Kalau alasan gambar mangsa tidak disiarkan kerana ia mendatangkan aib, ianya memang bertepatan. Tetapi apabila alasan yang digunakan, tidak mahu menerima nasib yang sama dengan Altantuya Shiiribu yang mati dibunuh dan kemudiannya dibom sehingga berkecai, nampaknya ia memang sangat LAWAK!!!Lebih melawakkan apabila organisasi bukan kerajaan, Migrant Care menerusi pengarahnya, Anis Hidayah berkata mangsa telah diberikan kaunseling tetapi tidak berminat hendak menyeret menteri berkenaan ke muka pengadilan kerana 'menteri ada akses yang besar dan duit yang banyak'.
Sedangkan di Malaysia, bersungguh-sungguh semua orang terutama dari kalangan Pakatan Rakyat yang mahukan Rais Yatim dihukum. Anehnya di Indonesia pula, mangsa tidak mahu membuat sebarang pendakwaan dan NGO Indonesia yang sangat skeptikal tentang Malaysia, terutama yang berkaitan dengan kebajikan pembantu rumah, tiba-tiba sahaja menjadi 'LEMBUT' dan 'BERBUDI BAHASA'.
Apa sangatlah menteri berkenaan kalau dibandingkan dengan majikan-majikan berbangsa Arab yang kerap mendera para pembantu rumah Indonesia, sehingga ada yang digunting bibir, ada yang dirogol ayah dan anak, ada yang dibogelkan dan tidak dibenarkan sama sekali berpakaian dan sebagainya. Sedangkan di Malaysia pula, pembantu rumah mengalahkan MEM BESAR, malah ada yang tidak segan silu mengorat majikan lelaki mereka, terutama kalau taukeh berkenaan berbangsa Cina dengan harapan dapat berkongsi kesenangan dan kemewahan.
Kalau tidak, masakan pembantu restoran wanita Indonesia di sini yang kononnya mengaku beragama Islam, boleh bekerja di restoran Cina, bergelumang dengan daging babi, makan minum di kedai berkenaan dan yang paling ketara adalah ijtihad mereka tentang memadukan suami masing-masing!
(BACA DI SINI)
Maka sudah sewajarnya rasa cuak mulai timbul berikutan keengganan 'mangsa' membuat laporan dan mengambil tindakan undang-undang tetapi sanggup pula menceritakan kepada NGO yang berkenaan... untuk apa sebenarnya?
Rasa-rasanya masyarakat Malaysia lebih dekat dengan undang-undang....


2 comments:
bodoh la..tak payah la crita pasal amah indon tu..masalah skang menteri ni apesal senyap je..bodoh!!..
tak pasal2 blogger kene cari alasan nk backup dia...
nk takut apa kalau salah, nafikan jela...bodoh betul la...
Siapa yang bodoh sebenarnya ni? Kalau ini cara anon 4jan 5.27am saya bolih nilaikan ilmunya dan peribadinya.Kalau dia bukan islam memang tak bolih komen dah akhlaknya.
Berhujah dengan profesional barulah dapat dirungkai semua masalah.Bukan ikut persaan emosinal.
Post a Comment