1M4U

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Monday, December 27, 2010

PENGISYTIHARAN SOKONGAN TERHADAP MAHFUZ OMAR!!!!

Monday, December 27, 2010
Mulai hari ini The Flying Kick mengisytiharkan sokongan kepada Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS yang bijak laksana dan pandai yang keterlaluan. Dengan ini juga, The Flying Kick mengumumkan, tidak ada sapa-sapa dalam Malaysia ini yang mampu menandingi kegeniusan otak Mahfuz yang berpandangan jauh, dan sangat berwawasan.

Kenyataan Mahfuz bahawa ganjaran yang diberikan oleh FELDA kepada para peneroka sangat kecil berbanding sumbangan yang mereka berikan sehingga Pengerusi FELDA kaya raya dan perolehan FELDA sangat besar, SANGAT-SANGAT DISOKONG.

Begitu juga kenyataan Mahfuz bahawa kalau pun pasukan bola sepak Malaysia kalah pun tidak mengapa kerana mereka telah bermain bersungguh-sungguh... lainlah macam UMNO yang menang pun kerana RASUAH... SANGAT-SANGAT DISOKONG.

Kepada pro-UMNO yang melabelkan Mahfuz sebagai BONGOK KETERLALUAN, BAHLOL, BODOH BENGONG, GILA NAK BERCAKAP, AKAL LETAK KAT LUTUT dan sebagainya, The Flying Kick adalah dengan ini menasihatkan anda semua agar menarik kembali ungkapan-ungkapan anda itu kerana sesungguhnya MAHFUZ OMAR adalah SANGAT BIJAKSANA sehinggakan tak cukup kalam dalam dunia ini untuk mencatatkan kebijaksanaannya!

Kepada mereka yang mengatakan Mahfuz Omar GILA PUBLISITI, KAKI BUSUK, CAKAP MACAM BUDAK TADIKA TERBERAK DALAM SELUAR, TERINGIN NAK JADI PRESIDEN PAS SEKALIPUN TAK PASS SRP, BERCITA-CITA JADI MENTERI WALAUPUN KIRA-KIRA BENGAP NAK MAMPUS, sila tarik kembali kata-kata anda kerana Mahfuz Omar sentiasa berhati-hati apabila menuturkan kata-katanya dan setiap kata-katanya membawa maksud 100 tahun akan datang. Dengan kata lain, lebih advanced daripada sebarang pemikiran yang pernah wujud dalam dunia ini.

Sepatutnya, Mahfuz Omar disayangi bukannya dicaci. Dia sangat prihatin kepada para peneroka, sekalipun sebelum ini, dia sendiri pun tidak kenal mana satu kelapa bali, mana satu buah sawit dan mana satu buah geduak. Sepatutnya juga, Mahfuz diberikan ruang agar dapat menerangkan kepada masyarakat, bagaimana FELDA menjalankan operasi dan menjana pendapatan daripada kelapa sawit dan getah serta 17% daripada keseluruhan peneroka yang menjual hasil di luar tetapi claim kat FELDA.

Tolong jangan caci Mahfuz Omar sebab dia adalah PEMIMPIN KESAYANGAN The Flying Kick dengan harapan suatu hari nanti, dia mampu menjadi Mursyidul Am sebagai bukti kepada sabdaan yang sering digunakan sebagai kiasan oleh Ahli al-Muntahi, 'Kalung mutiara di tengkuk babi!'

9 comments

KHALID KUDUNG JARINYA TAPI DISARUNG CINCIN!!!!

Perlantikan bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Datuk Khusrin Munawi, nampaknya tidak disenangi langsung oleh Pejabat Menteri Besar negeri tersebut. Sekalipun pengumuman telah dibuat oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, namun Pejabat Menteri Besar dan barisan Exconya mengatakan keputusan berkenaan belum muktamad.

Belum lagi menguasai Parlimen Malaysia, PKR dan Pakatan Rakyat sudah pun menunjukkan perangai gila kuasa mereka dan semberono dalam bertindak tanpa mengetahui batasan kuasa serta bahagian-bahagian yang tidak boleh mereka campuri.

Apabila dinyatakan bahawa Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim perlu 'diberitahu' dan 'diminta persetujuan' terlebih dahulu sebelum Setiausaha Negeri Selangor dilantik, maka ianya tidak ubah seperti si kudung mendapat cincin, seperti si mati pucuk dapat bini muda yang jelita.

Punyalah pembohong, sehinggakan pembohongan tidak hanya berdasarkan janji tetapi juga dijelmakan menerusi tindakan. Paling menarik apabila sumber dari Pejabat Menteri Besar menyatakan, calon-calon untuk jawatan tersebut akan dinilai oleh satu barisan panel, seperti mana yang dilakukan oleh parti-parti politik yang hendak meletakkan calon di satu-satu kerusi yang dipertandingkan. (MALAYSIAN INSIDER)

Dikatakan pula, Pejabat Menteri Besar telah menghantar tiga nama kepada Baginda Paduka Sultan Selangor untuk dipertimbangkan. Dengan kata lain, Paduka Sultan Selangor tidak berhak melantik mana-mana jawatan bukan politik, termasuklah Mufti tanpa persetujuan daripada Pakatan Rakyat Selangor.

Baru pegang negeri, belum pegang negara.... baru pegang Selangor, belum kesemua negeri dalam genggaman, cita-cita untuk menghapuskan Kesultanan Melayu di Malaysia sudah pun hendak dimulakan!!!

Paling berterus-terang adalah ADUN Bukit Tunku yang menyatakan, Sultan Selangor TIDAK PERLU dirujuk dan perkenan baginda TIDAK DIPERLUKAN dalam hal melantik Setiausaha Negeri Selangor. (MALAYSIAKINI)

Ini yang dijanjikan bahawa Perlembagaan akan dijunjung dan Artikel 152 dan Artikel 153 hendak dijunjung? Sedangkan baru sahaja menguasai Selangor, nampaknya sebahagian daripada Artikel 153 dan sebahagian daripada hak SPB Yang Dipertuan Agong, sudah pun dicabul dengan bebasnya!!!

Sedap mengata UMNO mengurangkan kekebalan raja-raja Melayu, tapi nampaknya PKR Selangor sudah pun membuang Sultan dan perlantikan yang baginda perkenankan!!!!

0 comments

MEMBUJUR LALU MELINTANG PUKANG, KHALID DAN ANWAR PASTI TERKANGKANG


Gabungan dua 'N' - Najib dan Noh - mengepalai bala tentera UMNO di Selangor. Sekaligus menggamit gelora baru dalam politik di Selangor. 22 orang Ketua Bahagian UMNO di Selangor yang sebelum ini kurang cergas, nampaknya berketuakan Presiden UMNO dan diperhatikan pula oleh Timbalan Ketua Perhubungan Negeri yang begitu aktif berceramah dalam siri SSDE.

Nampaknya tumpuan Najib kepada Selangor begitu besar sehingga melantik dirinya untuk mengawasi negeri tersebut yang sebelum ini berada di celah kangkang Anwar Ibrahim selepas tertunggingnya Khir Toyo. Para penyokong UMNO pastinya berharap, kehadiran Najib Abdul Razak selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri akan turut membawa bersama 22 Ketua Bahagian UMNO, Ketua-Ketua Pemuda, Ketua-Ketua Wanita, Ketua-Ketua Puteri dan Ketua-Ketua Putera UMNO yang sebelum ini begitu kecut terutama apabila berhadapan dengan kegarangan Teresa Kok, Faekah Husin, Elizabeth Wong dan Halimah Ali.

Buku bertemu ruas, itu yang boleh dikatakan kepada senario baru ini!

Bantuan daripada Khir Toyo dan kerjasamanya pasti diperlukan oleh gandingan Najib dan Noh di Selangor. Meskipun Khir Toyo telah digantung daripada semua jawatannya dalam UMNO ekoran kesnya di mahkamah, pastinya Khir Toyo juga tidak akan sanggup untuk melihat Selangor terus dikencing oleh Anwar-Lim Kit Siang.

Maka, akan tergempurlah kubu-kubu kuat PKR dan DAP di seluruh Selangor. Terkancing dan terkencing jugalah PEREMPUAN BERMULUT CABUL yang menjadi SETPOL Khalid di Pejabat Menteri Besar. Yang pastinya, Yaakob Sapari dan Suhaimi Shafie juga akan kerap meraba telur untuk memastikan kedua-dua biji batu kota itu tidak terkesot ke dalam perut!!!!

0 comments

KECEWANYA MAZLAN, SEPATUTNYA DIA YANG DILANTIK JADI PENGERUSI FELDA!!!!

Mazlan Aliman membantah sekeras-kerasnya perlantikan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi FELDA yang baru. Malah dia turut mendesak agar Perdana Menteri menarik balik perlantikan berkenaan. Dan sekiranya Perdana Menteri enggan menarik balik perlantikan Isa Samad, Mazlan Aliman dan lajnah pembangunan tanah dan wilayah PAS Pusat akan membuat pungutan suara dari kalangan para peneroka. yang membantah perlantikan itu. Malah Mazlan Aliman juga menegaskan akan membuat referundum sejuta tandatangan untuk dipersembahkan kepada KDYMM Yang Dipertuan Agong. (HARAKAH DAILY)

Huihhhh... takut bebenor Mazlan dengan Isa Samad. Alasannya ialah Isa Samad telah didapati bersalah kerana melakukan rasuah wang dan pernah dihukum oleh UMNO sendiri. Secara tiba-tiba pula Mazlan Aliman memperakui bahawa FELDA adalah agensi untuk menolong orang Melayu memiliki tanah...

Tak assobiyyah ka, Mazlan dengan kenyataan macam tu? Marah dek Nik Abdul Aziz dan Lim Guan Eng nanti, tahu ler kau!

Apakah taktik dan teknik yang digunakan oleh Isa Samad seperti di Bagan Pinang, menyebabkan Mazlan Aliman berasakan perlantikan Isa Samad akan menggugat penguasaan PAS di FELDA?

Sekalipun Mazlan memetik beberapa nama dan mengungkit nama-nama anak FELDA yang berjaya seperti yang disenaraikan oleh Ahmad Maslan di Parlimen, namun kebanyakan nama seandainya dilantik, tetap juga tidak akan memuaskan hati Mazlan Aliman dan konco-konconya. Contohnya, kalaulah Isa Samad tidak dilantik sebaliknya yang dilantik adalah Rozali Ismail, taukeh SYABAS, siapa agaknya yang bergolek-golek dan berguling-guling di atas jalan raya?

Sebenarnya Perdana Menteri patut memandang nama MAZLAN ALIMAN sebagai Pengerusi FELDA yang baru. Atau setidak-tidaknya dilantik Timbalan Pengerusi atau Pengerusi Eksekutif FELDA. Bolehlah juga nampak, betapa idealnya pemikiran dan penentangannya selama ini terhadap FELDA. Boleh juga rakyat Malaysia lihat, sejauh mana Mazlan Aliman dan konco-konconya akan bertindak mengatasi pelbagai masalah di kalangan warga FELDA termasuklah masalah sosial membabitkan penagihan najis dadah dan keruntuhan akhlak di kalangan generasi muda kaum peneroka.

Perdana Menteri tak patut tutup mata dan pekakkan telinga dengan nama MAZLAN ALIMAN. Sumbatlah dia kat mana-mana, atau setidak-tidaknya jadikanlah dia sebagai TANDEY ladang kelapa sawit dan bagilah sebatang rotan untuk dia memulakan kerjanya.

2 comments

BASHAH JADI PENGERUSI UMNO KEDAH, KEDA JADI LUBUK MENUNGGING BUYUNGKAN UMNO!!!!

Barangkali anda masih ingat peristiwa 'malang' yang membabitkan Dato' Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah tidak lama selepas dia melawat sebuah keluarga miskin beranak lima di Jalan Alor Mengkudu. Ekoran lawatannya ke atas keluarga miskin yang menyewa sebuah bilik premis yang dimiliki oleh seorang ahli PAS tegar, keluarga miskin berkenaan diusir dan dititah perintahkan mengosongkan bilik mereka dalam tempoh 24 jam.

Semuanya kerana Ahmad Bashah yang merupakan Timbalan Pengerusi UMNO Kedah pada waktu itu. (ANDA BOLEH BACA DI SINI)

Hari ini, Ahmad Bashah adalah Ketua Perhubungan UMNO Negeri Kedah yang baru dilantik dengan jawatan lamanya diberikan kepada Mukhriz Mahathir. Pada masa yang sama, Ahmad Bashah juga adalah Pengerusi KEDA.

Fungsi KEDA hampir-hampir sama dengan FELDA, bezanya KEDA tidak memberikan tanah seluas 10-14 ekar kepada pesertanya. Sebaliknya KEDA ditubuhkan untuk membantu golongan marhein di Kedah. Sekaligus memberi isyarat kepada Ahmad Bashah bahawa tugasnya yang paling utama adalah memastikan para peserta KEDA yang rata-ratanya sekarang ini adalah penentang UMNO berubah sikap.

KEDA ditubuhkan ketika UMNO menguasai Kedah. Kerajaan PAS pimpinan Azizan Abdul Razak hampir menamatkan KEDA dan melakukan 'trick' untuk mengambilalih agensi berkenaan dalam proses ugut-mengugut.

Sekalipun kerajaan negeri gagal dalam cubaan mereka, hakikatnya KEDA sudah lama dikuasai oleh PAS. Sebab rata-ratanya, para peserta KEDA adalah ahli PAS tegar. Lebih malang apabila boleh dikatakan sebahagian besar daripada peserta KEDA itu mempunyai tanah, rumah dan kebun tetapi tetap memohon masuk ke rancangan berkenaan kerana TAMAK dan HALOBA.

Sebenarnya, kalau diturutkan kepada prosedur dan peraturan, sememangnya kemasukan ke KEDA dan PPRT sangat ketat dan mempunyai tapisan serta saringan yang kalau dilaksanakan sangat baik. Apatah lagi KEDA sendiri memberikan elaun kepada pengerusi-pengerusi yang berkaitan untuk hadir mesyuarat, selain elaun kedatangan untuk AJK yang lain. Selain itu, kursus-kursus turut diberikan.

Bagaimanapun, apa yang diusahakan oleh KEDA itu memakan diri, memandangkan saringan dibuat bukan berdasarkan kelayakan sebaliknya berdasarkan kroni. Kisah golongan miskin seperti keluarga yang dihalau keluar bagaikan anjing buruk kepala di Jalan Alor Mengkudu itu, terpinggir, sebaliknya yang diserap masuk ke PPRT Keda adalah golongan yang tidak sepatutnya.

Dan kerana itulah, Ahmad Bashah selaku Ketua Perhubungan UMNO Negeri Kedah di samping Pengerusi KEDA perlu menggubal semula sistem yang digunapakai sebelum ini. Memandangkan saiz tanah yang tidak bertambah selain semakin ramai keluarga miskin di Kedah yang memerlukan perhatian segera, maka sudah sampai masanya untuk tindakan lebih keras digunakan.

KEDA tidak harus jadi seperti FELDA yang akhirnya memakan diri dengan tuntutan yang bukan-bukan. Kalau sekarang, FELDA diasak agar tanah-tanah yang diserahkan kepada para peneroka agar dibahagi-bahagikan kepada generasi kedua dan ketiga, selain generasi kedua dan ketiga turut mendapat jumlah yang sama seperti generasi pertama, dalam tempoh beberapa tahun lagi, KEDA juga akan mengalami masalah yang sama.

Pangkasan perlu dilakukan dari sekarang. Peserta PPRT KEDA yang berjaya membaiki ekonomi dan mampu berdikari, wajar dikeluarkan dan tempat mereka digantikan oleh keluarga yang sangat memerlukan. KEDA tidak boleh dijadikan sebagai Jabatan Kebajikan Masyarakat sebaliknya KEDA hanya boleh dijadikan sebagai tempat 'kursus', bukannya diwarisi seperti FELDA.

Mungkin pada dasarnya ia akan kelihatan seperti bersikap kejam, namun setidak-tidaknya tujuan sebenar penubuhan KEDA tercapai iaitu membantu golongan miskin tegar, bukannya membantu menambahkan lagi cawangan PAS dengan ahli-ahlinya yang bersikap sombong dengan dakwaan 'INI HAK KAMI!'.

Pada masa yang sama, elaun RM800 untuk Ketua JKKP dan Setiausahanya berbaloi juga dengan kerja yang dilakukan, bukannya seperti menyerahkan duit sebanyak itu buta-buta kepada si bebal yang tidak tahu menilai antara belacan dan ketul tahi yang dimampatkan!

Dengar khabarnya KEDA akan menyusun program terbaru untuk membantu para pesertanya tanpa mengira fahaman dan ideologi politik... barangkali itu juga akan dikatakan sebagai dogma dan doktrin UMNO untuk para peserta KEDA yang berkepalakan labang bulat putih berlatar belakangkan warna hijau!

4 comments

AHLI PARLIMEN KENA UGUT DENGAN GAMBAR AKSI SEKS!!!

Kisah ADUN Selinsing belum habis. Kisah 'bekas menteri' yang rogol Amah Indonesianya yang sudah bekerja lapan tahun dengannya juga, sedang hangat dengan teka-teki sehingga ada pula cerita yang kononnya bekas menteri tersebut berasal dari Kedah sekalipun bukti-bukti video dan audio pula mendakwa menteri berkenaan berasal dari negeri yang berjiran dengan Selangor!

Dan terkini, cakap-cakap di lobi sebuah hotel empat bintang di tengah-tengah Kuala Lumpur pula menyajikan satu lagi cerita Ahli Yang Berhormat dan skandal seks. Daripada sembang-sembang beberapa orang pemimpin politik yang berkumpul di lobi hotel berkenaan, riuh-rendah tentang seorang Ahli Yang Berhormat sedang diugut dengan gambar-gambar aksi lucahnya yang dikatakan mengalahkan ahli porno helikopter Jepun!

Disebabkan gambar-gambar itu jugalah, menurut mereka Ahli Yang Berhormat tersebut kerap didatangi oleh beberapa orang 'ulat' yang sangat terkenal sebagai kaki pau untuk 'menyamun' wang ringgitnya. Ahli Yang Berhormat tersebut bernasib malang kerana 'ulat' berkenaan bijak untuk memeras ugutnya memandangkan gambar yang diserahkan kepadanya hanyalah salinan dan ulat itu juga tidak bertindak secara sendirian sebaliknya mempunyai rangkaian ulat yang dikatakan didalangi oleh seorang ahli politik terkenal.

Yang lebih malang, salah seorang 'ulat' berkenaan adalah BLOGGER!!!

Sekalipun rangking blognya tidak tersenarai dalam kalangan Top 150 blog di Malaysia, namun blogger berkenaan sememangnya terkenal di kalangan ahli-ahli politik dan muka serta batang tubuhnya boleh dilihat dengan mudah setiap kali ada persidangan parti politik utama.

Gambar-gambar yang dirakamkan di sebuah pusat peranginan di sebuah negara jiran, jatuh ke tangan pemerasugut apabila Ahli Yang Berhormat itu menyerahkan kameranya kepada pembantunya sendiri!

Nampaknya BLOGGER sudah dapat satu lagi gelaran iaitu PEMERAS UGUT!!!

Tindakan Ahli Yang Berhormat berkenaan tidak membuat laporan polis, amat kita maklum. Namun sekiranya Ahli Yang Berhormat tersebut membuat laporan polis dan menghebohkannya sebagaimana yang dilakukan oleh ADUN Bukit Lanjan, pastinya bukan sahaja 'ulat' pemeras ugut itu sahaja yang terkena natijah sebaliknya BLOGGER-BLOGGER lain juga akan terkena ulah yang sama!!!

Makin MAJU rupa-rupanya negara kita nih....

1 comments

PORTAL MUSUH UMAT BAGI GAMBARAN AGENSI PENGUATKUASAAN ISLAM SELANGOR JAHIL MURAKKAB

Menimbulkan keraguan kepada sebarang agensi penguatkuasaan undang-undang seperti PDRM dan SPRM terutama sekali kepada Jabatan Agama Islam, merupakan motif utama. Atau lebih mudah, sentiasa mewujudkan persepsi bahawa orang Melayu-Islam dari peringkat bawahan, sampailah ke peringkat tertinggi adalah golongan paling BAHLOL di negara ini.

Tajuk artikel berkenaan adalah 'JAIS: TAK SANGKA BEGITU BANYAK SYIAH' sebenarnya sangat menarik kerana ia mempunyai tafsiran yang berbeza dengan '....wujud perkumpulan beramai-ramai yang tidak dijangkakan "begitu banyaknya".'

Penulis artikel berkenaan adalah FADZLY ESA, jadi kita bersangka baik bahawa dia telah menulis tajuk lain tetapi tajuk berkenaan telah diubah oleh editornya. Mustahil manusia bernama FADZLY ESA tidak pernah tahu bahawa Syiah sebenarnya terdiri daripada berpuluh malah beratus fikrah yang terbit daripada manhaj yang dibawa oleh Jaafar As-Sadiq r.a yang juga darinya tersusur galur empat mazhab utama Sunnah Wal-Jamaah.

Wujud tiga golongan Syiah iaitu Syiah Mughaliyyah, Syiah Rafidah, Syiah Zaidiyyah. Daripada ketiga-tiga golongan tersebut berpencar-pencarlah manhaj yang paksi utamanya adalah Syaidina Ali r.a, imamah dan imam daripada zuriat Syaidina Ali r.a. Contohnya, dari Syiah Mughaliyah atau pelampau yang teras kefahaman utama mereka adalah HULUL, TANASUKH dan TAJALI, muncullah Syiah Al-Bayaniyyah yang mendakwa Syaidina Ali r.a adalah Allah Taala dalam bentuk manusia, Al-Mansuriyyah, Al-Khutabiyyah, Al-Ma'mariyyah, dan sebagainya.

Manakala daripada golongan Rafidah pula, berpencar menjadi Syiah Imamiyyah yang berpecah pula kepada 24 pecahan yang menamakan kelompok mereka dengan nama Al-Imamiyyah kerana mendakwa berlaku nas imamnya Syaidina Ali r.a dan anak-anaknya. Daripada sekian banyak fikrah dalam golongan Rafidah, Syiah Ithna Asyriah adalah yang paling menonjol kerana iktikad mereka kepada dua belas imam dan kadang-kadang dengan nama Al-Jaafariyyah kerana dinisbatkan kepada Imam Jaafar As-Sadiq (Jaafar bin Muhammad) atau Imamiyyah kerana berlaku rantaian imamah.

Golongan ketiga iaitu Zaidiyyah pula berpecah kepada enam yang mana setiap satu daripada mereka menyatakan imamah yang al-mafdul (yang diutamakan) berserta wujudnya al-fadhil (yang mengutamakan) kerana Zaid lebih mengutamakan Ali bin Abi Talib r.a berbanding Sahabat-Sahabat Rasulullah s.a.w yang lain seperti Abu Bakar r.a, Umar Al-Khattab r.a dan Uthman Affan r.a. Mereka juga berpendapat adalah terkeluar daripada imamah orang yang terlibat dalam kefasikan.

Amat mustahil Jabatan Agama Islam Selangor yang melakukan serbuan dan tangkapan ke atas sebuah pusat kegiatan Syiah di Gombak tidak mengetahui tentang pecahan-pecahan berkenaan, selain asas-asas yang menjadi teras kepada fahaman mereka.

Jadi, motif portal berita berkenaan menyiarkan tajuk sebegitu, sangat mudah untuk diteka. Bayangkanlah sebuah jabatan agama yang 'begitu benak' cuba mengambil tindakan ke atas sebuah kumpulan yang dikatakannya sesat. Dengan kata lain, portal berita berkenaan cuba menimbulkan, siapakah yang sesat antara kumpulan syiah yang diserbu dan ditahan dengan sebuah agensi penguatkuasaan undang-undang?

0 comments

MURAHNYA MAINAN DRAMA PKR NIH!!!

Ada satu ungkapan yang sangat gemar digunakan oleh mursyid dalam bidang ilmu Tauhid dan Tasauf. Ungkapan itu berbunyi, 'Iblis suka main benang wau dengan iman manusia... wau dibiarkan naik tinggi di udara dan apabila sudah tinggi, maka diputuskan benang itu... wau pun melayang-layang dan jatuh entah ke mana.'

Mungkin juga ungkapan itu amat sesuai digunakan terhadap PKR. Semenjak kebelakangan ini, ada-ada sahaja kaedah yang mereka gunakan untuk mengalihkan tumpuan rakyat Malaysia daripada kemelut yang menimpa Ketua Umum mereka. Pelbagai berita-berita 'pelik' dan gelagat-gelagat 'aneh' para pelakon dari PKR dapat kita lihat dan baca.

Ada yang bagai nak rak menghentam kepimpinan utama PKR sampaikan terkeluar pula kata-katanya bahawa 'keluar parti bukanlah cara terbaik tetapi perlu dilakukan'. Ada pula yang konon-kononnya tak mahu terima sebarang jawatan lantikan. Ada juga cuba menimbulkan kegemparan di kalangan parti lawan dengan mewujudkan perbalahan sesama mereka.

Dan yang terbaru, adalah gelagat Gobalakrishnan, Ahli Parlimen Padang Serai yang mengutuk Anwar Ibrahim dan Azmin Ali di dalam TWITTERnya sehingga ditegur oleh Naib Presiden yang baru dilantik, Surendran. Ada semacam serampang tiga mata... satu untuk mewujudkan kontroversi sekaligus memberi ruang kepada Gobalakrishnan untuk menunjukkan 'kehebatannya' dan 'keluhurannya' dalam perjuangan sekalipun pengundi-pengundi di Padang Serai merungut yang Ahli Parlimen itu sudah melupakan estet-estet dan para pekerja estet yang menjadi penyokong-penyokongnya.

Kedua, untuk menaikkan nama Surendran, Naib Presiden yang dilantik yang sebelum itu merupakan peguam PKR bagi menarik perhatian masyarakat muda India. Surendran sebelum ini, kurang menyerlah. Sekalipun beberapa polemik cuba diciptanya terutama menerusi kemelut Suara Keadilan dengan FELDA, malangnya ia tetap menjadi berita kurang hangat terutama apabila FELDA tetap juga menyaman Suara Keadilan dengan nilai RM200 juta.

Dan ketiga seperti biasa... untuk menggambarkan betapa hebatnya Anwar Ibrahim mendamaikan puak-puak yang bergasak di dalam parti tersebut dan kemudian dikumpulkan semula dalam keadaan aman damai, sekaligus menaikkan nama Anwar sebagai pemimpin yang penuh berkarisma...

Sampai bilalah agaknya PKR akan terus bermain dengan drama murahan sebegini?

1 comments

HEBAT... DAH GANYUT PUN, TETAP NAK YANG CEKANG!!!

Sebenarnya manusia bernama Hugh Heffner dan menjadi pemilik majalah Playboy ini tidak ada kena mengena langsung dengan politik Malaysia. Apatah lagi majalahnya tidak pernah dapat dipasarkan di Malaysia sekalipun Playboy ada diterbitkan di Hong Kong dan terbit dua keluaran di Indonesia sebelum dihentikan penerbitannya.

Namun sesuatu yang sangat menarik tentang lelaki tua berusia 88 tahun ini ialah, kemahuannya dan seleranya terhadap wanita, tidak pernah mati sekalipun 'barang' yang melayakkannya menjadi playboy itu perlu dibantu dengan Viagra dan unsur sedophil yang lain.

Wanita muda yang bakal dikahwininya adalah Chrystal Harris, berusia 28 tahun dan merupakan bekas model untuk majalah lucahnya itu. (BERITA SELANJUTNYA DI UTUSAN MALAYSIA ONLINE)

Ini baru hebat namanya. Walaupun lembik bertongkatkan viagra, selera tetap kepada wanita. Walaupun tua ganyut dah hampir ke liang, tetap juga dilamar yang muda....

Setidak-tidaknya taklah macam kat Malaysia... ada yang umur sahaja dah tua, tapi minat dengan jantan muda sampai romantik menggelikan rusuk bila baca TWITTERnya... ada juga yang umur dah tua, tapi rogol amah Indonesia!

Sebenarnya dalam Islam, perkahwinan yang berjarak jauh usianya, tidak digalakkan, apatah lagi apabila lelaki itu tua renta dan wanita itu pula muda belia... ada hikmahnya mengapa perkahwinan sebegitu tidak digalakkan oleh Islam. Dan perlu diingat, ada perkahwinan bertaraf haram, ada perkahwinan bertaraf wajib, ada perkahwinan bertaraf sunat, dan ada perkahwinan bertaraf makruh... jangan ingat, bila berakad nikah saja, semuanya dah jadi halal... nak-nak pulak yang bercita-cita nak jadi kambing jantan yang duk kira kepala bini!!!

1 comments

TAK PAYAHLAH TERKEJUT DENGAN GIMIK CHEGU BARD

Hari ini, Chegu Bard akan mengadakan satu sidang media khas yang pastinya ada kaitan dengan tawaran jawatan Timbalan Setiausaha Agung PKR setelah dia kalah dalam persaingan merebut jawatan Ketua AMK di tangan Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Sumber dari dalam PKR menceritakan bahawa sudah ada perjanjian antara Chegu Bard dan Anwar Ibrahim. Kononnya, Chegu Bard diminta menerima keputusan pemilihan itu dan tidak memanjang-manjangkannya. Sebagai balasan, jentera PKR akan berkempen dengan sepenuh kekuatan untuk memastikan kemenangan Chegu Bard para PRU13 nanti di kerusi Parlimen Rembau.

Justeru apabila Chegu Bard akan mengadakan 'Sidang Media Khas' pada hari ini, ia sebenarnya tidak lebih daripada satu lagi gimik dan drama yang cuba dimainkan oleh menantu saudara Anwar Ibrahim itu untuk mendapatkan perhatian dan promosi percuma. Ditokok pula dengan khabar-khabar angin yang kononnya Chegu Bard akan keluar dari PKR kerana tidak berpuas hati dengan pemerintahan 3A dalam parti tersebut, pastinya akan menarik lebih banyak perhatian termasuklah dari kalangan pro-UMNO dan BN.

Sebenarnya kalaupun benar Chegu Bard akan keluar dari PKR, ia bukanlah satu berita yang menggemparkan. Kalaupun dia tidak keluar dan menerima jawatan murahan yang ditawarkan kepadanya, juga tidak menghairankan. Sebabnya, Chegu Bard adalah spesies manusia yang kalau Anwar berak cirit sekalipun, akan sanggup tadah mulut untuk menelan cirit tersebut!

Bermakna kalau dia keluar dari PKR, dia mungkin disuruh bertenang oleh Anwar. Kalau dia kekal dalam PKR dan menolak apa-apa jawatan lantikan, bermakna dia akan berusaha menggunakan pengaruh dan mendapatkan pengaruh Anwar untuk dia menjadi Ketua AMK. Dan kalau dia menerima jawatan murahan yang tiada kuasa yang ditawarkan pula, sememangnya hidupnya tidak ada lain, melainkan menjadi sebahagian daripada taik-taik UMNO yang bergiat di dalam parti untuk membela gundik, membuncitkan perut dan memewahkan kereta!

Tak perlulah menaruh harapan yang tinggi kepada orang seperti Chegu Bard. Pendiriannya sangat teguh. Kepercayaannya kepada Anwar Ibrahim, tidak boleh digoyah sekalipun malaikat maut berdiri di tepi telinganya.....

1 comments

NEGARA TIDAK BANKRAP LAKSANA JANJI 100 HARI, NEGARA BANKRAP SEBAB KEBONGOKAN TERLONGGOK!!!

Setiap hari para pemimpin pembangkang berusaha menempelak Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri yang memperlekeh-lekehkan angan-angan 100 hari mereka. Dan mereka tidak melakukannya secara bersendirian, sebaliknya beramai-ramai dan hampir pada setiap masa. Tujuannya adalah untuk memasakkan dalam ingatan rakyat Malaysia bahawa angan-angan berkenaan menjadi nyata.

Para pemimpin PAS juga tidak berkecuali. Kecuali Haji Abdul Hadi Awang dan Timbalannya, Nasaruddin Mat Isa, para pemimpin PAS yang lain sangat galak dengan janji-janji Anwar Ibrahim itu. Ia seolah-olah mengulangi janji Gempar 16 September yang tidak menjadi. Bezanya janji kali ini tidak ada dateline tetapi dibiarkan secara bebas.

Kalau diperhatikan kepada 10 perkara yang dijanjikan oleh pemimpin Pakatan Rakyat, semuanya menunjukkan ianya adalah bersifat korek tabung untuk gembirakan para pengundi. Kosongkan perbendaharaan dan biarkan rakyat terpana dan terpukau.

Tidak ada satu pun janji-janji tersebut untuk meningkatkan taraf hidup atau memudahkan rakyat, sebaliknya apabila dikumpulkan kesemua 10 janji berkenaan, ia akan menghasilkan persekitaran inflasi yang sangat teruk.

Anwar kata, kerajaan tidak akan bankrap. Pemimpin-pemimpin PAS yang leka dengan janji-janji tersebut dan TIDAK BEROTAK juga mengatakan, negara tidak akan bankrap kerana memberikan rakyatnya apa yang sepatutnya mereka dapat.

Bankrap atau tidak, bergantung kepada sumber kewangan negara. Apabila kewangan negara dikosongkan memandangkan jumlah wang adalah terhad, pastinya ada sesuatu yang perlu dinaikkan bagi mengisi semula kekosongan tersebut. Kaedah paling mudah adalah menaikkan cukai. Sama ada cukai korporat, perkilangan mahupun daripada rakyat sendiri. Mahu tidak mahu, itulah yang akan dilakukan untuk meneruskan kesinambungan hayat sebuah negara bernama Malaysia.

Daripada 10 janji berkenaan, tidak satu pun yang ada kena mengena dengan penambahan sumber kewangan dan pendapatan negara. Mencari pelabur luar, penanam modal asing, pinjaman atau bantuan daripada negara asing, itu semua hanyalah mudah untuk diikrarkan namun ia tidak lagi mudah apatah lagi saingan Malaysia adalah Indonesia, Filipina, Thailand, negara-negara Indochina, China dan India. Kesemua negara-negara tersebut mempunyai aset yang tidak dimiliki oleh Malaysia iaitu tenaga buruh yang murah kadar upahnya dan jumlahnya sangat ramai.

Dan seandainya benar Pakatan Rakyat berjaya mentadbir negara dan mereka menunaikan janji berkenaan, berapa lamakah akaun negara boleh bertahan? Adakah Anwar Ibrahim selepas itu akan mengarahkan Bank Negara Malaysia akan mencetak sebanyak-banyaknya Ringgit Malaysia untuk memenuhi impiannya menjadikan seluruh rakyat Malaysia ada duit sekalipun duit berkenaan tidak bernilai dengan harga barangan asas, barangan keperluan atau pun perkhidmatan, memandangkan nilai Ringgit mungkin langsung tidak ada seperti Dinar Iraq selepas era Saddam Hussein?

Seharusnya, untuk menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat benar-benar memaksudkan janji 100 hari mereka itu, mereka perlu menunjukkan bagaimana Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor menjana pendapatan mereka sendiri atau lebih tepat lagi membuka akaun baru tanpa peninggalan kerajaan terdahulu - kecuali Kelantan. Sepatutnya dalam tempoh penggal pertama pentadbiran mereka, setiap negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat tidak lagi bergantung kepada geran kerajaan pusat sebaliknya membuktikan idealisme mereka sewaktu berjanji pada Pilihanraya Umum Ke-12 lalu benar-benar terbukti.

Bagaimana agaknya para pemimpin Pakatan Rakyat yang berkonvensyen di Dewan Millenium itu, langsung tidak terfikirkan tentang perolehan dan pendapatan bagi mengimbangi akaun dan aliran keluar demi memenuhi janji mereka? Atau para pemimpin Pakatan Rakyat sekadar menabur janji untuk menyedapkan hati dan apabila mereka menang, maka mereka akan menjadikan janji mereka itu sebagai alasan untuk memeras rakyat dengan lebih teruk menerusi tekanan inflasi?

Keseronokan bermimpi ada duit banyak di tangan yang dihamburkan oleh 'Kerajaan Pakatan Rakyat' mungkin membuatkan otak para penyokong mereka terus beku dan benak sehingga tidak dapat melihat implikasi sebenar daripada janji 100 hari itu.

3 comments

KELEMAHAN UTAMA UMAT ISLAM ADALAH POLITIK!!!

Sekalipun pelahap-pelahap kuasa seringkali menjadikan politik sebagai alasan untuk memperjuangkan dan memartabatkan Islam, mereka sebenarnya meruntuhkan struktur Islam secara langsung dan tidak langsung.

Kekuatan Islam sebenarnya terletak kepada umatnya. Sekalipun umat Islam merupakan umat kedua teramai di dunia, tetapi umat Islam merupakan umat nombor satu yang hidup dalam kemiskinan, sama ada kemiskinan harta benda, mahupun kemiskinan akidah.

Bermula daripada pembunuhan Syaidina Uthman Affan r.a, umat Islam mula bercempera dengan kuasa politik dan akidah yang berkiblat kepada politik. Umat Islam pada waktu itu belum berpecah atas dasar agama tetapi sebahagian daripada mereka yang laparkan kuasa pemerintahan dan pentadbiran telah menjadikan agama sebagai alasan terbaik untuk mengumpulkan sokongan.

Maka disebabkan itulah, ditokok pula dengan faktor Khawarij, berlakulah perpecahan pertama umat Islam bermula dari Perang Jamal dan Perang Siffin kepada dua kelompok utama iaitu Syiah Ali dan Syiah Muawiyyah. Dua kelompok umat Islam ini akhirnya berpecah apabila wujudnya campurtangan Abdullah bin Ubay terutama di kalangan penduduk Kufah yang masih baru dengan Islam.

Dari semasa ke semasa, perbalahan umat Islam selepas zaman Syaidina Ali r.a hanyalah berkisar tentang politik. Perpecahan dan perbalahan semakin besar apabila empayar dinasti-dinasti Islam semakin berkembang di seluruh dunia. Pada masa yang sama, fikrah politik itu jugalah yang telah mewujudkan negara-negara kecil yang dipimpin oleh khalifah-khalifah Islam berdasarkan kefahaman Islam mereka berdasarkan politik.

Bagi memantapkan penguasaan, Syiah Ali dan Syiah Muawiyyah mulai berkembang sehingga akhirnya melahirkan pelbagai fikrah yang rata-ratanya menggunakan Islam sebagai kaedah utama mendapatkan sokongan. Bermula dengan masalah furu' akhirnya berkisar tentang masalah akidah. Dan apabila semakin ramai yang memeluk Islam di wilayah-wilayah Islam yang baru, penyerapan nilai-nilai Yunani, Brahma dan Buddha semakin berkembang, sehingga menjadikan Islam terlalu komplikated.

Bahkan suatu masa, sehingga wujud pula golongan Muktazilah yang berpendapat bahawa al Quran adalah makhluk! (Untuk memahami masalah al Quran qadim dan al Quran makhluk, anda harus mempelajari ilmu tauhid secara beradab... sila dapatkan mursyid, bukannya dengan membuka kitab atau mendengar penjelasan tok-tok guru politik yang menyamar sebagai ulama)

Musuh Islam dan umat Islam telah melihat kelemahan ini. Mereka bijak mengatur strategi untuk membahagi-bahagikan umat Islam serta menyemarakkan perbezaan ideologi dalam memahami Islam. Tokoh-tokoh seperti Grounje menjadi pakar yang dapat menyusup ke dalam tubuh umat Islam menerusi kepakarannya dalam bidang usul-al-tahkik yang kemudiannya ditokok tambah serta diputar belitkan sehingga usul-al-tahkik berkenaan kelihatan sangat menarik. Grounje sendiri berjaya menyelinap ke dalam Masjidil Haram dan menjadi pengajar di kalangan umat di masjid berkenaan. Sedangkan secara hakikatnya dia hanyalah jeneral perang saraf Belanda yang ditugaskan untuk mencari kelemahan umat Islam di utara Sumatera menerusi Islam itu sendiri.

Itu adalah sejarah yang wajar direnung kembali.

Serangan menggunakan politik dan ekonomi sebagai senjata benar-benar dapat melumpuhkan umat Islam. Umat Islam berebut-rebut untuk menguasai politik. Umat Islam juga berebut-rebut untuk menguasai ekonomi berdasarkan manhaj Zionis dan Yahudi. Pada masa yang sama, segelintir daripada mereka menyedari tentang musuh yang sentiasa mengintai untuk melakukan serangan dan menghapuskan sama sekali umat Islam dan syiar Islam.

Perang besar masih tidak dapat menghapuskan Islam kerana Islam telah dicopmohorkan oleh Allah Taala dan janji Nabi s.a.w bahawa selagi masih ada seorang Islam yang walaupun hanya tahu mengucap kalimah syahadah sahaja, maka Islam tidak akan terhapus dan bumi tidak akan kiamat.

Mungkin menyedari tindakan keras dan konvensional tidak dapat menghapuskan Islam dan umatnya, pihak musuh menggunakan senjata yang paling ampuh iaitu politik demokrasi. Tujuannya tidak lain hanyalah untuk memastikan umat Islam akan terus bergasak sesama sendiri atas alasan politik. Daripada sekecil-kecil alasan sehinggalah sebesar-besar alasan, umat Islam perlu dibezakan menerusi fahaman politik yang pelbagai. Malah gambaran tentang betapa idealisnya fikrah-fikrah politik tertentu terus dibentuk di dalam dada masyarakat Islam sehinggalah mereka tidak mampu berpatah balik kepada al Quran dan as-Sunnah sekalipun mereka kerap menuturkannya.

Cara terbaik adalah dengan menggunakan pemuka-pemuka dari kalangan umat Islam sendiri bagi merobohkan struktur dan keteguhan umat. Pemuka-pemuka yang 'diupah' atau 'terpedaya' itu akan mewujudkan gelora di dalam tubuh badan umat Islam, sekaligus membolehkan kesatuan atau ukhwah dipecahkan berdasarkan disiplin naluri dan perasaan manusia. Dan mereka tidak boleh dipersalahkan kerana ada sebab yang paling penting.

Sebabnya, fahaman demokrasi telah ditanam kukuh di hati mereka... dan segala-galanya adalah politik!

Dan kerana itulah, musuh-musuh Islam saling berganding bahu agar umat Islam sentiasa sibuk dengan politik sambil diselang-selikan dengan ekonomi. Seandainya umat Islam kukuh dalam bidang politik, mereka akan menggunakan media bagi menggambarkan umat Islam dalam penguasaan bidang ekonomi. Apabila umat Islam kukuh dalam bidang ekonomi, mereka akan berusaha untuk mewujudkan ketidakstabilan politik.

Formula itulah yang mereka gunakan di setiap daerah dan jazirah Islam. Dan sekalipun negara-negara umat Islam menguasai pasaran minyak mentah, komoditi terpenting pada alaf ini, negara-negara tersebut kekal berada di bawah tangan musuh-musuh Islam dan umat Islam kerana permainan ekonomi yang mereka terlibat adalah permainan musuh-musuh Islam.

Dan sekalipun umat Islam menguasai politik dalam negara yang bersifat majmuk, mereka akan tetap diasak dengan dua perkara juga iaitu ekonomi dan politik. Hasilnya, jadilah seperti yang berlaku di Malaysia....

Seandainya umat Islam benar-benar berkalimah thoiyibbah iaitu benar-benar beriman kepada Allah Taala yang bersifat ghaib dan Muhammad s.a.w yang bersifat zahir, seharusnya mereka sudah mampu memisahkan diri daripada fahaman yang taksub kepada fahaman yang lebih bersederhana sambil berusaha merapatkan saf ummah...

Persoalannya, mampukah kita seandainya para pemegang kuasa politik begitu bersungguh-sungguh dan pada setiap masa memasakkan kepentingan politik di dalam amalan agama, bahkan menjadikan politik sebagai ibadah wajib seperti yang kita hadapi sekarang?

1 comments

Sunday, December 26, 2010

TAK TAKUT DENGAN 1MALAYSIA, TAPI KENA UBAH PELAN... APARAA DZULKEFLY AHMAD OIIII...

Sunday, December 26, 2010
Dzulkefly Ahmad adalah Pengarah PAS bagi Pilihanraya Kecil DUN Tenang berkata, PAS perlu mengadakan satu lagi mesyuarat bagi menyesuaikan perancangannya ekoran tarikh pilihanraya kecil ditetapkan pada 30 Januari 2010, atau lebih tepat lagi dua hari sebelum menjelangnya sambutan Tahun Baru Cina. (Malaysiakini)

Menurut Dzulkefly, tarikh tersebut menggambarkan ketakutan UMNO untuk berhadapan dengan PAS memandangkan pengundi tidak akan pulang dua kali, iaitu untuk mengundi dan menyambut Tahun Baru Cina.

Sama ada Dzulkefly sedar atau sebaliknya, pada petang sehari sebelum Tahun Baru Cina, keluarga Cina akan berkumpul untuk makan besar. 30 Januari pula jatuhnya pada hari Ahad, atau dengan kata lain, hujung minggu yang menyaksikan para pengundi Cina akan pulang ke kampung bermula dari hari Jumaat.

Bagaimana pula Dzulkefly Ahmad berani mengatakan tarikh pengundian tersebut memberi kelebihan kepada UMNO-BN sedangkan menurut para pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat, pengundi-pengundi Cina lebih cenderung kepada Pakatan Rakyat berbanding UMNO dan Barisan Nasional.

Sebenarnya SPR sudah tidak perlu lagi memberikan tempoh 8 hari untuk berkempen memandangkan setiap parti sama ada yang bertanding atau tidak, semuanya telah mulai berkempen semenjak hari pertama keputusan Pilihanraya Umum diumumkan. Di Malaysia, segala-galanya adalah politik kerana itu adalah fahaman yang dipopularkan oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Maka apabila ada pihak terutama sekali dari Pakatan Rakyat yang mengeluh bahawa masa yang diperuntukkan untuk berkempen tidak mencukupi, keluhan tersebut sebenarnya menggambarkan kebongokan mereka yang sangat keterlaluan. Pakatan Rakyat, sama ada yang telah menjadi kerajaan negeri mahupun yang sedang bergelut untuk merampas negeri dari tangan UMNO-BN, tidak pernah berhenti walau sesaat pun daripada berkempen. Disebabkan itulah, Kelantan sentiasa penuh dengan doa, ceramah, kuliah dan sebagainya yang berkaitan dengan dakyah dan kempen kerana bagi mereka kerja dan kemajuan bermaksud lebih banyak ceramah dan kempen politik, itu adalah kerja dan itu juga adalah kemajuan... sesuatu yang tidak terdapat di kawasan-kawasan kuat UMNO dan BN!!!

2 comments

SIAPA YANG RASUAH SAMPAI BANGUNAN SEKOLAH TIDAK LAGI SELAMAT? SAPA-SAPA TOLONG JAWAB SAT!!!!

Berita tentang betapa rendahnya kualiti pembinaan di Malaysia, sudah acap kali kita dengar. Ia bukan lagi satu perkara terpencil sebaliknya ia bagaikan 'satu perayaan'. Sehingga setakat ini, bangunan siap yang runtuh akibat pembinaan yang tidak berkualiti dan menepati syarat yang dikenakan, telah memakan beberapa korban.

Bagaimanapun, satu perkara yang sangat menarik di negara ini apabila membabitkan aspek keselamatan ialah SIKAP TOLAK ANSUR yang sangat berlebihan dari kalangan agensi penguatkuasaan. Cerita tentang bangunan yang tidak diluluskan tetapi kemudian dibenarkan untuk diduduki dan digunakan, bukan lagi cerita luar biasa.

Itulah yang berlaku kepada bangunan Sekolah Menengah Sains Miri di Bakam yang dilaporkan tidak selamat untuk digunakan dan para pelajar serta kakitangan sekolah diperintahkan berpindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinjar di Lapok, Baram yang terletak sejauh 120 kilometer.

Gejala rasuah dan penyelewengan dalam Kementerian Pelajaran kerapkali diperkatakan terutama dalam hal pembinaan bangunan sekolah, makmal, bahkan buku teks dan bantuan alat mengajar sekalipun.

Tiada kesudahan dengan hanya memerintahkan para pelajar dan kakitangan berpindah ke sekolah lain apatah lagi dengan jaraknya 120 kilometer atas alasan bangunan sekolah retak dan tidak selamat digunakan. Prosedur pembinaan bangunan-bangunan milik kerajaan memerlukan pengawasan dan pemantauan yang sangat ketat.

Satu perkara yang sangat menarik perlu diketahui, Malaysia tidak dilanda gempa bumi atau pergerakan plat tektonik yang boleh menyebabkan bangunan retak secara tiba-tiba. Sebaliknya yang menjadi plat tektonik adalah para pegawai yang diberikan tanggungjawab untuk memastikan pelaburan kerajaan untuk menghasilkan suasana pembelajaran yang selamat, telah meminggirkan tujuan asal mereka digajikan kerana mendapat 'upah' daripada pihak-pihak yang diberikan keistimewaan untuk membina bangunan sebegitu.

Sudah sewajarnya kerajaan pusat membuat pemeriksaan semula dan melakukan transformasi dan reformasi pentadbiran dengan melakukan siasatan dalaman di samping menyeret puaka-puaka ini ke muka pengadilan. Ia sebenarnya tidak sukar dilakukan melainkan beberapa prosedur dan protokol yang menghalang penyaluran maklumat secara terus memandangkan sistem di Malaysia ini, sesiapa sahaja yang mengatakan orang itu rasuah, perlu disertakan dengan bukti yang sahih dan saksi yang kukuh. Tanpa perkara-perkara tersebut, sekalipun benar rasuah berlaku dan penyelewengan kuasa wujud, tiada satu pihak pun yang akan berani untuk membuka fail dan memulakan siasatan.

Siasatan pula hanyalah dijalankan setelah penyumber membekalkan segala-galanya! Bukannya dicari, bukannya digeledah dan bukannya dengan tanggungjawab untuk membasmikan rasuah!!!

Tan Sri Muhyiddin Yassin... ini adalah peluang anda untuk membuktikan Kementerian Pelajaran tidak bertolak ansur dengan para penyeleweng dan perasuah yang telah membina sebuah bangunan sekolah bernilai puluhan juta ringgit hanya untuk retak dan tidak selamat digunakan...

Ini adalah masanya untuk membuktikan Kementerian Pelajaran yang dianggap sebagai lubuk rasuah terutama yang berkaitan dengan PIBG dan pihak sekolah sendiri, akan melakukan segala-galanya untuk menghapuskan gejala rasuah, dari sekecil-kecilnya seperti membeli sebatang pen yang berharga RM0.30 dengan harga RM3.00 hinggalah kepada ratusan juta ringgit untuk sebuah sekolah yang tidak boleh digunakan!!!

0 comments

MERENDAH DIRI SUNGGUH MAZLAN ALIMAN NIH!!!

Mazlan Aliman menolak khabar-khabar angin yang mengatakan dia merupakan calon PAS yang paling sesuai untuk DUN Tenang dalam pilihanraya kecil yang bakal diadakan pada 30 Januari nanti. Malah menurutnya, walaupun dia anak FELDA dan tiga buah FELDA di DUN Tenang menjadi kelebihan kepada pencalonannya, PAS tidak ketandusan calon-calon dari kalangan pemimpin-pemimpin tempatan.

Alahai, merendah diri ler plak Encik Mazlan kita nih!!!!

Mazlan Aliman mengaku dia adalah kelahiran Batu Pahat namun pada pilihanraya umum lalu, dia adalah calon PAS untuk Parlimen Bera. Bahkan ramai pemimpin PAS yang menjadi Ahli Parlimen dan ADUN sebenarnya bukan bersandarkan kepada pemimpin tempatan. Dengan kata-kata lain, Mazlan Aliman cuba memperolok-olokkan para pengikut PAS dan Pakatan Rakyat, khususnya di DUN Tenang dengan kenyataannya itu.

Semenjak bila pula PAS lebih mementingkan anak tempatan sebagai calon mereka? Dari semenjak zaman awal kewujudan PAS dalam arus pilihanraya negara, PAS amat kurang menggunakan isu anak tempatan. Terbaru adalah di Galas. Biarpun calon tingga di daerah Gua Musang, dia bukan anak tempatan Galas. Begitu juga dengan Nizar Jamaluddin di Bukit Gantang.

Apakah Mazlan Aliman cuba menyembunyikan kebimbangan kerana PAS Tenang mahukan calon dari kalangan mereka sendiri, bukannya yang dipersembahkan oleh pusat?

Mazlan Aliman bercakap atas kapasitinya selaku Ketua Penerangan Johor. Namun pada masa yang sama, dia tidak menafikan tentang namanya yang tersenarai sebagai calon di DUN Tenang. Apatah lagi setelah 'bersusah-payah' dan menelan 'berbakul-bakul makian', mustahil Mazlan Aliman akan meminggirkan kelompok warga FELDA yang diyakini berada di pihaknya.

Bonus yang diberikan oleh kerajaan Najib Abdul Razak kepada warga peneroka yang menghantar hasil kepada FELDA pula, tentunya dijadikan api yang akan menyemarakkan kebencian di kalangan peneroka-peneroka FELDA. Baki 17% warga FELDA yang tidak akan mendapat bonus RM400 kerana menjual hasil ladang mereka kepada pihak luar, tentu sekali akan dijadikan sebagai umpan untuk menunjukkan betapa zalimnya FELDA kepada para peneroka mereka.

Dan apabila Mazlan Aliman mendakwa dia bukanlah calon yang sesuai, nampak sangatlah lidah dan bibirnya bergayut dengan buah-buah busuk...

2 comments

DI MANA PAS AKAN BERDIRI DALAM ISU MURTAD?

Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah (JHEins), Datuk Amri A.Suratman dalam satu kenyataan kelmarin berkata, Sabah akan menguatkuasakan undang-undang anti murtad sebaik-baik sahaja pusat pemulihan akidah di Kinarut sedia digunakan pada tahun hadapan.

Kenyataan Amri itu mengundang tindak balas daripada Archbishop Katolik Malaysia, Murphy Pakiam bahawa undang-undang dan penguatkuasaan tersebut akan mewujudkan ketakutan sekaligus akan menyebabkan konflik keagamaan di negara ini.

Kebebasan beragama adalah dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan, namun pada masa yang sama, Perlembagaan juga menyatakan bahawa penganut, daie atau mubaligh agama lain TIDAK BOLEH DENGAN APA CARA SEKALIPUN mendakwahkan agama mereka kepada umat Islam dengan tujuan menarik atau masuk ke agama tersebut.

PAS merupakan antara entiti politik yang paling lantang mengutuk, mengecam dan mencerca penguatkuasaan longgar kerajaan negeri dan kerajaan pusat dalam menangani masalah murtad di kalangan umat Islam sebelum ini. Bahkan PAS menerusi Abdul Hadi Awang yang ketika itu menjadi Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia mendesak agar tindakan lebih keras sekalipun bukan hudud diambil terhadap golongan murtad.

Bagaimanapun, itu adalah kisah lama...

Kisah terbaru, pendirian PAS dalam hal murtad sangat samar-samar. Biarpun majoriti menentang kalimah Allah Taala dikongsi secara bebas, namun promosi yang berlebihan diberikan kepada golongan Erdogan-Liberal yang menjadi pemimpin utama PAS, menampakkan sikap PAS yang berbelak-belak dalam masalah ini.

Mengikut undang-undang Islam, seseorang yang murtad setelah memeluk Islam atau dilahirkan daripada ibu bapa Islam, akan diberikan tempoh tertentu serta bertaubat. Pengisytiharan taubat mereka perlu dilakukan secara terbuka. Seandainya si murtad tersebut tidak bertaubat, maka dia dibunuh memandangkan perbuatan murtad ini di dalam Islam disebut sebagai ISTIHZA' (golongan yang memperolok-olokkan).

Hukuman bunuh tertera jelas di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Malik r.a di dalam kitabnya, Al-Muwatta'.

PAS selaku parti yang memperjuangkan martabat Islam di Malaysia, merupakan pendesak yang terbaik bagi sebarang kemungkaran yang dilakukan oleh pemerintah. Yang menjadi masalahnya sekarang ialah mulut PAS telah terkunci rapat selepas mengisytiharkan persekutuan mereka dengan SYAITAN iaitu DAP.

Maka, jawapan dan respons dari PAS dalam hal penguatkuasaan undang-undang anti-murtad di Sabah sedang ditunggu. Atau adakah pemimpin-pemimpin Erdogan-Liberal PAS akan memberikan jawapan, MEREKA TIDAK AKAN MENYOKONG UNDANG-UNDANG TERSEBUT KERANA UNDANG-UNDANG TERSEBUT TIDAK MEWAJIBKAN PEMBUNUHAN KE ATAS SI MURTAD?

0 comments

DAH TAK NAMPAK GAYA, UMNO DAPAT HIDUP LAGI SELEPAS PRU 13

Kajiselidik beberapa buah 'Centre' menunjukkkan UMNO kembali mendapat rentak dan sokongan. Persoalan yang ditimbulkan, benarkah seperti yang dikatakan itu atau ia sekadar satu keputusan yang SENGAJA dikeluarkan untuk menyedapkan hati dan menenangkan perasaan gejolak pemimpin UMNO sendiri?

Sedikit kemujuran bagi UMNO ialah, parti yang ditubuhkan oleh pelbagai fraksi Melayu, sama ada golongan kanan, kiri, agama mahupun sosialis pada 1946 dalam perhimpunan Melayu pertama di Kelab Sultan Sulaiman dan kemudian ditubuhkan secara rasmi di Istana Besar Bukit Serene, Johor Bahru, didokong oleh oleh tiga kelompok pengundi yang bersifat majoriti. Kecuali golongan muda yang mulai melihat sebagai UMNO sebagai sebuah parti antik, golongan berusia 40-an ke atas merupakan penyokong tegar UMNO. Begitu juga dari kalangan Bumiputera dan Pribumi rata-ratanya adalah penyokong UMNO sekalipun kehadiran mereka di dalam parti berkenaan sedikit terpinggir kecuali Bumiputera dari Sabah yang mempunyai jawatan-jawatan utama dalam kepimpinan utama.

Biarpun, para pemimpin UMNO sudah boleh menarik nafas panjang apabila berlaku kemajuan dalam sokongan dari golongan muda, namun kalau dibandingkan dengan PAS, PKR dan DAP, UMNO sebenarnya masih jauh ketinggalan. Ketiga-tiga parti yang membentuk Pakatan Rakyat itu, sebenarnya sangat maju dalam menarik perhatian dan undi daripada golongan muda.

Golongan muda bukanlah golongan yang mudah terpedaya dengan sebarang propaganda yang bersifat kemajuan, sebaliknya mereka lebih mudah tertarik dengan propaganda yang bersifat mementingkan diri, bersesuaian dengan jiwa mereka yang memberontak, anti-establishment bahkan sangat senang dengan sebarang cubaan untuk melibatkan mereka secara aktif dalam saf-saf kepimpinan menerusi perwakilan mereka sendiri.

Perhatikanlah wakil-wakil rakyat UMNO dan bandingkan pula dengan wakil-wakil rakyat daripada PAS, PKR dan DAP. Paling ketara adalah antara PKR dan DAP. Kedua-dua parti tersebut sentiasa membariskan golongan muda seperti Janice Lee, Tony Pua, Yusmadi Yusof, Nurul Izzah dan nama-nama lain yang sangat menonjol berbanding wakil-wakil rakyat UMNO yang lebih senang membiarkan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri ke hadapan dalam apa-apa juga isu.

Proses mengikut hierarki yang diamalkan di dalam UMNO sebenarnya sudah lapuk dan usang. Dan kerana hierarki itu jugalah, UMNO menjadi pihak yang kalah kerana kalahnya UMNO bukan akibat persaingan dengan parti-parti lawan, sebaliknya kerana ditikam dari dalam sebagaimana yang berlaku di Kedah dan Kelantan.

Ketua Bahagian menjadi calon wakil rakyat, sudah tidak boleh digunakan lagi pada zaman sekarang. Apatah lagi kemenangan kebanyakan Ketua Bahagian bukanlah kerana kekuatan atau karisma, mahupun kebajikan mereka, sebaliknya kerana 'kuasa' lain. Dan dengan mencalonkan Ketua Bahagian tidak bermakna akan menjamin kemenangan sebab untuk menjadi Ketua Bahagian, mereka sebenarnya mencipta lebih banyak musuh berbanding kawan. Apatah lagi di negeri-negeri yang kini dikuasai oleh Pakatan, Ketua-Ketua Bahagian bolehlah disifatkan sebagai duri dalam dalam daging kerana peruntukan RM1 juta setiap tahun daripada kerajaan untuk masyarakat di Bahagian berkenaan.

Maka tidak keterlaluan, persepsi masyarakat terhadap Ketua UMNO Bahagian sebagai golongan yang mandom, lembik, ketar telur, dan lebih gemar berumahtangga di hotel-hotel mewah di Kuala Lumpur, tidak bersalahan langsung. Perhatikan sahaja cara mereka menangani sebarang serangan daripada pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat. Hanya segelintir kecil Ketua-Ketua UMNO Bahagian yang sanggup bertegang urat, memecahkan kepala dan mencari akal bagaimana hendak menjawab setiap serangan tersebut. Selebihnya beranggapan bahawa 'akan ada orang lain yang memulakannya' dan mereka hanya akan mengambil nama apabila isu berkenaan hampir selesai.

Kemelut ini sebenarnya sangat mudah. Sebabnya, kebanyakan pemimpin UMNO atau Ketua Bahagian UMNO adalah golongan tua yang dua tiga minggu lagi, diusung ke liang lahad! Dek kerana itulah mereka tidak ada inisiatif untuk bekerja demi parti dan perjuangan mereka sendiri. Manakala pemimpin golongan muda di dalam UMNO pula, sangat sibuk dengan kemewahan dan projek-projek yang boleh memperlihatkan mereka sebagai berjaya kerana menyertai UMNO. Pemimpin golongan muda di dalam UMNO sebenarnya, turut terkena demam yang sama dengan pemimpin-pemimpin tua mereka. Mereka juga tidak bertulang belakang, dan sangat banyak lemak, sama ada di perut, mahupun di celah-celah sendi bahkan otak mereka sendiri penuh dengan lemak!!!

Sekalipun UMNO menghadapi zaman defisit namun kebanyakan pemimpin UMNO masih berasa yakin yang keyakinan masyarakat khususnya pengundi-pengundi baru akan berpihak kepada mereka kerana beberapa faktor nostalgia!

Mereka silap. Golongan muda tidak ada ruang untuk bernostalgia. Golongan muda yang menjadi pengundi sekarang, lebih menitikberatkan tentang kehidupan sehari-harian. Golongan muda sangat terperinci tentang kenaikan harga keperluan asas seperti minyak, tepung, gula, beras dan sebagainya. Golongan muda tidak pedulikan tentang retorik-retorik pembangunan mereka yang menurut mereka itu adalah kewajipan kerajaan yang dipilih. Sebaliknya mereka akan membandingkan antara Menara Warisan 100 tingkat dengan peningkatan harga minyak dan kadar inflasi yang lebih dekat dalam kehidupan golongan marhein.

Kenapa Tun Mahathir dapat bertahan sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun sungguhpun sepanjang pentadbirannya, pelbagai kemelut yang berlaku yang boleh menyebabkan seseorang pemimpin tertungging?

Antara kaedah termudah yang diimplikasikan oleh Tun Mahathir adalah mengenyangkan rakyat atau menutup ruang rasa tidak puas hati terutamanya dengan pengawalan harga minyak. Sepanjang pentadbiran Tun Mahathir, perhatikanlah harga petrol dan barangan keperluan lain, sedangkan pada zaman dia jugalah pendapatan rakyat lebih tinggi dan lebih mudah diperolehi sehingga mendorong kemasukan beramai-ramai pendatang asing dari negara-negara lain seperti Indonesia.

Sekalipun para pemimpin pembangkang pada waktu itu berusaha untuk meningkatkan penentangan terhadap Tun Mahathir, mereka kurang mendapat sokongan. Sebab itulah pada tahun 1999, ketika para pemimpin pembangkang sangat yakin, Tun Mahathir akan tertungging dan ruyub, kemenangan 2/3 majoritinya menyebabkan sebahagian daripada mereka menepuk dahi kerana tidak percaya!!!

Maka hidupkah lagi UMNO dengan retorik-retorik zaman 60-an? Paling mudah dilihat ialah apabila generasi pengundi muda mula membandingkan kekayaan para pemimpin negara dengan para pemimpin Pakatan Rakyat. Generasi muda juga yang mula tertarik dengan ajaran agama berbanding zaman 70-an yang lebih kepada sosialis, mula membandingkan tudung siapakah yang lebih tidak berfesyen atau siapakah yang memakai tudung atau membazirkan duit ratusan ringgit ke salun untuk mengembangkan dan meluruskan rambut.

Agak menghairankan kerana kepimpinan UMNO masih tidak dapat melihat perubahan trend tersebut atau mereka sengaja buat-buat buta dan tuli atau menganggapnya sebagai remeh. Yang remeh itulah yang bakal menyungkurkan UMNO sehingga membuatkan UMNO terus hilang seperti parti-parti kecil Melayu yang lain termasuklah Berjasa, Hamim, Parti Buruh dan sebagainya.

Selama manakah para pemimpin UMNO akan terus mempertahankan prioriti dan hierarki dengan mencantas pemimpin-pemimpin muda yang vokal, lantang dan cepat membidas berbanding pemimpin-pemimpin sedia ada yang sangat mandom, sangat pengecut, sangat memikirkan wang dalam akaun mereka dan sangat mementingkan projek yang nilainya berjuta-juta ringgit? Dan selama manakah ahli-ahli UMNO lebih gemarkan pemimpin-pemimpin yang akan angguk apabila disuruh mengangguk, menggeleng apabila disuruh menggeleng?

Kalau PAS yang dianggap konservatif pun boleh berubah, apakah UMNO akan terus menjadi jumud dan kaku dalam trend pengundi yang cepat meruwap dan mudah berubah seiring dengan teknologi ICT dan telekomunikasi?

Tidakkah para pemimpin UMNO yang berkuasa menentukan pembolehubah, melihat dan menyedari perubahan yang sangat pantas ini?

Dan persoalan terakhir, mampukah UMNO terus bertahan dengan apa yang para pemimpin utamanya cuba pertahankan sekarang ini?

3 comments

KENA MAKI JUGA RONNIE LIU NIH!!!

Akhirnya Ronnie Liu memilih langkah yang paling tidak popular di kalangan partinya apabila mengalah dan membekukan larangan penggunaan logo 1Malaysia di seluruh Selangor. Larangan yang hanya muncul setelah berlaku pindaan undang-undang kecil akta Kerajaan Tempatan Selangor pada September 2010, ternyata dibuat berdasarkan ketakutan dan kebimbangan logo berkenaan akan mendatangkan pengaruh di kalangan para pengundi kepada Barisan Nasional dan UMNO khususnya.

Sebahagian besar para peniaga yang menggunakan logo 1Malaysia pada papan-papan iklan mereka, sudah boleh menarik nafas lega. Namun yang berhidung kembang-kempis adalah Ronnie Liu!!!

Sebabnya, langkah yang diambil oleh Ronnie Liu selaku Exco Kerajaan Tempatan Selangor, pastinya akan menyebabkan DAP dan Pakatan Rakyat dipandang sebagai tidak tetap pendirian dan hanya memilih langkah populis sebagaimana yang dilakukan dan diamalkan oleh Lim Guan Eng di Pulau Pinang.

Apatah lagi, Ronnie Liu tidak mempunyai sebarang jawatan dalam DAP Selangor ekoran perlagaan dan perampasan yang dilakukan oleh kumpulan Teresa Kok. Pastinya, apa yang dilakukan oleh Ronnie Liu akan memberi peluru dan bedil kepada kumpulan Teresa Kok. Atau dengan kata lain, ini adalah penggal terakhir Ronnie Liu memegang jawatan Exco Selangor seandainya Pakatan Rakyat mampu menguasai Selangor pada PRU 13 nanti.

Malang buat Ronnie Liu. Dia memilih untuk menjadi tidak popular di kalangan rakyat apabila bergasak dengan Hasan Ali dalam isu arak yang dijual secara terbuka, selain hub maksiat di Selangor yang bersepah-sepah, umpama menguak ikan, baru nampak air sungainya. Ronnie Liu juga memilih untuk tidak popular di dalam DAP apabila menentang kumpulan yang didalangi oleh Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang. Sekalipun Ronnie Liu suatu ketika menjadi blue-boy Lim Kit Siang, namun apa yang berlaku sekarang ini, menjadikan Ronnie Liu bakal dibius dan kemudian dihumban ke kandang babi mega Selangor.

Lim Kit Siang sangat terkenal dengan pencantasan dan menjatuhkan para pemimpin DAP yang bertentangan ideologi dengannya, termasuklah Tan Sri Lee Lam Thye yang sangat popular di kalangan pengundi-pengundi Parlimen Bukit Bintang sekitar awal hingga hujung 80-an lalu. Begitu juga dengan para pemimpin Melayu DAP seperti Fazlan Yahya mahupun pemimpin India DAP seperti P.Patto dan V.David.

Kesiannnnnnn Ronnie Liu!!!

3 comments

Saturday, December 25, 2010

NIK AZIZ CABAR? HOHOHOHO MERRY XMAS, TOK AJI!!!

Saturday, December 25, 2010
Nik Abdul Aziz, si Mursyidul Am PAS marah sungguh dengan Muhyiddin Yassin yang mengatakan kepimpinan Pakatan Rakyat yang memberi janji 10 perkara dalam tempoh 100 hari untuk dilaksanakan sebagai pengarut, pemimpi, pengangan dan pewaham, berkata Muhyiddin tidak sepatutnya mencabar Pakatan Rakyat, sebaliknya meminta pemimpin BN menunggu sehingga Pakatan Rakyat memerintah negara!

Rasa-rasanya Tok Aji ni tak tahu kut, yang Christmas asalnya adalah perayaan agama pagan di benua Eropah sebelum disesuaikan dengan penganut ajaran Katholik, manakala Santa Claus sebenarnya adalah elemen kejahatan dalam agama pagan Eropah, bukannya berwajah manis, bergelak hohohoho sambil memberi hadiah kepada kanak-kanak.

Sebenarnya Tok Aji kita ni, saja jer cakap macam tu. Kunun-kunun dia kalau cakap macam tu, orang pakat buta perut habis lah macam anak-anak murid dan para pengikutnya. Tak payah tunggu 100 hari, kira sahaja sudah berapa ribu hari dari tahun 1999 Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad meluluskan geran serta-merta sebanyak RM600 juga kepada Nik Abdul Aziz selaku Menteri Besar Kelantan untuk meningkatkan taraf peningkatan air di seluruh Kelantan.

Rasa-rasanya Tok Aji kita ni, harus berhohohoho berarak ke hulu ke hilir dengan serban besarnya sebab mencari jawapan untuk pertanyaan tersebut kerana sudah bertahun-tahun lamanya, Nik Abdul Aziz selagi boleh cuba berdalih tentang mutu perkhidmatan air bersih kepada penduduk Kelantan selepas menang pada pilihanraya 1990.

Itu baru tentang air... bagaimana pula dengan kebajikan para kakitangan sektor awam di bawah kerajaan negeri? Dah terjaga sangat ke sampaikan kerajaan negeri terpaksa membayar upah dengan dinar emas dan dirham perak yang dikeluarkan oleh syarikat menantunya dan Husam Musa? Siapa sebenarnya yang terjaga dalam hal sebegini?

Tanah di Lojing dan beberapa kawasan lain yang terlibat dalam pembalakan haram, mengapa pula pengerja-pengerjanya adalah orang luar, termasuklah orang Cina bermodal besar dari Singapura? Sibuk nak hapuskan kawasan FELDA, kawasan yang dibuka oleh Kerajaan Negeri berjenama Ladang Rakyat tu, dah ditukar hakmilik ke belum atau sekadar bagi sekeping kertas yang dicetak dengan menggunakan printer ink-jet jenis murah dah dilaminasikan sahaja?

Hohohoho, Tok Aji rupa-rupanya bersyarah agama saja pung-pang-pung-pang, tapi hakikat syarahannya tak berbekas di hati. Islam bukan datang daripada pemerintahan negara atau dikuatkuasakan menerusi undang-undang macam yang Tok Aji dan bajingan-bajingan penjilat Tok Aji bayangkan, sebaliknya Islam, Iman, dan Ihsan itu bermula dari diri...

Adakah Tok Aji BONGOK TERLAMPAU sehinggakan Tok Aji cuba menipu Sirah Nabawiyyah yang menunjukkan dan menjelaskan bahawa kebangkitan dan kedatangan Islam bukanlah kerana Nabi s.a.w dan para Sahabat utama r.a berjaya naikkan pemerintahan di Makkah, sebaliknya membina sebuah negara hanya menjadi perkara terakhir dalam perjuangan Islam.

Kenapa Tok Aji yang bangga digelar sebagai ulama, bersifat macam JAHILUN MURAKKAB?

Selesaikan kat Kelantan dulu, tunjukkan contoh pemerintahan Islam, bukan main temberang sesuka hati dengan slogan-slogan yang mengenyangkan kroni dan ahli keluarga sambil berharap, cukup dengan cakap, para PEMBANGANG yang menyokong Tok Aji akan percaya bulat-bulat!!!

Hohohoho... Merry Christmas Tok Aji Nik Abdul Aziz!!!!

7 comments

TIBA-TIBA SAHAJA DAP JADI PEJUANG ANTI PERKAUMAN!!!

DAP yang sepanjang sejarah penubuhannya tidak pernah berhenti daripada melaungkan KETUANAN CINA dan penghinaan terhadap orang Melayu seperti yang berlaku pada 10 hingga 13 Mei 1969, tiba-tiba sahaja meluahkan perasaan terkilan dan meminta polis agar menyiasat si pelaku yang menampalkan poster bertajuk, 'Kedudukan Agama Islam Tercabar' di Bentong. (RUJUK HARAKAH DAILY)

Mungkin ini merupakan hasil tarbiyyah PAS Pahang yang diketuai oleh Tuan Ibrahim Tuan Man ke atas pimpinan utama DAP Pahang, sehinggakan mereka kini mulai sedar bahawa perbuatan sebegitu akan menimbulkan huru-hara dan persengketaan kaum serta agama.

Selama ini, DAP yang paling banyak membangkitkan perasaan tidak puas hati terhadap orang Melayu dan Islam. Bezanya, DAP menggunakan saluran dan ceramah-ceramah politik dengan alasan-alasan terselindung yang sangat cerdik. Contoh terbaik adalah penentangan terhadap pembinaan Menara Warisan 100 tingkat yang dianggarkan bernilai RM5 bilion ringgit oleh Permodalan Nasional Berhad atau PNB tanpa pembabitan Jabatan Perbendaharaan langsung.

DAP dengan kerjasama dan bantuan daripada Melayu-Melayu di dalam PAS dan PKR telah berjaya mentarbiyyahkan rakyat Malaysia agar menentang pembinaan menara tersebut dengan alasan ianya adalah sesuatu yang merugikan rakyat. Walhal, ianya adalah menara milik PNB, di atas tanah yang juga dimiliki oleh PNB, manakala modalnya pula datangnya daripada PNB.

Kenapa DAP menentang sungguhpun kerajaan Najib Abdul Razak tidak ada kepentingan di dalam projek berkenaan? Sudah tentu kerana nama pemiliknya adalah Permodalan Nasional Berhad, sebuah syarikat yang mempunyai kaitan dengan kerajaan. Sebuah syarikat yang modal utamanya datang daripada orang Melayu!!!

Dan kalaulah Menara Warisan 100 tingkat tersebut akan dibangunkan oleh mana-mana nama yang bukan Melayu dan Bumiputera, DAP sudah tentu akan menerimanya dengan senang hati. Bahkan kalau nama pemiliknya berunsurkan Cina, DAP sudah pasti akan berusaha bermati-matian untuk mempertahankan pemiliknya.

Kes yang sama seperti di Pulau Pinang. Peniaga-peniaga kecil di tepi jalan, segera dihalau dan dibasmikan dengan alasan mengotorkan persekitaran bandaraya Georgetown. Tetapi apabila membabitkan penggerai dan peniaga kecil berbangsa Cina, Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diterajui oleh Lim Guan Eng memberikan kerjasama yang bukan sahaja membenarkan mereka terus beroperasi malahan mengubah status jalan di mana para peniaga Cina tersebut berniaga.

Dan disebabkan itulah, sebarang usaha menyedarkan orang Melayu tentang kerja-kerja DAP meminggirkan, menghapuskan malahan membunuh Melayu akan segera ditangkis dengan alasan menyemarakkan api perkauman dan persengketaan antara kaum.

Sesuatu yang sangat pasti ialah, DAP tidak akan menjawab sebarang persoalan dan masalah yang ditimbulkan namun seperti juga Lim Guan Eng yang akan menyaman mana-mana media MELAYU yang berani mendedahkan tembelangnya, DAP di seluruh negara mengamalkan sikap PEMERINTAHAN KOMUNIS yang berpendapat 'MEMBUNUH ADALAH CARA TERBAIK UNTUK MENGHAPUSKAN PENENTANGAN'.

DAP tidak mahu orang Melayu terus celik. Mereka mahu orang Melayu seperti PENTONGONG-PETONGONG yang bersidai dalam PAS dan PKR yang sentiasa melihat DAP sebagai DEWA PENYELAMAT yang dianugerahkan Tuhan untuk menyelamatkan seluruh umat manusia.

Apa-apa sahaja yang dilakukan oleh DAP termasuklah mempersoalkan peruntukan untuk masjid, tidak dikira sebagai penyebar kebencian kaum dan agama sebaliknya itu adalah kerana KEBEBASAN BERSUARA, tetapi apabila membabitkan Melayu yang bersuara, itu baru dinamakan RASIS!!!

2 comments

RUPA-RUPANYA SI PEROGOL AMAH INI MASIH LAGI BERJAWATAN MENTERI

Rupa-rupanya cerita tentang 'bekas menteri' rogol amah masih tidak berakhir. Malah beberapa sumber, termasuklah daripada beberapa orang pemberita tabloid yang telah ke Jawa Tengah hampir dua tahun lalu untuk menemuramah mangsa rogol itu, turut muncul dengan cerita yang tersendiri. Dan sumber-sumber berkenaan serta cerita yang dirakamkan dalam bentuk video itu mengisahkan tentang seorang 'bekas menteri' yang telah memperkosa mangsa yang telah lapan tahun bekerja dengan keluarganya.

Yang paling mengejutkan sudah tentulah 'bekas menteri' tersebut sebenarnya BELUM LAGI bekas, sebaliknya masih lagi menjadi menteri dalam kabinet Najib Abdul Razak!!!!

Di sebalik seronok dengan cerita ADUN Selising, rupa-rupanya cerita 'bekas menteri yang belum lagi jadi bekas' ini rupa-rupanya tidak jauh nilai dan tarafnya. Bezanya yang seorang dituduh berzina, manakala yang seorang lagi dituduh merogol. Seorang dituduh oleh orang yang mengaku menjadi saksi dan menangkapnya, manakala yang seorang lagi oleh mangsa sendiri....

Ternyata politik Malaysia sudah semakin maju!

Penyaluran berita juga semakin maju!

Media-media pun tidak mampu dikawal lagi!

Ahli-ahli politik nampaknya terpaksalah berguru dengan Anwar Ibrahim, khususnya untuk mengalih topik ceramah agar keaiban ini tidak diperkatakan, atau setidak-tidaknya dilupakan buat sementara.

Kusangka botak yang jahat cuma kepala atas, rupa-rupanya botak kepala bawah lagi DAHSYAT!!!!

4 comments

AURA vs AUTA

Selepas PRU12, rata-rata pemimpin pembangkang yang menamakan diri mereka sebagai pemimpin Pakatan Rakyat berasakan mereka telah diterima oleh rakyat dan segala cakap-cakap mereka akan laku biarpun kalau mereka kata seketul tahi itu adalah emas sepuluh, rakyat akan menyerondol mempercayainya.

Dek kerana itulah, pemimpin Pakatan Rakyat mula membayangkan segala macam keseronokan untuk menduduki kerusi-kerusi empuk di Putrajaya. Pun begitu, mereka juga sedar, tugas mereka tidaklah mudah melainkan mereka perlu terus menjadikan rakyat sebagai lembu yang buta warna.

Kalau kita perhatikan, rata-rata pemimpin Pakatan Rakyat akan sentiasa berlumba-lumba untuk menonjolkan diri dalam apa-apa juga isu. Sekalipun mereka bercakap atas dasar yang sama, tetapi tafsiran dan taksiran mereka sangat berbeza. Sebabnya, mereka perlu sentiasa mengangkat diri, bukan idealisme parti yang mereka dokongi.

Contoh terbaik ialah Khalid Samad dan beberapa orang 'pengikutnya' dari kalangan pemimpin PAS. PAS telah pun menetapkan beberapa perkara termasuklah kedudukan agama Islam, tasyabbuh, hubungan antara pemimpin Islam dan pemimpin bukan Islam serta kedudukan pemimpin Islam di dalam kelompok bukan Islam.

Khalid Samad yang mungkin berasakan dia terlebih pandai, telah merungkai segala yang telah ditetapkan oleh kepimpinan PAS yang terdahulu. Kalimah Allah Taala 'dibebaskan'. Pengangkatan wali dari kalangan bukan Islam didahulukan dengan alasan 'kafir yang jujur lebih baik daripada Islam yang rasuah', ayat-ayat al Quran dibenarkan untuk 'dijual' bagi mendapatkan undi biarpun si penjualnya adalah orang kafir kepada orang Islam dengan alasan Islam membolehkannya, bebasnya para pemimpin bukan Islam masuk dan berceramah di dalam masjid sekalipun penguasa Islam tempatan telah menetapkan had dan kaedah yang membenarkan orang bukan Islam berada di rumah ibadat tersebut dan beberapa perkara lain yang sangat ketara.

Keinginan untuk mendapatkan undi serta pengaruh dari kalangan bukan Islam begitu ketara sehinggakan AURA ISLAM dilupakan sebaliknya yang digunakan adalah AUTA ISLAM. Segala temberang yang diatasnamakan kepada Islam, dibuat secara terang-terangan dan tanpa malu-malu.

Golongan ini juga tidak segan silu membodohkan rakyat terutama orang Islam yang kurang berilmu dengan meletakkan istilah 'khurafat' dan 'bidaah' secara bebas tanpa disusuli ilmu yang khusus dan penjelasan yang terperinci. Contoh terbaik adalah apabila Dewan Pemuda PAS Perak meloncat dan buat lawak yang bukan-bukan tentang upacara menaikkan tiang rumah yang membabitkan Zambry Abdul Kadir dengan mengatakan perbuatan Zambry tersebut adalah khurafat tanpa mereka menyentuh langsung tentang 'URUF yang dibenarkan oleh syara'.

AURA seringkali diselangi dengan AUTA. Itu adalah rukun hidup terkini para pemimpin pembangkang. Sebabnya, kebanyakan pemimpin Pakatan Rakyat sebenarnya tidaklah mempunyai ilmu pengetahuan, pengetahuan yang sangat terhad, bahkan menepati sebagaimana sabda Nabi Isa a.s yang bermaksud mengalungkan mutiara ke leher babi!

Dan dengan menggunakan AURA jugalah, ramai yang dikelentong dengan AUTA seperti yang Nik Abdul Aziz kerap lakukan...

Persoalannya, cukup cerdikkah kita untuk menangani AUTA-AUTA yang tidak pernah surut dan tenang diperlakukan oleh para pemimpin yang goblok dan serakah?

0 comments

PAKATAN RAKYAT MENANG, FELDA DIMANSUHKAN!!!


Benarkah bagai apa yang dikatakan? Antara 10 pelan subsidi yang diumumkan oleh Pakatan Rakyat dalam Konvensyen Kali Ke-2 mereka di Dewan Millenium, Kepala Batas adalah MENGHAPUSKAN KAWASAN FELDA. (BACA DI SINI)

Mungkin bagi sesetengah Melayu FELDA yang sangat percaya dengan Pakatan Rakyat, tindakan yang akan diambil oleh Pakatan Rakyat seandainya mereka berkuasa itu dilihat sebagai cara mudah untuk menjadi kaya dan jutawan memandangkan tiada mana-mana pihak yang dapat menghalang mereka daripada menjual tanah yang diberi milik oleh kerajaan-kerajaan negeri menerusi FELDA.

Seandainya benar bagaikan yang dikata, ternyata Pakatan Rakyat sebenarnya tidak berminat langsung untuk menjaga kebajikan kaum peneroka dan warga FELDA, sebaliknya lebih berminat untuk menguasai tanah-tanah FELDA dengan cara mudah dan penipuan yang sangat halus.

Maka tidak hairanlah mengapa Mazlan Aliman bersungguh-sungguh untuk mengajak para peneroka menyaman FELDA. Mazlan Aliman adalah perkakas Pakatan Rakyat yang diketuai oleh DAP untuk mengusir Melayu dari tanah FELDA. Dengan menggunakan pendekatan yang paling halus untuk menarik minat dan perhatian kaum peneroka, Mazlan Aliman mengharapkan kewujudannya, ANAK dan BAPA akan memudahkan urusan-urusan taukeh-taukeh yang dilindungi serta membiayai DAP selama ini mampu menguasai estet-estet kelapa sawit yang sebelum itu amat dijaga oleh FELDA.

Tidaklah sesuatu yang aneh apabila taktik terbaru yang sering digunakan oleh Mazlan Aliman sekarang adalah PENEROKA FELDA ADALAH TUAN TANAH YANG DITINDAS OLEH FELDA. Menanam perasaan menjadi tuan tanah kepada golongan peneroka adalah cara terbaik untuk menaikkan kemarahan mereka, kerana mempertahankan harta di dalam Islam juga dikira sebagai syahid.

Dan bagi menyeronokkan serta menarik sokongan daripada generasi kedua dan ketiga pula, Mazlan Aliman menggunakan taktik, pembahagian tanah atau penyediaan tanah oleh kerajaan kepada generasi kedua dan ketiga dengan keluasan yang sama dengan yang generasi pertama terima.

Kewujudan FELDA selain membekalkan segala-galanya kepada para peneroka oleh FELDA sendiri, telah menyebabkan kebencian yang teramat sangat daripada sekelompok kapitalis memandangkan mereka tidak dapat memasuki FELDA untuk memasarkan produk mereka. Gerakan untuk menakluk dan menjajah tanah-tanah FELDA sudah lama cuba dilakukan, namun selama ini setiap cubaan mereka gagal.

Mahu tidak mahu mereka terpaksa menggunakan seorang Melayu yang berasal dari keluarga peneroka bernama Mazlan Aliman memandangkan cara hidup dan cara fikirnya lebih dekat dengan peneroka FELDA.

Mazlan Aliman tidak berselindung langsung untuk menyerahkan tanah-tanah FELDA kepada kaum pemodal menerusi dakyahnya tentang pembahagian tanah-tanah FELDA kepada generasi kedua dan ketiga. Dengan pemilikan yang lebih kecil, sudah pasti ianya tidak mempunyai kepentingan ekonomi lagi. Kesudahannya, apa yang berlaku selepas itu adalah tanah-tanah yang teah dibahagi-bahagikan itu terpaksa dijual.

Itulah yang berlaku di FELDA Sungai Koyan 2 dan 3 melibatkan dua orang pemilik tanah yang turut serta menyaman FELDA bagi menuntut duit tanaman semula. Mazlan Aliman tidak pernah menceritakan perkara ini dalam ceramah-ceramah dakyahnya bahawa Melayu yang membeli tanah peneroka, tidak berkelayakan untuk mendapatkan duit caruman bagi tanam semula dan lain-lain.

Helah gerombolan ini, kelihatan sangat halus. Pada dasarnya mereka kelihatan seperti hendak menolong kaum peneroka menerusi tuntutan-tuntutan dan pelbagai pengungkitan, namun hakikatnya mereka hanya ingin merampas tanah-tanah FELDA tersebut dan menghalau para peneroka dari perkampungan tanah rancangan.

Mazlan Aliman dalam ceramahnya tidak akan sama sekali menceritakan resolusi 'menghapuskan kawasan tanah FELDA' kerana ia sebenarnya memberikan impak buruk dan pecah tembelangnya kepada kaum peneroka!!!

2 comments

BEZA ANTARA MAHATHIR DAN ANWAR AL-BEWAKI!!!

Seperti yang dimaklumi, Tun Mahathir telah diberikan anugerah 'orang ketiga paling dibenci Zionis' oleh pertubuhan Zionis terkemuka dunia yang berpangkalan di Amerika Syarikat iaitu The Simon Weisenthal Center selepas Helen Thomas dan Rick Sanchez. Bagaimanapun, 'anugerah' tersebut tidak melembutkan terjahan Tun Mahathir terhadap penguasaan dan penjarahan Zionis di negara ini, bahkan dia semakin memperkukuhkan dakwaannya tentang Zionis dan kaedah-kaedah yang digunakan untuk menghambakan manusia yang bukan seagama dengan mereka menerusi kaedah Demokrasi dan Ekonomi dengan dibantu oleh Media.

BACA MALAYSIAN INSIDER

BACA JUGA BLOG CHE DET


Agak aneh juga, Tun Mahathir tidak segera bergegas ke Amerika Syarikat dan menyembah-nyembah kepala lutut Zionis, sebaliknya mengeraskan kecamannya terhadap kekejaman yang dilakukan oleh Zionis.

Ini mengingatkan kita kepada SEEKOR makhluk berlidah cabang yang apabila dikecam oleh Zionis yang berpangkalan di Amerika Syarikat menerusi siaran blog dan portal berita, segera dia meninggalkan segala-galanya di Malaysia dan terbang ke Amerika Syarikat semata-mata untuk memohon maaf.

Pastinya ramai yang masih ingat tentang peristiwa itu yang sebenarnya masih baru...

Itulah sikap MAKHLUK berlidah cabang yang dikatakan hendak memperjuangkan umat Islam dan kesejahteraan negara. Dasarnya mudah dibaca. Dia akan menghentam apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Zionis, Israel dan Yahudi tanpa mengambil kira fikrah Yahudi yang menentang Zionis, malahan menghukum Zionis sebagai bukan Yahudi.

Dan kalau anda perhatikan, setiap kali dia menghentam Zionis, dia akan melakukan dengan penuh hati-hati dan berhemah. Malahan kebiasaannya penuturan tersebut dilakukan dalam Bahasa Melayu dengan lenggok kesusasteraan baku yang kalau diterjemahkan ke Bahasa Inggeris akan menyebabkan kekeliruan maksud.

Malah kalau anda dapat perhatikan pada kemelut terbaru, Anwar Ibrahim sendiri tidak akan berani menyentuh, menghentam, mengkritik mahupun mengutuk Robert Shrum. Cakapnya tentang APCO Worldwide juga telah berubah. Tidak lagi menghentam Zionis dan mengaitkannya dengan APCO Worldwide sebaliknya menggunakan alasan, penggunaan duit cukai untuk mengupah firma komunikasi asing yang jumlahnya puluhan juta ringgit.

Nada kerasnya pada kali pertama ketika menuduh APCO Worldwide sebagai agen Zionis, telah berubah langsung, terutama selepas dia terpaksa ke Amerika Syarikat untuk menyembah kepala lutut bos-bos Zionisnya!!!!

1 comments

Friday, December 24, 2010

LAWAK MENATANG APA SI IDRIS AHMAD NIH?

Friday, December 24, 2010
Ketua Penerangan PAS ini sebenarnya seorang yang sangat melucukan, bahkan jauh lebih lucu berbanding Ayappan mahupun arwah Param. Malah tiada tandingan berbanding Rambo Chin atau Ting Ting. Sebabnya, kemampuannya berfikir secara kelakar dan menganggap penipuan sebagai satu bentuk hiburan yang melekakan hati yang sangat mengharap, sangat jarang dilakukan oleh orang lain, kecuali jikalau orang berkenaan merupakan penjilat dan juak tegar Anwar Ibrahim yang sentiasa berfikiran dengan cara fikir Anwar iaitu taksub pada diri sendiri.

Dia memberi nasihat kepada Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri agar bertindak secara rasional dan bertenang kerana JANJI JENIN 100 HARI Pakatan Rakyat. Katanya, UMNO-BN perlu memberi peluang kepada Pakatan Rakyat untuk membuktikan sama ada 100 hari yang dijanjikan itu akan tercapai atau sebaliknya. (BLOG IDRIS AHMAD)

Tak payah sembanglah tentang tradisi bela rakyat atau tradisi tindas rakyat. Pakatan Rakyat baru 3 tahun pegang beberapa negeri, kecuali Kelantan, tetapi tidak satu pun nasib rakyat yang terbela, sebaliknya yang terbela hanyalah pemimpin-pemimpin PAS dan DAP. Seperti yang berlaku di Pulau Pinang dan Selangor.

Bagi peluang kepada Pakatan Rakyat memerintah dulu yek? Maka jadilah Malaysia sebagai Zimbabwe yang dilanda kemarau 18 bulan.... manakala rakyatnya pula mati terbungkang kering di tepi jalan... kalau 4 negeri yang duk ada pun, tak pandai nak urus tadbir, ada hati nak uruskan negara...

Pergilah check qubul dan dubur, lagi bagus....

Di Kelantan sudah lebih 1000 hari berkuasa, tetapi hakikatnya, Kelantan yang dipimpin oleh Nik Abdul Aziz langsung tak berdaya saing dan tiada kekreatifan. Yang paling kreatif ialah melupuskan sumber alam seperti balak. Tanah pun dijual atau dipajak kepada taukeh-taukeh dari Singapura seperti yang kita dapat lihat di Lojing sewaktu pilihanraya kecil Galas. Nik Abdul Aziz hanya boleh jadi ustaz untuk ajar bab taharah dan munakahat tetapi bab syahsiah, Nik Abdul Aziz dan exco-exconya yang perlu menghadap guru dan menadah kitab...

Itu yang Idris Ahmad bangga-banggakan sangat dan konon-kononnya dalam tempoh 100 hari sahaja, janji Pakatan Rakyat boleh dipenuhi... rasa-rasanya janji-janji yang indah dan meruntun jiwa itu tidak tertunai tetapi yang tertunai adalah penyelewengan besar-besar seperti yang Lim Guan Eng lakukan dalam projek tambun tanah yang digunakan untuk menutup tembelangnya dan temberangnya tentang 100 peratus projek diserahkan kepada kontraktor Melayu...

Achummmmm.... alhamdulillah!!!

Idris Ahmad patut berwuduk dahulu sebelum dia mula bersuara atau menulis.... kalau tidak, sejarah gemilang PAS sebagai pembangkang akan dicalarkan dengan kewujudannya selaku Ketua Penerangan yang paling BANGANG malah JAUH LEBIH BANGANG berbanding KETUA PENERANGAN HINDRAF!!!

6 comments

KHIR TOYO YANG BETUL....

Khir Toyo menasihati UMNO-BN agar tidak mengambil mudah dengan janji-janji Pakatan Rakyat terutama Janji Jenin 100 Hari yang diisytiharkan pada Ahad lalu. Menurutnya, sekalipun setiap janji Pakatan Rakyat, lawak sifatnya, bongok bunyinya dan bahlol amalannya, ramai pengundi yang mudah terpengaruh mendengar cerita-cerita Pakatan Rakyat.

Pada masa yang sama, Khir Toyo turut menasihati agar UMNO-BN tidak melakukan kesilapan dengan tidak memberikan perhatian terhadap apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Pakatan Rakyat dan dia telah mendasarkan natijah daripada sikap itu menerusi pengalamannya selaku Menteri Besar Selangor yang akhirnya kehilangan Selangor, sekalipun tidak kehilangan kerusi DUN Sungai Panjang.

Sewajarnya UMNO dan Barisan Nasional perlu memberikan perhatian yang lebih terhadap janji-janji pembohong Pakatan Rakyat. Sekalipun pelbagai janji mereka, termasuklah yang paling besar Gempar 16 September tidak pernah ditunaikan dan tidak pernah disebutkan semula, ramai lagi para pengangan dan pengimpi yang kekal menjadi penyokong mereka beranggapan, angan-angan itu boleh dijayakan dengan sekadar bercakap dan percaya cakap. Dan jumlah mereka yang gemar berangan-angan ini bukan sedikit... lebih-lebih lagi mereka adalah golongan muda yang bukan sahaja pemalas, tetapi juga bodoh, otak beku dan makan perlu bersuap!!!

Namun yang paling penting ialah, UMNO wajar mengenalpasti calon atau panglima terlebih awal untuk dihantar berperang. Panglima perang tersebut perlu sentiasa berperang dan bersedia untuk berperang, bukannya panglima-panglima penakut yang kecut telurnya, yang besar perutnya dan yang tinggi angan-angannya. Panglima-panglima sebegitu elok dibagi sahaja borang keahlian PAS, PKR dan DAP... suruh mereka berhijrah ke parti-parti pembangkang berkenaan.

Kesilapan paling besar UMNO-BN pada pilihanraya umum 2008 ialah beranggapan, para pengundi adalah bodoh kerana orang yang berpandangan sedemikian beranggapan mereka jauh lebih pandai daripada orang ramai... dan kalaulah Najib Abdul Razak ingin mengulangi 'kejayaan' 2008, buatlah dan ikutlah juga jejak langkah para panglima kecut telur, besar perut dan tinggi angan-angan tahun 2008... nescaya, UMNO dan BN sekadar tinggal nama di Selangor...

4 comments

1MALAYSIA DI SELANGOR, PASAI APA MCA DAN MIC TAKDAK LANGSUNG SUARA?

Tindakan yang dilakukan oleh sebuah Kerajaan Tempatan di Selangor yang menurunkan logo 1Malaysia dengan alasan logo tersebut mencerminkan sebuah parti politik, agak dramatik. Sebabnya, keputusan yang dibuat oleh Exco-Exco Selangor tentang pindaan kecil undang-undang tentang papan iklan yang menghalang penayangan atau pemaparan logo seperti 1Malaysia, sebenarnya masih baru. Dan sebaik-baik sahaja pindaan tersebut diluluskan, tindakan segera dilakukan tanpa berfikir panjang...

Seolah-olah pindaan undang-undang kecil berkenaan hanya bertujuan untuk menyekat logo 1Malaysia daripada disebarkan kerana DAP bimbang, pengaruh logo tersebut akan menghakis kuasa mereka di Selangor, seperti yang berlaku di Perak dan Kedah.

Cuma yang menjadi persoalan, dalam serangan dan terjahan terhadap Ronnie Liu, Exco terbabit, tidak pula kelihatan kelibat orang kuat MCA, MIC, GERAKAN dan PPP pun. Seolah-olah penentangan berkenaan hanyalah dilakukan oleh budak-budak kecik UMNO, manakala para pembesar MCA, MIC, GERAKAN dan PPP Selangor sekadar bercekak pinggang dan menanti keputusan selanjutnya.

Aneh sungguh cara Barisan Nasional bekerja. Kalau peruntukan kerusi, belum apa-apa lagi, sudah ada beberapa pemimpin parti komponen di Semenanjung yang mula minta kerusi lebih. Tak cukup kerusi Parlimen dan ADUN, minta juga lebihan untuk kerusi Senator.

Malangnya, bila time kerja, budak-budak kecik UMNO dijadikan pencacai dan mereka pula bergelak tawa bertepuk tampar dengan DAP. Kalau pun tidak bertepuk tampar dengan tangan dan muka, setidak-tidaknya dengan mendiamkan diri, bermakna mereka sebenarnya sangat bersetuju dengan tindakan Ronnie Liu dan Pakatan Rakyat....

Alangkah moleknya kalau Selangor ada seratus Dr.Wong!!!

5 comments

USTAZ SAIDI BAKAL JADI TEOH BENG HOCK... PAS DAH SEDIA NAK SOLAT LILIN KE?

Ustaz Saidi, orang yang telah membuat pendedahan tentang kelakuan jahat seorang ADUN PAS sedang diancam bahaya. Dalam dua cubaan yang dilihat sebagai cubaan untuk menghapuskannya ekoran pendedahan tersebut, ternyata nyawanya bagaikan di hujung tanduk. Perlanggaran sengaja yang menyebabkan kerosakan teruk pada keretanya, selain serangan tiga orang lelaki tidak dikenali - dua berseluar jeans dan seorang berkain pelikat - dengan menggunakan parang dan kapak, semakin jelas menunjukkan keinginan pihak-pihak tertentu untuk menghapuskan saksi utama ini.

Berdasarkan gambar dan maklumat yang diberikan, teori 'Teoh Beng Hock' versi Melayu tidak boleh disangkal sedang diusahakan oleh pihak-pihak tertentu untuk menutup maruah yang tercalar ekoran pendedahan yang dibuat oleh Ustaz Saidi.

Sewajarnya polis atau pihak-pihak yang lain, mengawasi keselamatan Ustaz Saidi secara lebih terperinci memandangkan dua cubaan membunuhnya yang gagal, pasti akan disusuli lagi. Kalaupun bukan untuk membunuh, setidak-tidaknya untuk menimbulkan kegentaran dan desakan agar Ustaz Saidi tidak lagi bersuara atau membuka pekung.

Sekalipun laporan polis telah dibuat oleh Ustaz Saidi, pihak yang mendendaminya tidak akan berasa takut atau terhalang untuk meneruskan niat mereka. Mereka pasti akan menggunakan seribu satu macam cara lain, termasuklah penggunaan kapak kecil. Cuma yang paling sadis sekiranya mereka akan mula menggunakan taktik ugutan iaitu dengan melakukan penganiayaan fizikal terhadap ahli keluarga atau saudara mara Ustaz Saidi.

Apa yang berlaku ke atas Teoh Beng Hock yang cuba membuat pendedahan tentang penyelewengan dalam organisasi DAP dan kerajaan negeri Selangor seharusnya menjadi iktibar. Zaman di mana orang ramai tidak lagi takut kepada polis yang membawa cota atau pistol bersarung, sebenarnya mewujudkan kekreatifan luar biasa untuk mereka menghapusksan musuh termasuklah penggunaan sihir.

Dan serakah mereka tidak sahaja berkisar tentang musuh serta saingan, bahkan terhadap sumber yang akan menyebabkan mereka tidak mampu menjawab dan menangkis. Dek kerana itulah Blogger Papagomo juga telah diugut bunuh dan telah pun membuat laporan polis berhubung ugutan yang diterimanya. Facebooker Azmy Awang Kelana Jaya juga menerima nasib yang sama. Juga terpaksa meminta bantuan polis.

UMNO Kelantan macam mana? Atau lebih tepat lagi UMNO Pasir Puteh? Adakah ini satu lagi drama yang mereka sekadar menjadi penonton, bukannya ikut campur tangan untuk menyelamatkan nyawa dan keselamatan Ustaz Saidi dan ahli keluarganya?

JANGAN JADIKAN USTAZ SAIDI SEBAGAI TEOH BENG HOCK VERSI MELAYU!!!!

2 comments

Blog Archive

Labels