Dengan perkembangan terkini yang nyata sekali tidak memihak kepada PKR dan Anwar Ibrahim, adakah pertemuan pemimpin-pemimpin kanan PKR hari ini akan membuatkan Jeffrey Kitingan senasib dengan Zaid Ibrahim iaitu dipecat dari parti. Alasannya, Jeffrey Kitingan tidak menghormati Ketua Umum PKR dan memaklumkan kepada PKR apabila menubuhkan Barisan Bersatu Borneo (UBF).Seharusnya diakui bahawa tonggak kekuatan PKR di Sabah adalah Jeffrey Kitingan dan para pengikutnya yang lebih aktif memberikan penerangan dan menarik sokongan kepada parti yang semata-mata ditubuhkan untuk Anwar Ibrahim itu. Batu Sapi telah membuktikan, tanpa pembabitan Jeffrey Kitingan, calon PKR hanya terjun ke dalam laut sebanyak dua kali!
Menjadikan Jeffrey Kitingan sebagai musuh PKR bererti hanya akan menambahkan kesukaran Anwar Ibrahim untuk menawan Sabah. Sudahlah terpaksa berhadapan dengan Barisan Nasional Sabah yang jauh lebih kuat berbanding di Semenanjung, PKR tidak akan mampu berhadapan dengan terjahan daripada Jeffrey Kitingan serta orang-orangnya yang jauh lebih licik permainan politik mereka berbanding Anwar Ibrahim yang hanya bermodalkan pembohongan dan pendustaan.
Gelagat Jeffrey Kitingan hanya menambahkan perasaan cemas Anwar Ibrahim. Ternyata maverick politik Sabah itu berjaya mencungak-cangikkan keegoan Anwar Ibrahim dan konco-konconya. Biarpun Jeffrey Kitingan menyatakan dia masih bersama-sama PKR namun, hakikatnya Jeffrey Kitingan sekadar menjadi selumbar yang terus-menerus mencucuk kemaluan Anwar dan konco-konconya.
Ternyata PKR gagal menjadikan ahli-ahli politik di dalam parti itu sebagai sahabat handai, sebaliknya lebih cenderung menjadikan mereka sebagai musuh apabila tidak menyetujui kuasa luar biasa Ketua Umum manakala Presiden pula, sekadar patung yang digunakan pada masa berahi memuncak semata-mata dan tidak ada sebarang kuasa, mahupun daya fikir.























