Setiap parti politik di Malaysia ini, ada lawak jenaka dan anekdot masing-masing. Sama ada UMNO yang sudah menguasai kerajaan semenjak tahun 1955 iaitu dari Pilihanraya Umum yang pertama sehinggalah sekarang, mahupun Parti Cinta Malaysia yang merupakan parti politik termuda di Malaysia selain Makkal Shakti.
Namun pak lawak paling kelakar dan menggelikan tali perut sudah tentulah Pan-Malaysian Islamic Party (nama yang didaftarkan) atau Parti Islam Se-Malaysia atau PAS. Jenaka dan lawak giat parti-parti yang lain, biasanya tidaklah selawak parti ini. Antara regunya yang paling serasi adalah Anwar Ibrahim dan Parti Keadilan Nasional.
PKR cukup terkenal dengan pengecoh, pembodoh, pengelat dan cerita-cerita gempaq ala mamu Penang, tapi habuk pun tarak. Lenggok kepala pi balik, lepas tu pakat duk kayuh baca tarik penumpang. Antara lenggok kepala yang paling terkenal bikinan PKR dan Anwar Ibrahim adalah Gempaq 16 September.
Sedikit berbeza dengan PKR yang cukup terpengaruh dengan Johnny Love, pelakon komedi terkenal filem-filem Hindi dan Nagesh, pelakon komedi filem-filem Tamil, PAS mempunyai lawak jenaka yang cukup sadis dan amat mengerikan.
Lawak jenaka PAS banyak berkisar tentang hukum-hakam agama dan akidah. Dalam keadaan biasa, PAS tidak akan berjenaka, terutama jikalau jenaka itu boleh menyebabkan PAS diketawakan atau kelihatan sangat bodoh. Bagaimanapun, apabila dalam keadaan terdesak, PAS mampu berjenaka dan hasilnya, sangat menggelikan hati, ditambah pula dengan penonjolan watak-watak Wak Dogol dan Wak Long seperti Nik Abdul Aziz, Khalid Samad, Hatta Ramli dan Mahfuz Omar - sekadar menyebut beberapa nama.
Antara jenaka yang paling terkenal adalah jenaka Kalimah Allah yang boleh dikongsi dengan penganut agama lain atas alasan JENAKA karangan pemikir parti ketika sedang memerut setelah termakan julap. Sehinggalah kalangan pemimpin PAS yang lebih senior, lebih berkelayakan bercakap tentang hukum-hakam seperti Harun Din dan Taib Azamuddin terpaksa menegur dan memberitahu hukum bagi mereka yang ingin berkongsi, jenaka itu tetap diteruskan, terutama setelah ia turut dibantu oleh Anwar Ibrahim.
Semalam, PAS berjenaka lagi. Kali ini jenakanya jauh lebih sadis dan kalaulah jenaka itu dituruti, harus semua orang PAS hanya boleh duduk di atas rumah, tanpa elektrik, tanpa bekalan air, tanpa beras, tanpa gula, tanpa tepung, tanpa susu pekat manis, malah anak-anak mereka juga terpaksalah menghisap kopek ibu masing-masing sekalipun kopek itu sudah kering, lanjut, kecut dan berkedut!!!
Apa tidak, entah jenaka bangsawan apa yang merasuk, Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat, Muhammad Zain Abdul Rahman ketika berucap pada majlis Penyerahan Cek Bantuan Pembangunan Pendidikan Sekolah Agama Rakyat Selangor Fasa kedua di Madrasah Darul Mujahiddin, Telok Panglima Garang, telah mengeluarkan fatwa secara terbuka.
Kalau hendak dikatakan, dia hanya berlawak dan kata-kata itu bukanlah fatwa sebaliknya pandangan agama, nampak sangat janggalnya sebab dia menyudahkan kata-katanya dengan '... HUKUMNYA HARAM.' Kalau nak dikatakan, dia membaca kitab atau pendapat daripada ulama muktabar yang lain, pastilah disebut sanadnya....
Kalau jenaka fatwa itu dituruti, jawabnya orang PAS habis berdosa mulai saat fatwa tersebut dikeluarkan oleh 'si bijak pandai' yang entah tang mana kecendekiawanannya. Entah sarjana pengkhususan bidang pengajian agama mana yang membolehkan dia memandai-mandai mengeluarkan fatwa. Entah kitab mana yang dituruti dan mazhab mana yang dianuti sehingga membolehkan sesiapa sahaja berjenaka bab halal, haram, sunat, makruh dan mubah.
Apa tidaknya, dalam setiap beras, ada subsidi kerajaan pusat. Begitu juga dengan gula, dan serba makneka yang lain, semuanya diperolehi daripada bantuan kerajaan pusat. Jadi, apabila penduduk Kelantan yang berfahaman PAS menilai bantuan daripada kerajaan negeri, terutama tentang cukai tanah yang konon-kononnya diringankan, maka berdosalah sekalian mereka kerana telah memakan beras subsidi, minyak subsidi, minyak masak subsidi dan serba makneka subsidi yang lain, sama ada yang tidak disedari, mahupun yang diketahui terang-terang...
Pakat bodoh abislah anak-anak orang PAS di Kelantan sebab dah tak boleh pergi sekolah sa-habuk pun, sebab sekolah semuanya bantuan kerajaan pusat. Untunglah PAS sebab depa mengusahakan sekolah tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah tanpa bantuan daripada kerajaan pusat... tak gitu, ustaz?
Awatlah orang bodoh, jahil, peknga macam Muhammad Zain Abdul Rahman tu dibenarkan bercakap? Tidak adakah orang yang lebih berkelayakan di dalam PAS untuk bergurau senda, berlawak jenaka bab-bab akidah dan hukum-hakam Islam selain Muhammad Zain?
“Bantuan yang diberikan kepada rakyat pada hari ini datangnya daripada sebuah kerajaan yang adil.
“Jika bantuan diberikan, maka adalah wajar rakyat menyokong kerajaan negeri hari ini pada pilihan raya umum nanti.
“Kalau ada orang terima bantuan daripada kerajaan negeri, hukumnya haram kalau mereka sokong UMNO.” - Muhammad Zain Abdul Rahman