90 hingga 100 orang belasah Aduka Taruna kalau ikut kepada laporan daripada sebuah blog... mujurlah tak mati Aduka Taruna kena belasah di pekarangan Masjid Rusila ketika dia dengan projek langgar Hadinya tak menjadi. Bayangkanlah kalau cubit seorang sekali pun, harus Aduka Taruna hilang setiap inci kulitnya dengan 190-200 tangan.... tu baru cubit. Belum lagi penumbuk... kena sebiji penumbuk pun boleh jatuh koma, apatah lagi 90-100 biji penumbuk... harus Aduka Taruna hilang akal dan cacat otak macam ADUN Sekinchan yang hanya kena penumbuk tiga biji dari tangan Melayu.Bukan berniat nak bela Aduka Taruna... dia bukan kenal pun siapa Cucu Tok Wan, malah mungkin tak pernah masuk pun ke The Flying Kick. Namun sesuatu yang perlu dikagumi kepada anak muda ini selain daripada keceluparannya adalah kerana kesungguhan dia menghadami perjuangan dan prinsipnya sendiri.
Memanglah cacat benar jemaah di Rusila yang cuba mempertahankan kehormatan Haji Abdul Hadi Awang. Namun beranggapan bahawa Aduka Taruna bukanlah tetamu yang dijemput atau orang yang dikehendaki kerana mendesak Presiden PAS dengan soalan-soalan provokasinya berhubung Kerajaan Perpaduan, juga sepatutnya tidak wajar dilakukan.
Dia blogger, dia juga anak muda yang keras hatinya, sangat percaya kepada fahamannya, sangat tebal dengan idealismenya yang mungkin bagi sesetengah orang yang sudah berusia dianggap sebagai kurang ajar. Namun membelasah anak muda yang mahukan jawapan daripada Presidennya sendiri (Aduka Taruna ahli PAS ke?) bukanlah penyelesaian yang baik.
Jemaah PAS sudah terlalu lama diberikan label pemberontak, golongan yang sentiasa mengikut emosi, tidak berakal dan tidak beradab sekalipun yang melakukannya hanyalah segelintir yang tidak dapat membezakan adab politik Islam dan adab politik kafir Demokrasi Rom. Namun apa yang berlaku kepada Aduka Taruna menambahkan lagi label kegelapan itu kepada tubuh badan PAS terutama sekali ianya berlaku di pekarangan masjid dan tidak jauh daripada kediaman Presiden PAS.
Kesempatan ini pastinya diambil dengan sebaik-baiknya oleh puak-puak berkepentingan yang ingin melihat Abdul Hadi Awang berundur daripada jawatan Presiden PAS. Malah 'kawan-kawan' Aduka Taruna yang sememangnya sangsi dengan helah politik Abdul Hadi Awang, terutama dengan idea KERAJAAN PERPADUANnya, pasti akan bertindak berdasarkan emosi...
Itu adalah satu kepastian....


3 comments:
maaf lerr..awak dah kabor ...buah pinggang awak lemah...kita bakorrr..kita bakorrr
boss...ade baca star ari ni..cite pasal nong chik bertekak ngan tan sri abu zahid a.k.a tan sri abu juling...bertekak pasal tanah kat cheras...yg pasal bertekak tu takpe la...yg aku menyampah tu ade satu mahkluk ni...zahrin a.k.a sang kelembai..buat ugutan ..kalau keputusan berpihak pada abu juling dia ugut nak keluar umno...hebat sangat ke zahrin ni ?
kalau takut dilambung ombak,jangan barumah di tepi pantai jang oii....ekau yang mintak,dapeklah ekau...
Post a Comment