Saturday, January 8, 2011

100 INDIA BAKAR INTERLOK SEBAB PARIAH!!!!

Sebelum upacara HEMPOK-HEMPOK KELAPA kerana Thaipussam dan kemudian dibuang, 100 orang India di Kelang berdemonstrasi dan kemudian membakar novel Interlok yang menjadi teks sastera Tingkatan 5 karya Sasterawan Negara, Dato' Hussein Abdullah. Dan mereka juga tidak sekadar membakar novel berkenaan, sebaliknya turut sama membakar GAMBAR HUSSEIN ABDULLAH!!! (UTUSAN ONLINE)

Interlok adalah sebuah novel sejarah yang mengisahkan pembentukan awal masyarakat Malaysia dan kesanggupan orang Melayu menerima kewujudan imigran-imigran, bahkan berkongsi segala-galanya dengan mereka sehingga ke peringkat di mana orang Melayu akhirnya kehilangan apa yang mereka miliki sebelum merdeka atas nama muhibbah dan integrasi.

Perkataan PARIAH yang terdapat pada muka surat 210 dan 211 novel berkenaan dikatakan sangat menyinggung perasaan kaum India sehingga mereka memutuskan untuk membakar novel berkenaan dan gambar Sasterawan Negara, Hussein Abdullah.

Tindakan 100 orang India tersebut mudah dibaca. Mereka malu kerana mereka adalah golongan pendatang, bahkan mereka malu kerana sejarah negara ini tidak memihak kepada mereka langsung. Mereka cuba padamkan sejarah kerana pada anggapan mereka, Melayu, India dan Cina, semua berstatus sama iaitu rakyat Malaysia. Mereka mahukan kek dan bahagian orang Melayu sungguhpun sebelum merdeka lagi, orang Melayu sudah pun memberikan sepenuh taat setia mereka kepada tanah ini, bukannya kerana tidak mahu pulang ke tanah leluhur atau Britain enggan mengambil mereka sebagai warganegara!!!

Apakah mereka mahu supaya masyarakat India di negara ini dinamakan sebagai orang asal dan sejarah transmigrasi datuk nenek mereka ke negara ini segera dipadamkan? Atau adakah mereka tidak mahu mengakui kewujudan kasta di dalam adat masyarakat India yang nama agama mereka Hindu hanya diberikan oleh penjajah Inggeris pada penghujung abad ke-17 bagi membezakan antara penyembah berhala dengan nama pelbagai dengan masyarakat Islam yang menjadi penguasa India ketika Inggeris mulai masuk ke benua kecil India untuk menjajah negara berkenaan.

Setakat ini, tidak ada lagi orang Melayu yang membakar sebarang teks sastera penulis-penulis India di negara ini sekalipun tidak memihak kepada mereka. Jauh sekali orang Melayu membakar gambar mana-mana pemimpin India, hatta mendiang V.David, P.Patto yang pada suatu ketika dahulu cukup membakar sentimen Melayu dengan ucapan rasis mereka yang mempersoalkan Melayu, Islam dan agama rasmi negara ini..

Apakah kerajaan akan menuruti kehendak masyarakat terbuang dan tidak sedar diri ini dengan alasan tidak mahu peristiwa rusuhan 1964 di Singapura berlaku di negara ini?

Rasa-rasanya kerajaan akan berbuat begitu... sebab orang Melayu tidak akan bising apa-apa, sekalipun setiap kepala Melayu diketuk atau mana-mana orang Melayu dibakar hidup-hidup seperti yang dilakukan oleh Komunis pada zaman darurat dahulu di tengah-tengah pekan Teluk Intan dan Batu Pahat...

Yang penting jangan orang Melayu yang berbuat seperti itu kerana kerajaan menerusi KDN akan cepat-cepat menangkap orang Melayu yang membakar, mengutuk mahupun mencela mana-mana India yang tidak sedar diri!!!!

8 comments:

hisham on January 8, 2011 8:43 PM said...

novel interlok ni dah lama pun...
memenangi hadiah sagu hati sempena peraduan 10 tahun merdeka 1967.
tidak ada novel yang layak memerima hadiah pertama.
ada sepuloh novel terpilih.
antaranya DESA PINGITAN...MERPATI PUTIH TERBANG LAGI(khadijah hashim).
SANDERA(arewati).
dah lama jadi buku teks pun..tak ada yang bising2.
kenapa sekarang pula jadi isu..
sampai macam ni pun bangsa melayu masih tak sedar.
sikit hari lagi kita kena tukar nama TANJUNG KELING...MASJID KAPITAN KELING...
termasuk UBI KELING(UBI KEMILI)..di kedah ada pula JAMBU KELING...
ada lagi peribahasa orang2 melayu...macam KELING KARAM...
nak beli basikal terpakai jaga2 jangan terbeli BASIKAL KELING..
kalu tak silap....ada pensyarah melayu namanya .....keling.
mula hari ini aku tak mahu lagi makan tosei,itli,masalodeh termasuk rasam(indian sup)yang paberet aku...sebab semua tu makanan KELING...aku nak jadi melayu sejati......

Anonymous said...

dulu x bising sbb generasi masa itu reti bahasa lagi.
generasi sekarang buat hal sbb ada yg duk membelai mereka... :-(

balut_skek said...

kita bakorrr..kita bakorrrr pariah ni plak,,,,bussiiiddd!!

Anonymous said...

hisham : kalau u tak nak makan, sudahlah!!!! kalau masa puasa tue, jangan nak beli yek kat restoran orang India.. Pas tue,jangan minta rasuah dari kaum ini. Tak de bahasa sendiri, cakap banyak. Kalu u nie orang yang hormat agama, u tak kan cakap macam nie !!!!!!!!!! Kamu tidak tahu mengeja "favourite" tapi nak komen pulak! Sedar diri sikit!

Anonymous : Orang dulu tidak semuanya mendapat pendidikan sebab tue kamu tulis cam nie, tapi sekarang nie mereka lebih sedar sekarang..

balut_skek : tengok la u cakap pariah sekarang! sebab inilah mereka membantah novel ini.

Tau tak ape itu sejarah? Sekarang banyak olahan dibuat sehingga melenyapkan sejarah yang sebenar. Orang yang pertama menjejakkan kaki di Bumi Malaysia ini adalah orang India di Kadaram. Orang yang pertama memberi nama untuk Melaka adalah Parameswara.. Kenapa tidak sebut semua itu? Ekonomi Malaysia berkembang apabila orang India bersusah payah dalam sektor pembinaan dan pembuatan. Jika kamu nak menjadi Melayu sejati, kenapa kamu menggunakaN khidmat mereka?

CUCU TOK WAN on January 19, 2011 9:36 PM said...

Encik Anon 7:16 PM

Sejarah mana pulak yang encik jadikan sebagai bahan rujukan dengan menyatakan bahawa orang India dari Kadaram yang pertama menjejakkan kaki ke Tanah Melayu? Encik tahu tak, Kadaram adalah nama lama Kedah yang wujud dua abad sebelum Masehi?

Bagaimana pula encik begitu yakin yang Parameswara adalah orang pertama yang menamakan negeri Melaka sebagai Melaka, walhal negeri tersebut berada di bawah pengaruh Kelang dan Gelanggi yang telah wujud lebih awal dan Parameswara bukanlah orang pertama yang datang ke Melaka, sebaliknya Melaka telah pun dihuni oleh Melayu Sungai?

Encik mengingatkan tentang sejarah yang dipadam, tetapi nampaknya encik sendiri yang cuba memadamkan sejarah...

Kita tidak bercakap tentang migrasi masyarakat India ke Tanah Melayu pada abad 2 Masehi atau ke-14 Masehi... kita bercakap tentang golongan migrasi dari India yang datang dibawa oleh Inggeris beramai-ramai pada penghujung abad ke-19.

Kita juga tidak bercakap tentang 'agama Hindu' yang dianuti oleh masyarakat Tamil yang berhijrah ke Tanah Melayu setelah dibawa oleh Inggeris, kalau encik hendak mengatakan Melayu itu asalnya Hindu. Sebabnya berdasarkan transkrip sejarah, yang dikatakan agama Hindu yang dianuti oleh Melayu, mereka tidak menyembah Murugan atau Subramaniam, mereka juga tidak menyembah Vishnu atau Siva, jauh sekali menyembah Dewi Kali mahupun Durga.

Tak payahlah nak berbangga kerana negara dan masyarakat India tidak pernah wujud pun sebelum kedatangan Inggeris ke negara tersebut dan merampas serta menjajah negeri-negeri yang diperintah oleh Kesultanan Moghul.

Paling penting, tidak ada masyarakat Tamil di Tanah Melayu sebelum abad ke-19 kerana yang datang dari Benua Kecil Keling adalah masyarakat pedagang, beragama Islam dari Kerala, Mahabalipuram, Goa, mahupun Gujerat.

Tamil datang beramai-ramai ke negara ini kerana Inggeris...

Sila betulkan fakta sejarah anda sendiri!!!

Tak payahlah mengaku sesuatu yang anda sendiri pun sekadar dengar cerita tetapi tidak ada asas rujukan!!!

Anonymous said...

saya rasa encik memberi penerangan yang tidak terdapat dalam buku. Semua fakta yang saya keluarkan adalah berdasarkan ilmu yang diajar di sekolah. Sebelum Malaysia digelar sebagai Tanah Melayu, iannya dikenali sebagai Nusantara dan setahu saya, orang Melayu adalah pelarian dari Tibet Cina. Jelas menunjukkan bahawa negara ini tidak mempunyai penghuni asal. Setiap agama mengajar ilmu atau sifat yang baik kepada semua penganutnya, tapi saya masih hairan mengapa ada sesetengah orang yang cuba menyinggung perasaan orang lain dan tidak mengamalkan apa yang diajar oleh agama masing-masing.

CUCU TOK WAN on January 21, 2011 1:26 AM said...

Encik ambil dari buku mana pulak? Setahu saya, buku sejarah tingkatan satu lagi sudah diajar tentang Kerajaan Kedah Tua, Gelanggi, Bruas, Dinding-Lumut, Gangga Negara dan sebagainya... yang mana kesemua kerajaan-kerajaan tersebut jauh lebih lama daripada sejarah negeri Melaka.

Atas bukti apa pula encik mengatakan kawasan ini sebelum digelar Tanah Melayu adalah Nusantara? Dan untuk pengetahuan encik, kalau berdasarkan daripada nota sejarah, India juga tidak berpenghuni dengan permulaan tamaddun dunia adalah di Mohenjodaro-Harappa adalah masyarakat Aryan yang berhijrah dari Eropah ke India.

Boleh encik terima fakta bahawa Encik sebenarnya tidak berbangsa dan tidak bernegara berdasarkan fakta Mohenjodaro-Harappa?

Encik tahu apa maksud Nusantara dan encik tahu apa yang dinamakan sebagai Malay-Archipelago atau Kepulauan Melayu? Encik tahu sempadan geografi Kepulauan Melayu dari mana dan sampai ke mana?

Buku sejarah mana pula yang encik mengatakan orang Melayu adalah pelarian dari Tibet China walhal buku-buku sejarah orientalis pula mengatakan Melayu itu sebahagiannya daripada Yunan, namun Melayu itu sendiri terdiri daripada Melayu-Polinesia, Melayu-Deutro, Melayu-Melanesia dan Melayu moden. Penemuan seperti Perak-Man dan tembikar dari Sungai Mentakab yang berusia 8,000 tahun mengesahkan Melayu telah menjadi kelompok yang tersendiri di wilayah ini.

Encik membandingkan Melayu yang sudah ribuan tahun, yang sudah bercampur dengan pelbagai bangsa tetapi masih bersandar kepada ras asal penduduk di wilayah ini dengan kaum Tamil yang tidak sampai pun seratus tahun berada di sini?

Baiklah, cuba encik pergi ke India dan claim bahawa Encik adalah orang India dan berlagaklah serta berpeganglah seperti mana yang encik cakapkan di sini... kita nak tengok sama ada encik kena penendang atau penyekeh di sana atau sebaliknya.

Kitab Hindu mana yang encik gunakan untuk mengatakan PARIAH itu ada dalam agama Hindu? Nampaknya encik sendiri tidak dapat membezakan antara adat dan agama dalam akidah Hindu?

Encik nampaknya sudah BERBOHONG dengan mengatakan encik memperolehi penyelewengan data encik daripada buku sejarah di sekolah!!!

Belajar lagi sejarah dan kalau encik seorang Hindu, sila pelajari lagi agama anda... kemudian, carilah bab mana yang mengatakan makan lembu, kenyang sebulan, makan kambing kenyang seminggu, makan ayam kenyang sehari...

Tolong belajar, apabila hendak berhujah, sila keluarkan bukti-bukti sahih, bukan main ambil daripada sangka-sangka sendiri!!!

Anonymous said...

Boleh encik jelaskan bagaimana encik begitu yakin bahawa melayu sudah berada di tanah melayu beribu tahun? dan saya ingin tanya jika orang Hindu tidak sampai seratus tahun disini bagaimana penulis melayu boleh dan menulis megenai kasta kaum India?

Tidak kah mereka tahu bahawa perkataan tersebut akan menyinggung perasaan kaum itu? Ini kah 1 Malaysia? Bagaimana jika perkataan itu akan digunakan dalam pergaulan pelajar di sekolah sehingga menyebabkan perselisihan dalam kalangan pelajar?

Saya rasa encik memang pro dalam Sejarah dan mungkin encik hendak tahu mengenai pekara dibawah juga,

Catatan yang terawal mengenai Negeri Kedah terkandung di dalam sebuah puisi Tamil berjudul Pattinappalai yang ditulis di antara kurun kedua atau ketiga Masehi yang menyebut Kedah sebagai Kalagam yang dikatakan mempunyai pengertian yang sama seperti Kandaram iaitu Kedah. Batu bersurat kerajaan Chola bertarikh 1030 Masehi pula menunjukkan dengan jelasnya bahawa Kandaram adalah Kedah.

Kesan-kesan peninggalan arkeologi di Lembah Bujang telah pertama kali disiasat oleh Kolonel James Low di dalam tahun 1864, tetapi sejauh mana penyelidikan dijalankan adalah sukar ditentukan kerana tidak terdapat sebarang laporan yang lengkap. Walau bagaimana pun catatan yang dibuat sekurang-kurangnya menunjukkan beberapa tapak telah ditemui. Di awal kurun kedua puluh, dua orang ahli ukur yang bertugas di puncak Gunung Jerai telah menjumpai tinggalan tapak Hindu di situ. Seterusnya kajian di Lembah Bujang telah dibuat oleh Evans di antara tahun-tahun 1920an dan 1930an dengan begitu ghairah sekali. Di dalam tahun 1921 beliau melawat Sungai Batu dan menjumpai patung Durga Devi bersama dengan Mahishahura. Di dalam tahun 1923, sekali lagi beliau melawat Sungai Batu dan menjumpai Patung Ganesha dan banyak lagi bahan-bahan arkeologi telah ditemui di tahun-tahun selepasnya (Evans 1927).

Kedua-dua di atas telah membuka lembaran baru di dalam pengkajian sejarah awal Negeri Kedah. Low dan Evans bahawa artifek dan monumen-monumen yang dijumpai di Kedah itu mempunyai unsur-unsur India, dan orang-orang Hindu dan Buddha datang ke rantau ini dalam bentuk penjajah. Low dan Evans juga berpendapat bahawa Langkasuka terletak di Selatan Kedah dan Low lebih tepat mengatakan Langkasuka terletak di Bukit Meriam manakala Evans meletakkannya di Sungai Batu, malah menekankan bahawa kerajaan Srivijaya yang berpusat di Pelembang mempunyai pengaruh yang kuat di Kedah. Jadi, selain daripada membuka tirai untuk penyelidikan arkeologi selanjutnya di Lembah Bujang, mereka juga telah memberi pendapat berkaitan dengan kawasan tersebut.

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template