Nik Abdul Aziz, si Mursyidul Am PAS marah sungguh dengan Muhyiddin Yassin yang mengatakan kepimpinan Pakatan Rakyat yang memberi janji 10 perkara dalam tempoh 100 hari untuk dilaksanakan sebagai pengarut, pemimpi, pengangan dan pewaham, berkata Muhyiddin tidak sepatutnya mencabar Pakatan Rakyat, sebaliknya meminta pemimpin BN menunggu sehingga Pakatan Rakyat memerintah negara!Rasa-rasanya Tok Aji ni tak tahu kut, yang Christmas asalnya adalah perayaan agama pagan di benua Eropah sebelum disesuaikan dengan penganut ajaran Katholik, manakala Santa Claus sebenarnya adalah elemen kejahatan dalam agama pagan Eropah, bukannya berwajah manis, bergelak hohohoho sambil memberi hadiah kepada kanak-kanak.
Sebenarnya Tok Aji kita ni, saja jer cakap macam tu. Kunun-kunun dia kalau cakap macam tu, orang pakat buta perut habis lah macam anak-anak murid dan para pengikutnya. Tak payah tunggu 100 hari, kira sahaja sudah berapa ribu hari dari tahun 1999 Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad meluluskan geran serta-merta sebanyak RM600 juga kepada Nik Abdul Aziz selaku Menteri Besar Kelantan untuk meningkatkan taraf peningkatan air di seluruh Kelantan.
Rasa-rasanya Tok Aji kita ni, harus berhohohoho berarak ke hulu ke hilir dengan serban besarnya sebab mencari jawapan untuk pertanyaan tersebut kerana sudah bertahun-tahun lamanya, Nik Abdul Aziz selagi boleh cuba berdalih tentang mutu perkhidmatan air bersih kepada penduduk Kelantan selepas menang pada pilihanraya 1990.
Itu baru tentang air... bagaimana pula dengan kebajikan para kakitangan sektor awam di bawah kerajaan negeri? Dah terjaga sangat ke sampaikan kerajaan negeri terpaksa membayar upah dengan dinar emas dan dirham perak yang dikeluarkan oleh syarikat menantunya dan Husam Musa? Siapa sebenarnya yang terjaga dalam hal sebegini?
Tanah di Lojing dan beberapa kawasan lain yang terlibat dalam pembalakan haram, mengapa pula pengerja-pengerjanya adalah orang luar, termasuklah orang Cina bermodal besar dari Singapura? Sibuk nak hapuskan kawasan FELDA, kawasan yang dibuka oleh Kerajaan Negeri berjenama Ladang Rakyat tu, dah ditukar hakmilik ke belum atau sekadar bagi sekeping kertas yang dicetak dengan menggunakan printer ink-jet jenis murah dah dilaminasikan sahaja?
Hohohoho, Tok Aji rupa-rupanya bersyarah agama saja pung-pang-pung-pang, tapi hakikat syarahannya tak berbekas di hati. Islam bukan datang daripada pemerintahan negara atau dikuatkuasakan menerusi undang-undang macam yang Tok Aji dan bajingan-bajingan penjilat Tok Aji bayangkan, sebaliknya Islam, Iman, dan Ihsan itu bermula dari diri...
Adakah Tok Aji BONGOK TERLAMPAU sehinggakan Tok Aji cuba menipu Sirah Nabawiyyah yang menunjukkan dan menjelaskan bahawa kebangkitan dan kedatangan Islam bukanlah kerana Nabi s.a.w dan para Sahabat utama r.a berjaya naikkan pemerintahan di Makkah, sebaliknya membina sebuah negara hanya menjadi perkara terakhir dalam perjuangan Islam.
Kenapa Tok Aji yang bangga digelar sebagai ulama, bersifat macam JAHILUN MURAKKAB?
Selesaikan kat Kelantan dulu, tunjukkan contoh pemerintahan Islam, bukan main temberang sesuka hati dengan slogan-slogan yang mengenyangkan kroni dan ahli keluarga sambil berharap, cukup dengan cakap, para PEMBANGANG yang menyokong Tok Aji akan percaya bulat-bulat!!!
Hohohoho... Merry Christmas Tok Aji Nik Abdul Aziz!!!!



























