Sekumpulan pelajar Universiti Industri Selangor (UNISEL) mencadangkan nama Prof. Emeritus Khoo Khay Kim sebagai Chancelor pusat pengajian tinggi itu yang baru menggantikan Rosmah Mansor yang kontraknya akan tamat pada bulan hadapan. Menurut pelajar-pelajar tersebut, Khoo Khay Kim mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pendidikan serta sumbangan terhadap pembangunan negara.Dan KONON-KONONNYA juga, Kerajaan Negeri Selangor tidak berminat hendak melantik seseorang yang berlatar belakangkan politik untuk menjadi Chancelor universiti yang telah ditubuhkan oleh UMNO-BN tetapi sedang berusaha dihancurkan oleh PKR-DAP bagi memberi laluan kepada hub pendidikan DAP di Pulau Pinang.
Apa sangatlah Khoo Khay Kim kalau dibandingkan dengan pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa yang sentiasa digambarkan sebagai PAKAR PERLEMBAGAAN sungguhpun beberapa tafsirannya tentang Perlembagaan Persekutuan sekadar tafsiran kanak-kanak yang berminat dengan dunia politik, bukannya berdasarkan akademik!
Orang yang paling layak menggantikan Rosmah Mansor di Unisel sudah tentulah tidak lain dan tidak bukan, Abdul Aziz Bari. Sesiapa pun, pastinya TIDAK TERGAMAK untuk melihat cendekiawan sebaik Khoo Khay Kim diletakkan dikubur dan liang lahad seperti UNISEL yang bakal dilupuskan oleh DAP-PKR Selangor.
Apatah lagi Khoo Khay Kim bukanlah penganut fahaman kesamarataan dan ketelusan serta penghapusan hak-hak istimewa Melayu yang menjadi rukun wajib bagi DAP untuk bersekutu dengan mereka. Perlantikan Khoo Khay Kim pastinya akan membawa satu lagi kemelut yang hampir serupa dengan kemelut SUK.
Khoo Khay Kim adalah cendekiawan sejarah yang sudah pasti akan menyatakan orang Melayu adalah penduduk asal kepulauan di tenggara Asia ini. Pendirian seperti itu sudah pasti sangat bertentangan dengan pendapat TAUKEH BESAR PKR-DAP di Selangor iaitu Lim Kit Siang serta konco-konconya bahawa Melayu adalah pelarian dan imigran yang setaraf dengan orang Cina dan India di negara ini.
Sewajarnya, Prof. Abdul Aziz Bari yang merupakan PAKAR PERLEMBAGAAN dinaikkan pangkat sebagai Chancellor UNISEL, apatah lagi Timbalan Chancellor UNISEL sudah pun memberikan kebenaran kepada para pelajar universiti berkenaan untuk menjadi pengambil upah demonstrasi secara profesional. Abdul Aziz Bari sangat berkebolehan untuk mengajar kemahiran tersebut kepada para pelajar UNISEL yang tidak pernah cemerlang dalam bidang akademik negara!!!


3 comments:
bagus tu baik bagi si ajis bari ni naik censelor unisel tu...bior dia kluar cepat skit drpd UIAM...buat menyemak jer dia berada di university kerajaan perseketuan tu
Salam..
Boleh calun sorang lagi dak.. Saya cadangkan Ershad Farooki ( Shad) Sidique Mamak dari India ( Prof dekat UITM ) Shah Alam. Dia adalah penyokong kuat pakatan...
ni sume gara parti pkr la...aku kalu x sambung degree 2 1/2 tahun ja..tgk unisel dah jadi university politik...PKR bANGANG..melayu yg sokong pkr xpikir..just termakan kata2 mansi anuar yg gila bontot.....baik bn amik balik unisel baru ok....unisel makin teruk dengan pkr.....laknat pkr
Post a Comment