Sunday, January 2, 2011

BERMAKNAKAH PROGRAM JUARA RAKYAT DENGAN PROGRAM KERAJAAN?

UMNO dengan tema Pendidikan dalam Program Juara Rakyat bakal turun sehingga ke akar umbi. Sedap bebenor kata-kata Ahmad Maslan, Ketua Penerangan UMNO. Bulan Februari pula, katanya, Juara Rakyat bertemakan 'Kebajikan'.

Oooo... rupa-rupanya ada Program Juara Rakyat. Namun apa sebenarnya objektif program berkenaan? Adakah sekadar untuk menceritakan buruknya PAS, PKR dan DAP atau menceritakan tentang hebatnya UMNO dan Barisan Nasional dalam menyediakan prasarana buat rakyat Malaysia atau betapa terhutang budinya rakyat Malaysia kepada UMNO-BN?

Atau Program Juara Rakyat sekadar satu lagi kempen politik yang sebenarnya kurang mendapat sambutan sekalipun peruntukannya puluhan juta ringgit?

Kedatangan tahun 2011, turut membawa khabar duka buat rakyat Malaysia. Di sebalik sembang besar para pemuka UMNO tentang rancangan parti pemerintah untuk melakukan pelbagai perkara bagi menarik sokongan rakyat, beberapa perkara lain telah merudumkan sokongan. Bahkan para seranta yang bertungkus lumus cuba menaikkan UMNO juga terus menepuk dahi masing-masing.

Berita kenaikan harga barang bukan lagi menjadi duri dalam daging, sebaliknya tembakan daripada meriam berkaliber besar. Ancaman daripada kenaikan harga barangan yang kononnya 'lebih rendah berbanding negara jiran' akan berlaku dalam masa terdekat ini. Selain 'program' sorok dan pengurangan bekalan bagi memaksa kenaikan harga, campurtangan kerajaan yang membuat dasar juga turut menyuburkan harga keperluan dan kos sara hidup.

Yang paling hampir adalah harga tepung.... Menteri berkaitan belum lagi membuat pengumuman namun di peringkat bawahan, termasuklah di kedai-kedai runcit, kenaikan harga komoditi berkenaan tidak dapat dielakkan lagi.

Program berpameran dan berceramah atau berdakyah dari pintu ke pintu yang hendak dibuat oleh UMNO, pasti akan memakan diri. Rasa-rasanya kalau DAP, PKR dan PAS tidak wujud di Malaysia pun, UMNO-BN akan tertungging dan tertumus dengan isu kenaikan harga barangan makanan ini.

Setakat ini, Malaysia masih belum terkena tempias pemberontakan rakyat kerana membantah kenaikan harga makanan, barangan makanan mahupun minyak. Tidak seperti di Colombia yang mana pemberontakan rakyat akhirnya memaksa kerajaan menarik balik kenaikan harga minyak dan mengembalikan subsidi petrol dan diesel sekalipun pada awalnya berkeinginan untuk melakukan kenaikan sebanyak 70%.

Program Juara Rakyat apa namanya kalau para pemimpin UMNO tidak berani menyentuh langsung tentang kenaikan harga barang makanan. Rakyat bukannya makan ceramah, bukan juga makan pameran, malah jauh sekali makan bersuap. Rakyat makan nasi... malah sangat ramai yang berlaukkan ikan bilis goreng yang ditabur kicap.

Maka bermakna sangatkah Program Juara Rakyat yang bertemakan 'Pendidikan' dan 'Kebajikan' sekiranya, rakyat ditulikan dan dibebalkan daripada mengetahui tentang rancangan kerajaan untuk menaikkan harga barangan yang menjadi denyut nadi rakyat? Apakah 'Pendidikan' dan 'Kebajikan' yang dimaksudkan dalam Program Juara Rakyat tersebut, sekadar cerita temberang, seperti TEMBERANGNYA KHAIRY JAMALUDDIN YANG KONON-KONONNYA TAK MAHU PERTAHANKAN KERUSI PARLIMEN REMBAU LAGI?...

Ramai yang sedang menanti-nanti untuk gelak pecah perut!!!!

0 comments:

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template