Musa as berbanding ngan sifat asalnya, telah menyelamatkan bangsa Israel terus dihina dan diperkudakan oleh bangsa Qibti.

Benar..kesabaran, kasih sayang, jiwa yg besar, azam yg teguh..benar2 jadi prinsip mereka yg akhirnya membuahkan kejayaan..
__
Yg dikeji dan dilarang oleh nabi saw ialah assobiyah..penindasan pada bangsa lain dalam usaha menaikkan bangsa sendiri..serta kezaliman.

Nabi saw, Musa as dll ambiya' as..tidak menaikkan bangsanya ngan merampas hak2 bangsa yg lain atau menindas mana2 bangsa. malah bangsa2 yg lain yg turuti baginda saw juga menikmati kejayaan dan kemuliaan yg sama.

Di Malaysia..Melayu dimajukan, melayu ditingkatkan taraf kehidupan tanpa menzalimi, tanpa menindas bangsa2 lain malah pendatang2 tanpa izin atau ngan izin. Tidak ada kedengaran kedai2 bangsa lain, kebun bangsa2 lain, kilang2 bangsa lain..perumahan2 bangsa lain yg diganggu gugat, dikhianati, dimusnahkan, disabotajkan..setahu aku le. Malah bangsa2 lain leh hidup dan mengaut kekayaan dikawasan perkampungan dan penempatan melayu ngan aman. Lihat Indonesia walau apa pun tuduhan mereka pada Malaysia..tiada pekerja2 Indonesia yg dianiaya, di halau dari Malaysia.

Yg kelihatan bangsa2 lain ni pula "seolah2" cuba mengusir dan merampas apa2 yg dimiliki oleh bangsa Melayu. Hasrat mereka telah pun dijelaskan ketika "MALAYAN EMERGENCY" dan juga ketika 13 Mei..
Apa yg dikatakan dan diluahkan oleh bekas2 Pempin2 PKR dan mufti Perak..tidak pula disanggah dan tidak pula disaman..pada hal mereka ni gemar bebenor menyaman. "PERJANJIAN SYAITAN""PERJANJIAN RAHSIA"..ianya telah diumumkan..
____________
Sifat menghina bangsa sendiri akan menghakis sifat mencintai bangsa, akan timbulkan kebencian dan hilang jati diri, hilang maruah..ni memberi ruang yg besor utk mengkhianati bangsa sendiri..menjual bangsa sendiri.
Kejatuhan Melaka, kejatuhan pempin2 besar..kejatuhan empayar2 yg besor..adalah berpunca dari pengkhianatan bangsa sendiri..

Bagaimana kita nak berbangga sebagai bangsa Melayu, bersyukur sebagai bangsa melayu,mencintai bangsa Melayu, mengekalkan maruah bangsa..jika sering mengutuk bangsa sendiri sebagai pemalas, bodoh, bangang..tidakkah perbuatan melaknat bangsa sendiri spt melaknat diri sendiri juga, mak bapak sendiri dan nenek moyang sendiri serta anak2 sendiri..

Abu Lahab dilaknat disebut namanya dan bukan atas nama bangsanya ..Iblis dilaknat disebut namanya bukan spesisnya yakni jin...kecuali bangsa Israel. Lihat apa berlaku pada bangsa yg dilaknat..bagaimana mereka berterusan hidup dilaknati bukan sahaja oleh org2 Islam malah oleh bangsa2 lain.

Apakah kita mahu anak cucu kita sehingga hujung zaman dilaknati, dikhianati,ditindas ? Kerana mulut kita adalah sebahagian yg melaknati mereka...

Fahami bangsa sendiri..dan berusahalah kerana Allah swt. Allah swt telah memuliakan ummat Melayu ngan Islam, sudah tentu ada kemuliaan dan kebaikan yg dilihat oleh Allah swt..Allah swt telah melahirkan para2 ulamak yg terkenal satu masa dulu..malah dikatakan antara mereka berada pada maqam auliya'2 Allah swt yg mahsyur lagi disegani. Tidakkah kita mahu menilik apakah kebaikan yg tersembunyi pada ummat Melayu..

Negara2 lain yg dijajah hampir semua telah rosak agamanya..ada yg hampir 100 % telah murtad..tapi ummat Melayu walaupun dijajah 400 tahun lebih..hampir semua ummat Melayu masih Allah swt kekalkan dalam Islam...apakah kebaikan yg Allah swt lihat yg ada pada ummat Melayu?

Ada pempin Islam kita telah terlepas pandang kerana dikuasai oleh syaitan..merasa menyesal menjadi melayu..hina bebeno ke mak bapaknya yg juga Melayu?

Apakah org2 Melayu leh lahirkan ulamak2 tersohor satu masa dulu jika bangsa Melayu ni pemalas, berhasad dengki, busuk hati?

Sibuk diperkatakan bahwa org2 Melayu ada PHD..penyakit hasad dengki..kerana sempitnya pemikiran, terhadnya pergaulan..tuduhan yg selambanya dilemparkan. Apakah dia tak perasan ngan mengatakan sedemikian bahwa dirinya juga adalah kaki hasad dengki?

Mengatakan melayu bodoh,pemalas..apakah dia lupa akan dirinya?

Jika sipolan..maka sipolan je ler.

Lagi pun ayat2 AQ dan hadis tidak ada dikhususkan pada org2 Melayu..wahai Melayu yg malas, wahai melayu yg pendengki..wahai Melayu yg bodoh..dsb.

Tapi disebut..wahai anak2 adam..wahai manusia..

Hentikan..penghinaan pada bangsa sendiri..hentikan..kerana ni hanya menghina diri sendiri. Jika didapati dikalangan kita yg bermasalah, bantulah..

Jadilah ummat yg berkasih sayang..jadilah pemimpin pada bangsa sendiri..sekurang2nya pada anak2 dan isteri!! Tiada sesapa akan dicampak kenerakaNya kerana mencintai bangsanya..

-aa

0 comments

Blog Archive

Labels